modul pengurusan jenazah full
Post on 23-Jan-2016
171 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
MODUL PENGURUSAN JENAZAH
JENAZAH : HUKUM DAN PENGURUSAN
KANDUNGAN :
1.0 – Pendahuluan
2.0 – Hukum menziarahi orang sakit
3.0 – Perkara-perkara yang perlu dilakukan kepada pesakit yang hampir mati
4.0 – Apakah yang perlu dilakukan apabila menerima berita kematian
5.0 – Perkara2 yang perlu dilakukan kepada si mati yang baru meninggal
6.0 – Memandikan jenazah
6.1 – Syarat jenazah yang diwajibkan mandi
6.2 – Orang yang dibolehkan memandikan jenazah
6.3 – Hukum melihat kepada aurat jenazah
6.4 – Syarat memandikan jenazah
6.5 – Perkara-perkara sunat ketika memandikan jenazah
6.6 – Cara-cara memandikan jenazah
7.0 – Mengkafankan jenazah
7.1 – Hukum mengkafankan jenazah
7.2 – Cara-cara mengkafankan jenazah
8.0 – Sembahyang jenazah
8.1 – Syarat bagi jenazah yang hendak disembahyangkan
8.2 – Rukun sembahyang jenazah
8.3 – Cara menyembahyangkan jenazah
8.4 – Perkara-perkara sunat bagi sembahyang jenazah
8.5 – Imam solat jenazah
9.0 – Mengebumikan jenazah
9.1 – Kelebihan mengebumikan jenazah
9.2 – Cara-cara mengebumikan jenazah
10.0 – Kewajipan terhadap anak-anak yang gugur
11.0 – Ziarah kubur
12.0 – Takziah
13.0 – Hukum menyediakan makanan
14.0 – Hukum menangis apabila menerima berita kematian
15.0 – Penutup
16.0 – Rujukan
PENDAHULUAN
Kematian merupakan satu kejadian yang mesti ditempuhi oleh setiap manusia.
Kita sebagai makhluk baru di muka bumi sudah pastinya akan mengalami
kerosakan dan kemusnahan samaada dalam keadaan sihat walafiat , kaya raya
ataupaun sedang berkuasa. Firman Allah Taala : ولو الموت يدرككم تكونوا اينما
النساء ) مشيدة بروج فى (78كنتم
( Di mana saja kamu berada , maut pasti akan mendatangi kamu sekalipun
kamu bersembunyi di atas mahligai yang kukuh ) .
Setiap muslim yang mengaku beriman akan menerima hakikat bahawa
kematian bukan bererti segalanya akan berakhir di situ, bahkan ia merupakan
babak baru untuk menempuh babak-babak seterusnya . Sesudah alam ini
dilenyapkan oleh Allah sebagai Tuhan yang berkuasa akan mewujudkan alam
akhirat, satu alam lain yang yang bersifat kekal untuk selama-lamanya . Di
sinilah semua manusia akan diadili dan diberi balasan yang setimpal dan sesuai
dengan kadar amalan mereka semasa hidupnya di dunia ini. Perjalanan hidup
dunia ini merupakan penentuan akhirat. Dunia diumpama sebagai ladang ,
menabur benih dan menjaganya hingga mengeluarkan buah yang baik dan
akhirat merupakan tempat untuk memungut hasil tadi. Dengan kata lain
andainya usia dan kesempatan yang dianugerahi ini digunakan dengan
sebaiknya maka InsyaAllah keuntungan di akhirat pasti akan diperolehi.
Kehidupan manusia di bumi ini ada kesudahan dan usia manusia di dunia ini
juga ada batasnya. Nyawa yang menjadi milik kita hari ini hanyalah pinjaman
sementara, bila tiba masa yang ditetapkan nanti pinjaman tersebut akan
diambil semula dalam keadaan terpaksa atau rela sebagaimana
firman Allah Taala :
األعراف ) يستقدمون وال ساعة يستأخرون ال أجلهم جاء (34فاذا
Sebagaimana muslim yang mengaku beriman kita perlu memahami bahawa
tujuan sebenar Islam menganjurkan agar umatnya sentiasa mengingati mati
bukanlah untuk menakut-nakutkan bahkan untuk menyedarkan dan
mengingatkan kita bahawa hidup di dunia ini hanya sementara dan masa yang
sebenar ini hendaklah digunakan sebaik-baiknya, mengerjakan ibadah
sebanyak mungkin serta tidak menganggap mudah dengan kematian kerana
kedatangan maut ini amat menyakitkan. Dengan ini akan lahirlah jiwa yang
bersih, sentiasa melaksanakan ketaatan untuk menempah keuntungan di
akhirat.
Kematian merupakan satu kerehatan bagi mereka yang beriman juga
merupakan wasilah untuk kita menerima balasan. Bila tiba saat ini, dengan
terpisahnya roh dari jasad akan terputuslah setiap amalan manusia melainkan
tiga perkara sabda Rasulullah SAW :
وولد به ينتفع علم و جارية صدقة ثالث من احدى اال عمله انقطع آدم ابن مات اذا
له يدعو صالح
مسلم ) ( رواه
Yang bermaksud : “ Apabila mati anak Adam akan terputuslah segala
amalannya melainkan tiga perkara , sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan
anak-anak soleh yang mendoakan untuknya.”
Akhirnya marilah kita mengambil kesempatan dari kehidupan , kesihatan,
kelapangan, usia muda, dan kesenangan yang dianugerahkan untuk
mengumpul sebanyak mungkin kebaikan dan kebajikan , sebagai bekalan untuk
menuju ke Alam Baqa’ iaitu hari yang tidak ada manfaat lagi harta dan anak
pinak.
