bantuan kerajaan di negeri terengganu1. borang permohonan yang lengkap diisi. 2. gambar berukuran...

24
BANTUAN KERAJAAN DI NEGERI TERENGGANU Kerajaan Terengganu menyediakan pelbagai bentuk bantuan untuk anak negeri Terengganu dan juga penduduk tetap di Terengganu. Pelbagai inisiatif yang telah dilakukan bagi meringankan beban penduduk terutama sekali bagi golongan miskin, golongan berpendapatan rendah dan juga warga emas. Antara bantuan yang diberikan oleh kerajaan Terengganu yang meliputi pelbagai aspek ialah : Skim Dana Usahawan Asas Tani (DUNIA) Dana Prihatin Terengganu – OKU (D-Hati) Program Bantuan di bawah Yayasan Terengganu Program Zakat Terengganu oleh MAIDAM Projek Pembinaan Rumah Mampu Milik (RMM) Program Walimatulurus Perdana Skim Permata Sejahtera Bantuan Dana Raya Terengganu Program Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera Tabung Darul Iman

Upload: others

Post on 14-Aug-2021

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BANTUAN KERAJAAN DI NEGERI TERENGGANU1. Borang permohonan yang lengkap diisi. 2. Gambar berukuran passport. 3. Salinan MyKad Pemohon. 4. Salinan Kad OKU Pemohon. 5. Lesen Perniagaan

BANTUAN KERAJAAN DI NEGERI TERENGGANU

Kerajaan Terengganu menyediakan pelbagai bentuk bantuan untuk anak negeri Terengganu

dan juga penduduk tetap di Terengganu. Pelbagai inisiatif yang telah dilakukan bagi

meringankan beban penduduk terutama sekali bagi golongan miskin, golongan berpendapatan

rendah dan juga warga emas. Antara bantuan yang diberikan oleh kerajaan Terengganu yang

meliputi pelbagai aspek ialah :

Skim Dana Usahawan Asas Tani (DUNIA)

Dana Prihatin Terengganu – OKU (D-Hati)

Program Bantuan di bawah Yayasan Terengganu

Program Zakat Terengganu oleh MAIDAM

Projek Pembinaan Rumah Mampu Milik (RMM)

Program Walimatulurus Perdana

Skim Permata Sejahtera

Bantuan Dana Raya Terengganu

Program Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera

Tabung Darul Iman

Page 2: BANTUAN KERAJAAN DI NEGERI TERENGGANU1. Borang permohonan yang lengkap diisi. 2. Gambar berukuran passport. 3. Salinan MyKad Pemohon. 4. Salinan Kad OKU Pemohon. 5. Lesen Perniagaan

1. Skim Dana Usahawan Asas Tani (DUNIA)

Disediakan bertujuan untuk membantu usahawan Industri Asas Tani tempatan

memperkembangkan lagi perniagaannya. Pembiayaan ini adalah berasaskan kepada

prinsip Al-Qardh Al-Hasan.

KRITERIA PEMOHON

Warganegara Malaysia berumur 21 tahun – 55 tahun dan mestilah bumiputera.

Perniagaan adalah milikan rakyat Negeri Terengganu dan menjalankan

perniagaan di Negeri Terengganu.

Pemohon dan Peminjam mestilah telah berdaftar dengan Suruhanjaya

Pilihanraya sebagai Pemilih di Negeri Terengganu.

Mempunyai premis perniagaan tetap dan jenis perniagaan yang khusus.

Memiliki lesen perniagaan sah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan

atau persekutuan.

Telah menjalankan perniagaan dan mempunyai pendaftaran perniagaan SSM

yang masih sah sekurang-kurangnya 6 bulan.

Terlibat secara langsung dalam perniagaan (Owner Operating) serta beroperasi

sepenuh masa.

Pemohon mestilah menjadi Sahabat Usahawan Terengganu (SUT) dan telah

mendapat khidmat nasihat dan bimbingan serta menghadiri kursus yang

dianjurkan oleh YPU.

AKTIVITI PERNIAGAAN

i. Sektor Pertanian

ii. Sektor Penternakan

iii. Sektor Akuakultur

Aktiviti Melibatkan:-

* Pemprosesan

* Hiliran

* Huluan

* Sokongan

Page 3: BANTUAN KERAJAAN DI NEGERI TERENGGANU1. Borang permohonan yang lengkap diisi. 2. Gambar berukuran passport. 3. Salinan MyKad Pemohon. 4. Salinan Kad OKU Pemohon. 5. Lesen Perniagaan

CIRI-CIRI PEMBIAYAAN

Jumlah pembiayaan: RM5,000.00 – RM30,000.00

Jangkamasa Bayaran Balik: Sehingga 48 bulan / 4 tahun

Tiada Cagaran dikenakan.

Tiada Kadar Caj Keuntungan dikenakan.

Penjamin: Kakitangan Kerajaan / Swasta (Had Pinjaman tertakluk kepada Had Gaji

Penjamin).

