mensintesis bagaimana prinsip-prinsip islam hadhari dapat memupuk pembentukan.pptx

Post on 05-Dec-2015

225 Views

Category:

Documents

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Mensintesis bagaimana prinsip-prinsip Islam Hadhari

dapat memupuk pembentukan masyarakat

pelbagai kaum yang harmoni

Disediakan oleh:Aida Idayu binti YaacobNashiera A/P Pariman

PENGENALAN

Diperkenalkan bagi mengembalikan semula keyakinan dan penghayatan umat Islam terhadap Islam dan memberi kefahaman kepada masyarakat bukan Islam tentang kesempurnaan Islam.

Prinsip Islam Hadhari telah dijadikan satu kerangka Dasar Nasional -asas di dalam perancangan pembangunan Malaysia

Kita memerlukan keteguhan iman, ketangkasan mental dan kekuatan fizikal. Pendekatan menjayakan Islam Hadhari adalah satu pendekatan yang dapat memperkasa perjuangan bangsa yang lebih besar, di dunia dan di akhirat.”

(Petikan ucapan YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi dalam perhimpunan Agong UMNO ke-55 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada 23 September 2004).

• Islam Hadhari

Diperkenalkan oleh YAB Perdana

Menteri di Perhimpunan Agung

UMNO ke 55.(23 September

2003)Perkataan “hadhari”

membawa maksud “yang

bertamadun”.

• Konsep Islam Hadhari

Takrif Islam Hadhari, “Suatu pendekatan

pembangunan manusia,

masyarakat dan negara yang bersifat

menyeluruh, berdasarkan kepada perspektif tamadun

Islam”.

Ajaran Islam yang membawa fokus kepada kehidupan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat

bertamadun dan mempunyai

peradaban yang unggul.

Tujuan Islam Hadhari

Memperkasakan umat Islam agar

dapat menghadapi

pelbagai cabaran semasa.

Menjadikan Malaysia

sebagai sebuah negara Islam

contoh.

Sesuai bagi negara kita yang terdiri

daripada pelbagai kaum, ras, agama dan

keturunan.

Golongan rakyat berhak

menikmati kemakmuran

dan keamanan negara.

VISI ISLAM HADHARI

• Menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh, iaitu sebuah negara maju mengikut acuan sendiri.

MISI ISLAM HADHARI

• Melaksanakan agenda pembangunan negara dan

ummah berlandaskan pendekatan Islam yang

universal, maju, bertamadun, bertoleransi dan berimbang.

OBJEKTIF ISLAM HADHARI

• Melahirkan individu dan masyarakat yang mempunyai kekuatan spiritual (rohani), akhlak, intelektual, material, mampu berdikari, berdaya saing, melihat ke hadapan, inovatif serta cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana, rasional, praktikal dan damai.

10 PRINSIP ISLAM HADHARI

ISLAM HADHARIPrinsip 1-5

P1. KEIMANAN & KETAQWAAN KEPADA ALLAH SWT

Allah swt sebagai teras utama.Al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw

sebagai teras pegangan dan rujukan.Gabungan kemantapan akidah

(kepercayaan), syariah (perundangan), akhlak, moral dan nilai-nilai murni adalah teras perancangan dan pelaksanaan pembangunan diri dan pengurusan sistem untuk mencapai umat yang berkualiti dan negara yang cemerlang.

P2. KERAJAAN ADIL DAN BERAMANAH

Adil memberi yang hak akan haknya, mengikut kadar masing-masing.

“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.” (surah an-Nahl : 90)

Amanah menunaikan segala tanggungjawab dan kewajipan yang diletakkan ke atasnya.

“ Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar lagi sentiasa melihat.” (surah an-Nisa’ : 58)

P3. RAKYAT BERJIWA MERDEKA

Ciri jiwa merdeka: berfikiran kreatif & inovatif

Melahirkan buah fikiran yang dinamik & positif serta mampu melahirkan idea-idea baru yang bermanfaat bagi memartabat-kan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Masyarakat hendaklah mengatasi belenggu pemikiran yang terjajah, bersikap terbuka kepada kemajuan dan perubahan orang lain; tidak bersikap jumud dalam menghasilkan pemikiran budaya maju dan menolak amalan-amalan negatif yang boleh menyebabkan jiwa terus terbelenggu.

