nilai-nilai murni

Post on 27-Jul-2015

3.709 Views

Category:

Education

3 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

baik hati

1. Johan sering menolong bapanya membersihkan kebun bila ada kelapangan waktu.

2. Rohani membantu ibu menjaga adiknya ketika ibu sibuk memasak di dapur.

berdikari

1. Setiap hari Amir ke sekolah dengan menunggang basikal.

2. Dia membasuh kasut sekolahnya pada setiap hujung minggu.

hemah tinggi

1. Aqilah memberikan salam setiap kali bertemu dengan rakan-rakan dan guru-guru di sekolahnya.

2. Siti Amira disenangi rakan-rakannya kerana sikap peramah yang dimilikinya.

menghormati

1. Aini bersalaman dengan nenek dan datuknya ketika dia sampai di kampung.

2. Rizal berdiri tegak ketika menyanyikan lagu Negaraku pada waktu perhimpunan pagi sekolahnya.

Kasih-sayang

1. Abang menggenggam erat tangan adik ketika hendak melintas jalan raya.

2. Ayah membelikan ibu seutas rantai sempena hari lahir ibu.

menghargai

1. Amir mengucapkan terima kasih setiap kali dia menerima pemberian daripada orang lain.

2. Suzana membaca cerita pada waktu lapang.

tanggungjawab

1. Setiap pagi, ibu menyediakan sarapan untuk kamisekeluarga.

2. Azizan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayan yang dimpikan.

simpati

1. Kehidupan Mak Jah yang miskin mendapat perhatian daripada semua penduduk kampung.

2. Ramai yang memberikan sumbangan kepada keluarga Pak Halim kerana rumahnya hangus dijilat api.

kebersihan

1. Adriana membuang sampah yang memenuhi bakul sampah di kelasnya.

2. Haris mencuci longkang yang kotor di belakang rumahnya.

kejujuran

1. Pemuda itu mengakui kesilapannya apabiladisoal siasat oleh pihak polis.

2. Rohani menceritakan hal sebenar kepada gurunya tentang kelewatannya ke sekolah.

rajin

1. Setiap hujung minggu, Asyikin akan mengajak ayahnya ke perpustakan awam untuk membaca buku.

2. Atiqah menolong ibunya mencuci pinggan-mangkuk selepas makan.

kerjasama

1. Beberapa orang penduduk kampung membaiki jambatan yang sudah uzur itu.

2. Pelajar-pelajar dari Universiti Sains Malaysia menyertai aktiviti sukarela di rumah orang-orang tua.

keikhlasan

1. Dermawan itu tidak pernah bermegah-megah dengan pemberiannya.

2. Dia menolong orang itu tanpa mengharapkan sebarang balasan.

kesyukuran

1. Pak Husin gembira kerana hasil titik peluhnya telah membuahkan hasil yang lumayan.

2. Emak tersenyum lega apabila melihat anaknya pulang dari sekolah.

rasional

1. Salina menerima teguran daripada rakan-rakannya dengan hati yang terbuka.

2. Dia sentiasa memaafkan kesilapan anak-anaknya biarpun dia kini keseorangan.

semangat berjuang

1. Walaupun dia gagal dalam peperiksaan yang lalu, dia nekad untuk terus berusaha bagi mencapai kejayaan.

2. Para pejuang negara tidak pernah berundur walaupun diserang bertubi-tubi oleh pihak pengganas.

Terima KasihDan

Selamat Maju Jaya

top related