mykad – lebih daripada sekadar kad pengenalan_0
Post on 25-Nov-2015
60 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
-
MyKad Lebih Daripada Sekadar Kad Pengenalan
Laluan kepada Keistimewaan bagi semua warga Malaysia
PUTRAJAYA Berbekalkan satu sahaja nombor MyKad sebagai rujukan, warga
Malaysia kini boleh mengakses pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh
agensi-agensi Kerajaan baik di peringkat persekutuan mahupun negeri.
Daya usaha 1 Nombor untuk semua Transaksi (MyID) yang dilancarkan oleh
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin pada 18 Januari 2010 dan
diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan konsep Rakyat
Didahulukan, menunjukkan transformasi pada pencapaian kad pengenalan.
Bermula sebagai suatu langkah keselamatan pada 1948 untuk membendung ancaman
komunis telah berubah menjadi satu kad pengenalan berteknologi tinggi. Perubahan
ini memberi semua warga Malaysia laluan kepada pelbagai perkhidmatan dan
keistimewaan. Di samping itu, dengan 1 Nombor untuk Semua Transaksi ini, MyKad
memungkinkan penyampaian semua keistimewaan ini berlaku dengan lebih pantas.
Ketika negara-negara lain sedang mengkaji bagaimana memperbaiki sistem
pengenalan diri rakyat mereka, Malaysia sudah mendahului dengan memperkenalkan
MyKad pada 5 September, 2001. MyKad merupkan salah satu daripada 7 aplikasi
perdana Koridor Raya Multimedia (MSC). MyKad telah melonjakkan Malaysia ke
garisan hadapan teknologi inovatif bertaraf dunia. Malaysia menjadi negara pertama
di dunia menggunakan kad pengenalan yang merangkumi gambar serta data
biometrrik cap jari pada cip komputer yang terbina dalam sekeping plastik.
Lebih daripada sekadar Kad Pengenalan
MyKad 64K telah direka dengan ciri-ciri yang berupaya melaksanakan pelbagai
fungsi seperti lesen memandu, Touch n Go, MEPS dan kad ATM. Kad ini juga boleh
menyimpan maklumat pasport, maklumat kesihatan, Prasarana Kekunci Awam dan
kad pengembara kerap.
Selain berperanan sebagai kad pengenalan, MyKad juga digunakan sebagai aplikasi
off card iaitu pengesahan untuk mengenal pasti pemilik MyKad. Antara aplikasi off
card tersebut adalah:
Penyata dalam talian bagi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Sistem Pemantauan
Mikrokewangan di bawah MARA, Sistem Pengurusan Data Pelawat, Pembaharuan
Pasport, Program Kesetiaan dan sebagai Kad Diskaun.
Di masa hadapan Mykad akan mendapat lebih banyak keistimewaan dan warganegara
Malaysia tidak seharusnya melepaskan segala keistimewaan ini hanya kerana tidak
memiliki Mykad.
Selain itu pemegang MyKad digalakkan memeriksa MyKad mereka dari semasa ke
semasa. Disebabkan kecanggihan ciri-ciri cip pintarnya, kad ini amat sensitif dan
mudah rosak jika diperlakukan secara kasar. MyKad juga boleh disemak di semua
cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Sila rujuk kepada laman web JPN di
www.jpn.gov.my untuk mendapatkan senarai pejabat cawangan JPN.
-
Side Bar
Proses Evolusi MyKad
1948 Bermulanya Kad Pengenalan (Berasaskan Kertas)
1960 Kad Pengenalan Biru (Berasaskan Plastik)
1990 Kad Pengenalan Bersalut Plastik yang lebih dikenali sebagai Kad Bunga
Raya
1999 Kad Pengenalan Bersalut Plastik dengan foto warna
-
2000 hingga kini MyKad
Side Bar
Teknologi Di Sebalik MyKad
MyKad merupakan sekeping plastik yang direkabentuk dengan memuatkan mikrocip
dan mempunyai ukuran kad kredit biasa. Pada mulanya MyKad hanya menggunakan
cip berkapasiti cip 32K EEPROM (Electrically Erasable Programmable Read-Only
Memory) menggunakan M-COS (Sistem Pengoperasian Cip MyKad). Kapasiti cip
Mykad selanjutnya telah ditingkatkan kepada 64K di mana ia berkeupayaan untuk
menambah atau membuang aplikasi yang terdapat dalam MyKad.
Kad ini juga mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi di mana ia tidak boleh
dicapai oleh mana-mana pihak kecuali agensi-agensi kerajaan berkenaan dan pemilik
MyKad sahaja.
MyKad ditandakan 64K Chip di bahagian belakang MyKad.
27 Januari 2010
top related