laporan projek museum guide memberi...
Post on 06-Aug-2019
299 Views
Preview:
TRANSCRIPT
[LAPORAN PROJEK- PERBADANAN MUZIUM MELAKA] 2018
1
LAPORAN PROJEK MUSEUM GUIDE MEMBERI KEBERKESANAN
PENYAMPAIAN MAKLUMAT
1.0 RINGKASAN EKSEKUTIF
1.1 Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) merupakan sektor pendidikan dan
pelancongan. Terdapat 37 buah muzium dan galeri yang sering menjadi
pilihan untuk dikunjungi oleh semua lapisan masyarakat dari dalam dan luar
Negara. Oleh itu, seringkali menerima pertanyaan berkaitan muzium iaitu,
lokasi muzium, harga tiket kemasukan ke muzium, waktu operasi dan bahan
pameran yang di pamerkan di dalam muzium.
1.2 Perkara ini menjadi persoalan dan permasalahan utama dalam memberikan
perkhidmatan harian kepada pelawat-pelawat di muzium. Sehubungan itu,
satu inisiatif baru penambahbaikan dibangunkan iaitu “Museum Guide” yang
mengunakan mobile web bagi capaian informasi dengan lebih cepat dan
mudah kepada pelawat.
1.3 Dengan mengaplikasikan Museum Guide ini, para pelawat akan mendapat
kemudahan-kemudahan seperti berikut :
a) Pelan lokasi terus ke muzium yang ingin di lawati
b) Harga-harga tiket masuk ke muzium
c) Sinopsis setiap muzium
d) Waktu operasi muzium
e) kemudahan pengangkutan, restoran, penginapan, pusat membeli belah,
tempat-tempat bersejarah, rumah ibadat dan tapak warisan berhampiran.
2.0 SIGNIFIKAN PEMILIHAN PROJEK
2.1 MASALAH PEMILIHAN PROJEK
2.1.1 Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) merupakan sebuah pusat semi
pendidikan dan penyebaran ilmu kepada masyarakat. Pelbagai maklumat
terutamanya berkaitan sejarah dan warisan negara yang tidak ternilai terdapat
di semua muzium-muzium dibawah pentadbiran PERZIM yang terletak di
pelbagai lokasi di seluruh negeri Melaka iaitu di sekitar daerah Melaka
Tengah, Jasin dan Alor Gajah.
2.1.2 25 muzium dan 12 galeri di bawah pentadbiran PERZIM ini sering menjadi
pilihan untuk dikunjungi oleh semua lapisan masyarakat dari dalam dan luar
negara. Oleh itu, PERZIM seringkali menerima pertanyaan berkaitan
muzium seperti berikut :
a) lokasi muzium
b) harga tiket kemasukan ke muzium
c) waktu operasi
d) bahan pameran yang dipamerkan di dalam muzium.
[LAPORAN PROJEK- PERBADANAN MUZIUM MELAKA] 2018
2
2.1.3 Kewujudan laman web, facebook dan instagram yang dibangunkan oleh
PERZIM bagi kemudahan pelayar laman web telah disediakan. Namun
begitu, PERZIM masih menerima pertanyaan-pertanyaan tersebut. Perkara ini
menjadi persoalan dan permasalahan utama kepada PERZIM pada waktu ini
dalam memberikan perkhidmatan harian kepada pelawat-pelawat di muzium.
2.1.4 Melalui perkara ini, dilihat penyampaian maklumat dan informasi berkaitan
tidak dapat disampaikan dengan cepat kepada orang ramai memandangkan
lokasi tepat muzium-muzium tidak dapat dikenalpasti oleh pelawat yang ingin
berkunjung ke muzium yang ingin di lawati terutama pelawat-pelawat yang
datang dari luar negeri Melaka.
2.2 INOVASI
2.2.1 Sejajar dengan misi PERZIM iaitu ingin menyemarakkan sektor pendidikan
dan pelancongan secara profesional dan berkualiti, dengan itu PERZIM
mencari satu inisiatif baru untuk memastikan informasi utama muzium dapat
disampaikan kepada orang ramai dengan lebih cepat dan berkesan agar data
jumlah pelawat ke muzium dapat ditingkatkan.
2.2.2 Seiring teknologi terkini, pelbagai lapisan masyarakat kini menggunakan
telefon pintar sebagai medium utama untuk mendapatkan maklumat dengan
mudah. Pelbagai maklumat dapat dicapai dengan penggunaan telefon pintar
mudah alih. Sehubungan itu, kumpulan ini bercadang untuk
membangunkan mobile web sebagai salah satu penambahbaikan kepada
capaian maklumat dengan lebih cepat. Mobile web ini dikenali sebagai
“Museum Guide” yang menyediakan informasi-informasi muzium.