HAD GAJI MINIMA PENJAMIN HAD PINJAMAN

RM2,000 RM5,000 – RM10,000

RM2,500 RM10,001 – RM20,000

RM3,000 RM 20,001 – RM30,000

Mempunyai premis perniagaan TETAP.

SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Borang permohonan yang lengkap diisi.

Salinan MyKad Pemohon dan Penjamin.

Gambar pemohon berukuran passport.

Salinan Lesen Pendaftaran Perniagaan (SSM), gambar produk, gambar premis

perniagaan, permit perniagaan dan Borang A & D (jika berkaitan).

Gambar produk & premis perniagaan.

Salinan penyata bank selama 3 bulan terkini.

Salinan slip gaji penjamin.

Surat tawaran perniagaan / surat sokongan.

Sebutharga atau senarai barangan / peralatan yang diperlukan.

Lakaran pelan lokasi perniagaan. (Google Maps tidak diterima)

CARA MEMOHON

Peniaga yang ingin memohon Skim Dana Asas Tani ini boleh lah malayari laman web

https://www.ypu.com.my/download/brosur-skim-pembiayaan-dana-usahawan-asas-tani-dunia/ ini

untuk memuat turun borang permohonan.

Page 4: BANTUAN KERAJAAN DI NEGERI TERENGGANU1. Borang permohonan yang lengkap diisi. 2. Gambar berukuran passport. 3. Salinan MyKad Pemohon. 4. Salinan Kad OKU Pemohon. 5. Lesen Perniagaan

2. DANA PRIHATIN TERENGGANU – OKU (D-HATI)

Disediakan bertujuan untuk membantu usahawan oku tempatan memperkembangkan lagi

perniagaannya.

KRITERIA PEMOHON

1. Warganegara Malaysia berumur 21 tahun – 60 tahun dan mestilah bumiputera. 2. Perniagaan adalah milikan rakyat Negeri Terengganu dan menjalankan perniagaan di

Negeri Terengganu. 3. Pemohon mestilah telah berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya sebagai Pemilih di

Negeri Terengganu. 4. Pemegang Kad OKU Sahaja. 5. Memiliki lesen perniagaan yang sah yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan

(PBT) atau Persekutuan. 6. Telah menjalankan perniagaan dan mempunyai lesen pendaftaran perniagaan (SSM)

yang masih sah sekurang-kurangnya tiga (3) bulan. 7. Terlibat secara langsung dalam perniagaan serta beroperasi sepenuh masa. 8. Pemohon mestilah menjadi Sahabat Usahawan Terengganu (SUT) dan telah mendapat

khidmat nasihat dan bimbingan serta telah menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan oleh YPU.

AKTIVITI/PERNIAGAAN YANG DITAWARKAN GERAN

1. Semua sektor perniagaan yang TIDAK bercanggah dengan undang-undang Malaysia.

TUJUAN GERAN

1. Pembelian mesin dan peralatan serta bahan mentah sahaja.

CIRI-CIRI GERAN

1. Jumlah Geran: Sehingga RM5,000.00 2. Konsep Geran: 80% YPU – 20% Usahawan

SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

1. Borang permohonan yang lengkap diisi. 2. Gambar berukuran passport. 3. Salinan MyKad Pemohon. 4. Salinan Kad OKU Pemohon. 5. Lesen Perniagaan (SSM), gambar produk, gambar premis perniagaan, permit perniagaan

dan borang A & D (jika berkaitan). 6. Sebutharga atau senarai barangan / peralatan yang diperlukan.

Page 5: BANTUAN KERAJAAN DI NEGERI TERENGGANU1. Borang permohonan yang lengkap diisi. 2. Gambar berukuran passport. 3. Salinan MyKad Pemohon. 4. Salinan Kad OKU Pemohon. 5. Lesen Perniagaan

7. Lakaran pelan lokasi perniagaan. (Google Maps tidak diterima)

CARA MEMOHON PEMBIAYAAN

1. Dapatkan borang permohonan geran daripada YPU melalui Laman Sesawang YPU (https://www.ypu.com.my/download/brosur-skim-dana-prihatin-terengganu-oku-d-hati/) atau di Pejabat Pentadbiran YPU dan diisi dengan lengkap. Borang yang tidak lengkap tidak akan diterima atau akan dikembalikan.

2. Pegawai YPU akan memproses dan menilai permohonan tersebut termasuk membuat lawatan ke premis perniagaan pemohon.

3. Pengeluaran geran akan dibuat setelah permohonan diluluskan kepada pembekal dengan syarat pemohon telah menjelaskan bayaran 20% kepada pembekal.

Page 6: BANTUAN KERAJAAN DI NEGERI TERENGGANU1. Borang permohonan yang lengkap diisi. 2. Gambar berukuran passport. 3. Salinan MyKad Pemohon. 4. Salinan Kad OKU Pemohon. 5. Lesen Perniagaan

3. PROGRAM BANTUAN DI BAWAH YAYASAN TERENGGANU

1. PROGRAM BIASISWA PELAJAR CEMERLANG

Program ini untuk melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara. Peruntukan pada tahun

2020 dinaikkan kepada RM10 juta untuk membiayai seramai 250 orang mahasiswa.

