novel kabus di perbukitan tingkatan 5 ( teknik plot )

Post on 15-Jun-2015

3.209 Views

Category:

Education

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Novel Kabus Di Perbukitan ( Teknik Dan Plot )

TRANSCRIPT

NOVEL KABUS DI PERBUKITAN TINGKATAN

5KARYA MOHAMAD KHOLID HAMZAH

AHLI KUMPULAN

• Mohd Azrul Adam Bin Abdul Manap.• Mohd Zulfadhli Bin Azman.• Muhammad Solehan Bin Abdul Jamal.• Mohd Farhan Bin Mohd Yunus.

PLOT

• Plot ialah jalinan cerita atau jalan cerita bagi kisah-kisah yang terdapat dalam novel.

• Plot terbahagi kepada dua aspek iaitu Binaan Plot dan Teknik Plot.

• Binaan plot berkembang dengan pelbagai teknik plot dari pemulaan cerita hingga peleraian cerita.

• Binaan Plot kebiasaannya terdapat 5 peringkat dalam binaan plot iaitu

• I – Permulaan / Pengenalan

• II – Perkembangan

• III – Perumitan

• IV – Puncak

• V –Peleraian

PERMULAAN / PENGENALAN

• Penulis memperkenalkan watak Rahayu yang jatuh pengsan dan dirawat di hospital.Kemudiannya Rahayu disahkan menghidap penyakit kanser paru-paru.Ketika itu Rahayu jatuh pengsan,Rahayu telah ternampak dan gambaran bahawa Faridah terlibat dalam satu kemalangan.Usaha untuk mencari Faridah dan Iqbal oleh pasukan penyelamat menemukan jalan buntu.

PERKEMBANGAN

• Pada bahagian perkembangan , Kamaruddin Berjaya menjejaki Faridah dan Iqbal apabila Rahayu meracau.Racauan tersebut telah menyebut nama Bukit Kutu dan Sungai Kubu dalam mimpinya.Dengan bantuan buyung,Faridah ditemui dalam keadaan koma di perkampungan Orang Asli.Rahayu telah meninggal dunia disisi Faridah sebaik sahaja Faridah sedarkan diri daripada koma yang panjang.

PERUMITAN• Pada bahagian perumitan pula,Faridah telah berkhawin

dengan Ghazali.Salmah telah kehilangan anak dan telah mengakibatkan kesihatannya terganggu dan akhirnya dia meninggal dunia.Ghazali telah meninggal dunia setelah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Faridah yang tinggal sebatang kara telah menerima tawaran berkhursus di New Zealand.Dia terus menetap di sana dan berkhawin dengan Soleh Johnsons.Dia dikurnia sepasang anak kembar, iaitu Melina dan Anne

KLIMAKS / PUNCAK

• Pada peringkat klimaks atau puncak cerita,Faridah bertemu dengan Dato’ Azrul iaitu teman rapat dengan Rahayu.Mereka bertemu untuk berunding tentang perkhawinan anak Dato’ Azrul,Zain dengan Faridah iaitu Anne.

PELERAIAN

• Peleraian cerita ialah Faridah telah kembali ke kampung halamannya di Sungai Besar setelah 25tahun meninggalkannya .Soleh dan Dato’Azrul bekerjasama untuk mengusahakan pusat peranginan di Tanah Tinggi Cojing.Faridah menentap di Cameron Highlands dan berasa bersyukur dapat pulang ke tanah airnya.Melina yang berkhawin dengan benny telah menetap di Dubai dan dikurniakan seorang anak lelaki.Anne yang berkhawin dengan zain telah menetap di New Zealand dan mengusahakan perniagaan Soleh.

TEKNIK PLOT

• Teknik plot ialah cara-cara yang digunakan oleh pengarang cerita untuk membina plot cerita.

• Secara dasar Teknik Plot berperanan

• i- Mengembangkan jalan cerita (plot)

• ii- Menceritakan/Memperkenal watak dan perwatakan watak.

• Iii- Menceritakan latar cerita

• Terdapat beberapa teknik plot yang sering digunakan oleh penulis dalam novel ini , iaitu DIALOG , MONOLOG , IMBAS KEMBALI , IMBAS MUKA , PEMERIAN , KEJUTAN , SUSPENS DAN GAMBARAN PERISTIWA SERENTAK.

DIALOG

• Perbualan antara dua orang atau lebih dua orang.