2.2.3 Museum Guide ini dapat diaplikasikan menggunakan telefon pintar
dengan mengimbas QR Code yang dipamerkan di laman-laman sosial
PERZIM dan bunting yang disediakan di muzium utama iaitu Muzium
Samudera, Muzium Istana Kesultanan Melaka, Muzium Kapal Selam, Muzium
Sejarah dan Etnografi, Muzium Rakyat serta Hang Tuah Centre.
2.2.4 Dengan mengaplikasikan Museum Guide ini, para pelawat akan mendapat
kemudahan-kemudahan seperti berikut :
a) Pelan lokasi terus ke muzium yang ingin di lawati
b) Harga-harga tiket masuk ke muzium
c) Sinopsis bahan peragaan muzium
d) Waktu operasi muzium
e) kemudahan pengangkutan, restoran, penginapan, pusat membeli
belah, tempat-tempat bersejarah, rumah ibadat dan tapak warisan
berhampiran.
[LAPORAN PROJEK- PERBADANAN MUZIUM MELAKA] 2018
3
2.3 KAITAN DENGAN AGENDA NASIONAL
2.3.1 Selain itu, “Museum Guide” ini adalah bagi menyahut seruan Transformasi
Negara (TN50) dalam penyampaian maklumat secara atas talian di
keseluruhan Jabatan Kerajaan. Hal ini adalah memudahkan pelawat
mendapatkan maklumat terus tanpa perlu menghubungi ke jabatan tersebut
dan dapat menjimatkan masa pekerja di sesebuah jabatan.
2.3.2 Muzium yang merupakan salah satu pusat pendidikan juga merupakan
sasaran oleh Jabatan Muzium Malaysia untuk menjayakan projek Satu
Pelajar Satu Muzium (1P1M). Projek ini memberi pendedahan kepada pelajar
untuk belajar, memegang dan mengenali artifak yang terpilih di muzium.
Dengan adanya “Museum Guide”, beberapa artifak terpilih ini akan
dipamerkan kepada umum bagi menarik perhatian mereka mengetahui lebih
lanjut info berkaitan.
2.3.3 Di samping itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggalakkan
pelajar-pelajar yang mengambil mata pelajaran Sejarah supaya mendapatkan
maklumat berkaitan kerja kursus di muzium. Dengan penggunaan “Museum
Guide”, pelajar ini dapat mengetahui muzium yang beresuaian dengan tajuk
yang ingin dicari.
2.4 KAITAN DENGAN KEADAAN DAN EKOSISTEM SEMASA
2.4.1 “Museum Guide” juga menyediakan kemudahan lain seperti info berkaitan
rumah-rumah ibadat berusia lebih 100 tahun dan tapak-tapak bersejarah di
Melaka. Info ini menarik perhatian pengkaji sejarah terutamanya pelajar yang
ingin mengetahui maklumat berkaitan. “Museum Guide” juga mempunyai info
kemudahan 1Serve seperti Restoran, Pusat Membeli Belah, Kemudahan
Pengangkutan, Penginapan dan tempat-tempat Bersejarah.
2.5 PEMBUKTIAN MELALUI ANALISI MEMILIH PROJEK
2.5.1 Kenalpasti matlamat yang hendak dicapai merujuk kepada Piagam
Pelanggan
Pemilihan projek ini berdasarkan kepada maklumat borang aduan pelanggan
bagi mendapatkan informasi yang lebih berkesan. Oleh itu, kumpulan
mengambil inisiatif berdasarkan kepada matlamat PERZIM yang terdapat
pada Piagam Pelanggan yang sedia ada bagi memastikan para pelancong
dan orang ramai mendapat perkhidmatan penerangan dan penyebaran
maklumat pelancongan dengan mesra dan memuaskan.
2.5.2 Analisa masa kini
Pemilihan projek ini turut merujuk kepada pelawat semasa dan data pelawat
pada tahun 2016 iaitu data pelawat tahun 2015 dan tahun 2016 yang hadir ke
muzium menunjukkan pencapaian menurun.
