mencari rahmat allah d sebalik perbezaan pendapat rahmat... · dan pesanan ringkas aplikasi...
Post on 15-Feb-2020
18 Views
Preview:
TRANSCRIPT
MENCARI RAHMAT ALLAH DI
SEBALIK PERBEZAAN
PENDAPAT
HAFIZ FIRDAUS ABDULLAH
SYAFIQ HADZIR
Hak Cipta © 2018 Syafiq Hadzir.
Hak Cipta Terpelihara.
Tidak ada bahagian daripada penerbitan ini yang bolehditerbitkan semula, diedarkan, atau disiarkan dalamsebarang bentuk atau dengan apa-apa cara, termasukfotokopi, rakaman, atau kaedah elektronik atau mekanikalyang lain, atau dengan apa jua cara lain yang boleh diperolehisemula dari mana-mana sistem penyimpanan danpengambilan maklumat tanpa kebenaran bertulis daripadapenerbit, kecuali dalam hal petikan yang sangat ringkas yangterkandung ulasan kritikal dan penggunaan bukan komersiallain yang dibenarkan oleh undang-undang hak cipta.
Penerbitan buku yang dikarang oleh Kapten Hafiz FirdausAbdullah ini telah disunting dan diterbitkan semula dalambentuk PDF oleh Syafiq Hadzir bagi memudahkanmasyarakat untuk mengenal pasti perbezaan pendapat yangmana sesuai dengan apa yang dinyatakan di dalam al-Qurandan al-Sunnah atau pendapat yang menyimpang.
Buku ini telah diperkemaskan semula ejaan-ejaan didalamnya berpandukan Kamus Dewan Bahasa Dan Pustakaberdasarkan teks asal yang di ambil dari laman sesawangrasmi Kapten Hafiz Firdaus Abdullah.
(www.hafizfirdaus.com)
Hak Cipta © Hafiz Firdaus Abdullah
Hak Cipta Terpelihara
Judul:
Mencari Rahmat Allah Di Sebalik Perbezaan Pendapat
Penulis
Hafiz Firdaus Abdullah
hafizfirdaus@yahoo.com
Penyunting
Hafiz Firdaus Abdullah
hafizfirdaus@yahoo.com
019-384 8467
Tidak dibenarkan mengulang cetak atau menyalin
dengan apa cara jua untuk tujuan komersial tanpa
keizinan bertulis daripada penulis atau penerbit.
Penerbit (Asal):
Perniagaan Jahabersa
15, Jalan Dataran 3/3, Taman Kempas,
81200 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim,
Malaysia
Tel: 07-235 1602, 235 1605
Fax: 07-235 1603
http://www,jahabersa.com.my
jahabers@tm.net.my
jahabers@starhub.net.sg
Cetakan Pertama: 2006
Penerbit (PDF):
Syafiq Hadzir
019-904 3852 (Whatsapp)
https://syafiqhadzir.com
inquiry@syafiqhadzir.com
Cetakan Pertama: 2018
Sebarang pertanyaan lanjut boleh dibuat melalui e-mel
dan pesanan ringkas aplikasi Whatsapp seperti yang
tertera di atas.
Penerbit juga ingin menegaskan bahawa penerbit tidak
terlibat di dalam apa sahaja bentuk perniagaan
berkaitan penerbitan ini sebelum, selepas atau sewaktu
buku ini diterbitkan semula ke dalam bentuk PDF.
Pengulangan cetak atau penyalinan semula dengan apa
cara jua untuk tujuan komersial tanpa keizinan bertulis
daripada penulis atau penerbit asal adalah dilarang
sama sekali.
Kandungan
Perbezaan Pendapat Adalah Ujian Allah 1
Kategori Pertama 7
Kepelbagaian Pendapat Yang Dibenarkan 7
Sebab-Sebab Berlakunya Kepelbagaian 10
Mendapatkan Rahmat Allah 12
Kategori Kedua 23
Kepelbagaian Pendapat Yang Dilarang 23
Sebab-Sebab Berlakunya Kepelbagaian 23
Mendapatkan Rahmat Allah 32
Persatuan Dan Pendapat 51
Perbezaan Pendapat Adalah Ujian Allah 58
Perbezaan Pendapat Adalah Ujian Allah
إن الحمد هلل نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بااهلل من شرور انفسنا
ومن سيئات اعمالنا من يهده اهلل فال مضل له ومن يضلل فال هادي له
ونشهد أن ال إله اال اهلل وحده الشريك له ونشهد أن محمدا عبده ورسوله
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang. Segala puji bagi Allah, kami memuji-Nya dan
kami memohon pertolongan-Nya dan kami memohon
keampunan-Nya, dan kami berlindung kepada Allah dari
keburukan diri kami dan dari keburukan perbuatan kami.
Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tiadalah
kesesatan baginya dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah
maka tiadalah petunjuk baginya. Kami bersaksi bahawa
tiada tuhan kecuali Allah yang Maha Esa, tiada sekutu
bagi-Nya dan kami bersaksi bahawa Muhammad adalah
hamba-Nya dan Rasul-Nya.[1]
1 Buku kecil ini asalnya adalah kertas kuliah yang saya susun atas
permintaan para pelajar Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Ia telah
saya bentangkan pada 1 April 2006 di surau Kolej Kediaman
Kelima, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Kemudian saya juga telah
membentangkan kertas kuliah ini pada 7 April 2006 di Dewan
Muktamar 1, Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, Universiti
Institut Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. Hasil daripada
maklumbalas para hadirin, saya telah melakukan beberapa
penambahan dan ubahsuai sehingga akhirnya menjadi buku kecil
ini. Segala puji hanya bagi Allah.
1
Firman Allah Subhanahuwataala:
الذي خلق الموت والحياة ليبلوكم أيكم أحسن عمال وهو العزيز
الغفور
Dia-lah yang telah menciptakan adanya mati dan hidup
(kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan
kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik
amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu),
lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang
bertaubat).[2]
Kehidupan ini, sama ada disedari atau tidak, adalah
merupakan ujian daripada Allah Subhanahuwataala demi
menentukan siapakah yang terbaik amalannya. Ujian
tersebut wujud dalam pelbagai bentuk, sebahagiannya
kita kenali dan sebahagian lain tidak kita kenali.
2 al-Mulk 67:02.
2
Antara ujian tersebut ialah bagaimana sikap kita apabila
berhadapan dengan perbezaan pendapat dalam agama.
Ujian ini boleh dirujuk kepada firman Allah dalam ayat
berikut:
ة واحدة وال يزالون مختلفين إال من ولو شاء ربك لجعل الناس أم
ة ك ألمألن جهنم من الجن ت كلمة رب رحم ربك ولذلك خلقهم وتم
والناس أجمعين
Dan kalaulah Tuhanmu menghendaki, tentulah Dia
menjadikan umat manusia semuanya umat yang satu.
(Tetapi Dia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah
mereka terus-menerus berselisihan.
Tetapi orang-orang yang telah diberi rahmat oleh
Tuhanmu, (mereka tidak berselisihan) dan untuk
(perselisihan dan rahmat) itulah Allah menciptakan
manusia.[3]
3 Hud 11:118-119.
3
Daripada ayat di atas dapat difahami bahawa:
• Allah Subhanahuwataala berkuasa untuk
menjadikan manusia semuanya bersepakat di atas
satu agama, satu pendapat.
• Akan tetapi Allah sengaja tidak berbuat demikian,
maka kerana itulah manusia sentiasa berbeza
pendapat. Dalam ertikata yang lain, menjadi fitrah
manusia untuk saling berbeza pendapat antara
satu sama lain.
