mengenalpasti tahap kognitif berasaskan · pdf fileterdapat perbezaan yang signifikan di...
Post on 03-Feb-2018
244 Views
Preview:
TRANSCRIPT
MENGENALPASTI TAHAP KOGNITIF BERASASKAN TAKSONOMI
BLOOM BAGI PELAJAR TINGKATAN 4 DALAM MATAPELAJARAN
SAINS TERAS TERAS DI DAERAH JOHOR BAHRU
ZAINAB BINTI ABU YAMIN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: MENGENALPASTI TAHAP KOGNITIF BERASASKAN TAKSONOMI BLOOM BAGI PELAJAR TINGKATAN 4 DALAM MATAPELAJARAN SAINS TERAS DI DAERAH JOHOR BAHRU.
SESI PENGAJIAN: SEMESTER II SESI 2005/2006
Saya ZAINAB BINTI ABU YAMIN (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat tetap: 228 BLOK 10,FELDA PAPAN TIMUR P.M. DR SETH BIN SULAIMAN 81900 KOTA TINGGI Nama Penyelia JOHOR DARULTAKZIM. Tarikh: Tarikh:
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya
ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains) ”
Tandatangan : ____________________________ Nama Penyelia : Prof. Madya Dr. Seth bin Sulaiman. Tarikh : ____________________________
MENGENALPASTI TAHAP KOGNITIF BERASASKAN TAKSONOMI
BLOOM BAGI PELAJAR TINGKATAN 4 DALAM MATAPELAJARAN
SAINS TERAS DI DAERAH JOHOR BAHRU
ZAINAB BINTI ABU YAMIN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Sains)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2006
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang-
tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan :…………………………….
Nama penulis : ZAINAB BT. ABU YAMIN
Tarikh :……………….
iii
DEDIKASI
Buat ibu yang amat kukasihi Pengorbananmu tiada berbelah bagi Yang terus memahami diri ini Dari dulu hingga ke saat ini
Buat arwah suami yang dicintai Walaupun kejayaanku tanpamu kini Pengorbananmu takkan ku lupai Kukan terus mengingati Tanpamu ku takkan berada di sini
Buat Nur Alia Farisha puteri ibu Walaupun kecil kau terus memahami Ketiadaan ayah kau pandai membawa diri Kehadiranmu membawa sinar hidup ini
Buat rakan taulan yang sentiasa menemani Tanpa jemu kau selalu mengingati Peneman dikala sepi Jasa kalian kukan sentiasa ingati.
Semoga Allah memberkati jasa kalian semua…………….
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi dengan rahmat kurnianya kajian ini berjaya
disempurnakan dalam jangka masa yang ditetapkan.
Penyelidik ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia Prof Madya
Dr. Seth bin Sulaiman atas bimbingan dan dorongan yang diberi sepanjang tempoh
penyelidikan tesis ini.
Ucapan terima kasih turut ditujukan kepada Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Jabatan Pendidikan
Negeri Johor yang membenarkan penyelidik menjalankan kajian ini.
Jutaan terima kasih juga kepada para pengetua,di sekolah-sekolah yang terlibat
guru-guru dan para pelajar yang sentiasa memberikan kerjasama semasa penyelidikan
ini dijalankan.
Di samping itu, tidak lupa juga penyelidik ingin tujukan ucapan terima kasih
kepada rakan seperjuangan terutamanya Lisz, Ikin, Ada dan Wany di atas kerjasama,
tunjuk ajar, nasihat dan dorongan yang diberikan.
iv
ABSTRAK
Kajian yang dijalankan adalah untuk mengkaji tahap kognitif pelajar bukan
aliran sains dalam matapelajaran Sains Teras berasaskan taksonomi Bloom.Seramai 102
pelajar tingkatan empat yang berasal dari beberapa buah sekolah di daerah Johor Bahru
telah menyertai kajian ini. Kajian ini melibatkan 54 pelajar lelaki dan 48 pelajar
perempuan. Penyelidik menggunakan ujian sebagai instrumen bagi kajian ini untuk
meninjau tiga aras kognitif responden pada aras pengetahuan, kefahaman dan aplikasi.