Hanya nilai ibadat dan amal soleh sahaja yang akan mendapat perhitungan
Allah di akhirat kelak. Semoga dengan ini kita akan memperolehi dua
keuntungan hidup di dunia dan di akhirat.
2.0 HUKUM MENZIARAHI ORANG SAKIT
Ziarah – menziarahi merupakan suatu amalan yang dituntut oleh Islam. Amalan
ini akan menambahkan lagi perasaan kasih sayang serta hubungan
persuadaraan. Ianya amat diperlukan lebih – lebih lagi apabila berlaku sesuatu
yang tidak baik kepada suadara muslim yang lain seperti sakit dan sebagainya.
Menziarahi pesakit bukan sahaja dapat mengeratkan ukhuwwah Islamiah yang
telah sedia ada bahkan di sana terdapat beberapa kelebihan sebagaimana
hadis Rasulullah SAW :
وسلم : عليه الله صلى النبى عن ثوبان عن
الجنة خرقة فى يزل لم المسلم أخاه عاد اذا المسلم ان
Maksudnya: “Sesungguhnya apabila seseorang muslim itu menziarahi saudara
muslimnya yang sakit maka ianya akan sentisa berada di dalam kebun syurga
dengan memetik buah – buahnya.”
Menziarahi saudara muslim yang sakit hukumnya sunat muakkad sama ada ia
dikenali atau tidak. Makruh berada lama ketika menziarahi pesakit sekiranya
ziarah itu akan mengganggu pesakit. Ketika menziarahi digalakkan supaya
mendoakan kepadanya samada sakitnya masih ada harapan untuk hidup atau
sebaliknya. Di antara doanya ialah :
يشفيك الله حاسد عين او نفس كل شر من يؤذيك شيء كل من أرقيك الله بسم
أرقيك الله بسم
Maksudnya : “ Dengan nama Allah aku jampi ( minta perlindungan ) dari setiap
sesuatu yang menyakitkanmu, dari kejahatan setiap jiwa atau mata yang
dengki. Allah akan menyembuh-kanmu, dengan nama Allah aku jampi .”
Sebagaimana hadis yang diriwayatkan dari Ibnu Said Al Khudri :
أشتكيت : محمد يا فقال وسلم عليه الله صلى النبى أتى السالم عليه جبريل أن
عين : : أو نفس كل شر من يؤذيك شىء كل من أرقيك الله بسم قال نعم قال
مسلم . رواه أرقيك الله بسم يشفيك الله حاسد
Maksudnya : “ Sesungguhnya Jibril a.s mendatangi nabi SAW lalu berkata :
Wahai Muhammad, adakah kamu sakit ? Jawab Baginda : Ya. Kata Jibril.
Dengan nama Allah aku jampi dari setiap sesuatu yang menyakitkan kamu, dari
kejahatan setiap jiwa atau mata yang dengki. Allah akan menyembuhkanmu,
dengan nama Allah aku jampi.”( Riwayat Muslim )
Bagi pesakit juga terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan antaranya :
Menjaga akhlaknya supaya sentiasa berkeadaan baik.
Menjauhi daripada bertelingkah dalam masalah keduniaan.
Hendaklah memikirkan bahawa inilah waktu terakhir untuknya beramal.
Menjaga waktu sembahyang dan menjauhi sebarang kekotoran maksiat
dan sebagainya.
Mewasiatkan kepada ahli keluarganya supaya bersabar dengan
ketetapan Allah SWT dan seandainya ia meninggal janganlah meratap
atau menangis secara berlebihan.
Berpesan kepada ahli keluarganya supaya meninggalkan adat (perkara –
perkara bid’ah) di dalam menguruskan jenazahnya nanti.
Pesakit tidak digalakkan berdoa atau minta supaya segera dimatikan kerana
tidak sanggup lagi untuk menanggung ujian tersebut sebaliknya hendaklah
berdoa :
لي خيرا الوفاة كانت اذا توفنى و لي خيرا الحياة كانت ما أحينى اللهم
Bermaksud : “ Wahai Tuhanku ! Hidupkan aku selagi hidup itu baik untukku
dan matikanlah aku sekiranya kematian itu baik bagiku .”
Sabda Rasulullah SAW :
: أحدكم يتمين ال قال أنه وسلم عليه الله صلى النبى عن مالك ابن أنس عن
كانت اذا توفنى و لي خيرا الحياة كانت ما أحينى اللهم وليقل به نزل لضر الموت
عليه ) متفق صحيح حديث لي خيرا (الموت
Bermaksud : “ Jangan meminta seseorang dari kamu akan mati kerana bala
yang diturunkan kepadanya serta hendaklah berdoa , wahai Tuhanku hidupkan
aku selagi hidup itu baik bagiku dan matikanlah aku sekiranya mati itu lebih
baik bagiku.”
Walaubagaimanapun bersabar dengan penderitaan yang dialami itu lebih baik
daripada meminta atau mencintai kematian, kerana sesungguhnya setiap mala
petaka yang diturunkan itu merupakan ujian Allah SWT. Sesungguhnya
semakin kasih Allah kepada hambanya semakin banyaklah ujian yang akan
diberikan untuk menguji sejauh manakah keimanan seseorang hamba itu.
Rasulullah SAW bersabda :
خيرا أصابه ان المؤمن اال ألحد ذلك وليس خير كله أمره ان المؤمن ألمر عجبا
له خيرا فكان صبر شرا أصابه ان و له خيرا فكان شكر
Bermaksud : “ Hairan bagi orang mukmin sesungguhnya suatu perkara itu
kesemuanya baik dan tidak ada perkara itu bagi orang lain melainkan bagi
mukmin sahaja. Sekiranya ditimpa kebaikan ia bersyukur maka itu adalah baik
baginya dan sekiranya ditimpakan kesempitan, bahaya dan sebagainya ia
bersabar maka itu adalah baik baginya.”