Pengecualian adalah bagi mereka yang diberi
rahmat oleh Allah Subhanahuwataala, dimana mereka
tidak berbeza pendapat. “Tidak berbeza pendapat”
bukanlah bererti mereka semua bersepakat di atas satu
pendapat, akan tetapi mereka bersikap terbuka kepada
beberapa pendapat yang ada sehingga di sisi mereka,
“perbezaan” tersebut sebenarnya adalah satu
“kepelbagaian”.
4
• Demikian merupakan antara sebab Allah
Subhanahuwataala mencipta manusia, sekaligus
menjadi ujian bagi mereka. Orang yang gagal ujian
tersebut dapat dikenali dengan sikapnya yang
sentiasa negatif apabila berhadapan dengan
perbezaan pendapat. Orang yang lulus pula, yakni
yang diberi rahmat oleh Allah, dapat dikenali
dengan sikapnya yang sentiasa positif apabila
berhadapan dengan kepelbagaian pendapat.
• Berdasarkan ayat di atas juga dapat ditegaskan
bahawa usaha sebahagian orang yang cuba
menyatukan umat Islam di atas satu pendapat
adalah sia-sia kerana ia bertentangan dengan
fitrah manusia dan kehendak Allah.
• Sebaliknya usaha sebahagian lain yang cuba
membuka umat Islam ke arah bersatu di atas
kepelbagaian pendapat, mereka itulah yang
berada di atas jalan yang benar, yang akan
mendapat rahmat Allah Subhanahuwataala, insya-
Allah.
5
Apabila saya menyebut “terbuka kepada
kepelbagaian pendapat”, ia sebenarnya memerlukan
perincian. Ini kerana kepelbagaian pendapat terbahagi
kepada dua jenis.
• Pertama adalah kepelbagaian yang dibenarkan
oleh Islam.
• Kedua adalah kepelbagaian yang dilarang oleh
Islam.
6
Kategori Pertama:
Kepelbagaian Pendapat Yang Dibenarkan.
Islam membenarkan kepelbagaian pendapat
apabila berhadapan dengan isu-isu cabang (furu’) selagi
mana pokoknya (usul) berdiri di atas sesuatu yang
disepakati. Perkara ini dapat diumpamakan kepada
sebuah pokok dimana batangnya hanya satu manakala
cabangnya, yakni dahannya, pelbagai bentuk dan panjang.
Demikian jugalah dengan kepelbagaian pendapat
yang dibenarkan dalam Islam. Ia dibenarkan selagi mana
kepelbagaian tersebut terhasil daripada pokok atau usul
yang disepakati. Pokok atau usul yang dimaksudkan
adalah al-Qur’an dan al-Sunnah yang difahami
berdasarkan pemahaman para sahabat dan kaedah-
kaedah ilmu yang digariskan oleh para ilmuan Islam.
Al-Qur’an dan al-Sunnah sahaja tidak mencukupi
kerana sejarah telah membuktikan kewujudan banyak
individu atau aliran menyeleweng yang tetap merujuk
kepada al-Qur’an dan al-Sunnah, akan tetapi mereka
mentakwilkannya ke arah kefahaman yang mereka
kehendaki sendiri. Maka perlu ditambah dengan syarat
7
“berdasarkan pemahaman para sahabat” kerana
merekalah, para sahabat Rasulullah radiallahuanhum
yang paling memahami tujuan, konteks dan cara
mempraktikkan al-Qur’an dan al-Sunnah.
Adapun “kaedah-kaedah ilmu”, maka yang
dimaksudkan ialah ilmu Usul al-Tafsir, ilmu Takhrij Hadith,
ilmu Usul al-Fiqh dan sebagainya. Perinciannya adalah
seperti berikut:
• Ilmu Usul al-Tafsir antara lain merangkumi
bentuk penyusunan ayat, kategori ayat antara
Makkiyyah dan Madaniyyah, antara Muhkamat dan
Mutasyabihat, Nasikh dan Mansukh dan pelbagai
kaedah dalam menafsirkan sesebuah ayat.
• Ilmu Takhrij Hadith merujuk kepada kaedah
mengambil sesebuah hadis daripada kitabnya yang
asal, menelusuri sanad-sanad atau jalan-jalan
periwayatannya, menyemak kedudukan para
perawinya dari sudut al-Jarh wa al-Ta’dil dan
akhirnya menilai darjat hadis tersebut sama ada
sahih, hasan, dhaif dan seterusnya.
8
• Ilmu Usul al-Fiqh ialah ilmu yang menggariskan
kaedah-kaedah untuk mengeluarkan hukum
daripada nas al-Qur’an dan al-Sunnah. Selain itu
hukum juga boleh dikeluarkan melalui kaedah lain
seperti ijma’, qiyas, istihsan, istihlah, qaul shahabah
dan sebagainya.
9
Sebab-Sebab Berlakunya Kepelbagaian Pendapat
Kategori Pertama.
Mungkin ada yang bertanya, jika pokok atau
usulnya adalah sesuatu yang disepakati, kenapakah hasil
yang muncul daripadanya adalah pelbagai? Ringkasnya,
persoalan ini dapat dijawab sebagai berikut:
1. Sebahagian nas, yakni ayat al-Qur’an atau al-
Sunnah, ada yang memiliki satu maksud (Qath’ie)
manakala sebahagian lain ada yang memiliki
beberapa maksud (Dzanni). Terhadap nas yang
memiliki satu maksud, memang tidak ada
kepelbagaian pendapat yang dibenarkan. Akan
tetapi bagi nas yang memiliki beberapa maksud,
kepelbagaian pendapat mungkin berlaku dan ini
dibenarkan.
2. Setiap hadis perlu dinilai darjat kekuatannya
sebelum dapat dijadikan sumber hukum. Akan
tetapi dalam menilai kekuatan hadis, berlaku
kepelbagaian pendapat sehingga sebahagian
tokoh mungkin menilai sesebuah hadis sebagai
sahih manakala sebahagian tokoh yang lain
mungkin menilai hadis yang sama sebagai dhaif.
10
Ini adalah kepelbagaian pendapat yang
dibenarkan selagi mana tokoh-tokoh tersebut
adalah mereka yang layak untuk menilai darjat
hadis.
3. al-Qur’an dan al-Sunnah perlu difahami mengikut
kefahaman para sahabat dan kaedah-kaedah ilmu
yang telah digariskan oleh para ilmuan Islam.
Namun adakalanya timbul kepelbagaian dalam
memilih metod kefahaman atau kaedah yang
paling tepat, sehingga akhirnya menghasilkan
kesimpulan hukum yang pelbagai. Ini sekali lagi
merupakan kepelbagaian yang dibenarkan selagi
mana ia terhasil daripada mereka yang layak untuk
berijtihad.[4]
4 Contoh-contoh bagi kepelbagaian ini telah saya kemukakan dalam
buku Pedoman-Pedoman Bermazhab Dalam Islam (Jahabersa,
Johor Bahru, 2004).
11
Cara Mendapat Rahmat Allah Di Sebalik Kepelbagaian Pendapat Kategori Pertama.
Terdapat tiga cara utama untuk mendapat rahmat
Allah Subhanahuwataala apabila berinteraksi dengan
kepelbagaian pendapat yang duduk dalam kategori
pertama ini. Sebelum menyenaraikan cara-cara tersebut,
ingin saya tegaskan bahawa seseorang itu hendaklah
terlebih dahulu memastikan bahawa sesuatu
kepelbagaian pendapat tersebut benar-benar duduk
dalam kategori pertama ini. Jika ragu-ragu atau tidak
pasti, cara-cara yang bakal disenaraikan di bawah tidak
boleh dipraktikkan.