2. BIASISWA SKIM PELAJAR CEMERLANG PERINGKAT SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH

Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM2.6 juta untuk 125 orang siswazah dalam

negara.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN :

a) Bapa atau ibu pemohon/pelajar lahir di Negeri Terengganu ; ATAU

b) Ibu bapa pemohon/pelajar bermastautin di negeri Terengganu secara terus menerus

tidak kurang dari sepuluh (10) tahun dan mempunyai niat akan terus menetap di

Terengganu dengan mengemukakan SURAT PENGESAHAN BERMASTAUTIN.

c) Ibu dan bapa pemohon/pelajar mestilah daftar mengundi dan mengundi di negeri

Terengganu

d) Pemohon/pelajar mestilah mendapat kepujian Kelas Pertama dengan PNGK 3.75 ke atas

atau memperolehi markah 80% ke atas sahaja.

e) Mod pembelajaran adalah SEPENUH MASA.

PERHATIAN :

a) SILA ISI BORANG MENGGUNAKAN HURUF BESAR

b) SILA SERTAKAN SALINAN-SALINAN DOKUMEN BERIKUT BERSAMA PERMOHONAN INI :-

Kad Pengenalan pemohon/pelajar, ibu dan bapa/penjaga yang DISAHKAN.

Ijazah dan Transkrip Akademik (DISAHKAN Oleh Pusat Pengajian)

Dua (2) keping gambar berukuran passport. (catatkan nama & No. KP di belakang

gambar)

Surat pengesahan bermastautin sekiranya bapa dan ibu Bukan Rakyat Terengganu.

Page 7: BANTUAN KERAJAAN DI NEGERI TERENGGANU1. Borang permohonan yang lengkap diisi. 2. Gambar berukuran passport. 3. Salinan MyKad Pemohon. 4. Salinan Kad OKU Pemohon. 5. Lesen Perniagaan

SILA HANTAR BORANG INI DI ALAMAT BERIKUT :-

Pengarah,

Yayasan Terengganu,

Bangunan Yayasan, Jalan Sultan Ismail,

200 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU

(U.P : BAHAGIAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN)

3. BANTUAN PERSEDIAN IPT

Pemberian one-off persediaan kepada anak Terengganu yang melanjutkan pelajaran di

pelbagai peringkat pendidikan dengan peruntukan sebanyak RM20 juta. Tujuan bantuan ini

adalah untuk meringankan bebanan persiapan pengajian anak-anak.

Kadar Bantuan Persediaan

Doktor Falsafah (sepenuh masa) – RM1,000.00

Sarjana (sepenuh masa) – RM1,000.00

Ijazah Sarjana Muda – RM1,000.00

Diploma/Integrasi – RM750.00

International Baccalaureat – RM500.00

Foundation. – RM500.00

Matrikulasi/A Level. – RM500.00

Sijil (Program dua tahun ke atas) – RM500.00

Sekolah Menengah Berasrama Penuh – RM500.00

* Tambahan RM300.00 untuk IPT di Sabah dan Sarawak

4. BIASISWA PROGRAM ACCA (Association of Chartered Certified Accountants)

Pada tahun 2020 kerajaan negeri peruntukan sebanyak RM1.26 juta yang akan melibatkan

pembiayaan kepada 30 orang anak Negeri Terengganu dalam bidang ini.

Page 8: BANTUAN KERAJAAN DI NEGERI TERENGGANU1. Borang permohonan yang lengkap diisi. 2. Gambar berukuran passport. 3. Salinan MyKad Pemohon. 4. Salinan Kad OKU Pemohon. 5. Lesen Perniagaan

5. TABUNG SISWA PELAJAR

Tabung ini bertujuan untuk menyediakan pinjaman pembiayaan yuran pengajian untuk

ijazah pertama dalam dan luar negara. Kerajaan negeri sangat prihatin dan menitikberatkan

pendidikan anak-anak Terengganu.

CARA PERMOHONAN

Permohonan boleh dibuat melalui web Yayasan Terengganu

https://www.yt.gov.my/index.php/en/ . Borang permohonan yang telah lengkap di isi

hendaklah dicetak dan dihantar ke Pejabat Yayasan Terengganu(Bahagian Tajaan &

Transformasi Pendidikan) berserta dengan semua salinan dokumen yang diperlukan dan

disahkan.

