penerbit universiti malaysia sabah

12

Upload: others

Post on 29-Oct-2021

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
Page 2: PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
Page 3: PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA SABAHKota Kinabalu • Sabah • Malaysia

http://www.ums.edu.my2020

Ahli Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM)

PATRICIA GANINGASMIATY AMAT

LOKMAN ABDUL SAMAD

Page 4: PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

© Universiti Malaysia Sabah, 2020

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dikeluarkan ke dalam sebarang bentuk sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Penerbit Universiti Malaysia Sabah, kecuali seperti yang diperuntukkan dalam Akta 332, Akta Hak Cipta 1987. Keizinan adalah tertakluk kepada pembayaran royalti atau honorarium.

Segala kesahihan maklumat yang terdapat dalam buku ini tidak semestinya mewakili atau menggambarkan pendirian mahupun pendapat Penerbit Universiti Malaysia Sabah. Pembaca atau pengguna buku ini perlu berusaha sendiri untuk mendapatkan maklumat yang tepat sebelum menggunakan sebarang maklumat yang terkandung di dalamnya. Pandangan yang terdapat dalam buku ini merupakan pandangan ataupun pendapat penulis dan tidak semestinya menunjukkan pendapat atau polisi Universiti Malaysia Sabah. Penerbit Universiti Malaysia Sabah tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang masalah mahupun kesulitan yang timbul, sama ada secara menyeluruh atau sebahagian, yang diakibatkan oleh penggunaan atau kebergantungan pembaca terhadap kandungan buku ini.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Sosiobudaya ETNISITI Sabah / Penyunting: ABD HAKIM MOHAD, ASMIATY AMAT, ROS AIZA MOHD MOKHTAR ISBN 978-967-2166-39-9 1. Ethnicity--Sabah--Malaysia. 2. Sabah (Malaysia)--Social life and customs. 3. Government publications--Malaysia. I. Abd. Hakim Mohad, 1972-. II. Asmiaty Amat, 1971-. III. Ros Aiza Mohd. Mokhtar, 1974-. 305.899225059521

Muka taip teks: ArsenalSaiz taip teks dan leading: 11/14 poinDiterbitkan oleh: Penerbit Universiti Malaysia Sabah Tingkat Bawah, Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah Jalan UMS 88400 Kota Kinabalu, Sabah.Dicetak oleh: Gayawara Sdn. Bhd. No. 2, Jalan Nountun, Kg. Bambangan, Inanam Tingkat Bawah, Wisma Capital 88450 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

Page 5: PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

v

KANDUNGAN

Senarai JadualSenarai RajahGlosariPrakataPendahuluan Bab 1 Latar dan Pandang Dunia Masyarakat Iban

Bab 2 Puisi Tradisi Masyarakat Iban

Bab 3 Entelah dan Hubungannya dengan Kepercayaan Masyarakat Iban

Bab 4 Dewi Kumang dalam Entelah Iban

Bab 5 Pokok Tualang dalam Entelah Iban

PenutupBibliografi Indeks

....................................................................

Muka Surat

viviviiiixx

1

7

27

65

95

117121127

Page 6: PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

vi

Jadual

2.1 Trikotomi ikon/indeks/simbol Peirce 4.1 Pengelasan penanda kecantikan 4.2 Pengelasan penanda kebijaksanaan dan kepintaran 4.3 Pengelasan penanda ketinggian budi pekerti 4.4 Hubungan triadik antara tanda, penanda dan

petanda 5.1 Pengklasifikasian penanda kepada tanda pokok

tualang

Muka Surat

1581858993

115

SENARAI JADUAL....................................................................

Rajah

2.1 Teori Segi Tiga Peirce 2.2 Model Analisis Tanda, penanda dan petanda dalam

entelah menurut kefahaman daripada teori Charles Sanders Peirce

2.3 Penelitian tahap pertama (firstness) tanda 2.4 Penelitian tanda tahap kedua 2.5 Proses mengkategorikan penanda berdasarkan

pemahaman terhadap tanda 2.6 Penelitian tahap ketiga (thirdness) 3.1 Pengelasan entelah 3.2 Hubungan antara sistem karya dan luar karya 3.3 Sistem luar karya 3.4 Ungkapan tempat hantu tempat Tuhan dan tempat

kita tempat dia 4.1 Struktur fizikal entelah 4.2 Tahap kedua dan ketiga penelitian simbol bererti

diubah suai daripada pemahaman terhadap penanda tahap kedua Charles Sanders Peirce

Muka Surat

1320

212223

2429303044

6668

SENARAI RAJAH....................................................................