Pertama: Menerima Dan Mempraktikkan Semua
Pendapat.
Jika di dalam sesuatu perkara terdapat
kepelbagaian pendapat, hendaklah diterima dan
dipraktikkan semua pendapat yang wujud dalam
kepelbagaian tersebut. Tidak boleh menerima satu
pendapat sahaja kerana ia bererti menyempitkan sesuatu
yang luas.
12
Tidak boleh mempraktikkan satu pendapat sahaja
kerana ia akan memberi sangkaan kepada orang awam
bahawa dalam perkara tersebut hanya ada satu pendapat.
Malah, sangkaan tersebut akan beralih kepada satu
keyakinan palsu bahawa hanya apa yang dipraktikkan
adalah betul manakala praktik lain adalah salah.
Oleh itu, dengan menjadikan solat berjamaah
sebagai contoh, jika imam membaca Basmalah dengan
kuat bagi solat Maghrib, hendaklah dia membaca
Basmalah dengan perlahan bagi solat Isyak. Jika pada hari
ini imam membaca doa qunut bagi solat Subuh,
hendaklah pada esok harinya dia tidak membaca doa
qunut. Jika imam selepas solat Zohor berzikir secara
perlahan, hendaklah selepas solat Asar dia berzikir
dengan kuat atas tujuan mengajar makmum, dengan
syarat zikir tersebut adalah sahih daripada Rasulullah
Sallallahualaihiwasallam dan ia pula tidak mengganggu
makmum yang masbuq.[5]
5 Lebih lanjut tentang hukum membaca Basmalah, doa qunut Subuh
dan zikir selepas solat, sila rujuk buku Beberapa Persoalan Lazim
Tentang Solat oleh Mohd. Yaakub Mohd Yunus (Jahabersa, Johor
Bahru, 2006).
13
Merupakan sesuatu yang amat naïve lagi jumud
apabila kita dapati sebahagian orang masa kini yang
berpendapat praktik pelbagai seperti yang saya sebut di
atas akan menyebabkan perpecahan kepada umat Islam.
Sebenarnya merekalah yang menyebabkan perpecahan.
Ini kerana sikap mereka yang hanya menerima dan
mempraktikan satu pendapat di antara kepelbagaian
pendapat akan memberi sangkaan kepada masyarakat
bahawa yang benar hanyalah apa yang mereka praktikkan
manakala apa yang dipraktikkan oleh masyarakat lain di
tempat lain adalah salah.
14
Dr. Abdullah bin Md Zin menjelaskan:
“Pihak yang berusaha menyatukan umat Islam
dalam satu pendapat yang tidak berbeza tentang hukum-
hukum ibadat, muamalah dan masalah furu’ yang lain,
mereka sebenarnya menginginkan sesuatu yang tidak
boleh berlaku. Usaha-usaha mereka untuk menghapuskan
perbezaan itu tidak akan menghasilkan apa-apa selain
melebarkan lagi jurang perbezaan dan perselisihan itu
sendiri.” [6]
Dari satu sudut, menerima dan mempraktikkan
satu pendapat memang kelihatan seolah-olah
menyatukan umat. Akan tetapi ia hanyalah persatuan dari
sudut yang amat kecil dan jangka masa pendek. Jika
diukur dari sudut umat Islam sedunia dan dalam jangka
masa panjang, ia sebenarnya adalah perpecahan yang
dilarang oleh Islam. Justeru persatuan atau perpecahan
umat Islam sangat bergantung kepada bagaimana cara
kita berinteraksi dengan kepelbagaian pendapat.
Hendaklah mereka yang mampu berfikir memikirkan
semula hal ini.
6 Adab Mengendalikan Perbezaan Pendapat Menurut Islam (JAKIM,
2005), ms. 21.
15
Kedua: Memberi Prioriti Kepada Usaha Lain Yang Lebih
Penting.
Tidak dinafikan bahawa di dalam sesuatu
kepelbagaian pendapat, seorang itu mampu mengkaji dan
mengunggulkan satu pendapat yang paling kuat (rajih).
Akan tetapi apa yang dianggap kuat olehnya mungkin
dianggap lemah (marjuh) oleh orang yang lain dan
demikianlah sebaliknya. Perkara ini, yakni timbul
tenggelam antara rajih dan marjuh, tidak pernah akan
mengenal titik noktah.
Maka apabila berinteraksi dengan kepelbagaian
pendapat yang duduk dalam kategori pertama ini,
seseorang itu hendaklah mempraktikkan Fiqh al-
Awlawiyyat. Fiqh al-Awlawiyyat ialah memberi prioriti
kepada perkara yang sememangnya memerlukan prioriti
mengikut tempat, masa dan keadaan. Seorang muslim
yang cemerlang, hebat dan mengharapkan rahmat Allah
bukanlah terdiri daripada mereka yang melakukan amalan
sesuka hatinya, akan tetapi adalah mereka yang mampu
menilai antara beberapa amalan yang ada, manakah yang
patut diberi tumpuan demi manfaat untuk seluruh umat
Islam.
16
Memerah fikiran dan mengembeling tenaga untuk
membeza antara yang rajih dan marjuh bagi sesuatu
kepelbagaian pendapat yang duduk dalam kategori
pertama tidak sepatutnya menjadi prioriti seorang
muslim yang hendak mencari rahmat Allah pada masa dan
zaman kini. Terdapat banyak isu lain yang sepatutnya
diberi prioriti, seperti membanteras bid’ah, membetulkan
penyelewengan agama oleh golongan Islam Liberal,
Syi‘ah, Orientalis dan media, berdakwah kepada golongan
bukan Islam dan melakukan amar ma’ruf serta nahi
mungkar.
17
Ketiga: Memberi Tumpuan Kepada Pendapat Yang Lebih
Memudahkan.
Seandainya di dalam sesuatu kepelbagaian
terdapat pendapat atau hukum yang lebih memudahkan
umat Islam, hendaklah diberi tumpuan kepada pendapat
atau hukum tersebut. Ini disebut sebagai Fiqh al-Taysir
dan ia memang selari dengan tuntutan al-Qur’an dan al-
Sunnah. Dalam al-Qur’an umpamanya, Allah
Subhanahuwataala mengajar kita sebuah doa yang
berbunyi:
ف الله نفسا إال وسعها لها ما كسبت وعليها ما اكتسبت ربنا ال يكل
ال تؤاخذنا إن نسينا أو أخطأنا ربنا وال تحمل علينا إصرا كما
لنا ما ال طاقة لنا به واعف حملته على الذين من قبلنا ربنا وال تحم
عنا واغفر لنا وارحمنا أنت موالنا فانصرنا على القوم الكافرين
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengira kami
salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan
kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami
bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau
bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada
kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan
kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya.
18
Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah
dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah
Penolong kami; oleh itu tolonglah kami untuk mencapai
kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.” [7]
Rasulullah Sallallahualaihiwasallam juga pernah berpesan:
روا روا وال تنف روا وبش روا وال تعس يس
“Permudahkanlah dan jangan menyusahkan,
gembirakanlah dan jangan menakutkan.”[8]
Contoh pendapat yang lebih mudah dalam
kepelbagaian pendapat yang dibenarkan adalah syarat
yang membolehkan seseorang itu mempraktikkan
hukum-hukum musafir. Secara umumnya pendapat
tentang syarat-syarat boleh dibahagikan kepada dua:
• Pendapat Pertama adalah yang meletakkan jarak
minima dan tempoh maksima sebelum seseorang
itu dapat mempraktikkan hukum-hukum musafir.
Pendapat ini seterusnya terbahagi kepada
7 al-Baqarah 2:286
8 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahih-nya – hadis no:69.