Page 9: BANTUAN KERAJAAN DI NEGERI TERENGGANU1. Borang permohonan yang lengkap diisi. 2. Gambar berukuran passport. 3. Salinan MyKad Pemohon. 4. Salinan Kad OKU Pemohon. 5. Lesen Perniagaan

4. Program Zakat Terengganu oleh MAIDAM

Zakat adalah mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tertentu mengikut syarat-

syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu. Zakat dapat diagihkan

kepada:

Golongan Fakir miskin

Amil

Muallaf

Ghorimin

Ibnu Sabil

Fisabillah

Ar-Riqab

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

1. OBJEKTIF :

a. Menyediakan bantuan kepada penuntut Terengganu yang tidak berpeluang mendapat

pinjaman atau pembiayaan pengajian di dalam dan luar negara.

b . Meringankan bebanan ibu bapa dalam menampung kos pengajian anak-anak mereka ke

peringkat yang lebih tinggi.

c. Membuktikan keprihatinan MAIDAM ke atas umat Islam di negeri Terengganu dalam

menggalakkan menimba ilmu pengetahuan.

2. ASNAF : Fisabililllah

Page 10: BANTUAN KERAJAAN DI NEGERI TERENGGANU1. Borang permohonan yang lengkap diisi. 2. Gambar berukuran passport. 3. Salinan MyKad Pemohon. 4. Salinan Kad OKU Pemohon. 5. Lesen Perniagaan

3. SYARAT-SYARAT UMUM DERMASISWA DAN BANTUAN AM PELAJARAN :

a. Pemohon adalah rakyat negeri Terengganu yang menetap di negeri Terengganu atau

pemastautin tetap di negeri Terengganu tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut sebelum

melanjutkan pelajaran.

b . Beragama Islam, Baligh, berakal dan merdeka.

c. Surat pengesahan mastautin diperlukan bagi pelajar yang bukan rakyat Terengganu

tetapi telah lama menetap / bermastautin di Terengganu yang di sahkan oleh Amil Zakat/ Ketua

Kampung / Penghulu / Y.B.

d. Permohonan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan borang yang dikeluarkan

oleh MAIDAM secara online.

e. Surat bukti bahawa pemohon telah memohon pinjaman daripada badan yang

mengeluarkan pinjaman tetapi permohonan tersebut ditolak, hendaklah disertakan bersama

dalam permohonan tersebut.

f. Tarikh pembukaan permohonan bantuan adalah tertakluk kepada perubahan dari

semasa ke semasa.

g. Pemohon adalah seorang yang telah diterima belajar atau telah belajar di institusi

pengajian tinggi atau universiti yang boleh dibiaya pengajian oleh pihak MAIDAM.

h. Mestilah dibuktikan dengan dokumen-dokumen berkaitan serta surat tawaran dan

penerimaan masuk ke institusi pengajian berkenaan .

i. Pemohon yang mengikuti bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab diberi keutamaan.

j. Tidak melibatkan bidang pengajian yang berkaitan industri hiburan yang melalaikan.

k. Tempoh pemberian Bantuan Dermasiswa atau Bantuan AM Pelajaran kepada pelajar

dalam dan luar negara seperti berikut :-

Bil Tahap Tempoh Catatan

1 Sijil 2 tahun Ma’ahad Bu’uth dan Pusat bahasa

2 Diploma 3 tahun Darul Ifta’ dan lain-lain

3 Ijazah Pertama (BA) 4 tahun Pelajar biasa

4 Ijazah Pertama (BA) 2 tahun Khusus untuk pelajar mu’adalah

Page 11: BANTUAN KERAJAAN DI NEGERI TERENGGANU1. Borang permohonan yang lengkap diisi. 2. Gambar berukuran passport. 3. Salinan MyKad Pemohon. 4. Salinan Kad OKU Pemohon. 5. Lesen Perniagaan

5 Ijazah Pertama (BA) 6 tahun Khusus untuk pengajian perubatan

6 Ijazah Pertama (BA) 3 tahun Pengajian qiraat di Mesir

7 Master (MA) 2 tahun Pelajar biasa

8 Doktor Falsafah (Phd) 4 tahun Pelajar biasa

l. Permohonan bantuan tidak boleh dipertimbangkan sekiranya terdapat mana-mana ibu

dan bapa pemohon tidak menunaikan zakat kepada MAIDAM.

4. SYARAT KHUSUS DERMASISWA :

a. Bantuan Dermasiswa disalurkan melalui sinf fisabilillah dan khusus untuk pelajar yang

tidak mempunyai sumber pendapatan sendiri atau tetap sama ada bergaji penuh atau

sebahagian dan tidak mendapat apa-apa bantuan sama ada elaun, pinjaman, biasiswa,

dermasiswa atau seumpamanya dari mana-mana sumber atau badan-badan pembiaya bantuan

yang lain dan mengikuti pengajian secara sepenuh masa.

b. Bantuan ini hanya layak dipertimbangkan kepada pemohon- pemohon yang

melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi atau universiti awam atau swasta dalam dan

luar negara yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia / pihak berkuasa Malaysia.