[LAPORAN PROJEK- PERBADANAN MUZIUM MELAKA] 2018
4
BULAN/
MUZIUM
MUZIUM
SAMUDERA
ISTANA
KESULTANAN
MELAKA
MUZIUM
KAPAL SELAM
MUZIUM
SEJARAH
HANG TUAH
CENTRE
2015 2016 2015 2016 2015 2016 2015 2016 2015 2016
FEB 31097 23131 14797 10771 13550 10421 2350 10300 1782 1224
MAC 27725 20497 11387 8844 9087 0 8055 7408 1589 1446
APR 18915 11782 8533 6386 6338 0 6590 6449 1582 945
MEI 29741 17263 10970 7842 12672 12305 9709 7435 2246 1726
JUN 26009 7571 10282 6634 9900 5332 8951 11292 1983 983
JUL 16850 16682 8105 7972 3425 5658 8738 7889 1112 1068
OGOS 18211 16505 10986 8368 6896 5509 10359 7877 1499 1305
JUMLAH 168548 113431 75060 56817 61868 39225 54752 58650 11793 8697
Jadual 1 : Data Pelawat Bagi 5 Muzium Untuk Tahun 2015 dan Tahun 2016
3.0 TINDAKAN PENYELESAIAN DAN PEMBUKTIAN
3.1 LANGKAH-LANGKAH BAGI MEMPROMOSIKAN “MUSEUM GUIDE”
3.1.1 Bagi memperkenalkan aplikasi ini, kaedah mengimbas kod QR digunakan di
mana pelawat perlu mengimbas kod QR menggunakan telefon pintar pada
banner dan bunting yang di pamerkan di muzium-muzium utama.
3.1.2 Cara penggunaan Museum Guide adalah seperti berikut :
i) Buka pembaca Kod QR
ii) Imbas Kod QR dengan menggunakan kamera pengimbas Kod
QR telefon pintar
iii) Perisian akan memperakukan kod
iv) Menu pilihan sedia dipaparkan
v) Pilih menu pilihan anda (contoh : lokasi, info muzium,
pengangkutan dan lokasi pelancongan lain)
3.1.3 Kelebihan melalui penggunaan Museum Guide ini selain berkaitan maklumat
muzium, ia juga memudahkan pelawat untuk pergi dari satu lokasi ke satu
lokasi pelancongan yang lain kerana Museum Guide turut di hubungkan
kepada Pelan Lokasi Google.
3.1.4 Penghasilan projek ini memberi kesan yang tinggi kepada organisasi dari segi
peningkatan jumlah pelawat sekaligus meningkatkan pendapatan hasil
organisasi.
3.2 TEMPOH PENGHASILAN PROJEK
Bil Perkara Bulan/Tahun
Dis
16
Jan
17
Feb
17
Mac
17
Apr
17
Mei
17
Jun
17
Jul
17
Ogs
17
1. Kenalpasti masalah
2. Cadangan penubuhan
[LAPORAN PROJEK- PERBADANAN MUZIUM MELAKA] 2018
5
= Masa pelaksanaan projek
Jadual 2 : Tempoh Masa Sepanjang Penghasilan Projek
3.3 PERNYATAAN OUTPUT DAN SASARAN OUTCOME
3.3.1 Borang Kajian selidik telah diedarkan kepada pelawat yang datang ke
muzium dari Bulan Januari hingga Mei 2017. Sebanyak 500 borang telah
diedarkan dan 493 borang telah dikembalikan.
Rajah 1 : Responden Yang Dikaji Mengikut Umur
Rajah 2 :Jantina Responden
Rajah 3 : Responden Mengikut Kaum
6-12Tahun
13-19Tahun
20-29Tahun
30-39Tahun
40-49Tahun
50 Tahunke atas
Umur Pelawat 49 55 119 126 93 51
050
100150
ora
ng
Umur Pelawat
59%41%
Jantina
Lelaki
Perempuan
0
100
200
Melayu Cina India Lain-lain
Kaum 116 148 73 156
ora
ng
Kaum
3. Wujudkan kumpulan
4. Kelulusan Jabatan
5. Perbincangan
6. Perancangan
penyelesaian masalah
7. Kajian
8. Pembinaan produk
9. Uji produk
10. Kumpul data
11. Analisa data
12 Rekod
[LAPORAN PROJEK- PERBADANAN MUZIUM MELAKA] 2018
6
Rajah 4 : Menunjukkan Jenis Pekerjaan Responden
3.3.1.a Responden yang terlibat merupakan 44 peratus adalah yang berkerja
swasta pelbagai bidang dan 34 peratus pula adalah yang bekerja dalam
sektor kerajaan. Manakala 22 peratus lain-lain pekerjaan seperti bekerja
sendiri.