19
• beberapa pendapat yang lain. Masyhur di
Malaysia, jarak minima ditetapkan sebagai 90
kilometer manakala tempoh maksimun ialah 3
hari. Jika seseorang itu membuat satu perjalanan
yang melebihi 90 kilometer dan keseluruhan
perjalanan itu pula kurang daripada 3 hari, maka
dia boleh mengqasarkan solatnya dan berbuka jika
dia sedang berpuasa.
• Pendapat Kedua adalah yang tidak meletakkan
apa-apa jarak minima atau tempoh maksima.
Asalkan seseorang itu membuat satu perjalanan
yang melebihi kebiasaan dan tidak berniat untuk
menetap dalam perjalanan tersebut, dia boleh
meng-qasar-kan solatnya dan berbuka jika dia
sedang berpuasa.
Jika dianalisa, Pendapat Kedua adalah lebih
memudahkan dan mendekati tujuan syariat Islam yang
ingin mengelakkan kesukaran bagi seorang yang sedang
bermusafir. Ini kerana individu yang berlainan akan
menghadapi kadar kesukaran yang berbeza antara satu
sama lain dalam perjalanan yang saling berlainan.
Menetapkan syarat yang sama bagi semua individu dalam
semua perjalanan menjauhi tujuan syariat di sebalik
20
hukum musafir itu sendiri.[9]
Adakalanya sebahagian orang keberatan untuk
menyampaikan sesuatu yang memudahkan umat kerana
sikap berhati-hati dan bimbang kemudahan tersebut akan
diperlecehkan oleh masyarakat. Keberatan ini tidak
sepatutnya timbul kerana dua sebab:
1. Sikap berhati-hati memang baik, namun hendaklah
juga berhati-hati agar sikap tersebut tidak
diletakkan pada tempat yang salah. Dalam kes ini,
sikap berhati-hati tidak boleh dijadikan alasan
untuk menyembunyikan sesuatu yang mudah
kerana kemudahan itu sendiri merupakan roh atau
tujuan syariat Islam. Menyembunyikan sesuatu
yang mudah bererti menyembunyikan Islam yang
sebenar dan seseorang itu lebih patut berhati-hati
daripada melakukan kesalahan seumpama ini.
2. Orang yang memperlecehkan hukum agama
bukanlah mereka yang mempraktikkan
kemudahan agama secara berlebih-lebihan, akan
tetapi adalah mereka yang tidak mempraktikkan
9 Lebih lanjut, rujuk buku Sembahyang Jamak dan Qasar Adalah
Sedekah Allah oleh Mohd. Yaakub bin Mohd. Yunus (Jahabersa,
Johor Bahru, 2005).
21
apa-apa hukum agama. Oleh itu tidak perlu
bimbang akan kemungkinan sesuatu kemudahan
agama akan diperlecehkan oleh masyarakat.
Malah sesuatu yang lebih patut dibimbangkan
ialah, kenapa sebahagian masyarakat tidak
mempraktikkan apa-apa hukum agama?
Mungkinkah, saya ulang: mungkinkah salah satu
daripada faktor utama adalah kerana mereka
selama ini dipaksa dengan pelbagai hukum yang
berat dan azab yang menakutkan sehingga
akhirnya mereka berputus asa dan menjauhkan
diri daripada agama? Saya buka soalan ini untuk
renungan para pembaca sekalian.
22
Kategori Kedua
Kepelbagaian Pendapat Yang Dilarang.
Kepelbagaian pendapat adalah dilarang jika ia
terhasil bukan daripada pokok (usul) yang disepakati.
Dalam susunan kata yang lain, kepelbagaian yang terhasil
daripada sumber yang lain daripada al-Qur’an dan al-
Sunnah, atau berdasarkan kefahaman yang berbeza
dengan pemahaman para sahabat dan kaedah-kaedah
ilmu, maka ia tidak dibenarkan dalam Islam.
Sebab-Sebab Berlakunya Kepelbagaian Pendapat
Kategori Kedua.
Kepelbagaian pendapat dalam kategori kedua ini
terhasil disebabkan oleh kesalahan dalam menentukan
apakah yang menjadi pokok (usul) dalam agama ini. Di
antara kesalahan-kesalahan pokok tersebut adalah:
1. Menjadikan para tokoh agamawan seperti syeikh,
imam dan ustaz sebagai sumber pokok agama
sehingga menerima apa sahaja pendapat dan
hukum yang mereka keluarkan.
23
Ini adalah satu kesalahan kerana peranan para
syaikh, imam dan ustaz adalah menyampaikan al-
Qur’an dan al-Sunnah berdasarkan pemahaman
sahabat dan kaedah-kaedah ilmu, bukannya
menggantikan al-Qur’an dan al-Sunnah dengan
teori atau kaedah tersendiri. Allah
Subhanahuwataala berfirman:
سول وأولي األمر يا أيها الذين آمنوا أطيعوا الله وأطيعوا الر
سول إن كنتم منكم فإن تنازعتم في شيء فردوه إلى الله والر
تؤمنون بالله واليوم اآلخر ذلك خير وأحسن تأويال
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu
kepada Allah dan taatlah kamu kepada
Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang
yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian
jika kamu berbantah-bantah (berselisihan)
dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu
mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-
Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu
benar beriman kepada Allah dan hari akhirat.
Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu),
dan lebih elok pula kesudahannya.[10]
10 al-Nisa’ 4:59
24
ين ما لم يأذن به الله ولوال أم لهم شركاء شرعوا لهم من الد
المين لهم عذاب أليم كلمة الفصل لقضي بينهم وإن الظ
Adakah mereka mempunyai sembahan-sembahan
selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka
agama yang tidak diizinkan oleh Allah? [11]
Oleh itu umat Islam perlu membetulkan mind set
mereka terhadap para tokoh agamawan.
Pembetulan yang saya maksudkan bukanlah
“membuang” mereka secara total, akan tetapi
membetulkan peranan mereka menjadi
“penyampai” al-Qur’an dan al-Sunnah dan
bukannya “pengganti” al-Qur’an dan al-Sunnah.
Demikian juga, para agamawan hendaklah
menyampaikan ilmu agama secara ilmiah dan
amanah. Sesiapa yang menyampaikan ajaran
agama dengan hadis yang tidak diketahui
sumbernya, hukum yang tidak diketahui sumber
asalnya dan pendapat yang tidak diterangkan
kaedahnya, tidak boleh dimasukkan ke dalam
kategori “para agamawan”.
11 al-Syura 42:21
25
2. Menjadikan amalan masyarakat dan adat tradisi
sebagai hujah agama sehingga apa yang dilakukan
oleh majoriti dijadikan dalil yang yang mengatasi
al-Qur’an dan al-Sunnah. Ini juga adalah satu
kesalahan kerana amalan masyarakat dan adat
tradisi bukanlah hujah agama. Sikap seperti ini
pernah dikritik dalam al-Qur’an:
بع ما ألفينا عليه إذا قيل لهم اتبعوا ما أنزل الله قالوا بل نت
آباءنا أولو كان آباؤهم ال يعقلون شيئا وال يهتدون
Dan apabila dikatakan kepada mereka:
“Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh
Allah”, mereka menjawab: “(Tidak), bahkan kami
(hanya) menurut apa yang kami dapati datuk
nenek kami melakukannya.” Patutkah (mereka
menurutnya) sekalipun datuk neneknya itu tidak
faham sesuatu (apa pun tentang perkara-
perkara agama), dan tidak pula mendapat
petunjuk hidayah (dari Allah)?[12]
12 al-Baqarah 2:170
26
3. Menjadikan jemaah masing-masing sebagai tujuan
beragama. Ini berleretan sehingga menganggap
jemaah tersendiri adalah yang paling benar dan
paling baik berbanding mana-mana jemaah yang
lain. Hasilnya, setiap jemaah akan ada ciri-ciri
tersendiri yang dijadikan dalil agama sehingga
membelakangkan al-Qur’an dan al-Sunnah.