• Contoh :,

• “Maafkan abang. Sebenarnya Rahayu ada kakak kembar. Namanya Faridah. Abang tak pernah beritahu begitu juga Rahayu...mungkin dia memendam rasa. Faridah tinggal bersama ibunya. Semalam dia kemalangan di Bukit Fraser, malangnya dia telah hilang.” Kamarudin menceritakan seba sedikit, dia ingin ke tempat kejadian, memastikan apa yang sebenarnya berlaku.

MONOLOG

• Bercakap seorang diri atau Bercakap di dalam hati• Contoh :,• “Selamat tinggal Melina.” Benny berbisik perlahan yang

hanya didengarinya sendiri ( Muka Surat 216 )• “Sayang, kita akan jumpa datuk dan nenek,” bisik

Melina. ( Muka Surat 230 )

IMBAS KEMBALI

• Contoh :,• Faridah masih ingat lagi sewaktu dia masih kecil, dia membesar

di kawasasan pantai Sungai Haji Dorani. Bramin dengan Rahayu mengutip lala dan kerang di pantai ketika emak mereka berniaga menjual pisang goreng. Keindahan itu tidak lama, ayah datang dan kemudian membawa Rahayu pergi bertahun-tahun. ( Muka Surat 101 )

IMBAS MUKA

• Contoh :,• Air matanya menitis. Terlihat emaknya sedang

termenung di tangga,menghadap kehijauan sawah yang permai. Wajah tua itu penuh sayu,barangkali menantinya pulang. ( Muka Surat 12 )

PEMERIAN

• Contoh :,• Malam itu rumah Salmah terang-benderang.

Lampu tambahan yang dipasang melimpahkan cahaya sehingga ke halaman. Rumah kayu di tengah sawah itu dikunjungi oleh orang kampung Parit Tiga. ( Muka Surat 13 )

SUSPENS

• Contoh:,

• “Saya dengar kakak orang Selangor juga,” kata Datin Aisyah memulakan perbualan.

• “tentu datin tertanya-tanya,” balas Faridah tersenyum senang. Saya berasal dari Sungai Besar juga. Dari Kampung Parit Tiga.”

• “Masya-Allah, sekampung rupanya kita,” balas Datul Azrul kagum. “Maafkan saya, seperti biasa saya kenal... .”

• Datuk Azrul berasa seperti pernah melihat Faridah sebelum ini.

• ( Muka Surat 205 )

• E-mel berbahasa Arab itu tentunya amat mengejutkannya. Penuh dengan ayat-ayat yang merungkaikan maksud sebaliknya. Serta-merta dia memadamkan semua data yang penting dalamm computer peribadinya. Benny duduk terhenyak di hadapan meja kerja, merangka-rangka apa yang harus dilakukannya dan tindakannya.

• -Benny tiba-tiba panik apabila mendapat yang menggunakan bahasa yang simbolik.

• ( Muka Surat 208 )

• Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Ada panggilan dari nombor yang tidak dikenali. Hati Melina berdetik. Jantungnya berdebar-debar.

• -Melina mendapat panggilan telefon daripada orang yang tidak dikenalinya.

• ( Muka surat 228 )

KEJUTAN

• Contoh:,

• “Mungkin sudah takdirnya di sini,” balas Datuk Azrul. Dia menghela nafas panjang. “Kalau Faridah masih ingat pada arwah Rahayu... .”“Datuk kenal arwah adik saya?”Datuk Azrul mengangguk lambat-lambat. Merenung wajah isterinya, meneliti jika ada riak-raiak kerisauan.“Tentu Faridah ingat saya juga – Azrul... .”Wajah Faridah bertukar rona, terkejut dan senyuman tersenyum indah. “Tentu saya ingat, arwah adik saya meninggal kerana barah paru-paru dan Azrul yang setia menemanya. Sayang saya tidak dapat bersama... .”

• -Datuk Azrul kenal arwah adik Faridah mengejutkan Faridah.

• ( Muka surat 206 )

• Hamidah memberitahu Kamarudin bahawa Faridah dilihat oleh Rahayu yang sedang sakit di hospital berada di perkampungan orang Asli

• -Kamarudin dan Buyung terkejut apabila diberitahu Faridah berada di perkampungan orang Asli sedangkan tiada perkampungan orang Asli di Bukit Kutu.

• ( Muka surat 68 )

• Faridah dan Iqbal ditemui di perkampungan orang Asli Sungai Dua, jauh dari tempat kemalangan di Bukit Fraser dan Bukit Kutu

• -Faridah dan Iqbal berada jauh dari tempat kemalangan di Bukit Fraser

• ( Muka surat 73 )

top related