5. SYARAT KHUSUS BANTUAN AM PELAJARAN :

a. Setiap peringkat pengajian sama ada BA , MA atau PhD , pemohon hanya layak

dipertimbangkan bantuan sekiranya mengikuti peringkat pengajian tersebut pada kali pertama

sahaja ( Bukan Double Degree).

b. Bantuan Am Pelajaran disalurkan melalui sinf fisabilillah dan boleh dipertimbangkan

kepada para pelajar seperti berikut iaitu :-

i. Institusi pengajian yang tidak diiktiraf JPA

ii. Pengajian jarak jauh ( PJJ ) .

iii. Penambahan semester pengajian layak pertimbangkan bantuan sekali sahaja.

iv. Pinjaman pelajaran disekat kerana keputusan peperiksaan yang rendah

v. Penerima bantuan MYBRAIN tidak dipertimbangkan.

vi. Pemohon tidak mempunyai sumber pendapatan sendiri atau tetap sama bergaji

penuh atau sebahagian.

Page 12: BANTUAN KERAJAAN DI NEGERI TERENGGANU1. Borang permohonan yang lengkap diisi. 2. Gambar berukuran passport. 3. Salinan MyKad Pemohon. 4. Salinan Kad OKU Pemohon. 5. Lesen Perniagaan

6. KADAR BANTUAN SEPERTIMANA BERIKUT :

a. Para pelajar (Dalam Negara) yang mendapat pinjaman PTPTN dan lain-lain agensi

pemberi pinjaman pengajian/penaja pengajian memperolehi Purata Nilai Gred atau Grade point

Average (GPA) 3.00 ke atas dalam semester pertama sesi akademik semasa, layak mendapat

Bantuan Am Pelajaran dengan kadar khusus secara tahunan seperti berikut:

Bil Tahap Pengajian

Dalam Negara RM

1 Diploma 800.00

2 Ijazah Pertama 1,000.00

b. Lain-lain kadar bantuan adalah berdasarkan keputusan MAIDAM dari semasa ke semasa.

7. KAEDAH PERMOHONAN / PELAKSANAAN :

a. Pemohon perlu mencetak borang yang telah diisi dan menghantar ke Ibu Pejabat

MAIDAM ( bagi pelajar dalam dan luar negara) beserta dokumen berikut:

Surat Pengesahan dari Attase Pendidikan Negeri Terengganu /Jabatan Penuntut

Malaysia / Kedutaan Besar Malaysia tahun semasa tentang status terkini pelajar luar

Negara atau dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar sekiranya pelajar dalam negara yang

mengandungi maklumat berikut:

- Bidang Pengajian.

- Tahun Pengajian.

- Pinjaman/ Pembiayaan semasa.

- Keputusan peperiksaan

- Status pengajian sama ada dalam tempoh sebenar / penambahan semester.

Salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa / penjaga dan adik-beradik bawah

tanggungan.

Salinan slip gaji ibu dan bapa/ penjaga atau akuan pendapatan bulanan bagi yang

bekerja sendiri / pemohon dan pasangan jika bekerja.

Keputusan peperiksaan semua semester pengajian untuk pelajar dalam dan luar

Negara yang telah disahkan oleh bahagian akademik IPT berkenaan.

Pengesahan bermastautin di Terengganu

Page 13: BANTUAN KERAJAAN DI NEGERI TERENGGANU1. Borang permohonan yang lengkap diisi. 2. Gambar berukuran passport. 3. Salinan MyKad Pemohon. 4. Salinan Kad OKU Pemohon. 5. Lesen Perniagaan

Salinan nombor akaun bank ( BIMB/ HSBC/ CIMB/ MAYBANK/ BSN dll).

Sijil-sijil akademik serta lain-lain dokumen yang berkaitan dan disahkan.

b. Bantuan ini akan disalurkan kepada pelajar berkenaan.

8. KEMUDAHAN LANJUTAN PERMOHONAN

a. Kemudahan “LANJUTAN PERMOHONAN” hanya khusus untuk para pelajar yang pernah

menerima bantuan Dermasiswa atau Bantuan Am Pelajaran sahaja.

b. Mereka perlu mengemaskini maklumat masing-masing melalui laman web serta perlu

mencetak borang yang telah diisi dengan lengkap.

c. Menghantar borang tersebut beserta dokumen -dokumen berkaitan seperti di atas (

dokumen permohonan biasa) ke Ibu Pejabat MAIDAM ( bagi pelajar dalam dan luar negara).

9. CARA BAYARAN :

a. EFT / cek / Cara lain yang bersesuaian.

10. CARA MEMOHON

Pelajar yang ingin memohon bantuan ini boleh lah melayari laman web

http://www.espmb.com/maidam_zakat/BA_Permohonan.aspx untuk memuat turun borang

permohonan.

Page 14: BANTUAN KERAJAAN DI NEGERI TERENGGANU1. Borang permohonan yang lengkap diisi. 2. Gambar berukuran passport. 3. Salinan MyKad Pemohon. 4. Salinan Kad OKU Pemohon. 5. Lesen Perniagaan

5. PROJEK PEMBINAAN RUMAH MAMPU MILIK (RMM)

Kerajaan Terengganu 2020 juga menyediakan bantuan PROJEK PEMBINAAN RUMAH MAMPU

MILIK (RMM) . Projek ini dilaksanakan di Tajin, Hulu Terengganu dan Tok Jembal.Di Kuala Nerus

yang dilancarkan pada bulan Julai 2019 melibatkan 410 unit rumah diteruskan pada tahun 2020

dengan peruntukan sebanyak RM14 juta.