Sikap seperti ini merupakan satu kesalahan yang
amat berat sebagaimana amaran daripada Allah
Subhanahuwataala:
قوا دينهم وكانوا وال تكونوا من المشركين من الذين فر
شيعا كل حزب بما لديهم فرحون
Dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana
golongan orang musyrik, Iaitu orang-orang yang
menjadikan fahaman agama mereka
berselisihan mengikut kecenderungan masing-
masing serta mereka pula menjadi berpuak-
puak; tiap-tiap puak bergembira dengan apa
yang ada padanya (dari fahaman dan amalan
masing-masing).[13]
13 al-Rum 30:31-32.
27
4. Menjadikan kedudukan, kemasyhuran dan
kepentingan sendiri sebagai agenda beragama,
sehingga ke tahap sanggup menyampaikan
pendapat atau hukum yang menyelisihi
kefahaman yang benar terhadap al-Qur’an dan al-
Sunnah.
Orang yang memiliki kedudukan, kemasyhuran
dan kepentingan hendaklah menyedari bahawa
semua itu adalah ujian daripada Allah
Subhanahuwataala. Maka hendaklah dia lulus ujian
tersebut dengan menjadikan semua kelebihan
yang Allah kurniakan untuk menegakkan
kebenaran. Firman Allah:
لناه نعمة منا قال إنما فإذا مس اإلنسان ضر دعانا ثم إذاb خو
أوتيته على علم بل هي فتنة ولكن أكثرهم ال يعلمون
Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu
bahaya, dia segera berdoa kepada Kami;
kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu
nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah
dia (dengan sombongnya):
28
“Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan
pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku.”
(Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu)
bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah
ujian (adakah dia bersyukur atau sebaliknya),
akan tetapi kebanyakan mereka tidak
mengetahui (hakikat itu).[14]
Orang yang gagal dalam ujian ini adalah mereka
yang menyalahgunakan kelebihan yang Allah
kurniakan. Kegagalan tersebut pula berpunca
daripada pelbagai penyakit hati yang dialaminya.
Ketahuilah bahawa antara penyakit hati tersebut
adalah hasad dengki dan inilah punca utama yang
menyebabkan perpecahan.
14 al-Zumar 39:49.
29
Allah Subhanahuwataala menerangkan hakikat ini:
رين ومنذرين وأنزل ين مبش بي ة واحدة فبعث الله الن ان الناس أم
معهم الكتاب بالحق ليحكم بين الناس فيما اختلفوا فيه وما
نات بغيا بينهم اختلف فيه إال الذين أوتوه من بعد ما جاءتهم البي
Pada mulanya manusia ialah umat yang satu
(menurut agama Allah yang satu, tetapi setelah
itu mereka berselisihan), maka Allah
mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar
gembira (kepada orang-orang yang beriman
dengan balasan Syurga), dan pemberi amaran
(kepada orang-orang yang ingkar dengan
balasan azab neraka); dan Allah menurunkan
bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab Suci yang
(mengandungi keterangan-keterangan yang)
benar, untuk menjalankan hukum di antara
manusia mengenai apa yang mereka
perselisihkan.
Dan (sebenarnya) tidak ada yang melakukan
perselisihan melainkan orang-orang yang telah
diberi kepada mereka Kitab-kitab Suci itu, iaitu
sesudah datang kepada mereka keterangan-
keterangan yang jelas nyata, - mereka berselisih
30
semata-mata kerana hasad dengki sesama
sendiri.[15]
15 al-Baqarah 2:213.
31
Cara Mendapat Rahmat Allah Di Sebalik
Kepelbagaian Pendapat Kategori Kedua.
Jelas bahawa sebab-sebab yang menghasilkan
kepelbagaian pendapat dalam kategori kedua adalah
salah. Namun kita tetap perlu berusaha mencari rahmat
Allah Subhanahuwataala dalam berinteraksi dengannya.
Untuk mencari rahmat tersebut, hendaklah kita:
Pertama: Berbaik sangka.
Sekalipun sebab-sebab yang saya senaraikan di atas
adalah jelas salah, hendaklah kita cuba berbaik sangka
kepada orang yang terjebak dalam kepelbagaian kategori
kedua ini. Sebabnya, berbaik sangka adalah sesuatu yang
memang dituntut oleh Islam dalam perhubungan antara
sesama umat.
32
Allah Subhanahuwataala berfirman:
ن إثم وال ن إن بعض الظ يا أيها الذين آمنوا اجتنبوا كثيرا من الظ
سوا وال يغتب بعضكم بعضا أيحب أحدكم أن يأكل لحم أخيه تجس
اب رحيم ميتا فكرهتموه واتقوا الله إن الله تو
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah
kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak
menyangka sangkaan yang dilarang) kerana
sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah
dosa;
Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-
cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah
setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.
Adakah seseorang dari kamu suka memakan
daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian
keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik
kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan
yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah;
sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha
mengasihani.[16]
16 al-Hujurat 49:12.
33
Berbaik sangka yang saya maksudkan adalah dari
beberapa segi:
1. Mungkin orang yang terjebak dalam kepelbagaian
kategori kedua yang dilarang ini benar-benar tidak
tahu bahawa dia sedang melakukan satu
kesalahan dan selama ini tidak ada orang yang
menerangkan kepadanya bahawa ia adalah salah.
2. Mungkin berlaku salah faham (misunderstanding)
atau salah hubungan (miscommunication) sehingga
apa yang disandarkan sebagai satu kesalahan di
sisi seseorang sebenarnya tidak berasal daripada
orang tersebut.
3. Mungkin orang yang dianggap melakukan
kesalahan sebenarnya memiliki hujah yang betul
dan ia tidak diketahui oleh pihak yang
menganggap ia salah. Maka apa yang pada
awalnya dianggap salah sebenarnya adalah betul
dan persoalan tersebut sebenarnya duduk dalam
kepelbagaian yang dibenarkan (Kategori Pertama)
dan bukan kepelbagaian yang dilarang (Kategori
Kedua).
34
Maka atas kemungkinan-kemungkinan di atas,
apabila berinteraksi dengan orang yang pada zahirnya
kelihatan duduk dalam kepelbagaian kategori kedua,
janganlah dimulakan dengan sangkaan buruk kepadanya
tetapi mulakanlah dengan sangkaan baik terhadapnya.
Kedua: Menggariskan format perbincangan.
Perbincangan sahaja tidak akan membuahkan hasil yang
bermanfaat jika tidak ditetapkan terlebih dahulu format
perbincangan. Oleh itu apabila ingin melakukan
perbincangan dalam sesuatu persoalan yang duduk dalam
kepelbagaian kategori kedua ini, hendaklah terlebih
dahulu menggariskan format perbincangan. Format
perbincangan yang dimaksudkan ialah mencari dan
bersetuju ke atas sesuatu pendapat yang paling
mendekati al-Qur’an dan al-Sunnah berdasarkan
kefahaman para sahabat dan kaedah-kaedah ilmu.
35
Format ini disebut oleh Allah Subhanahuwataala di dalam
al-Qur’an:
سول إن كنتم تؤمنون فإن تنازعتم في شيء فردوه إلى الله والر
بالله واليوم اآلخر ذلك خير وأحسن تأويال
Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan)
dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu
mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran)
dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman
kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah
lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula
kesudahannya.[17]
17 al-Nisa’ 4:59
36
Ketiga: Berbincang melalui adab Islam.