Page 7: PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

vii

4.3 Dewi Kumang (gambar hiasan) 4.4 Mimpi yang menghubungkan manusia, Tuhan dan

alam baka 5.1 Pokok tualang/tapang memiliki batang yang tinggi

dan kanopi yang rendang 5.2 Kebarangkalian istilah pokok tualang digambarkan

dalam struktur fizikal entelah 5.3 Penelitian pokok tualang secara tiga peringkat 5.4 Tatu/tegulun pahlawan Iban 5.5 Sarang lebah digantung pada buaian sebagai

penanda perlindungan 6. 1 Kemunculan tanda bererti daripada sistem luar

karya entelah

6972

96

97

99103114

119

Page 8: PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

viii

adat basa - adat memberi penghormatan.adat miring - adat menjalankan upacara persembahan.adat ngayap - adat berjumpa dengan gadis di tempat tidur.biau - suatu tindakan yang dilakukan oleh ketua

keagamaan dengan memusingkan ayam di atas kepala seseorang sambil membacakan doa.

Bujang berani - pahlawan.Engkadah hari - upacara membawa bayi keluar untuk melihat

matahari.jalung - mangkuk besar. leka main - puisi.Lemambang - individu yang memil iki kemahiran untuk

menyampaikan doa-doa pemujaan.ngetup garam - upacara menyuap sedikit garam kepada bayi yang

baru lahir.Pekit Kumang - pertandingan ratu cantik.Petara - Tuhan/dewa-dewi.piring - persembahan makanan.Raja berani - pahlawan.Reruek - bunyi anak babi.

....................................................................GLOSARI

Page 9: PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

ix

Dalam keasyikan mengejar kemajuan dan kepesatan dunia, warisan nenek moyang seperti folklor wajar diperhatikan. Hal ini demikian

kerana dalam folklor terkandung rahsia kearifan lokal menerusi tanda-tanda yang diberikan. Seharusnya ia dimartabatkan kembali agar masyarakat dapat menikmati dan memaknai simbol-simbol dan fungsi folklor dalam masyarakat. Tindakan ini wajar agar kita sedar bahawa bertunjang daripada falsafah yang dicipta oleh orang terdahulu mampu menjadi perisai untuk menjadikan generasi baharu lebih kuat menongkah arus pembangunan pada masa kini dan akan datang. Peribahasa Iban berbunyi “dikelala damun ari kayu, dikelala buah ari langgu, dikelala bansa ari jaku, dikelala basa ari penyiru” (belukar dikenali menerusi kayu, buah dikenali menerusi putik, bangsa dikenali menerusi bahasa, kesopanan dikenali menerusi tingkah lakunya) bermaksud sesuatu atau perkara yang terdapat di muka bumi ini wujud bertujuan mengangkat identiti bangsanya yang tersendiri.

Dalam konteks ini, peribahasa sebagai sebuah kearifan lokal sama seperti entelah yang wujud untuk memberi pemaknaan terhadap identiti sesuatu bangsa. Justeru, penerbitan buku berjudul Entelah: Warisan dan Hubungannya dengan Kepercayaan Masyarakat Iban ini bertepatan ketika masyarakat dihimpit kebingitan teknologi moden dan kacau-bilau. Entelah atau teka-teki yang diwarisi bukan sahaja unik dan indah tetapi jelas mengandungi tanda-tanda penting dan sekali gus menginterpretasikan perkara-perkara yang berkaitan dengan kepercayaan masyarakat Iban tradisional. Sudah tentu ramai dalam kalangan generasi kini yang sudah tidak mengetahui kepercayaan tradisional masyarakat Iban. Lantaran itu, buku ini sangat sesuai dijadikan sebagai bahan bacaan umum.

Akhir sekali, penulis memohon kemaafan sekiranya terdapat kekurangan dalam penerbitan ini. Segala komen untuk penambahbaikan sangat dihargai.

