[novel] duka hati seorang isteri
Post on 30-May-2018
227 Views
Preview:
TRANSCRIPT
8/14/2019 [NOVEL] Duka Hati Seorang Isteri
http://slidepdf.com/reader/full/novel-duka-hati-seorang-isteri 1/4
"Maafkan abang, sayang." Remuk hati seorang isteri dikala suami yang selama 10
tahun menjadi cinta agung dalam hidupnya akhirnya mengakui akan hubungan
terlarang yang kini menjadi alunan hidupnya. Sungguh tidak kuduga... inikah
balasan yang kuterima atas
setiap bibit cintaku padamu suami? Perlahan-lahan kuusap airmata yang mengalir.
Kehangatan air mataku meneyelinap kedalam diri.
Sayang kasihmu abang sudah tidak sehangat ini. Perlahan suamiku melangkah
keluar dari kamar yang menjadi saksi cinta kami selama sepuluh tahun ini.
Kurenung langkahnya yang perlahan. Tidak sedikit pun abang menoleh kembali.
Seolah-olah di dalam hati cinta kita sudah tidak bersisa lagi.
Malam yang sunyi ini menjadi saksi akan hancurnya hati seorang wanita yang
bergelar isteri.. Kadangkala aku sendiri tidak yakin dengan dirimu abang. Hanya
kerana asmara yang singkat, abang lupa akan cinta yang sedekad waktu ini. Abang
lupa di gerbang perkahwinan, susah senang kita bersama. Di saat adik-adik abang
memerlukan wang untuk perbelanjaan sekolah, kita suami isteri menguis saki baki
simpanan yang ada untuk membantu adik abang. Di saat-saat abang kemalangan
yang nyaris meragut nyawa , siapa yang setia menemanimu siang dan malam?
Ingatkah abang akan janjimu ketika abang terselamat dari maut? Ketika Abang
mengenggam jari Sayang dan Abang bisikan betapa abang bersyukur kerana diberi
peluang kedua untuk bersama sayang.
Betapa abang rasa hidup abang lebih lengkap kini kerana baru ketika ini abang tahu
nilai kasih sayang yang abang takut abang sudah tidak mampu kecapi lagi.. Selama
2 bulan, abang berulang-alik ke hospital untuk rawatan lanjutan. Selama itu ,
Sayang rasa bertuah kerana dapat berbakti padamu, Abang. Namun semuanyasudah tidak bermakna lagi buatmu.
Sayang ikhlas membantu mu, Abang. Selama ini sayang ikhlas menjaga makan
minummu. Sayang jujur dalam membina jambatan kasih kita. Mungkin ada
waktunya, sayang terleka dalam melaksana tanggungjawab isteri. Sayang sedar
ada masanya sayang sendiri melukai hatimu. Dan Sayang hargai toleransimu.
Sesunguhnya toleransi dan kasih sayang abang adalah 2 perkaran yang
sentiasamembuatkan hidup Sayang seunik-unik kehiudpan. Sayang bahagia. Dan
kerana itu sayang tak meragui Abang. Tidak dalam secubit waktu pun. Tapi Sayang
silap abang. Rupanya kasihmu layu juga.
Sekali lagi air mataku gugur. Kurenung surat permohonan abang untuk menikah
lagi. Kutatap perlahan-lahan permohonan yang masih kemas kugengam. Memang
dalam hidup seorang isteri seperti Sayang, poligami adalah seperkara sayang
takuti. Sayang takut bila isteri abang dua ..kasih abang satu. Dan Sayang takut jika
kasih yang satu itu bukan
milik Sayang lagi. Abang malam ini abang mengaku akan hubungan yang selama ini
8/14/2019 [NOVEL] Duka Hati Seorang Isteri
http://slidepdf.com/reader/full/novel-duka-hati-seorang-isteri 2/4
tidak sayang ragui. Sayang ikhlas dengan bantuan abang.. Sayang bangga kerana
punya suami sepertimu abang. Suami yang bukan sahaja penyayang malah seoarng
lelaki yang mudah simpati pada orang yang memerlukan. Dan dikala Farah yang
waktu itu datang menangis-nangis kerana sudah tidak betah hidup terseksa
bersama suaminya,kita bantu Farah dan anak-anaknya.