Lanjutan daripada sikap berbaik sangka, hendaklah kita
berbincang dan bertukar pendapat dengan mereka yang
pada zahirnya kelihatan duduk dalam katagori kedua ini
secara hikmah, lemah lembut dan bijaksana. Sikap seperti
ini sememangnya dituntut oleh Islam sebagaimana firman
Allah Subhanahuwataala:
ك بالحكمةb والموعظة الحسنة وجادلهم بالتي هي ادع إلى سبيل رب
أحسن إن ربك هو أعلم بمن ضل عن سبيله وهو أعلم بالمهتدين
Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah
kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan
berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu)
dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhan-mu
Dia-lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang
sesat dari jalan-Nya, dan Dia-lah jua yang lebih
mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah
petunjuk.[18]
18 al-Nahl 16:125.
37
Berikut diterangkan beberapa adab Islam dalam
melakukan perbincangan:
Bersikap lemah lembut dalam menggunakan
perkataan, susunan ayat, nada dan gerak badan (body
language). Ini kerana sikap berlemah lembut adalah
sesuatu yang dituntut oleh Islam dalam semua suasana.
Pesan Rasulullah Sallallahualaihiwasallam:
ه فق في األمر كل إن الله يحب الر
“Sesungguhnya Allah menyukai sikap lemah lembut
dalam segala urusan.”[19]
19 Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahih-nya – hadis no: 2165.
38
Bersabar seandainya rakan perbincangan memiliki
adab yang kurang baik. Rasulullah
Sallallahualaihiwasallam bersabda:
المؤمن الذي يخالط الناس ويصبر على أذاهم أعظم أجرا من
المؤمن الذي ال يخالط الناس وال يصبر على أذاهم
Seorang mukmin yang bergaul bersama manusia dan
bersabar atas sikapnya yang menyakitkan adalah lebih
besar ganjarannya daripada seorang mukmin yang
tidak bergaul dengan manusia dan tidak bersabar atas
sikapnya yang menyakitkan.[20]
20 Sahih: Dikeluarkan oleh Ibn Majah dan dinilai sahih oleh al-Albani
dalam Shahih Sunan Ibn Majah – hadis no: 4032.
Catatan tambahan, hadis di atas ditujukan kepada mereka
yang memiliki jati diri yang kuat sehingga mampu membimbing
mereka yang memiliki sikap yang buruk ke arah kebaikan. Adapun
bagi mereka yang memiliki jatidiri yang rendah, hadis berikut
menjadi rujukan:
وء كحاملb المسك ونافخ الكير الح والجليس الس إنما مثل الجليس الص
بة ا أن تجد منه ريحا طي ا أن تبتاع منه وإم ا أن يحذيك وإم فحامل المسك إم
ا أن تجد ريحا خبيثة ا أن يحرق ثيابك وإم .ونافخ الكير إم
Sesungguhnya perumpamaan teman yang salih dan teman yang
buruk hanyalah seumpama pembawa minyak wangi dan peniup
39
Selain bersabar, hendaklah mencontohkan adab
perbincangan lebih baik kerana ia memiliki manfaat yang
besar di sebaliknya. Allah Subhanahuwataala
menasihatkan:
ئة ادفع بالتي هي أحسن فإذا الذي بينك ي وال تستوي الحسنة وال الس
وبينه عداوة كأنه ولي حميم
Dan tidaklah sama perbuatan yang baik dan perbuatan
yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan
kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau
berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa
permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan
menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.[21]
tungku api seorang tukang besi. Bagi pembawa minyak wangi,
boleh jadi sama ada dia memberinya kepada kamu (minyak wangi)
atau kamu membeli daripadanya (minyak wangi) atau kamu
mendapat bau harum daripadanya. Bagi peniup tungku api
seorang tukang besi, boleh jadi sama ada ia akan membakar
pakaian kamu (kerana kesan tiupan api) atau kamu mendapat bau
yang tidak sedap daripadanya (bau besi). [Sahih: Dikeluarkan oleh
Muslim di dalam kitab Shahih-nya – hadis no: 2628]
21 al-Fussilat 41:34.
40
Tidak menggelar rakan perbincangan dengan sesuatu
yang negatif seperti “Kamu orang Wahabi!”, “Geng anda
memang dari kalangan Jamaah Tabligh yang jumud!”,
“Tariqat seperti kamu sah sesat!” dan sebagainya.
Menggelar dan melabel sesama umat Islam dengan
sesuatu yang negatif adalah kesalahan yang besar seperti
yang diperingatkan oleh Allah Subhanahuwataala dalam
ayat berikut:
يا أيها الذين آمنوا ال يسخر قوم من قوم عسى أن يكونوا خيرا
منهم وال نساء من نساء عسى أن يكن خيرا منهن وال تلمزوا
أنفسكم وال تنابزواb باأللقاب بئس االسم الفسوق بعد اإليمان ومن لم
المون يتب فأولئك هم الظ
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu
kumpulan (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-
rendahkan kumpulan lelaki yang lain, (kerana) mungkin
kumpulan yang dicemuhkan itu lebih baik daripada
mereka; dan janganlah pula sesuatu kumpulan dari
kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan
kumpulan perempuan yang lain, (kerana) mungkin
kumpulan yang dicemuhkan itu lebih baik daripada
mereka;
41
Dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban
setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu
panggil-memanggil antara satu dengan yang lain
dengan gelaran yang buruk.
(Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang
yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah
buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang)
sesudah dia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak
bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka
merekalah orang-orang yang zalim.[22]
22 al-Hujurat 49:11.
42
Keempat: Menjauhi perdebatan.
Hendaklah dijauhi perdebatan kerana ia hanya
akan menyebabkan berlakunya kebencian dan kezaliman
antara sesama mukmin. Malah suasana perdebatan akan
“memaksa” seseorang itu terus berhujah sekali pun dia
sendiri sedar bahawa hujahnya adalah lemah, bahkan
salah. Perdebatan hanya dibolehkan jika dapat dipastikan
bahawa manfaatnya adalah jauh lebih besar daripada
mudaratnya. Rasulullah Sallallahualaihiwasallam
bersabda:
ا ة لمن ترك المراء وإن كان محق أنا زعيم ببيت في ربض الجن
ة لمن ترك الكذب وإن كان مازحا وببيت في وببيت في وسط الجن
ن خلقه ة لمن حس أعلى الجن
Saya menjamin satu rumah di pinggir syurga bagi orang
yang meninggalkan perdebatan sekalipun dia benar,
satu rumah di tengah syurga bagi orang yang
meninggalkan penipuan sekalipun bergurau dan satu
rumah di tempat tertinggi dalam syurga bagi orang
yang baik akhlaknya.[23]
23 Hasan: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai hasan oleh al-Albani
dalam Shahih Sunan Abu Daud – hadis no: 4800.
43
Termasuk dalam adab menjauhi perdebatan
adalah berwaspada seandainya sesuatu perbincangan
yang dimulakan dengan adab Islam akan berubah menjadi
satu perdebatan. Oleh itu hendaklah sentiasa prihatin
kepada tanda-tanda yang bakal mengubah satu
perbincangan kepada perdebatan, seperti:
• Sikap berlemah lembut mula berubah kepada
perkataan yang kesat, bahasa yang kasar, nada
yang tinggi dan gerak badan yang mengancam.
• Format perbincangan berubah daripada ilmiah
kepada emosi.
• Mula timbul gelaran-gelaran yang negatif.
