p4202 - bab 6 taknik-teknik persampelan
Post on 18-Jun-2015
3.546 Views
Preview:
TRANSCRIPT
BAB 6 : TEKNIK-TEKNIK PERSAMPELAN
Pengenalan
- Sampel merupakan bukti audit yang dikaji dengan mendalam supaya kesimpulan
ke atasnya dapat dijadikan asas untuk mengeluarkan laporan audit
- Bukti-bukti yang dikumpulkan melalui ujian-ujian yang dijalankan hendaklah
mencukupi dan munasabah supaya juruaudit dapat bersandar padanya di dalam
membuat laporan audit
- Juruaudit tidak melakukan pemeriksaan ke atas semua maklumat yang sedia
ada kerana beliau dapat membuat kesimpulan mengenai baki akaun, kelas-kelas
akaun dan transaksi serta system kawalan dalaman syarikat melalui ujian ke
atas sampel
Definisi
Secara umum
- Ditakrifkan sebagai satu proses memperoleh maklumat tentang ciri-ciri populasi
yang terdiri daripada butiran melalui pemeriksaan terhadap sebahagian daripada
butiran populasi tersebut
Persampelan Audit
- Satu pelaksanaan tatacara pematuhan dan tatacara penyokongan terhadap
butiran yang kurang daripada seratus peratus
- Dalam bentuk baki akaun atau kelas-kelas urusniaga
- Juruaudit dapat memperoleh bukti audit dan menilainya bagi sesuatu ciri untuk
membuat kesimpulan tentang ciri-ciri tersebut
- Pelaksanaan 100% perlu jika : -
Mengaudit bahagian yang melibatkan bilangan yang kecil tetapi penting
Mengaudit bahagian yang mempunyai kepentingan khusus
Mengaudit perkara-perkara luar biasa
Menghadapi keadaan yang membawa kecurigaan kepada juruaudit
Istilah-istilah
1. Risiko persampelan
- Risiko atau kemungkinan juruaudit membuat kesimpulan berdasarkan
persampelan mungkin berbeza dari kesimpulan yang dicapai dari ujian 100% ke
atas populasi
2. Risiko bukan persampelan
- Kemungkinan perancangan yang tidak teratur
- Pemilihan prosedur audit yang tidak tepat
- Membuat kesilapan semasa memeriksa dokumen
- Kesilapan semasa melaksanakan prosedur
3. Kesilapan dan kesilapan boleh terima
- Kesilapan : kawalan penyimpangan semasa mengadakan ujian kawalan atau
salah nyataan dalan transaksi atau baki akaun
- Kesilapan boleh terima : kadar kawalan penyimpangan maksimum yang mana
juruaudit boleh terima dan prosedur kawalan masih boleh dipercayai
4. Unit persampelan
- Item individu dalam populasi
Jenis-jenis Persampelan
1. Persampelan Pertimbangan
- Cara memilih sampel dengan saiz yang sesuai berasaskan pertimbangan
juruaudit
- Direkabentuk dan dilaksanakan mengikut pertimbangan juruaudit sendiri
- Tidak menggunakan teori atau pembuktian secara matematik
- Penemuan ditafsirkan oleh juruaudit secara subjektif mengikut pertimbangan
profesionalnya
- Kebaikan :
Ia telah lama digunakan jadi juruaudit benar-benar memahaminya
Peluang kepada juruaudit menggunakan kemahiran dan kebijaksanaan
mereka untuk membuat pertimbangan
Masa dapat dijimatkan dengan penggunaan formula tertentu
Juruaudit tidak memerlukan pengetahuan statistic
- Kelemahan :
Ia tidak saintifik
Saiz sampel biasanya besar – menyebabkan pembaziran sampel
Hasil tidak dapat ditentukan secara kuantitatif
2. Persampelan berstatistik
- Cara penentuan sampel berasaskan teori matematik
- Membekalkan juruaudit dengan struktur yang formal untuk memilih sampel
- Pelaksanaan pertimbangan juruaudit untuk menentukan saiz sampel, pemilihan
butiran yang diambil sebagai sampel dan akhirnya membuat kesimpulan bagi
keseluruhan populasi
- Hanya boleh digunakan jika :
Bilangan item yang diperiksa banyak
System yang mengeluarkan rekod yang akan diuji mestilah boleh
dipercayai
Semua item mesti homogeny
Semua item mesti boleh dikenalpasti dan mudah diperoleh
Rekabentuk sampel
Terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan dalam merekabentuk sampel.