Projek perumahan ini juga diteruskan di Tempinis, Besut yang dibangunkan oleh Perbadanan

Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) melibatkan 100 unit rumah.

Manakala projek perumahan di Gong Chengal, Kemaman melibatkan 200 unit rumah. Kedua-

dua projek perumahan ini akan mendapat peruntukan sebanyak RM15.5 juta dan dijangka siap

dalam tempoh dua tahun.

SYARAT KELAYAKAN PROJEK PEMBINAAN RUMAH MAMPU MILIK (RMM)

Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap dalam negeri

Terengganu.

21 tahun keatas, bagi pemohon yang berumur melebihi 50 tahun boleh

dipertimbangkan dengan syarat mempunyai jaminan bayaran daripada ahli keluarga.

(Ahli keluarga ditakrifkan daripada anak / adik beradik kandung).

Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang yang berpendapatan bulanan

tidak melebihi RM 2,500.

Pemohon dan pasangan belum pernah memiliki rumah.

Pemohon dan pasangan tidak pernah menerima tanah anugerah kediaman daripada

pihak kerajaan.

Pendapatan kasar bulanan isirumah (pemohon dan pasangan) tidak melebihi RM 3,500

sebulan.

Bagi pemohon dan pasangan dari penjawat awam, hanya yang bergred 1 hingga 22

sahaja layak memohon

Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai

pendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500 sebulan.

Penerima hanya layak memiliki RMM / RPMM sekali sahaja dan sekiranya rumah

tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat

permohonan kedua dan seterusnya.Segala urusan atau pertanyaan hendaklah merujuk

terus kepada :

Page 15: BANTUAN KERAJAAN DI NEGERI TERENGGANU1. Borang permohonan yang lengkap diisi. 2. Gambar berukuran passport. 3. Salinan MyKad Pemohon. 4. Salinan Kad OKU Pemohon. 5. Lesen Perniagaan

Pejabat Setiausaha Kerajaan (Bahagian Perumahan),

Tingkat Bawah No. 28 Pusat Niaga Paya Keladi,

20000 Kuala Terengganu,

Terengganu.

Tel : 09 6267 999 / 09 6317 999

Faks : 09 6262 999

Emel : [email protected]

CARA MEMOHON

Penduduk Terengganu yang ingin memohon bantuan ini boleh lah melayari laman web ini

http://eperumahan.terengganu.gov.my/eperumahan2/

Page 16: BANTUAN KERAJAAN DI NEGERI TERENGGANU1. Borang permohonan yang lengkap diisi. 2. Gambar berukuran passport. 3. Salinan MyKad Pemohon. 4. Salinan Kad OKU Pemohon. 5. Lesen Perniagaan

6. PROGRAM WALIMATULURUS PERDANA

Kerajaan Terengganu 2020 juga menyediakan bantuan PROGRAM WALIMATULURUS PERDANA .

Ia dianjurkan oleh Kerajaan Negeri melalui Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) dengan

kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) diteruskan dengan peruntukan

sebanyak RM1.5 juta.

Syarat-syarat permohonan program Walimatul Urus

Pasangan atau salah seorang daripadanya adalah rakyat negeri Terengganu.

Pemastautin tetap yang melebihi 10 tahun, hendaklah mendapatkan pengesahan

mastautin daipada Wakil Rakyat / Penghulu Mukim / Ketua Kampung.

Perkahwinan kali pertama

Tiada rekod jenayah dan tiada masalah kesihatan yang kritikal seperti HIV, AIDS atau

penyakit kelamin dan sebarang jenis penyakit yang boleh mendatangkan masalah

kepada pasangan

Mendapat restu kedua-dua ibu bapa.

Pendapatan pasangan RM3,000 ke bawah.

Pendapatan ibu bapa pasangan RM5,000 ke bawah atau penerima bantuan daripada

MAIDAM

Lulus kursus Pra Perkahwinan Modul Bersepadu Kursus Perkahwinan Islam (MBKPI)

anjuran JHEAT atau agensi yang diiktiraf oleh Kerajaan.

Keputusan pemilihan adalah tertakluk kepada Panel Jawatankuasa Pemilih yang dilantik

dan keputusan adalah muktamad.

Keutamaan kepada mereka yang berumur antara 18 hingga 30 tahun.

Mereka yang berminat boleh menghubungi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu atau

malayari laman web ini untuk memuat turun borang permohonan

https://www.ypkt.gov.my/pengumuman.html

Page 17: BANTUAN KERAJAAN DI NEGERI TERENGGANU1. Borang permohonan yang lengkap diisi. 2. Gambar berukuran passport. 3. Salinan MyKad Pemohon. 4. Salinan Kad OKU Pemohon. 5. Lesen Perniagaan

7. SKIM PERMATA SEJAHTERA

Kerajaan Terengganu 2020 juga menyediakan bantuan SKIM PERMATA SEJAHTERA. Skim ini

akan disumbangkan ke akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) dengan peruntukan

berjumlah RM1 juta.Skim ini sebagai sagu hati atas setiap kelahiran anak Terengganu.