Apabila timbul tanda-tanda di atas atau apa-apa
yang seumpama, hendaklah menarik diri daripada
perbincangan tersebut dengan kata-kata yang baik,
seperti:
“Kelihatan perbincangan ini semakin jauh daripada
adab-adab Islam. Maka saya berhenti dan menarik diri di
sini. Terima kasih kerana sudi bertukar pandangan dengan
saya.”
44
Menarik diri bukan bererti mengalah, akan tetapi kerana
mencari rahmat Allah di sebalik kepelbagaian pendapat
yang sedang di hadapi saat itu. Perhatikan ayat berikut:
وال تجادلوا أهل الكتاب إال بالتي هي أحسن إال الذين ظلموا منهم
وقولوا آمنا بالذي أنزل إلينا وأنزل إليكم وإلهنا وإلهكم واحد
ونحن له مسلمون
Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab
melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-
orang yang berlaku zalim di antara mereka; dan
katakanlah (kepada mereka yang berlaku zalim): “Kami
beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada
kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan
kepada kamu; dan Tuhan kami juga Tuhan kamu adalah
Satu; dan kepada-Nyalah kami patuh dengan berserah
diri.”[24]
Dalam ayat di atas, Allah Subhanahuwataala
menerangkan cara untuk kita berhadapan dengan kaum
Ahli Kitab, iaitu kaum Yahudi dan Nasrani. Allah melarang
kita daripada berbahas atau berdebat dengan mereka
melainkan dengan cara yang lebih baik.
24 al-Ankabut 29:46.
45
Cara yang lebih baik tersebut ialah perbincangan yang
menepati adab-adab Islam. Jika kaum Ahli Kitab bersikap
zalim, seperti ingin meneruskan perdebatan, maka kita
menarik diri daripada perdebatan tersebut dengan kata-
kata yang baik, yang menyedarkan mereka tentang
hakikat yang sebenar.
Kelima: Bersikap adil dalam menerima hasil
perbincangan.
Adil adalah salah satu sikap yang membentuk mukmin
yang bertaqwa. Allah Subhanahuwataala berfirman:
امين لله شهداء بالقسط وال يجرمنكم يا أيها الذين آمنوا كونوا قو
قوى واتقوا الله إن الله شنآن قوم على أال تعدلوا اعدلوا هو أقرب للت
خبير بما تعملون
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu
semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan
keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran;
dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap
sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak
melakukan keadilan.
46
Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua)
kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan
bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu
lakukan.[25]
25 al-Maidah 5:08.
47
Oleh itu seorang mukmin yang bertaqwa
hendaklah bersikap adil sebelum, semasa dan selepas
perbincangan. Adil sebelum perbincangan adalah berbaik
sangka, adil semasa perbincangan adalah bersikap lemah
lembut manakala adil selepas perbincangan adalah:
• Jika rakan perbincangan mengakui kesalahannya,
maka hendaklah bersyukur kepada Allah.
Janganlah pula mengejek rakan tersebut atau
mengungkit-ungkit kesalahannya yang lama.
Jika rakan perbincangan juga memiliki dalil dan
hujah yang betul, hendaklah diakui kesalahan kita
sendiri yang pada awalnya telah menganggap
persoalan tersebut duduk dalam kepelbagaian
yang dilarang (Kategori Kedua). Seterusnya
hendaklah kita menerima serta mempraktikkan
dalil dan hujah tersebut dan mendudukkannya
dalam kepelbagaian yang dibenarkan (Kategori
Pertama).
48
• Jika rakan perbincangan tetap berdegil dengan
kesalahannya, hendaklah dianalisa dua
kemungkinan berikut:
1. Mungkinkah dia berdegil kerana kesilapan
kita sendiri yang berbincang dengannya
secara keras dan tidak berhikmah? Jika ini
adalah faktornya, hendaklah dianalisa diri
sendiri dan mengubah cara berbincang
pada masa-masa akan datang.
2. Mungkin dia menerima kesalahannya, akan
tetapi sukar baginya untuk mengakui
kesalahan tersebut secara serta merta. Jika
ini adalah faktornya, maka berilah dia
ruang untuk berfikir dan mengubah
pendapatnya secara bertahap-tahap.
• Jika kesalahan yang dilakukan oleh rakan
perbincangan telah tersebar luas di kalangan
masyarakat, hendaklah dijelaskan kepada
masyarakat akan kesalahan tersebut.
Walaubagaimanapun penjelasan ini hendaklah
dilakukan secara adil dan tanpa menghina rakan
tersebut (rujuk semula ayat 11 surah al-Hujurat).
49
Tindakan menghina bukan sahaja bertentangan
dengan ajaran Islam tetapi juga menutup ruang
untuk dia mengakui kesalahannya dan bertaubat
pada masa-masa kemudian.
50
Antara Persatuan Umat Dan Kepelbagaian
Pendapat.
Apabila menyentuh isu perbezaan pendapat, saya
dapati kebanyakan orang, termasuk para ilmuan,
agamawan dan ahli fikir, mengaitkannya kepada isu
persatuan umat Islam. Ringkasnya, mereka cuba
menyelesaikan cabaran perbezaan pendapat dengan
menyeru umat Islam agar meninggalkan perbezaan
tersebut dan memberi tumpuan kepada persatuan umat
Islam. Persatuan umat Islam memang penting, namun
saya melihat ada beberapa kelemahan apabila dikaitkan
dengan isu perbezaan pendapat, iaitu:
Pertama:
Apabila diseru kepada persatuan umat dengan
cara menghindari perbezaan pendapat, seolah-olah diseru
kepada umat Islam agar jangan berbeza pendapat.
Ini adalah cara yang salah kerana berbeza
pendapat adalah fitrah manusia dan kehendak Allah
Subhanahuwataala sebagaimana yang dijelaskan pada
awal penulisan ini. Maka cara yang benar bukan menyeru
umat untuk menghindari perbezaan pendapat tetapi
51
mengajar umat cara berinteraksi dengan kepelbagaian
pendapat.
Kedua:
Kepelbagaian pendapat itu sendiri terbahagi
kepada dua kategori, pertama yang dibenarkan dan
kedua yang dilarang. Kedua-dua jenis kepelbagaian ini
memerlukan cara yang berbeza untuk berinteraksi
dengannya. Setakat pengamatan saya, seruan ke arah
persatuan umat Islam di sebalik kepelbagaian pendapat
jarang-jarang membahagikan kepelbagaian tersebut
kepada yang dibenarkan dan yang dilarang.
Sebetulnya, kedua-dua jenis kepelbagaian
memiliki cara yang berbeza untuk berinteraksi dengannya
apabila dikaitkan kepada persatuan umat. Ia seperti
berikut:
Persatuan umat diunggulkan apabila berhadapan
dengan kepelbagaian kategori pertama. Ini kerana
persatuan umat melibatkan isu pokok (usul)
agama manakala kepelbagaian kategori pertama
melibatkan isu cabang (furu’) agama, maka tidak
boleh isu cabang diunggulkan di atas isu pokok.
52
Perbincangan bagi menyelesaikan kepelbagaian
kategori kedua diunggulkan berbanding persatuan
umat Islam. Ini kerana kepelbagaian kategori
kedua melibatkan isu pokok (usul) agama yang jika
tidak ditangani dengan bijak, akan merosakkan
pokok yang lain, iaitu persatuan umat Islam.
Sebagai contoh, fahaman anti hadis, aliran Syiah,
pemikiran Islam Liberal dan amalan bidaah tidak
boleh didiamkan demi menjaga persatuan umat
Islam. Jika didiamkan atau dibiarkan, ia akan
menyelinap masuk bertahap-tahap sehingga apa
yang batil akan dianggap benar oleh umat Islam.