Antaranya adalah :
1. Objektif audit
- Juruaudit perlu memastikan apakah bentuk bukti audit yang dicari
- Ia dapat membantu juruaudit untuk menentukan tatacara audit
- Contoh : ujian pematuhan ke atas tatacara belian
2. Populasi
- Semua item yang sama sifatnya yang akan diperiksa oleh juruaudit untuk menilai
sifat item tersebut
- Populasi mesti sesuai dengan objektif audit
- Contoh : objektif audit adalah untuk menentukan lebihnyataan Akaun Belum
Terima – maka populasinya adalah urusniaga-urusniaga yang terlibat dalam
Akaun Belum Terima
3. Kadar ralat
- Terdapat 2 jenis ralat yang biasa berlaku iaitu ralat penyimpangan dan ralat
pengkeranian
- Ralat penyimpangan : penyimpangan daripada tatacara kawalan dalaman yang
dianggap boleh diterima untuk tingkat kepercayaan tertentu. Ralat ini juga boleh
menghasilkan ralat yang material
- Ralat pengkeranian : ralat yang member kesan terhadap item tertentu dalam
penyata kewangan
4. Ralat tertanggung
- Ralat maksimum yang boleh diterima oleh juruaudit dan masih merumuskan
bahawa keputusan daripada sampel itu dapat mencapai objektif
- Semakin kecil ralat tertanggung, semakin besar saiz sampel yang diperlukan
oleh juruaudit
5. Ketepatan
- Darjah kebolehpastian andaian bahawa kadar ralat dalam sampel wujud secara
berkadar dengan populasi secara keseluruhannya
6. Tingkat keyakinan
- Tahap kepercayaan juruaudit yang menjangka bahawa ciri populasi yang sedang
dipertimbangkan terletak dalam had ketepatan yang ditentukannya
- Merupakan ukuran yang menunjukkan setakat mana juruaudit mempertahankan
untuk mempercayai bahawa sampel yang dipilih menggambarkan ciri-ciri
populasi yang diwakilinya
Pemilihan Sampel
- Saiz sampel dipilih biasanya dalam bentuk bilangan item atau peratusan
daripada jumlah populasi
- Saiz sampel hanya akan bertambah sedikit walaupun saiz populasi bertambah
dengan banyak
- Beberapa kaedah pemilihan secara rawak:
1. Menggunakan jadual angka rawak
- Pemilihan melalui satu jadual yang menyenaraikan semua item yang akan dipilih
secara rawak
- Kaedah ini dapat menghindarkan pengaruh sikap peribadi seperti
pendapat,kepercayaan dan pengalaman semasa prosess pemilihan
2. Secara bersistematik dan berjarak
- Berasaskan kaedah ini,butiran dipilih daripada populasi dengan mengambil satu
item daripada populasi pada jarak yang seragam diantara satu item yang dipilih
dengan yang lain
3. Secara berstrata
- Kaedah ini sesuai digunakan apabila populasi yang diperiksa itu dibahagi kepada
beberapa strata atau peringkat yang akan diuji secara berasingan
4. Secara berkelompok
- Kaedah ini sesuai jika maklumat yang akan diperiksa disimpan mengikut
kumpulan-kumpulan tertentu
- Kaedah ini sesuai sekiranya populasi yang terlibat dalam pemeriksaan adalah
banyak dan berselerak
- Ia lebih berkesan sekiranya maklumat untuk semua kumpulan itu adalah sama
dan setiap kumpulan mengandungi berbagai-bagai maklumat yang berkaitan
5. Menggunakan computer
- Sesuai digunakan sekiranya maklumat yang terlibat untuk dipilih banyak
Kebaikan teknik persempelan
1. Menjimatkan masa
2. Mengurangkan prosedur yang merumitkan
3. Berkesan untuk pengauditan item-item yang banyak
4. Pemilihan sampel terhadap item-item penting
5. Perkara luar biasa dalam populasi dapat diberi perhatian
Keburukan teknik persampelan
1. Wujud salah nyata
2. Sesetengah item tidak dapat diaudit
3. Bukti audit yang didapati mungkin meragukan
4. Hanya ikut pertimbangan juruaudit untuk memilih sampel
5. Risiko mungkin tidak dapat dikesan
top related