Selama 3 bulan, kita suami isteri membantu Farah kenalan Sayang di Universiti
dulu. Kita sediakan keselesaan untuk Farah anak-beranak di rumah sewa kita. Kita
bantu Farah dengan menempatkan Farah di tempat Abang makan gaji. Dan Anak-
anak Farah Sayang jaga di waktu siang. Mungkin kerana ketidakhadiaran cahaya
mata dalam kamus hidup kita, Sayang menerima anak-anak Farah seperti anak
sendiri. Selama 3 bulan itu
Sayang bahagia kerana pertama kali dalam hidup sayang, Sayang dapat menjalani
kehidupan seorang ibu. Di waktu Farah rasa terancam dengan ugutan suaminya,
Sayang bangga abang berani melindungi Farah dan anak-anak. Betapa di kala itu,
abang bagaikan wira dahulukala. Di saat Farah merasai hidupnya musnah dirobek
suaminya, Sayang beri Farah Harapan. Sayang tiupkan semangat. Segala-galanya
demi nilai satu persahabatan. Tapi cermin persahabatan itu remuk berderai. Malah
hati seorang wanita ini lebih terluka bila wanita yang menjadi dalang cinta kami
adalah Farah.
Sampai hatimu Farah, madu yang kami beri tapi racun yang kau balas.. Rupanya
kasih sayang yang kucurahkan pada anak-anakmu kau balas dengan belaian manja
pada suamiku. Apa dosaku padamu Farah? Kata orang bertepuk sebelah tangan tak
akan berbunyi. Mungkin salahnya datang dari suamiku tapi tak bolehkah kau
fikirkan akan nilai persahabatan kita? Dan kerana persahabatan itu tak mampukah
kau menolak suamiku jauh dari hidupmu? Tidak pernaha dalam sekelumit akuwaktu, kupinta darimu untuk melayan suamiku sebegitu rupa.Tidak Farah! Tidak.
Tidakkah kau sedar kau masih isteri orang. Prosesceraimu masih belum sampai jauh
talak. Kau masih isteri orang Farah.
Perlahan-lahan aku bangkit dari katil. Segera diriku yang kusut itu diperkemaskan.
Tiada apa yang mampu kuucapakan lagi. Kukutip permohonan suamiku dari atas
katil. Perlahan aku melangkah keluar dari bilikku. Di kala itu kulihat suami sedang
leka dibuai perasaan. Di atas Sofa empuk itu, Suamiku cuba memikirkan
keserabutan hidup. Kuhampiri suamiku. Di kala itu pandangan kami bertemu. Jika
semalam, pasti ada gelora asmaracinta bila pandangan kita bertaut tapi malam ini.......pertama kali sayang rasakan
pandangan kita kosong. Keruh sungguh wajahmu abang. Lembut Suamiku
menarikku kesisi..
"Abang... Sayang cuma mahu tahu seperkara darimu abang. Berterus-teranglah
walaupun ianya paling pahit untuk diterima. Apa yang abanag cari pada Farah?
8/14/2019 [NOVEL] Duka Hati Seorang Isteri
http://slidepdf.com/reader/full/novel-duka-hati-seorang-isteri 3/4
Apa yang membuatkan Farah lebih bernilai dalam hidup Abang sekarang?"
Sakit hati ini bila kata-kata itu meluncur dari bibirku. Tidak dapat ku bayangkan
kekecewaan yang melanda. Perlahan kuamati suamiku. Abang walaupun
hakikatnya kita belum bermadu, Sayang sudah merasakan peritnya kehilanganmu.
"Abang berdosa padamu, Sayang. Dan Abang tak salahkan Sayang kerana
membenci Abang. Cuma Abang rasa Farah perlu dilindungi. Dan Abang simpati
pada Farah yang tak memiliki bahagia." Dalam saat-saat sebegini Farah masih
dihatimu.
"Tapi kenapa sampai ada keterlanjuran berlaku?"
"Abang lelaki punya keinginan ... punya kemahuan..." Walaupun payah, Abang
masih memenangi dirimu.. Abang.. Abang.. Aku mengeleng sendirian. Sayang
semakin tidak mengenali dirimu kini. Air mata sudah makin murah untuk menagalir.