Analisis data adalah menggunakan perisian Statistical Package for Science for Window
release 11.5 (SPSS 11.5 Software). Hasil kajian telah ditunjukkan dalam bentuk min,
sisihan piawai, peratusan frekuensi dan ujian-t. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa
pelajar mempunyai aras pengetahuan yag lebih baik berbanding dengan aras kefahaman
dan aplikasi. Setiap aras kognitif pelajar telah dibahagikan kepada tiga tahap iaitu tahap
rendah, tahap sederhana dan tahap tinggi. Kajian ini menunjukkan bahawa aras
pengetahuan dan aras kefahaman berada pada tahap sederhana dan manakala aras
aplikasi berada pada tahap rendah. Seterusnya, hasil kajian menunjukkan bahawa tiada
terdapat perbezaan yang signifikan di antara skor min pelajar lelaki dan skor min pelajar
perempuan dalam tiga aras kognitif yang dikaji.
ABSTRACT
This study is conducted to examine form four students’ cognitive levels in
Science based on Bloom’s Taxonomy. One hundred and two form four students from
several schools in district of Johor Bahru were involved in this survey. The
respondents consist of fifty four male students and forty eight female students.
Researcher used a cognitive test as instrument to determine the three cognitive levels of
the respondents namely Knowledge, Comprehension and Application. The data were
collected and analyzed using the Statistical Packages for Social Science for Windows
release 11.5 (SPSS software). The findings are presented by using mean, standard
deviation, frequency and t-test statistics. The findings show that the mean of the
Knowledge level of these students is better than the mean of the other two cognitive
levels. Besides this, the students cognitive levels were categorized to three groups
namely low, medium and high level. It is also found that the students have medium
level of Knowledge and Comprehension and low cognitive level of Application. And
then, this survey shows that there is no significance difference between the male and
female students for the three cognitive levels being studied.
vii
KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT Judul i
Pengakuan ii
Dedikasi iii
Penghargaan iv
Abstrak v
Abstrack vi
Kandungan vii
Senarai Jadual xiv
Senarai Rajah xv
Senarai Singkatan xvi
Senarai lampiran xvii
BAB 1 PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar belakang masalah 2
1.2 Penyataan masalah 4
1.3 Objektif kajian 4
1.4 Persoalan kajian 5
1.5 Kepentingan kajian 5
viii
1.6 Batasan kajian 7
1.7 Definisi istilah 7-9
1.6.1 Tahap Kognitif pelajar
1.6.2 Sains
1.6.3 Taksonomi
1.6.4 Aras pengetahuan
1.6.5 Aras kefahaman
1.6.6 Aras aplikasi
1.8 Penutup 9
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.0 Pengenalan 10
2.1 Sains 10
2.1.1 Pendidikan Sains 11
2.2 Taksonomi Bloom 12
2.2.1 Pengetahuan 12
2.2.2 Kefahaman 12
2.2.3 Aplikasi 13
2.3 Konsep 13
2.3.1 Pengkonsepan 14
2.4 Proses kognitif 14
2.4.1 Konsep berfikir 15
ix
2.4.2 Konsep pemikiran 15
2.4.3 Pemikiran kritis 16
2.5 Teori pembelajaran dan tahap kognitif 17
2.5.1 Teori behaviorisme dan tahap kognitif 18
2.5.2 Teori konstruktivisme dan tahap kognitif 18
2.5.3 Teori kognitivisme dan tahap kognitif 19
2.5.3.1 Teori pembelajaran Gagne dan 20
tahap kognitif
2.5.3.2 Teori pembelajaran Bruner dan 20
tahap kognitif
2.6 Pemindahan pembelajaran 21
2.6.1 Penyelesaian masalah 21
2.7 Kecenderungan proses kognitif mengikut 22
perbezaan jantina.
2.8 Kajian-kajian 23
2.9 Penutup 24
BAB II SOROTAN KAJIAN
3.0 Pengenalan 25
3.1 Rekabentuk kajian 25
3.2 Sampel 26
3.2.1 Persampelan 27
x
3.3 Kajian rintis 27
3.4 Tempat kajian 28
3.5 Instrumen kajian 28
3.6 Prosedur kajian 29
3.7 Analisis data 30
3.8 Jangkamasa kajian 31
3.9 Penutup 31-32
BAB III ANALISIS DATA
4.0 Pengenalan 33
4.1 Profil Responden 33
4.2 Pencapaian Keseluruhan Bagi Tiga Aras Kognitif 36
Taksonomi Bloom
4.3 Tahap Kognitif Pelajar Tingkatan 4 Sains Dalam 37
Matapelajaran Sains Teras Berdasarkan kekerapan
Responden.
