mengapa hasil pembelajaran harus ditentukan

Post on 03-Jul-2015

4.191 Views

Category:

Education

3 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

MENGAPA HASIL PEMBELAJARAN HARUS DITENTUKAN???

Pentingnya Hasil Pembelajaran:

Menyatakan apa yang perlu dikuasai oleh pelajarMenolong anda memberi tumpuan dalam

penguasaan hasilMembantu anda dalam merancang dan

menggunakan pelbagai kaedah pembelajaran dan alat bantu mengajar yang berkesan untuk pelajar menguasai hasil pembelajaran itu

Menolong anda dalam membina ujian formatif dan sumatif

Aspek Ujian Formatif Ujian Sumatif

Konsep Ujian ditadbir formal @ tidak formalMengesan kemajuan @ pencapaian dalam P&P

Ujian secara formal mengesan pencapaian dalam tempoh persekolahan

Tujuan Kenalpasti tahap penguasaan dan kemajuan

Kenalpasti pencapaian melalui beberapa topik Skor dan gred diberi

Waktu penilaian Sepanjang P&P Selepas beberapa topik/pertengahan tahun, akhir penggal persekolahan

Kaedah Formal: pensel-kertasTidak formal: pemerhatian, tugasan, latihan, kuiz, kerja rumah

Formal: pensel-kertas

Selepas penilaian Membaiki kelemahan pelajar serta-merta

Aktiviti pengukuhan-pengayaan

Menempatkan pelajar ikut pencapaian

Beri pengiktirafan/sijil UPSR, PMR, SPM, STPMBaiki kurikulum/subjek

MAKSUD HASIL PEMBELAJARANapa yang boleh ditunjukkan oleh pelajar tentang pengetahuan dan kebolehan membuat sesuatu selepas sesuatu perkara diajar.

Contoh hasil pembelajaran ialah :- 1) membezakan antara haiwan dan tumbuhan. 2) melukis seekor kucing. 3) menamakan ibu kota bagi setiap negeri di Malaysia.

Apakah Perbezaan Di antara Objektif dan Hasil Pembelajaran?

OBJEKTIF HASIL PEMBELAJARAN

Objektif menyatakan apa yang guru perlu buat yakni apa yang perlu diajar, dan apa yang perlu dirancang untuk mengajar, bukanpenyataan akhir pendidikan.

Hasil pembelajaran menyatakan apa yang pelajar tahu dan boleh buat atau jangkaan apa yang pelajar tahu dan boleh buatsetelah proses P&P dilaksanakan.

Mengapa Objektif Dan Hasil Pembelajaran Perlu Dibina?

Objektif Hasil Pembelajaran

Objektif dibina untuk:Memastikan perubahanperlakuan dalam diri pelajar,dalam proses P&P.

Menentukan senarai topik,konsep, generalisasi ataukandungan unsur-unsur laindalam kursus pengajian danmata pelajaran.

Hasil pembelajaran dibina untuk:Menilai prestasi pelajar daripada segi apa yang pelajar tahu dan boleh buat di akhir proses P&P.

Mengetahui apa yang perludiubah.

Memperbaiki danmempertingkatkan kualitipembelajaran.

PERNYATAAN HASIL PEMBELAJARAN

VIDEO

• Street Children of India_004.mp4

KOGNITIF

• Melibatkan pembinaan daya intelek atau keupayaan minda terhadap fakta, konsep, prosedur, prinsip dsbnya.

• Terdapat enam tahap atau peringkat mengikut taksonomi kognitif Bloom

6. Penilaian

KOGNITIF PENGETAHUAN – mengingati kembali PEMAHAMAN – menterjemah, mentafsir,

merangka APLIKASI – mengguna pakai idea dalam

situasi yang baru dan konkrit ANALISIS – memecahkecilkan, mengasing

maklumat bagi memahami struktur dan perhubungan

KOGNITIF5. SINTESIS – menggabung atau mencantum

komponen-komponen untuk melihat keseluruhan idea dan struktur yamg baru dan konkrit

6. PENILAIAN – menilai dan mentaksir idea/bahan berdasrkan kriteria spesifik untuk tujuan tertentu

PSIKOMOTOR• Melibatkan pergerakan fizikal anggota badan

sebagai respons kepada stimuli persekitaran. • Terdapat 7 kategori:

1. Persepsi/pengamatan2. Set3. Gerak Balas Terbimbing4. Gerak Balas Tanpa Bimbing/Mekanisme5. Gerak Balas Nyata yang Kompleks6. Adaptasi7. Lakuan Tulin

PSIKOMOTOR• PERSEPSI/PENGAMATAN – Persepsi atau

proses membawa kepada kesedaran terhadap ransangan drp. benda, objek melalui alat deria menerusi penglihatan, bunyi, sentuhan, rasa, bau.