“Persatuan” mungkin terpelihara tetapi apakah
erti persatuan jika ia bercampur aduk antara
kebenaran dan kebatilan?
Oleh itu kajian, penulisan, penyebaran maklumat
dan dialog perlu diusahakan dengan aktif apabila
berinteraksi dengan kepelbagaian kategori kedua
agar persatuan umat Islam sentiasa terpelihara di
atas kebenaran.
53
Ketiga:
Terdapat segelintir pihak yang cuba
menjustifikasikan kepelbagaian pendapat yang dilarang
(Kategori Kedua) di atas slogan “Demi persatuan umat
Islam”. Ini sekali lagi adalah sikap yang salah. Firman Allah
Subhanahuwataala:
قوا واعتصموا بحبل الله جميعا وال تفر
“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali
Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-
berai.”[26]
Berdasarkan ayat di atas, dapat difahami bahawa
berpecah-belah, yakni bercerai-berai sesama umat Islam,
adalah sesuatu yang dilarang. Oleh itu hendaklah kita
semua umat Islam bersatu padu. Namun bersatu di atas
apa?
26 Ali Imran 3:103.
54
Jawapannya terdapat dalam ayat tersebut, iaitu
bersatu dengan berpegang teguh kepada “tali Allah”,
iaitu agama Islam yang diasaskan daripada al-Qur’an dan
al-Sunnah yang sahih berdasarkan kefahaman para
sahabat dan kaedah-kaedah yang digariskan oleh para
ilmuan. Kita tidak boleh bersatu di atas “tali masyarakat”,
“tali pendapat tokoh sekian-sekian”, “tali kemodenan”,
“tali pemikiran baru” atau apa jua “tali” selain daripada
“tali Allah”.
Keempat:
Menyampaikan kebenaran demi membetulkan amalan
masyarakat tidak boleh dihalangi atas alasan ia akan
merosakkan persatuan umat Islam (baca: masyarakat). Ini
adalah sesuatu yang lazim berlaku, dimana apabila
seseorang itu ingin membetulkan amalan masyarakat
dengan menyampaikan ayat al-Qur’an atau sabda
Rasulullah, akan ada pihak yang berkata seumpama:
“Kami tahu apa yang kamu katakan adalah benar,
akan tetapi menyampaikannya kepada masyarakat akan
menyebabkan perpecahan. Maka ketepikanlah persoalan
ini demi persatuan umat Islam”
55
Seandainya benar menyampaikan ayat-ayat Allah
dan hadis-hadis Rasul-Nya akan menyebabkan
perpecahan masyarakat, maka faktor perpecahan tidak
boleh ditujukan kepada usaha menyampaikan. Sebaliknya
hendaklah ditujukan kepada “masyarakat” yang enggan
menerimanya. Ini kerana jika faktor perpecahan ditujukan
kepada usaha menyampaikan, kita secara tidak langsung
menyalahkan Rasulullah Sallallahualaihiwasallam kerana
usaha baginda menyampaikan risalah Islam telah juga
menyebabkan perpecahan di kalangan masyarakat Arab
saat itu.
Oleh itu hendaklah kita semua membetulkan arah
pandang dalam persoalan ini. Para penyampai kebenaran
tidak boleh dituduh sebagai pemecah belah persatuan
masyarakat. Sebaliknya masyarakatlah yang patut dididik
agar bersikap terbuka dalam berinteraksi dengan
kepelbagaian pendapat. Jika sesuatu amalan mereka
termasuk dalam kepelbagaian yang dilarang, masyarakat
perlu bersikap terbuka untuk berbincang dan menerima
teguran daripada pihak lain, tanpa mengira siapa atau apa
kedudukan pihak tersebut.
56
Masyarakat perlu dididik agar tidak membela atau
berkeras dengan kepelbagaian yang dilarang kerana sikap
tersebut adalah faktor sebenar yang menyebabkan
perpecahan masyarakat dan sekali gus umat Islam
keseluruhannya.
57
Ini Adalah Ujian Yang Sememangnya Hebat.
Kembali kepada firman Allah Subhanahuwataala
dalam ayat 118-119 surah Hud yang dikemukakan pada
awal penulisan ini, dapat dikatakan bahawa mencari
rahmat Allah di sebalik perbezaan – atau lebih tepat:
kepelbagaian pendapat – adalah satu ujian yang amat
hebat. Namun seorang muslim yang hebat tidak akan
dikalahkan oleh ujian yang hebat. Malah ia menjadikan
ujian tersebut sebagai pemangkin untuk menambah
kehebatan dirinya, dengan izin Allah. Bak kata pepatah
Inggeris: When the going gets tough, the tough gets going!
Sebahagian daripada cara-cara yang saya gariskan
dalam penulisan ini untuk mencari rahmat Allah di sebalik
kepelbagaian pendapat mungkin sukar untuk
dipraktikkan. Kesukaran ini dapat dipermudahkan dengan
dua cara:
1. Hendaklah sentiasa tekun menuntut ilmu dan
menguasai kepelbagaian pendapat di kalangan
para ilmuan. Antara musibah yang melanda umat
Islam masa kini adalah sikap seseorang yang hanya
mencukupkan diri dengan membaca atau
58
mendengar pendapat seorang tokoh atau satu
aliran lalu menganggap ia adalah muktamad.
Sikap seperti ini perlu diubah kepada mengkaji dan
menganalisa pendapat pelbagai tokoh dan aliran,
merenungi dalil-dalilnya dan menelusuri kaedah-
kaedahnya. Kemudian hendaklah diambil yang
terbaik dan ditinggalkan yang tidak baik.
Hendaklah juga diinsafi bahawa adakalanya yang
terbaik itu bukanlah satu, tetapi mungkin dua atau
tiga. Selain itu hendaklah juga disedari bahawa
apa yang dianggap terbaik oleh seseorang
mungkin dianggap kurang baik oleh orang lain dan
begitulah sebaliknya.
59
Dengan sikap seperti ini, akan terhasil satu prinsip
yang amat penting dalam berinteraksi dengan
ilmu, iaitu ilmu tidak pernah bersifat statik tetapi
sentiasa dinamik. Lebih penting, orang yang
beristiqamah dengan sikap seperti ini akan
memperoleh hidayah daripada Allah
Subhanahuwataala:
اغوت أن يعبدوها وأنابوا إلى الله والذين اجتنبوا الط
بعون ر عبادي الذين يستمعون القول فيت لهم البشرى فبش
أحسنه أولئك الذين هداهم الله وأولئك هم أولو األلباب
Oleh itu gembirakanlah hamba-hamba-Ku, (iaitu
mereka) yang berusaha mendengar perkataan-
perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka
memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya
(pada segi hukum agama); mereka itulah orang-
orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah
dan mereka itulah orang-orang yang berakal
sempurna. [27]
27 al-Zumar 39:17-18.
60
2. Jika tidak pasti sama ada sesuatu persoalan
termasuk dalam kategori kepelbagaian yang
dibolehkan atau dilarang, gunakanlah langkah-
langkah yang disebut dalam Kategori Kedua, iaitu
berbaik sangka, berbincang dengan adab Islam
dan menerima hasil perbincangan dengan adil.
Setelah itu barulah dimasukkan persoalan
tersebut dalam kepelbagaian yang dibolehkan
atau dilarang.
Semoga dua cara di atas dapat membantu kita
untuk sama-sama lulus dalam ujian yang hebat ini dan
mendapat rahmat Allah Subhanahuwataala di sebalik
perbezaan atau kepelbagaian pendapat. Amin.
61
top related