3.0 PERKARA-PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN KEPADA PESAKIT
YANG HAMPIR MENINGGAL
Apabila seseorang pesakit itu hampir meninggal disunatkan mengadap kiblat
iaitu dengan mengiring di atas lambung kanan mengadap kiblat sebagaimana
kedudukan dalam liang lahad. Sekiranya tidak dapat kerana menyusahkan atau
sebagainya baringkan di atas lambung kiri juga mengadap kiblat dan sekiranya
masih sukar baringkan secara menelentang dengan dua kaki mengadap kiblat
dan sunat diangkat sedikit kepalanya supaya mukanya juga mengadap
kiblat.Disunatkan kepada orang yang masih hidup supaya mentalqinkan
dengan kalimah ( الله ا agar diikuti oleh pesakit itu berdasarkan sabda ( الاله
Rasulullah
داود - أبو رواه الله اال اله ال موتاكم لقنوا
Bermaksud : “ Ajarlah orang yang hampir mati kalimah Liilahaillah .
Sebaik – baiknya himpunkanlah antara mentalqin dan mengadap kiblat itu
(serentak) tetapi sekiranya sukar didahulukan talqin .Untuk mentalqinkan
kalimah tersebut disunatkan orang yang bukan waris pesakit. Ini adalah untuk
mengelakkan daripada timbulnya prasangka yang tidak baik pada pesakit sama
ada beliau akan menganggap warisnya itu sukakan kematiannya untuk
mendapatkan harta pusaka dan sebagainya.
Dalam keadaan ini janganlah terlalu memaksa atau mendesak pesakit tadi
menyebut kalimah Syahadah sebaliknya ajarkanlah dengan lemah lembut dan
teratur supaya mudah diikuti mengikut keadaan pesakit.Sekiranya terlalu
memaksa dibimbangi akan melahirkan atau menimbulkan perasaan jemu dan
sebagainya yang seterusnya mungkin akan terpesong dari hasrat sebenar.
Kepada orang yang mentalqinkan juga diharapkan agar tidak mudah putus asa
ataupaun menyangka buruk terhadap reaksi yang mungkin ditunjukkan oleh
pesakit sebaliknya berdoalah semoga Allah akan memberikan hidayat
kepadanya.
Disunatkan kepada kita berkata dengan perkataan yang baik dan mendoakan
kebaikan untuknya sebagaimana sabda Rasulullah SAW :
المريض : : حضرتم اذا وسلم عليه الله صلى الله رسول قال قالت سلمة أم عن
تقولون ما على يؤمون المالئكة فان خيرا فقولوا الميت أو
Bermaksud : “ Apabila kamu menziarahi orang sakit atau mati maka
ucapkanlah olehmu ucapan dan perkataan yang baik serta doakanlah untuknya
kerana malaikat akan mengaminkan apa yang kamu katakan.”
Disunatkan kepada ahli keluarga , kaum kerabat atau sesiapa sahaja yang
berada di sekeliling pesakit membaca surah Yasin sebagaimana sabda
Rasulullah SAW :
عليه الله هون اال يس عتده فتقرأ يموت ميت من ما
Bermaksud : “ Tiada daripada orang yang hampir menemui ajal apabila dibaca
surah Yasin kepadanya melainkan akan dipermudahkan untuknya menghadapi
Sakaratul Maut.”
Dan disunatkan juga membaca surah Al-Ra’d. Sunat mendahulukan bacaan
surah Yasin daripada surah Al-Ra’d kerana Yasin akan mengurangkan seksa
yang ditanggung dan juga dipermudahkan untuk berhadapan dengan sakaratul
maut manakala surah Al-Ra’d adalah untuk memudahkan keluar roh daripada
jasadnya.
Kepada orang yang hampir meninggal dunia juga diingatkan supaya sentiasa
bersangka baik dengan Allah sebagaimana hadis Rasulullah SAW :
الحديث – عنه يعفو و يرحمه انه باالله الظن يحسن وهو اال أحدكم يموتن ال
Maksudnya : “ Janganlah kamu mati melainkan dalam kamu bersangka baik
dengan Allah dan sesungguh Allah akan merahmati kamu dan akan memaafkan
kamu .”
Dalam hal ini disunatkan kepada mereka yang berada di sisi pesakit memberi
ingatan supaya ianya sentiasa bersangka baik dengan Allah.”
4.0 PERKARA YANG DILAKUKAN APABILA MENERIMA BERITA
KEMATIAN
Apabila menerima berita kematian disunatkan membaca اليه انا و لله انا
: sebagaimana sabda Rasulullah SAW راجعون
وسلم : عليه الله صلى الله رسول قال قال عنهما الله رضى عباس ابن : عن
ربنا الي وانا راجعون اليه وانا لله انا فليقل أخيه وفاة احدكم بلغ فاذا فزع الموت
الحديث – لمنقلبون
Bermaksud : “ Maut itu satu kejutan, apabila sampai seseorang daripada kamu
berita kematian saudaranya hendaklah berkata sesungguhnya kepadaNya
kami akan dikembalikan.’’
Bagi ahli keluarga yang menerima kematian hendaklah bersabar dengan
keadaan itu serta redha dan lapang dada kerana Rasulullah SAW bersabda :
األولى الصدمة عند الصبر انما
Bermaksud : “ Hendaklah kita bersabar ketika bertemu bala yang pertama.’’