BENTUK SUMBANGAN

Anak Pertama hingga Ke-6 – RM 100

Anak Ke-7 – RM 200

Anak Ke-8 – RM 300

Anak Ke-9 – RM 400

Anak Ke-10 – RM 50

SYARAT PERMOHONAN

1. Bayi hendaklah dilahirkan di Negeri Terengganu bermula pada 1.1.2020

sehingga 31.12.2020

2. Bagi Bayi yang dilahirkan di luar Negeri Terengganu, permohonan hanya akan

dipertimbangkan jika terdapat bukti atau pengesahan bahawa keperluan

bersalin di luar Negeri Terengganu adalah atas nasihat doktor dan disebabkan

oleh nasihat kepakaran atau komplikasi semasa proses bersalin.

3. Ibu atau Bapa bayi mestilah rakyat Negeri Terengganu yang lahir dan telah

menetap melebihi 10 tahun di Negeri Terengganu.

4. Bilangan anak bagi permohonan program ini dimaksudkan sebagai “bilangan

anak dalam sebuah keluarga yang terdiri daripada satu perkahwinan sahaja dan

bukan keluarga berpoligami”.

5. Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan ini (BP-SKAT2019) bersama dengan

Borang Permohonan Pembukaan Akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional.

Page 18: BANTUAN KERAJAAN DI NEGERI TERENGGANU1. Borang permohonan yang lengkap diisi. 2. Gambar berukuran passport. 3. Salinan MyKad Pemohon. 4. Salinan Kad OKU Pemohon. 5. Lesen Perniagaan

6. Permohanan hendaklah disertakan bersama Salinan Dokumen sebagaimana

berikut :

Borang Permohonan Skim Permata Sejahtera (BP-SKAT 2019) yang lengkap

diisi dan ditandatangani

Borang Permohonan Pembukaan Akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional

yang lengkap diisi dan ditandatangan.

Senarai Salinan Sijil Kelahiran Bayi dan Salinan MyKID Bayi (Jika ada)

Salinan MyKAD Ibu dan Bapa Salinan

Sijil Nikah atau Kad Nikah IbuBapa yang diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam

Malaysia Dokumen

Salinan Sijil Kelahiran atau MyKID/MyKAD kesemua anak bagi Permohonan

kelahiran anak ke – 7 dan keatas

7. Permohanan yang LENGKAP hendaklah DIKEMBALIKAN kepada Pejabat

Pembangunan Keluarga.

Borang permohonan boleh di dapati dengan memuat turun borang tersebut di laman web ini

http://www.ypkt.gov.my/images/Media/muatturun/2019/borang_skim_permata_sejahtera_2019.pdf

Page 19: BANTUAN KERAJAAN DI NEGERI TERENGGANU1. Borang permohonan yang lengkap diisi. 2. Gambar berukuran passport. 3. Salinan MyKad Pemohon. 4. Salinan Kad OKU Pemohon. 5. Lesen Perniagaan

8. BANTUAN DANA RAYA TERENGGANU

Bantuan Dana Hari Raya Aidilfitri akan diberikan kepada golongan yang layak di bawah

kategori ibu tunggal, OKU, warga emas dan golongan miskin. Permohonan akan dibuka

secara online kepada rakyat negeri Terengganu sama ada pemohon baru atau lama di

laman web iDANA. Pengagihan bantuan duit raya dijangka di buat bermula awal Ramadhan.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN MENGIKUT KATEGORI

Page 20: BANTUAN KERAJAAN DI NEGERI TERENGGANU1. Borang permohonan yang lengkap diisi. 2. Gambar berukuran passport. 3. Salinan MyKad Pemohon. 4. Salinan Kad OKU Pemohon. 5. Lesen Perniagaan
Page 21: BANTUAN KERAJAAN DI NEGERI TERENGGANU1. Borang permohonan yang lengkap diisi. 2. Gambar berukuran passport. 3. Salinan MyKad Pemohon. 4. Salinan Kad OKU Pemohon. 5. Lesen Perniagaan

CARA MEMOHON

Pemohon boleh lah melayari laman web ini untuk mengisi borang Dana Raya Aidilfitri

http://idana.terengganu.gov.my/

Page 22: BANTUAN KERAJAAN DI NEGERI TERENGGANU1. Borang permohonan yang lengkap diisi. 2. Gambar berukuran passport. 3. Salinan MyKad Pemohon. 4. Salinan Kad OKU Pemohon. 5. Lesen Perniagaan

9. PROGRAM LESEN MOTOSIKAL TERENGGANU SEJAHTERA

Mengambil kira sambutan yang sangat baik daripada para remaja dan belia terhadap program

ini, kerajaan negeri akan meneruskan program ini pada tahun 2020.Tujuan inisiatif ini dapat

membantu urusan kehidupan seharian mereka.