4.3.1 Aras Pengetahuan Pelajar 38
4.3.1.1 Bilangan Responden Yang Memberikan 37
Jawapan Betul Bagi Setiap Soalan
Aras Pengetahuan.
4.3.1.2 Bilangan dan Peratusan responden Yang 38
Mendapat Peratus Skor Pada Tiga Tahap
xi
Yang Berlainan Bagi Aras pengetahuan.
4.3.2 Aras Kefahaman Pelajar 40
4.3.2.1 Bilangan Responden Yang Memberikan 40
Jawapan Betul Bagi Setiap Soalan Aras
Kefahaman.
4.3.2.2 Bilangan dan Peratusan responden Yang 41
Mendapat Peratus Skor Pada Tiga Tahap
Yang Berlainan Bagi Aras Kefahaman.
4.3.3 Aras Aplikasi Pelajar 43
4.3.3.1 Bilangan Responden Yang Memberikan
Jawapan Betul Bagi Setiap Soalan Aras
Aplikasi.
4.3.3.2 Bilangan dan Peratusan Responden Yang 44
Mendapat Peratus Skor Pada Tiga Tahap
Yang Berlainan Bagi Aras Aplikasi.
4.4 Perbandingan Tahap Kognitif Mengikut Jantina pelajar. 45
4.4.1 Perbandingan Tahap Kognitif Pada Aras 45
Pengetahuan Mengikut Jantina Pelajar.
4.4.2 Perbandingan Tahap Kognitif Pada Aras 46
Kefahaman mengikut Jantina Pelajar
4.4.3 Perbandingan Tahap Kognitif Pada Aras 47
Aplikasi Mengikut Jantina Pelaja
xii
4.5 Penutup 48-49
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN
CADANGAN
5.0 Pengenalan 50
5.1 Perbincangan Kajian 50
5.1.1 Tahap Kognitif Pelajar Pada Aras Pengetahuan 51
Dalam Matapelajaran Sains Teras.
5.1.2 Tahap Kognitif Pelajar Pada Aras Kefahaman 53
Dalam Matapelajaran Sains Teras.
5.1.3 Tahap Kognitif Pelajar Pada Aras Aplikasi 55
Dalam Matapelajaran Sains Teras.
5.1.4 Perbandingan Tahap Kognitif Mangikut Jantina 57
Bagi Ketiga-Tiga Aras Kognitif
5.2 Cadangan Kajian 58-60
5.2.1 Cadangan Kepada Pihak Guru
5.2.2 Cadangan Kepada Pihak Sekolah.
5.2.3 Cadangan Kepada Pelajar
5.2.4 Cadangan Kepada Kementerian Pendidikan
5.3 Cadangan Kajian Lanjutan 60
5.4 Penutup 61
xiii
RUJUKAN 62-65
Lampiran A 66
Lampiran B 77
Lampiran C 79
xiv
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Aras kognitif dan soalan-soalan 28
3.2 Pembahagian setiap aras kognitif kepada tiga 30
tahap yang berlainan berdasarkan sela masa
yang diperolehi.
4.1 Bilangan dan peratus responden mengikut jantina. 33
4.2 Bilangan dan peratus pelajar mengikut sekolah. 33
4.3 Taburan responden kajian mengikut jantina dan 34
sekolah.
4.4 Min peratusan dan sisihan piawai bagi tiga aras 35
kognitif taksonomi Bloom.