• SET – kesediaan secara mental, fizikal dan emosi.

• GERAK BALAS TERBIMBING – mencuba, mengikuti, meniru.

PSIKOMOTOR

• GERAK BALAS TANPA BIMBING – Tindakan ke arah satu pencapaian kemahiran yang agak kompleks.

• GERAK BALAS NYATA YANG KOMPLEKS – Tindakan motor secara automatik dan kompleks yang mencerminkan tahap kompetensi yang tinggi.

PSIKOMOTOR• ADAPTASI– Kemahiran yang mencukupi untuk

individu mengubah suai mengikut keperluan.

• LAKUAN TULIN– Mencipta pola pergerakan baru sesuai dengan situasi dan masalah khusus.

AFEKTIF• Perasaan emosi seperti perasaan,

penghargaan, semangat, motivasi, nilai dan sikap

• Terdapat lima kategori1. Menerima2. memberi maklum balas/gerak balas3. Menilai4. Menorganisasi5. Menghayati nilai/perwatakan

AFEKTIF▫ PENERIMAAN – kesedaran, kesediaan,

keprihatinan, mendengar.

▫ MEMBERI MAKLUM/GERAK BALAS – melibatkan diri, bersetuju dan rela bertindak terhadap sesuatu benda/situasi.

AFEKTIF• MENILAI – menerima, cenderung dan terlibat

secara aktif terhadap sesuatu amalan/nilai.

• MENGORGANISASI – mengatur/membina sesuatu sistem nilai dalam diri sendiri.

• MENGHAYATI NILAI/PERWATAKAN – menyerap dan menganuti nilai secara konsisten dan logik yang menjadi pegangan, pendirian atau falsafah hidup.

BAGAIMANAKAH HASIL PEMBELAJARAN DAPAT DIKENAL PASTI DALAM HURAIAN SUKATAN PELAJARAN?

1. Guru harus membezakan hasil pembelajaran yang khusus daripada yang umum dalam bidang kognitif, afektif dan psikomotor seperti diterangkan di atas.

3. Sekiranya hasil pembelajaran itu telah dinyatakan secara umum, guru boleh menyatakannya semula secara khusus dengan panduan yang diberi.

Contoh HSP Bahasa Melayu : Tahun 2

1. Contoh HSP tentang kemahiran, "bercerita"

2. Hasil pembelajaran khusus diberi di bawah lajur Kemahiran sebagai "Bercerita berpandukan gambar atau keadaan sebenar".

KEMAHIRAN HURAIAN SUKATAN PELAJARAN (HSP)

Bercerita berpandukan gambar atau keadaan

• Pelajar bercerita berpandukan gambar bersiri atau gambar tunggal yang mengandungi pelbagai maklumat.

• Contoh:-

Pekerja sedang membelah dan memotong kayu balak

Jentera sedang mengangkat kayu balak dari lori

• Pelajar akan bercerita tentang keadaan sebenar yang diperlihatkan.

Guru

(Penilaian)

Pelajar

(Maklumbalas)

STRATEGIKAEDAH

ABMOBJEKTIF

Kaedah-kaedah dalam meningkatkan keberkesanan hasil pembelajaran

a) SUSULAN• Memberi tugasan folio• Membuat modul kerja khusus

b) PENILAIAN• Pemerhatian • Teknik menyoal• Memeriksa kerja pelajar

c) MEMBUAT KESIMPULAN• Menegaskan isi-isi penting• Memberi cadangan dan panduan untuk murid

tingkatkan kefahaman• Mencadangkan bahan-bahan yang boleh dirujuk

untuk meluaskan ilmu• Mengaitkan pelajaran dengan keperluan hidup

KESIMPULAN• Hasil pembelajaran ialah apa yang boleh

ditunjukkan oleh pelajar tentang pengetahuan dan kebolehan membuat sesuatu selepas sesuatu perkara diajar.

• Penentuan hasil pembelajaran penting untuk:▫ mengetahui apa yang perlu dikuasai oleh pelajar▫ memberi tumpuan kepada penguasaannya▫ merancang kaedah-kaedah mengajar▫ membina ujian formatif dan sumatif

• Guru perlu merujuk kepada pelbagai dokumen kurikulum khasnya huraian sukatan pelajaran.

top related