Jiwa merdeka harus melakukan pilihan dan membuat saringan serta bersikap terbuka terhadap faktor dari luar lingkungan budaya dan tradisi yang tidak bercanggah dengan nilai etika dan sejagat yang sifatnya menyumbang terhadap pembangunan tamadun mengikut acuan kita sendiri.

P4. PENGUASAAN ILMU PENGETAHUAN

Menjadikan kita memiliki kekuatan pengetahuan yang pelbagai dan semasa supaya kecemerlangan intelektual dapat dikembangkan, kekuatan peribadi dapat ditampilkan dan ketangkasan jasmani dapat dibangunkan.

P5. PEMBANGUNAN EKONOMI SEIMBANG DAN KOMPREHENSIF

Memberikan satu pendekatan yang menggabungkan kepada usaha memantapkan amalan ekonomi yang berakhlak dengan kemampuan melaksanakan aktiviti ekonomi secara berkesan sesuai dengan perkembangan ekonomi di dalam negara dan di peringkat antarabangsa.

Menuntut setiap masyarakat merebut peluang utk memaju pencapaian ekonomi mereka.

Melalui strategi pembasmian kemiskinan, mencapai guna tenaga penuh, kestabilan paras harga dan pertumbuhan ekonomi yang mantap keadilan dan kestabilan ekonomi akan dapat di capai.

Mutu sistem pendidikan dan Institut Latihan Negara perlu sentiasa dipertingkatkan agar kesemua aspek keperluan tersebut dapat dibekalkan kepada rakyat.

Sektor pertanian turut di beri perhatian yang sewajarnya.

Pembekalan kepada makanan asasi rakyat di tuntut oleh Islam.

ISLAM HADHARI {PRINSIP 6PRINSIP 10}

PRINSIP 6 KEHIDUPAN BERKUALITI

• Islam menuntut umatnya sentiasa berusaha menguasai ilmu dan kemampuan untuk berjaya dalam kehidupan di dunia yang bermatlamatkan akhirat.

Memenuhi keperluan hidupan asasi iaitu :

• Memelihara amalan agama• Kemampuan memajukan taraf pendidikan• Kehidupan yang aman• Hak memiliki harta • Jaminan generasi yang cemerlang

PRINSIP 7PEMBELAAN HAK KUMPULAN

MINORITI DAN WANITA

Islam mementingkan kesamarataan dalam agama

• Tidak ada diskriminasi dalam islam• Hak yang meliputi nyawa,agama, harta,

kehormatan dan akal.

Hak wanita dibela

• Sepertimana yang termaktub dalam Dasar Wanita Negara

• Dalam Khutbah Rasulullah S.A.W terakhir (Haji Wida’) menyatakan :

-Hak suami terhadap isteri -Hak wanita ke atas lelaki - Wajib berpegang dengan Al-Quran &

Assunah

PRINSIP 8 KEUTUHAN BUDAYA DAN MORAL

1. Ketinggian Akhlak dan keutuhan budaya menjadi identiti negara

• Menjamin keharmonian antara masyarakat

Kemajuan ekonomi + Akhlak

• Gejala keruntuhan akhlak ,kelemahan budaya integriti dan budaya ilmu adalah halangan

• Contohnya Empayar Rom yang runtuh akibat kepincangan moral yang parah dalam masyarakat

PRINSIP 9 PEMULIHARAAN ALAM SEMULAJADI

Hubungan Manusia dan Alam Sekitar• Keseimbangan alam semula jadi perlu

dikekalkan• Deklarasi tentang alam sekitar : -UNDP (pembangunan lestari) -Dekl. Reo De Jenerio (1993)& Protokol

Kyoto(1997)

Cara mengatasi masalah alam sekitar

• Melahirkan insan yang bertanggungjawab dengan alam sekitar

• Membangun alam secara terancang• Pembangunan sains dan teknologi berteraskan

agama.• Penyelidikan yang tidak mendatangkan risiko

yang tinggi kepada kehidupan sejagat

PRINSIP 10 KEKUATAN PERTAHANAN

• Kekuatan ketahanan meliputi kekuatan ketenteraan dan persenjataan juga merangkumi kekuatan diri, fizikal dan spiritual.

Bangsa yang maju perlu kepada pertahanan diri dan negara

• Kekuatan dan pertahanan menjamin kestabilan seterusnya pembangunan dapat dilaksanakan.

• Perancangan jangka panjang bagi menyemai perasaan tanggungjawab membela maruah diri, bangsa dan negara.

Terima kasih daun keladi,

Lain kali berjumpa

lagi…

top related