4.5 Pemeringkatan tahap pengetahuan pelajar Tingkatan 4 38
4.6 Pemeringkatan tahap kefahaman pelajar Tingkatan 4 40
4.7 Pemeringkatan tahap aplikasi pelajar Tingkatan 4 43
4.8 Analisis ujian-t perbezaan aras pengetahuan pelajar 44
mengikut jantina
4.9 Analisis ujian-t perbezaan aras kefahaman pelajar 45
mengikut jantina
4.10 Analisis ujian-t perbezaan aras aplikasi pelajar 46
mengikut jantina
xiv
xv
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK MUKASURAT 4.1 Bilangan responden yang menjawab 37
betul bagi setiap soalan aras pengetahuan
4.2 Bilangan responden yang menjawab 38
betul bagi setiap soalan aras kefahaman
4.3 Bilangan responden yang menjawab 42
betul bagi setiap soalan aras aplikasi
xvi
SENARAI SINGKATAN
1. Bil - Bilangan
2. EPRD - Education Planning Research Development
3. sig. `` - signifikan
4. SPSS - Statistical Package for The Social Science.
5. UTM Universiti Teknologi Malaysia
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Contoh set soal selidik 65
B Surat kebenaran daripada Bahagian Perancangan 76
dan Penyelidikan,Kementerian Pendidikan Malaysia. 78
C Surat kebenaran daripada Fakulti
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Kemajuan sains dan teknologi dapat dilihat perkembangannya dalam pelbagai
sektor industri masa kini. Ia telah dianggap penting untuk memudahkan serta
melicinkan pekerjaan yang dijalankan. Pertumbuhan ekonomi negara amat berkait rapat
dengan kemajuan sains dan teknologi untuk menjamin peningkatannya setiap tahun
disamping faktor-faktor yang lain. Kemunculan saintis-saintis muda terutamanya telah
banyak menyumbang idea mereka yang amat diperlukan dalam sektor perkilangan
terutamanya.
Selari dengan itu, pihak Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan semula
Matapelajaran Sains dan teknologi sejak di bangku sekolah rendah untuk
memperkenalkan pelajar mengenai dunia sains dan teknologi pada peringkat awal
lagi.Di peringkat sekolah menengah, matapelajaran sains masih lagi diteruskan dengan
lebih mendalam. Terdapat dua aliran sains yang boleh dipilih samaada aliran Sains
Tulen dimana pelajar boleh mengikuti subjek sains seperti kimia, biologi dan fizik atau
aliran Sains Teras. Dalam matapelajaran Sains Teras, pelajar akan mempelajari
2
gabungan ketiga-tiga bidang sains iaitu fizik, kimia,biologi. Kesemuanya bidang
tersebut akan dipelajari tetapi tidak secara mendalam. Bagi pelajar bukan aliran Sains
Tulen, tidak seharusnya mereka ketinggalan untuk mendalami ilmu yang dipelajari.
Mereka seharusnya dapat menguasai kemahiran mempelajari Sains sepenuhnya.
Kamus Dewan mentakrifkan pembelajaran sebagai satu proses belajar dan
belajar dinyatakan sebagai usaha memperolehi ilmu pengetahuan dan menjalani latihan.
Pembelajaran adalah merupakan dapatan maklumat dan ilmu pengetahuan, penguasaan
kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan.(Lee Shok Mee 1998).
Menurut Amir, pembelajaran merupakan sesuatu yang amat luas dan kompleks (1986,
dalam Mohd Khamidon 1992).
Pemahaman suatu konsep dan teori dalam sesuatu bab yang dipelajari adalah
penting supaya pelajar lebih berminat untuk terus mempelajari topik ini. Menyebut
tentang pemahaman konsep, prinsip asas dan teori ini lebih sinonim dengan tahap
pembelajaran kognitif. Kesediaan kognitif berkaitan dengan peringkat perkembangan
mental untuk memahami, memikir, menaakul dalam keadaan pembelajaran yang baru
(Lee Shok Mee (1998)). Bidang kognitif ini telah merangkumi segala ilmu pengetahuan
yang dipelajari di sekolah. Pembelajaran ini melibatkan penggunaan mental manusia
untuk memperolehi ilmu (Mak Song Sang, 1997).
1.1 Latar belakang masalah
Pemahaman dari segi konsep dan teori adalah merupakan aspek yang penting
dalam pembelajaran Sains Teras. Teori kognitif mengatakan bahawa pembelajaran
sebagai satu proses yang aktif. Benjamin Bloom (1956) telah membahagikan bidang
kognitif kepada enam peringkat iaitu pengetahuan, pemahaman,analisis,aplikasi,sintesis
dan penilaian.