5.0 PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN KEPADA ORANG YANG
BARU MENINGGAL
Apabila berlaku satu kematian maka hukum menguruskan jenazah merupakan
fardu kifayah dan menjadi kewajipan kepada mereka yang masih hidup untuk
menguruskan jenazah tersebut dari awal hingga mengebumikannya dan juga
hendaklah menjelaskan segala hutang piutangnya sekiranya ada sebagaimana
sabda Rasulullah SAW :
يقضى حتى دينه بقضاء معلقة المؤمن نفس
Bermaksud : “ Roh seseorang mukmin itu akan tergantung dengan hutang nya
sehinggalah dijelaskan.”
Seterusnya menjadi kewajipan juga untuk menguruskan harta pusaka yang
ditinggalkan sekiranya ia mempunyai harta. Perkara yang perlu dilakukan
kepada si mati ialah :
Basuh kemaluan
Memejamkan mata si mati dengan mengurutnya perlahan – lahan selembut
yang boleh sambil membaca
واخلفه المهديين فى درجة وارفع له اغفر اللهم الله رسول ملة وعلى الله بسم
له ونور قبره فى له وافسح العالمين رب يا وله واغفرلنا الغابرين فى عقبه فى
فيه
Ikat dagu si mati dengan menggunakan kain yang agak lebar dengan dililitkan
di kepalanya. Tujuannya adalah untuk mengelakkan mulut daripada turun
kebawah atau terbuka.
Seterusnya gosoklah sendi-sendi dengan menggunakan minyak dan gerak serta
lipatkan perlahan-lahan semua sendi,tangan, kaki, lutut dan jari- jemari.
Tujuannya ialah untuk memudahkan urusan memandikan nanti.
Kemudian pindahkan jenazah ke tempat yang tinggi seperti katil kemudian
letakkan logam atau besi yang berat sekitar 1 pound di atas perut si mati.
Tujuannya adalah untuk mengelakkan daripada berlaku kembung.
Ahli keluarga si mati hendaklah berusaha untuk menjelaskan segala hutang
yang ditinggalkan. Terdapat empat kewajipan utama yang ditaklifkan kepada
mereka yang masih hidup ( fardu kifayah ) untuk dilaksanakan apabila
berhadapan dengan satu kematian :
Memandikan
Mengapankan
Menyembahyangkan
Mengebumikan
Untuk Perhatian : Semua perbelanjaan untuk menguruskan jenazah hendaklah
diambil daripada harta peninggalan si mati kecuali isteri dan anak, isteri
diwajibkan ke atas suami manakala anak pula diwajibkan ke atas bapa.
Sekiranya si mati tadi tidak mempunyai harta maka ia menjadi kewajipan
kepada orang yang menanggungnya ketika hidup dan sekiranya tiada juga
maka kewajipan itu akan berpindah kepada baitulmal. Sekiranya baitulmal
tidak ada tempat tersebut maka ianya akan menjadi kewajipan kepada mana –
mana muslim yang mampu atau kaya di tempat tersebut.
6.0 MEMANDIKAN JENAZAH
Memandikan jenazah hukumnya fardu kifayah secara ijma’.
6.1 Syarat jenazah yang diwajibkan mandi :
Mayat Islam
Didapati anggota walaupun sedikit
Bukan anak keguguran yang belum bersifat ( sebelum 4 bulan )
Bukan jenazah yang mati syahid
6.2 Orang yang boleh memandikan jenazah
Kewajipan asal memandikan jenazah ialah lelaki memandikan jenazah lelaki
dan perempuan memandikan jenazah perempuan. Sekiranya jenazah itu lelaki,
yang lebih utama memandikannya ialah orang yang didahulukan
menyembahyangkannya dan isterinya bagi yang beristeri dan seterusnya
mengikut tertib bapa, datuk lelaki dan seterusnya mengikut tertib.
Dahulukan selepas isteri dengan lelaki terdekat kemudian seterusnya mengikut
tertib tadi dan barulah perempuan – perempuan yang diharamkan kahwin
dengannya. Manakala jenazah wanita yang tiada suami orang yang
diamanahkan untuk memandikannya ialah perempuan yang paling dekat
hubungan kekeluargaan seperti ibu dan seterusnya. Harus bagi suami
memandikan isteri mengikut ijmak ulama’.
Mengikut Imam Syafie sekiranya berlaku satu kematian di mana seorang lelaki
meninggal di satu tempat yang tiada kaum lelaki melainkan perempuan ajnabi
sahaja maka kewajipan memandikan jenazah berpindah kepada tayammun
sahaja dengan menjaga pandangan dari melihat aurat lelaki.
Begitu juga apabila seseorang perempuan meninggal di tempat yang tiada
perempuan sedangkan ia tidak mempunyai muhrim ataupun suami maka ianya
boleh ditayammunkan juga oleh lelaki ajnabi dengan menjaga aurat si mati.
Jenazah kanak – kanak boleh dimandikan sama ada oleh perempuan atau
lelaki. Manakala jenazah khunsa yang mempunyai dua alat kelamin, orang yang
memandikannya hendaklah melihat kecenderungannya mana yang lebih
banyak atau dengan berpandukan kepada haid dan sebagainya.
6.3 Hukum melihat aurat si mati
Menutup aurat kepada si mati adalah wajib. Haram bagi orang yang
memandikan jenazah atau selainnya melihat aurat si mati begitu juga
menyentuhnya. Bagi mereka yang hendak memandikan jenazah apabila
sampai kepada aurat si mati hendaklah mengalas tangannya sama ada dengan
menggunakan sarung tangan atu seumpanya dan mengikut setengah pendapat
makruh menyentuh tubuh si mati tanpa alas.