Tapi Sayang akan kekal kuat. Sayang masih kekal kuat sepertidahulu.
"Bagaimana halal dan Haram Abang?" Aku masih cuba berlaku tenang. Aku
kalau boleh mahu Suamiku sedar keterlanjuran yang berlaku. Suamiku terdiam. Dia
semakin resah.
"Abang dah bertaubat , Sayang. Dan kerana itu Abang mahu bertanggungjawab
atas keterlanjuran kami." Mudah sungguh Abang membina alasan. Indah sungguh
takrifan bertanggungjawab dan taubatmu. Aku tersenyum sendirian.
"Abang masih belum jawab soalan Sayang. ? Apa yang membuatkan Farah lebihbernilai dalam hidup Abang sekarang?" Antara dengar dengan tidak aku cuba
mendapatkan kepastian.
"Farah.. Farah.." Suamiku resah. Kata-katanya mati. Ada nada-nada ketidakpastian
pada raut wajahnya. Lembut kugenggam tangan suamiku.
"Abang Sayang cuma mahukan kejujuranmu. ." Dengan isyarat mata aku cuba
memberi keberanian pada suamiku untuk berlaku jujur denganku.
"Sayang.. Farah mampu menjadiakan Abang...AYAH. ." Dan aku cuma tersenyummendengar alasan suamiku. Seperti yang telah kuduga. Luruh hatiku mendengar
alasannya. Dulu janjimu lain Abang tapi kini..
"Dulu , Sayang izinkan abang menikah lain tapi Abang menolak. Abang kata biar
susah senang kita sehidup semati..hanya ajal memisahkan kita. Tak akan ada dua
atau tiga dalam diri Abang.."
8/14/2019 [NOVEL] Duka Hati Seorang Isteri
http://slidepdf.com/reader/full/novel-duka-hati-seorang-isteri 4/4
"Sayang... itu dulu.. Abang juga mahukan anak. Hidup abang sepi Sayang tanpa
Anak. Abang tahu sayang tak mampu.. Tapi Abang berkebolehan mendapatkan
anak." Aku semakin sakit mendengarnya. Abang hina kecacatan hidup ini. Abang
ungkit kekurangan diri ini.
"Kalau anak yang abang mahu, Nikahlah Farah. Gauli farah setelah Farah Halalbuatmu." Segera aku bangkit dari duduku. Dengan kekuatan yang masih berbaki,
ku pandang suamiku sebagai pandangan terakhir. Hati ku sudah terluka abang.
Sayang boleh terima kalau abang pilih Farah sebagi madu Sayang tapi.. yang tak
mampu Sayang terima ialah.. layanan haram Farah buat Abang dikala Sayang
sedang menjaga anak-anaknya. Hancur hati ini Abang. Biarlah kisah cinta kita
terkubur disini. Kuhulur salam terakhir buat suamiku. Kukucup suamiku dan
kubisikkan padanya...
"Tapi Abang Sayang tidak mampu membuang hubungan haram abang dari kaca
mata Sayang. Bebaskan Sayang..." Tersentak suamiku.
"Nanti Sayang..." Suamiku menarikku hampir padanya.
"Abang perlu bertanggungjawab terhadap Farah. Berikanlah Farah kebahagian yang
ingin Abang berikan. Jadilah Abang Ayah sepertimana yang Abang impikan. Cuma..
Sayang tak mampu berkongsi kasih lebih-lebih lagi bila Sayang fikirkan hanya
kerana 3 bulan perkenalan.. Abang lupakan Sayang. Hanya kerana 3 bulan
pertemuan Abang musnahkan kepercayaan sayang dan Hanya kerana 3 bulan
simpati Abang buang halal haram satu hubungan. Dan Sayang tak mahu anak-anak
Sayang ada ayah seperti itu..Maafkan Sayang,Abang. "
Perlahan-lahan aku melangkah pergi jauh dari suamiku. Tiada tolehan kedua
buatnya. Tiada lagi simpati buatnya. Yang ada cuma ....janin berusia 2 bulan yang
menjadi lambang kasih kita. Itulah kebesaran tuhan Abang.
Assalamualaikum suamiku.
top related