CIRI-CIRI PERMOHONAN

Program Lesen Motosikal B2.

Permohonan mesti diisi melalui atas talian atau ‘online’ atau menggunakan borang

secara manual.

Berumur dari 16 hingga 40 tahun.

Bujang atau sudah berkahwin.

Anak jati Terengganu atau bermastautin lebih 10 tahun. Pengesahan Penghulu atau

Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) diperlukan.

Permohonan pertama kali pertama sahaja.

Pendapatan tidak lebih daripada RM2,000 sebulan.

Pelajar sekolah, Institut Pengajian Tinggi (IPT), pusat kemahiran layak dan perlu disahkan

masih belajar oleh pusat pengajian atau Penghulu Mukim atau MPKK.

Latihan atau kursus dalam negeri Terengganu sahaja.

Borang permohonan melalui i-Dana hendaklah dicetak dan disahkan oleh MPKK

bersama dokumen diperlukan;

Kad Pengenalan

Slip gaji atau pengesahan tempat pengajian

Pemohon tanpa slip gaji, kemukakan Surat Pengakuan Pendapatan disahkan

Penghulu atau MPKK

Pemohon Orang Kurang Upaya (OKU) bagi LESEN B2 ini perlu bersama salinan Kad

OKU11. Bebas daripada saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau Polis Diraja

Malaysia (PDRM). Jika ada, pemohon perlu lebih dahulu menjelaskan saman JPJ atau

PDRM.12.Kos ditanggung oleh kerajaan negeri adalah kos buat LESEN sahaja tidak

termasuk kos lain-lain yang dikenakan oleh institut memandu.

CARA MEMOHON

Pemohon yang berjaya akan dihubungi oleh pihak urusetia & semakan boleh dilayari di laman

sesawang http://idana.terengganu.gov.my

Page 23: BANTUAN KERAJAAN DI NEGERI TERENGGANU1. Borang permohonan yang lengkap diisi. 2. Gambar berukuran passport. 3. Salinan MyKad Pemohon. 4. Salinan Kad OKU Pemohon. 5. Lesen Perniagaan

10. TABUNG DARUL IMAN

Tabung ini adalah untuk bantuan-bantuan berkaitan penyakit kronik dan kebajikan

sosial. Pada tahun 2020, tabung ini akan diteruskan dengan peruntukan berjumlah RM5

juta.

Tabung Darul Iman merupakan satu tabung yang diwujudkan untuk membantu

meringan bebanan rakyat yang ditimpa musibah atau kurang bernasib baik dengan

membiayai pelbagai bantuan yang bersesuaian. Sejarah penubuhannya tercetus dengan

penggabungan tiga tabung sediada iaitu Tabung Darul Iman, Tabung Bantuan Penyakit

Kronik dan Dana Kebajikan Sosial Perubatan.

Bantuan Musibah

Setiap permohonan bagi bantuan musibah hendaklah dihantar secara manual ke pejabat

Sekretariat Tabung Darul Iman.

Makluman bagi Permohonan Bantuan Sara Diri dan Susu/Lampin Pakai Buang

Adalah dimaklumkan bahawa Permohonan Bagi Bantuan Sara Diri Tahunan dan Bantuan Susu

Dan Lampin Pakai Buang dibuka bermula pada tarikh 01.01.2020.

CARA MEMOHON

Isi Borang Permohonan

1. Permohonan secara online boleh dilakukan di laman web Portal Sekretariat Tabung

Darul Iman. Pemohon perlulah mengisi borang permohonan secara online dan

mencetak borang tersebut.

2. Permohonan secara manual boleh dilakukan dengan mencetak borang permohonan

di Portal Sekretariat Tabung Darul Iman atau mengambil borang di pejabat Sekretariat

Tabung Darul Iman / Pusat Khidmat Masyarakat DUN. Pemohon perlulah mengisi

borang tersebut secara manual.

Page 24: BANTUAN KERAJAAN DI NEGERI TERENGGANU1. Borang permohonan yang lengkap diisi. 2. Gambar berukuran passport. 3. Salinan MyKad Pemohon. 4. Salinan Kad OKU Pemohon. 5. Lesen Perniagaan

Pemohon perlu melampirkan dokumen sokongan :

-salinan kad pengenalan

-laporan polis/JKM

-Laporan Bomba/Perubatan

-Surat Kerakyatan negeri Terengganu

Hantar Borang Permohonan dan Dokumen Sokongan

Borang permohonan hendaklah dihantar ke Pusat Khidmat Masyarakat DUN atau

pejabat Sekretariat Tabung Darul Iman untuk diproses.

Semakan Permohonan

Pemohon boleh membuat semakan status permohonan melalui Portal Sekretariat

Tabung Darul Iman di laman sesawang http://stdi.terengganu.gov.my/