6.4 Syarat untuk memandikan jenazah
Islam
Bukan pembunuh si mati – bagi pembunuh akan gugur hak memandikan
ke atasnya hinggalah menanamnya.
Perkara utama yang perlukan untuk orang yang memandikan jenazah
ialah amanah. Sebagai-mana sabda Rasulullah SAW :
ماجه – ابن رواه المأمونون اال موتاكم يغسل ال
Bermaksud : “ Jangan kamu memandikan orang mati kecuali kepada orang
yang amanah.”
Dan yang sebaiknya ialah orang yang terdekat dan disayangi oleh si mati
dengan syarat ia mengetahui tentang kewajipan mandi. Bagi yang mati
dalam keadaan junub dan haid memadai hanya satu mandian saja.
6.5 Perkara yang sunat dilakukan ketika memandikan jenazah
Mengulangi mandian sebanyak tiga kali, di mana mandian pertama
adalah wajib manakala yang kedua dan ketiga adalah sunat. Mandian
yang pertama ialah dengan air bidara manakala yang kedua dengan air
mutlak atau sabun dan yang ketiga dengan air kapur barus. Makruh
memandikan jenazah melebihi tiga kali sekiranya sudah bersih.
Sekiranya mandian yang ketiga tidak dapat membersihkan najis yang ada
ulangilah kepada lima, tujuh dan seterusnya hingga bersih. Sunat
mewitirkan bilangan sebagaimana hadis Rasulullah SAW : وترا اغسلها
رأيتن ان ذلك من اكثر او خمسا او ثالثا
Menggunakan wangian dalam mandian yang terakhir seperti air kapur
barus dan seumpanya tetapi yang sebaik – baiknya air kapur barus.
Disunatkan juga menggunakan air bidara atau air sabun.
Sunat memasang setanggi terutamanya ketika mengeluarkan najis untuk
menghilangkan bauan busuk.
Sunat mengulangi melembut- lembutkan sendi setelah selesai
memandikan untuk memudahkan pengapanan.
Mengikut mazhab Syafie sunat menyikat rambut perempuan dan
janggut si mati sekiranya tebal dengan menggunakan sikat yang jarang.
6.6 Cara –cara memandikan mayat
1.Sekurang – kurang mandian bagi jenazah ialah dengan meratakan air ke
seluruh tubuh setelah dibersihkan najis –najis yang ada. Manakala yang
sebaiknya ialah :
2.Dimandikan di tempat yang bersih dan tertutup daripada pandangan umum.
Hanya orang yang memandikan dan penolongnya sahaja yang dibolehkan
berada di tempat itu.
3.Tutupkan mayat tadi dengan menggunakan kain yang menutup keseluruhan
badan,
4.sementara bahagian muka boleh ditutup atau sebaliknya tetapi yang
sebaiknya ditutup untuk mengurangkan semasa mencurahkan air nanti. Air
yang hendak dicurah itu hendaklah di atas kain sebagaimana sabda Nabi SAW :
فوقه من لكونه يد و الماء عليه يصبون قميص وعليه غسلوه
Bermaksud : “ Mereka memandikannya ( si mati ) dalam keadaan berpakaian
dan mencurah air serta menggosok di atas pakaian tersebut.”
5.Jurumandi dan penolongnya disunatkan memakai sarung tangan. Bagi
setengah pendapat makruh menyentuh mayat tanpa alasan ketika
memandikan jenazah.
6.Kemudian hendaklah didudukkan sedikit mayat tadi dengan perlahan –
perlahan dan lemah – lembut. Sandarkan belakangnya kepada lutut kanan
orang yang memandikannya dan tangan kanan memegang bahu kanan mayat.
Tangan kiri yang beralas mengurut perut si mati perlahan – perlahan supaya
najis yang ada akan keluar. Air hendaklah sentiasa dicurahkan supaya najis
yang keluar akan turun ke bawah. Disunatkan memasang setanggi ketika
mengeluarkan najis serta bersihkan tempat keluar najis itu kemudian buang
sarung yang pertama.
7.Kemudian baringkan semula jenazah tadi, dengan menggunakan sarung
tangan yang baru masukkan jari ke mulut si mati serta gerakkan jari diatas gigi
perlahan – perlahan dan jangan sekali – kali membuka mulutnya. Matanya ,
telinga dan hidung juga hendaklah dibersihkan.
8.Wudhukkan si mati dengan niat, berniat wudhuk adalah adalah wajib
makakala niat mandi adalah sunat.
9.Bersihkan kepala dan janggut. Sekiranya janggut dan rambut itu tebal,
sikatkan dengan menggunakan sikat yang jarang untuk mengelakkan gugurnya
rambut. Sekiranya terdapat rambut yang gugur semasa mandi hendaklah
dikumpulkan untuk dikafan bersama.
10.Kemudian basuhlah leher dan badan di sebelah lambung kanan , celah –
celah kemaluan, dada, lutut dan hingga ke hujung kaki yang merangkumi
sebahagian kanan badan. Kemudian dibaringkan semula , basuhkan lambung
kiri sebagaimanabasuhan lambung kanan tadi.
Tidak perlu mengulangi semula ketika meneruskan mandian, sebaliknya
teruskan dengan membasuh dari tengkuk ke bawah.
11.Mandian hendaklah sebanyak tiga kali. Mandian pertama adalah wajib,
manakala yang kedua dan ketiga adalah sunat. Sekira mandian yang ketiga
masih tidak dapat menghilangkan najis yang ada, ulangi kepada lima, tujuh dan
seterusnya hingga bersih dan sunat diwitirkan sebagaimana hadis Rasulullah
SAW :
رأيتن ان ذلك من اكثر او سبعا او خمسا او ثالثا وترا اغسلها
12) Sunat menggunakan air daun bidara atau sabun atau seumpamanya yang
sifatnya
boleh membersihkan.