3
Menurut W.F. Connel ( 1981 ), terdapat sesetengah pelajar sering menggunakan
pendekatan hafalan dalam proses pembelajaran khususnya dalam sains dan matematik.
Kebanyakan mereka hanya menghafal contoh masalah serta cara menyelesaikannya
tanpa kefahaman yang sepatutnya terhadap proses atau hubungan yang relevan.
Keadaan ini berlaku kerana pelajar tidak mampu untuk menghubungkaitkan
pengetahuan lampau dengan pembelajaran baru berdasarkan penguasaan konsep serta
fahaman yang jelas. Hasilnya, pelajar tidak dapat menghasilkan satu corak
pembelajaran yang baik dan berkesan .
Ainon dan Abdullah (1995), para pelajar tidak mengetahui bagaimana caranya
mereka boleh memindahkan apa yang mereka pelajari dalam sesi berfikir untuk
digunakan di dalam matapelajaran Sains. Dengan itu, tahap kognitif belajar adalah
berkait rapat dengan kemahiran berfikir mereka dalam matapelajaran Sains Teras.
Menurut Abdul Rahim (1992), menyatakan bahawa guru kurang menggunakan
soalan dan rangsangan yang sesuai dengan tahap perkembangan kognitif pelajar.
Sesetengah guru mengemukakan contoh-contoh yang kurang bersesuaian dengan tahap
kognitif mereka. Perancangan pengajaran yang kurang sistematik juga boleh
menyebabkan guru tidak dapat memberikan kaedah pengajaran yang berkesan. Pelajar
sebaliknya hanya menerima tanpa mampu untuk berfikir dengan lebih jauh.
Menurut Nobele (1992), menyatakan bahawa penerimaan dan penguasaan suatu
matapelajaran juga dipengaruhi oleh faktor jantina. Hal ini adalah disebabkan oleh
corak serta gaya pemikiran dan penguasaan berbeza antara pelajar lelaki dan
perempuan.Adalah menjadi hasrat penyelidik dalam kajian ini untuk meninjau
mengenai tahap kognitif berasaskan taksonomi Bloom di kalangan pelajar tingkatan 4
yang mengambil matapelajaran Sains Teras.
4
1.2 Pernyataan Masalah
Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti tahap kognitif pelajar berasaskan
taksonomi Bloom bagi pelajar tingkatan 4 dalam matapelajaran Sains Teras di daerah
Johor Bahru.
Terdapat sebilangan pelajar tidak dapat menguasai dengan baik beberapa konsep
dalam matapelajaran Sains. Maka kajian ini dilakukan untuk meninjau tahap kognitif
sebenar pelajar berasaskan taksonomi Bloom dan seterusnya dinyatakan beberapa
cadangan yang dapat dilakukan untuk meningkatkan tahap kognitif mereka.
Hanya tiga aras kognitif Bloom sahaja yang dipilih dalam kajian ini iaitu aras
pengetahuan, aras kafahaman dan aras aplikasi. Penyelidik ingin melihat bagaimana
tahap kognitif aras rendah pelajar sebelum dilanjutkan pada aras kognitif tahap tinggi
dalam taksonomi Bloom.
1.3 Objektif kajian
Melalui kajian ini, pengkaji telah menetapkan empat objektif seperti berikut :-
i. Menentukan tahap kognitif pelajar 4 Sains Teras pada aras pengetahuan.
ii. Menentukan tahap kognitif pelajar 4 Sains Teras pada aras kefahaman.
iii. Menentukan tahap kognitif pelajar 4 Sains Teras pada aras aplikasi.
iv. Menentukan samaada terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap
kognitif pada aras pengetahuan, kefahaman dan aplikasi mengikut jantin
1.4 Persoalan kajian
Persoalan kajian adalah seperti berikut:-
i. Apakah tahap kognitif pelajar pada aras pengetahuan dalam matapelajaran Sains
Teras ?
ii. Apakah tahap kognitif pelajar pada aras kefahaman dalam matapelajaran Sains
Teras ?
iii. Apakah tahap kognitif pelajar pada aras aplikasi dalam matapelajaran Sains
Teras ?
iv. Adakah terdapat perbezaan signifikan terhadap tahap kognitif aras pengetahuan,
kefahaman dan aplikasi merentasi jantina pelajar ?
top related