manual menghasilkan image banner menggunakan microsoft ...€¦ · 4/12/2016 11:34 am pm 4:42 pm pm...

Post on 17-Aug-2020

11 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Manual menghasilkan Image Banner menggunakan Microsoft PowerPoint

1. Buka Ms PowerPoint.

2. Pilih Tab “View” dan setelah masuk ke dalam tab tersebut, pilih butang “Slide Master”.

3. Selepas itu, anda perlu mengubah size slide tersebut dengan memilih butang “Slide Size”.

4. Kemudian, pilih “Custom Slide Size”.

5. Standard saiz banner adalah dalam bentuk pixel iaitu 900x300. Namun, Ms PowerPoint

menggunakan format inci. Setelah ditukar format pixel ke inci, saiz tersebut adalah 9.37x3.125

6. Setelah anda masukkan saiz tersebut, anda akan diminta untuk memlih skala slide tersebut.

Anda perlu memilih maximize.

7. Setelah siap mengubah saiz baru, pilih butang “Close Master View”.

8. Anda akan dikembalikan ke muka depan. Dan rupa slide anda telah pun berubah mengikut saiz

baru.

9. Seterusnya, anda boleh mereka-bentuk banner anda seperti yang anda inginkan.

10. Memasukkan word art untuk perkataan yang lebih menarik.

11. Setelah anda selesai mereka-bentuk banner anda, untuk save kerja anda dalam bentuk image,

anda perlu memilih save as.

12. Kemudian, pilih format “JPEG” untuk pilihan dalam “Save as type”.

13. Anda akan diminta untuk export sama ada satu slide atau semua slide. Untuk manual kali ini,

kita akan memilih “Just this one”.

14. Setelah siap diexport, berikut adalah contoh rupa banner anda.

top related