“Singkang beribu batu, berengkah ari siti singkang serekat”(langkah beribu batu bermula daripada satu langkah yang pendek)

PRAKATA....................................................................Kenangan buat Allahyarham Lokman Abdul Samad

Page 10: PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

x

Buku ini membincangkan tentang teka-teki atau entelah yang dimiliki oleh orang Iban di Sarawak dan hubungannya dengan kepercayaan

masyarakat tersebut. Penulisan ini asalnya adalah kajian terhadap entelah di daerah Sebauh, Bakong dan Subis, di Miri yang dikutip secara kajian lapangan dan juga teka-teki yang diperoleh daripada Tun Jugah Foundation.

Entelah dianalisis menggunakan teori semiotik Sanders Peirce. Penelitian tersebut mendapati bahawa teka-teki Iban memiliki bentuk dan struktur yang agak berbeza dengan teka-teki yang wujud di alam Melayu. Teka-teka biasa memiliki soalan dan jawapan dengan bentuk pernyataan berupa ayat sebaris atau dua baris seperti pantun dua kerat, manakala entelah bukan sahaja memiliki pernyataan, tetapi ia juga memiliki menua (pembayang) pada penyataan. Uniknya, pembayang dan jawapan entelah tidak mempunyai perkaitan dan orang yang ingin meneka perlu memiliki kebijaksanaan luar biasa untuk meneka entelah yang diberikan (Patricia Ganing, 2013, Benedict Sandin, 1964 & Tun Jugah, 2011).

Fungsi entelah yang mirip seperti teka-teki lain dunia juga memperlihatkan keunikan tersendiri bilamana ia bukan sahaja berfungsi sebagai hiburan dan juga menguji minda tetapi lebih jauh daripada itu, teka-teki Iban sarat dengan nilai dan kepercayaan masyarakat ini. Pandang hidup masyarakat Iban menerusi penciptaan entelah memberikan satu dimensi pengetahuan lokal Iban yang tidak ternilai.

Buku ini tidak hanya memperincikan pandang hidup masyarakat Iban menerusi entelah tetapi turut menyajikan perincian berkenaan subjek yang sering kali ditonjolkan menerusi entelah. Terdapat tiga subjek yang agak besar dalam penciptaan entelah, iaitu Dewi Kumang, pokok tualang dan juga babi. Walau bagaimanapun, bagi perbincangan yang lebih berfokus, buku ini hanya akan membincangkan dua subjek tersebut, iaitu Dewi Kumang dan pokok tualang, sementara subjek babi akan dikemukakan dalam siri penerbitan seterusnya. Walaupun dua subjek ini bukan menjadi subjek keseluruhan penciptaan entelah tetapi ia menjadi inti pati yang sangat penting. Selaras dengan itu, subjek-subjek ini sebenarnya sangat penting dalam cakerawala hidup masyarakat Iban dan menjadi pedoman atau sebutan bagi mereka setiap kali melaksanakan tatakehidupan sehari-hari.

PENDAHULUAN....................................................................

Page 11: PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

xi

Buku ini dihasilkan bagi merungkai tanda-tanda Dewi Kumang dan pokok tualang sebagai petanda-petanda yang diinterpretasikan dalam entelah. Entelah menjadi lebih istimewa dan unik kerana kandungan penyataan, tempat, pembayang dan jawapannya memperlihatkan banyak tanda yang perlu dirungkaikan. Tanda-tanda tersebut bukan hanya diletakkan secara semberono oleh penciptanya, tetapi memiliki makna yang perlu dirungkaikan. Setelah tanda-tanda tersebut dikenal pasti, ia perlu ditafsir bagi memperlihatkan sama ada wujud hubungan yang rapat antara entelah dan sistem kepercayaan serta kehidupan masyarakat Iban. Sehubungan dengan itu, fungsi entelah sebagai alat hiburan yang memiliki fungsional terhadap kepercayaan dan kehidupan masyarakat dapat ditonjolkan. Perkara ini menunjukkan bahawa entelah bukan semata-mata berfungsi sebagai hiburan tetapi memiliki pemikiran dan nilai masyarakat Iban.

Page 12: PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH