menggali potensi diri

Post on 21-May-2015

5.521 Views

Category:

Education

7 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Apakah kita sudah cukup dan puas dengan ilmu dan pengalaman yang ada?

TRANSCRIPT

Apakah diri ini punya potensi?

Apakah kita ini dilahirkan dengan pelbagai kebolehan dan kepakaran?

Apakah rahsia yang ada di dalam diri ini,

umpama harta di dalam peti lama?

Perlu dibuka dengan penuh manja.

Apakah diri dirasa punya cita, impian dan potensi setinggi awan

Tapi…sekadar melihat yang lain terbang tinggi,

Cumanya kita pula‘tersangkut’ rendah di dalam sangkar

CuriousIngin tahu..

sifat anak-anak kecil.

Begitulah agaknyaAl KhindiIbn SinaAl FarabiAl BiruniIbn Zuhr

Abu al Qasim al Zahrawi

Apakah kita juga begitu?

Semasa kecil segala potensi diselidiki.

Semakin dewasa, apakah segalanya semakin payah digali?

Kemanakah rasa ‘ingin tahu’?

Dimanakah ‘anak-anak’ di dalam diri.. Kita sorokkan jauh-jauh bila sudah dewasa?

Apakah kita sudah selesa dan puasdengan ilmu dan pengalaman yang ada?

Mungkin kita perlu melakar kembali arah dan hala tuju.Apa yang difikirkan mungkin perlu dicatat serta dibukukan.

Moga mudah dilihat dan digambarkan.

Mudah-mudahan juga ianya sentiasa dijadikan peringatan untuk kita bersama.

Ilmu dan potensi diri , mungkin ada batasnya.

Bukan semua nya boleh ‘main’ gali dan dipakaiguna.

Ada peraturan dan ada juga adap menggalinya.

Idea, potensi petunjuk yang

datang mencurah-

curah, semua milik

dariNya.

Mungkin ada masanya, kita terlupa atau teralpa akan sesuatu.

Potensi yang kita punyai hanya pinjam-pinjaman.

Ada kalanya ianya dicabut sedikit demi sedikit ,ataupun direntap semuanya kembali oleh Yang Maha Kuasa

Ada masanya manis ..dan yang masam rasanya.

Begitulah bila kita menggali potensi diri.

Setiap kita ada ‘butang hijau’ potensi diri.

Cari & hidupkanlah butang hijau setiap masa.

Mudah-mudahan ilmu dan potensi diri yang ada , Allah tambah-tambahkan.

Ianya perlu digunakan ,mesti digilap,disampaikan, diberikan, diajarkan, dikembangkan,ditunjukkan.

Suatu potensi bermunafat yang dikongsi bersama..

mungkin … adalah lebih baik daripada

bercangkir kopi yang dihirup, hanya untuk menghilangkan

dahaga yang sementara.

Mungkin jalannya nampak mudah.

Mungkin ada kalanya perlu menongkah arus.

Berhentilah sebentar, dan lihatlah dengan mata hati

Bukan semuanya boleh dipakaiguna, begitu juga dengan apa yang anda sedang baca.

Ianya bukanlah juga cara dan solusi kepada yang tiada.

Hanyalah sekadar catatan insan biasa.

Mohon kemaafan dengan tata bahasa dan jalan cerita.

top related