13) Mandian yang ketiga dan terakhir sunat dengan menggunakan air kapur
barus
atau wangian,tetapi yang afdhal ialah air kapur barus.
14) Boleh meletakkan bau-bauan kepada si mati selepas dimandikan. Antara
bauan
yang afdhal ialah kapur barus.
15) Memandikan jenazah dengan menggunakan air sejuk biasa lebih afdhal
daripada
menggunakan air panas kecuali ketika berhajat.
16) Haram menelengkupkan jenazah.
Untuk perhatian: Sebarang benda yang gugur semasa mandian seperti rambut
dan sebagainya hendaklah disimpan kemudian dikafankan bersama dengan
jenazah. Sekiranya didapati najis keluar selepas dimandikan, tidak perlu lagi
mengulangi lagi mandian tadi tetapi hanya diwajibkan membuangnya sahaja.
7.0 MENGKAFANKAN JENAZAH
7.1 Hukum mengapankan jenazah
Mengapankan jenazah adalah fardu kifayah, kafan memadai sekurang –
kurangnya dengan satu lapisan sahaja yang menutupi seluruh badan si mati.
Sebaik – baiknya tiga lapis bagi lelaki dan lima lapis bagi perempuan. Boleh
mengapankan jenazah dengan mana – mana kain tetapi sebaik – baiknya
berwarna putih.
خير : ) ( : من فانها ، البياض ثيبكم البسوا ص الله رسول قال قال عباس ابن عن
موتاكم فيها كفنوا و ثيبكم
Bermaksud : “ Pakaikan kain putih kerana ianya dari sebaik – baik kain dan
kapankan orang – orang mati di kalangan kamu dengannya.”
كفنه ) ( : فليحسن أخاه احدكم كفن اذا ص الله رسول قال
Bermaksud : “ Apabila seseorang kamu mengapankan saudaranya elokkan
kapannya.”
Segala pengurusan untuk kapan hendaklah diambil harta dari harta si mati
hendak lah didahulukan daripada menjelaskan hutang. Tidak diharuskan
mengapankan jenazah melainkan dengan menggunakan pakaian yang biasa
digunakan semasa hidupnya. Tidak boleh mengapankan jenazah lelaki dengan
sutera kecuali jika tidak ada kain melainkan kain sutera.
Begitu jugamakruh mengapankanjenazah dengan kain yang berwarna kuning.
Sebaik – baiknya gunakan kain yang dibasuh, sekiranya kain tidak ada bolehlah
dikapankan dengan mana – mana kain yang bersih dan sekiranya tiada kain
untuk dikapankan maka bolehlah digunakan kulit, rumput, inai dan tanah.
Kain kapan tadi juga mestilah bersih daripada sebarang najis.Makruh
berlebihan dalam mengapan jenazah. Begitu juga makruh orang yang masih
hidup menyediakan kain kapan untuk dirinya sendiri kecuali daripada warisan
para para solihin, hukumnya
diharuskan. Menggunakan kain kapan selain daripada warna putih juga adalah
makruh. Haram menulis sebarang ayat Quran atau nama Allah di atas kain
kapan.
7.2 Cara mengafankan jenazah
Bentangkan kain kapan , kemudian taburkan kapur barus ke atasnya.
Bentangkan
kain kapan yang kedua juga taburkan kapur barus ke atasnya.
Bentangkan pula
lapisan ketiga, letakkan mayat tadi dengan perlahan –perlahan secara
menelentang
qiamkan tangan si mati. Kemudian guntingkan kapas kecil – kecil untuk
diletakkan di
setiap sendi dan anggota sujud.
Ambil sekeping kapas dan masukkan kapur barus ke dalamnya kemudian
letakkan kapas itu pada kemaluan si mati, tetapi jangan sampai masuk
ke dalamnya. Seterusnya hendaklah diikat mayat tadi supaya tidak
terurai kapas – kapas yang ada. Dan ikatan tersebut hendaklah dibuka
apabila dikebumi nanti. Perlu diingat bahawa orang yang mati di dalam
ihram tidak boleh diletakkan sebarang bauan ketika mengapankan
jenazahnya serta haram menutup muka perempuan dan kepada lelaki
yang mati di dalam ihram.
8.0 SEMBAHYANG JENAZAH
Sembahyang jenazah hukumnya fardu kifayah. Ia boleh dilakukan pada bila –
bila masa walaupun pada waktu yang dimakruhkan. Boleh dilakukan secara
keseorangan, tetapi sunat secara berjamaah.
8.1 Syarat jenazah yang hendak disembahyangkan
Suci dari hadas
Menutup aurat
Niat ( tidak sah tanpa niat )
Mayat Muslim
Bukan mati syahid
Suci dari najis pada badan, kain dan tempat
Mengadap kiblat
8.2 Sembahyang jenazah
Terdapat tujuh rukun sembahyang jenazah seperti di bawah ini:-
Niat.
Berdiri bagi orang berupaya.
Empat takbir termasuk takbiratul ihram.
اربعا ) ( تكبيرا النجاشى على صلى ص النبى ان هريرة ابي عن
Membaca fatihah selepas takbir pertama.
Selawat kepada Nabi selepas takbir kedua sekurang-kurangnya selawat
ialah:
محمد ” على على صل ” اللهم
Dan yang sebaik – baiknya ialah:-
“ ابراهيم آل وعلى ابراهيم على صليت كما محمد آل وعلى محمد على صل اللهم
مجيد حميد انك ابراهيم على و ابراهيم على باركت كما محمد على بارك ” و
Doa kepada si mati selepas takbir ketiga.
Salam selepas takbir keempat. Sebelum salam disunatkan membaca:-
وله واغفرلنا بعده تفتنا وال اجره تحرمنا ال اللهم
Di dalam menunaikan sembahyang jenazah , perempuan boleh makmun
kepada imam lelaki. Jika sesama perempuan disunatkan sembahyang
berseorangan dan bolehjuga berjemaah. Kanak – kanak kecil yang tidak sempat
hidup semasa lahirnya tidak
wajib disembahyangkan.
: ) ( حتى يورث وال يرث وال عليه يصلى ال الطفل قال ص النبى عن جابر عن
يستهل
Bermaksud : “Kanak – kanak kecil tidak disembahyangkan atasnya, tidak
mengambil pusaka dan tidak diambil pusaka darinya melainkan bersuara
semasa keluar dari perut ibunya.”
Orang yang mati syahid dalam peperangan tidak perlu disembahyangkan tetapi
yang syahid selain dari perang hendaklah disembahyangkan.
8.3 Cara menyembahyangkan jenazah:-
Niat sama ada hadir atau ghaib. Lelaki atau perempuan.
تعالى / ) ( لله اماما مأموما كفاية فرض تكبيرات أربع الميت هذه هذا على أصلى
Takbir pertama – baca Fatihah.
Takbir kedua – baca Selawat.
Takbir ketiga – berdoa kepada mayat. Antara doanya ialah:-
بالماء واغسله مدخله ووسع نزله أكرم و عنه واعف وعافه وارحمه اغفرله اللهم
من خيرا دارا وابدله ، الدنس من الثوب ينقى كما الخطايا من ونقه والبرد والثلج
عذاب من وأعده الجنة وأدخله زوجه من خيرا وزوجا أهله من خيرا وأهال ، داره
النار عذاب ومن . القبر
Takbir keempat – beri salam sebelum itu bacalah doa:-
بااليمان سبقونا الذين والخواننا وله واغفرلنا بعده تفتنا وال أجره تحرمنا ال اللهم
الرحيم رؤوف انك آمنوا للذين غال قلوبنا فى تجعل وال
Doa bagi jenazah kanak – kanak:-
. اللهم وغائبنا وشاهدنا وانثاتا وذكرنا وكبيرنا وصغيرنا وميتنا لحياتنا اغفر اللهم
. اجعله اللهم االءيمان على فتوفه منا توفيته ومن االسالم على فاحيه منا أحييته
. قلوبنا الصبر واغفر موازينها به وثقل وشفيعا واعتبارا وعظة وسلفا ألبويه فرطا
أجره مهما تحر وال بعده تفتنها .وال
8.4 Perkara yang sunat bagi sembahyang jenazah
Mengangkat tangan ketika takbir.
Semua bacaan dibaca dengan senyap.
Berjemaah – makin ramai makin baik.
8.5 Imam sembahyang jenazah
Yang diutamakan dalam sebahyang jenazah ialah bapa kepada anak, datuk dan
seterusnya ( ke atas ). Anak , cucu dan seterusnya ( ke bawah ), mengikut tertib
pusaka. Jika didapati sama kedudukannya didahulukan yang lebih tua.
9.0 MENGEBUMIKAN JENAZAH
9.1 Sabda Nabi SAW:-
قراطان فله يدفن حتى شهذها ومن قراط فله عليها يصلى حتى الجنازة شهد من
العظمين الجبلين مثل قال ؟ القرطان وما .. قيل
Bermaksud : Barangsiapa yang menyaksikan jenazah serta turut
menyembahyang- kannya diberi pahala satu Qirat. Dan barangsiapa yang
menyembahyang jenazah hingga mengebumikannya diberi pahala dua Qirat.
Ditanya kepada Rasulullah SAW apakah yang dimaksudkanrdengan Qirat itu?
Jawab Baginda : iaitu pahala yang menyamai dua bukit yang besar. Membawa
jenazah hanyalah untuk lelaki sama ada jenazah lelaki atau perempuan.
Sebelum bergerak meninggalkan halaman rumah menuju ke kubur disunatkan
membaca al-Fatihah tiga kali. Caranya selepas melangkah selangkah dibaca
sekali sehingga tiga langkah dengan tiga Fatihah. Sunat berdiri apabila mayat
diusung berhampiran dengan kita dan dibaca doa:
القدوس الملك سبحان يموت ال الذين .سبحان
Disunatkan kepada kita berada di tempat pengkebumian sehingga selesai.
Boleh menanam jenazah di waktu malam tetapi disunatkan di waktu siang.
9.2 Cara – cara mengebumikan jenazah
Hendaklah diturunkan seberapa cermat yang boleh, lemah-lembut dan
penuh hormat di dalam suasana yang tenang. Disunatkan membaca doa:
وسلم وعليه الله صلى الله سول ر ملة وعلى الله بسم
“ Dengan nama Allah kami meletakkan kamu di sini dan berdasarkan agama
Islam yang disampaikan oleh Rasulullah S.A.W.”
Letakkan jenazah ke dalam liang lahad dan baringkan ke atas lambung
kanan dengan mengadap kiblat.
Disandarkan dengan ketulan tanah supaya jenazah itu terbalik atau
terpesong dari mengadap kiblat.
Tutup liang lahad dengan papan.
Sunat meraub tanah tiga raub selepas dimasukkan mayat ke dalam liang
lahad atau selepas ditutup dengan papan dan diletakkan di belakang
mayat.Pada rauban pertama bacakan
( خلقناكم )dan pada rauban kedua (منها نعيدكم )dan pada rauban ketiga (وفيها
أخرى تارة نخرجكم (ومنها
Timbuskan tanah dengan perlahan-lahan dan cermat.Pastikan supaya
tanah tidak memasuki lubang liang lahad tadi.
Sunat meninggikan kubur dari paras bumi sejengkal.
Sunat diletakkan tanda seperti batu nisan dan sebagainya supaya senang
dikenali.
10.0 KEWAJIPAN TERHADAP ANAK YANG GUGUR
1- Jika ada tanda-tanda anak tersebut hidup semasa lahirnya seperti bergerak,
bernafas seumpamanya maka hukum yang dikenakan ke atasnya samalah
seperti mayat orang biasa.
2- Jika tiada tanda-tanda hidup tetapi sudah membentuk lembaga manusia
maka
tadi hendaklah dimandi, dikapan dan dikebumikan tanpa disembahyangkan.
3- Sekiranya tiada tanda-tanda hidup dan masih belum membentuk lembaga
manusia memadailah dengan membasuhnya sahaja untuk dibersihkan
daripada darah dan kotoran yang ada, kemudian dibungkus dan ditanam.
11.0 ZIARAH KUBUR
Menziarahi kubur dan hadir ketika mengebumikan mayat hukumnya sunat bagi
lelaki dan bagi perempuan juga dibolehkan tetapi makruh (tidak haram)
mengikut pendapat jumhur ulama’. Apabila menziarahi kubur sunat memberi
salam dan doa:-
الله انشاء وانل والمسلمات والمسلمين المؤمنين من الديار أهل عليكم السالم
العافية ولكم لنا الله أسأل …الالحقون
Disunatkan juga membaca al-Quran seberapa banyak yang boleh. Menziarahi
kubur adalah sunat kerana dengan demikian akan mengingatkan kita kepada
mati.
12.0 TAKZIAH
Sunat memberikan ucapan takziah kepada keluarga si mati sebagai tanda turut
bersimpati di atas ujian tersebut dengan memberikan nasihat supaya dapat
bersabar dan menerima kematian dengan berlapang dada.
Takziah sunat dilakukan sama ada sebelum dikebumikan atau selepasnya
selama tiga hari. Dan makruh memberi takziah selepas dari tempoh tersebut .
Takziah selepas dikebumikan lebih baik daripada sebelumnya kerana di waktu
itu ahli keluarga si mati sibuk untuk menguruskan jenazah.
13.0 HUKUM MENYEDIAKAN MAKANAN
Sunat bagi jiran yang berhampiran menyediakan makanan kepada ahli si mati
bukannya keluarga si mati yang menyediakan makanan untuk mereka. Imam
Syafie ada menyatakan:
وليلته يموت يوم المتوفى ألها يعلموا ان القرابة أوذى الميت لجيران وأحب
قبلنا القبر أهل فعل من وهو كريم وذكر سنة ذلك فان يشبعهم .طعاما
Bermaksud: Dan saya menyukai bagi jiran atau kerabat menyediakan makanan
kepada keluarga si mati pada hari kematiannya dan malamnya dengan
makanan yang mengenyangkan kerana yang demikian itu adalah sunnah dan
menjadi sebutan yang baik dan juga merupakan pekerjaan orang yang baik
sebelum kami.
Sabda Rasulullah S.A.W :
عنه يشغلهم أمر جاءهم قد فانه طعاما جعفر آلهل اصنعوا
Bermaksud: Buatlah makanan untuk keluarga Jaafar sesungguhnya telah
Mendatangi mereka suatu perkara yang menyibukkan mereka daripada
menyediakannya.
Sekiranya makanan dan minuman yang dibuat itu melibatkan harta anak yatim
dan tidak dipersetujui maka hukum ke atas pekerjaan tersebut adalah haram.
2-KENDURI ARWAH
Islam tidak melarang bahkan menggalakkan umatnya membuat kebaikan. Bagi
mengadakan kenduri arwah ia dibolehkan dengan syarat:
Hutang si mati telah dijelaskan.
Harta waris telah dibahagi dan diselesaikan.
Tidak beriktikad bahawa hari ketiga, lima, tujuh dan seterusnya di sunatkan.
Tidak menetapkan waktu-akan jadi bidaah.
14.0 HUKUM MENANGIS APABILA MENERIMA KEMATIAN
Menangis apabila berlaku sesuatu kematian hukumnya harus tetapi haram bila
meraung dan meratap. Diharuskan menangis kerana Rasulullah S.A.W juga
pernah menangis ketika kematian anaknya Ibrahim . Apabila ditanya wahai
Rasulullah kenapakah kamu menangis, bukankah kamu menegah daripada
menangis. Rasulullah menjawab:Tidak, tetapi aku menegah daripada meratap-
ratap.
15.0 PENUTUP
Untuk akhirnya kami mendoakan semoga risalah kecil yang serba ringkas ini
dapat memberi manfaat untuk semuanya terutamanya apabila berhadapan
dengan jasad yang tidak bernyawa.
: ترجعون ربكم الى ثم بكم وكل الذى الموت ملك يتوفاكم قل تعالى ..……قال
Bermaksud: Katakan malaikat maut yang diamanahkan untuk mengambil
nyawamu akan mematikan, kemudian hanya kepada Tuhanmulah kamu akan
dikembalikan.
“ CUKUPLAH MAUT ITU SEBAGAI PEMBERI INGATAN, AL-QURAN SEBAGAI
RUJUKAN DAN RASULULLAH SEBAGAI IKUTAN”
top related