Rajah 5 : Bagaimana Responden Mengetahui Informasi Muzium
Rajah 6 : Menunjukkan Maklumbalas Responden Mengenai Aplikasi "Museum
Guide"
3.3.1.b Sebanyak 478 orang bersetuju untuk penggunaan aplikasi "Museum
Guide" ini manakala seramai 15 orang tidak bersetuju.
168
219
106
Jenis Pekerjaan
Kerajaan
Swasta
Lain-lain
MediaElektronik
Media Sosial Rakan-rakan Lain-lain
Maklumat Muzium 185 211 69 28
050
100150200250
ora
ng
Informasi Muzium
Ya Tidak
Aplikasi Museum Guide 478 15
0
200
400
600
Pan
dan
gan
Kemudahan Informasi Melalui Museum Guide
[LAPORAN PROJEK- PERBADANAN MUZIUM MELAKA] 2018
7
3.4.1 PEMBUKTIAN MELALUI PEROLEHAN DATA
3.4.1 Data Pelawat ke Muzium Bagi Tahun 2016 dan Tahun 2017
Carta 1 : Pelawat Ke Kompleks Muzium Samudera Bagi Tahun 2016 dan
2017
3.4.1.a Data pelawat bagi Kompleks Muzium Samudera selepas mengunakan
mobile web ada menunjukkan peningkatan sedikit. Hal ini menunjukkan minat
pelawat yang hadir ke muzium untuk mendapatkan informasi lebih berkesan
berbanding sebelum ini.
Carta 2 : Pelawat Ke Kompleks Muzium Istana Bagi Tahun 2016 dan 2017
3.4.1. Penggunaan museum guide yang diperkenalkan melalui Qr-Code di bunting
telah memberi impak positif kepada pelawat di Kompleks muzium Istana.
Walau bagaimanapun penurunan sedikit bagi bulan Mei dan Jun kerana umat
Islam menyambut bulan Ramadhan.
Carta 3 : Pelawat Ke Kompleks Muzium Kapal Selam Bagi Tahun 2016 dan
2017
FEB MAC APR MEI JUN JUL OGOS
2016 23131 20497 11782 17263 7571 16682 16505
2017 15159 21351 20404 14798 13770 15366 20725
0
10000
20000
30000P
ela
wat
Kompleks Muzium Samudera
FEB MAC APR MEI JUN JUL OGOS
2016 10771 8844 6386 7842 6634 7972 8368
2017 8940 8926 9165 7696 6166 9511 12595
02000400060008000
100001200014000
Pe
law
at
Kompleks Muzium Istana
FEB MAC APR MEI JUN JUL OGOS
2016 10421 0 0 12305 5332 5658 5509
2017 7862 14300 11421 8363 6496 7064 11117
05000
100001500020000
Pe
law
at
Kompleks Muzium Kapal Selam
[LAPORAN PROJEK- PERBADANAN MUZIUM MELAKA] 2018
8
3.4.1.c Kompleks Muzium Kapal Selam merupakan muzium menjadi tarikan pelawat.
Oleh itu, dengan membangunkan museum guide dapat memberi informasi
yang lebih baik kepada pelawat.
Carta 4 : Pelawat Ke Muzium Hang Tuah Bagi Tahun 2016 dan 2017
3.4.1.d Muzium Hang Tuah merupakan muzium yang jau daripada pusat bandar dan
terletak dikawasan Perkampungan Duyung, Melaka. Walau bagaimanapun,
bagi meningkatkan kedatangan pelawat, bunting museum guide diletakkan
dikawasan muzium bandar yang menjadi tarikan bagi mewarkan informasi
tentang muzium Hang Tuah.
Carta 5 : Pelawat Ke Kompleks Muzium Sejarah Bagi Tahun 2016 dan 2017
3.4.1.e Kompleks Muzium Sejarah turut digunakan sebagai kajian bagi
memperkenalkan museum guide kepada pelawat yang datang. Data
perbandingan pelawat turut dicatat berdasarkan hasil kutipan tiket.
FEB MAC APR MEI JUN JUL OGOS
2016 1224 1446 945 1726 983 1068 1305
2017 951 1830 1635 1180 850 1347 1433
0500
100015002000
Pe
law
at
Muzium Hang Tuah
FEB MAC APR MEI JUN JUL OGOS
2016 10300 7408 6449 7435 11292 7889 7877
2017 6995 7661 8097 7211 9053 9121 9517
02000400060008000
1000012000
Pe
law
at
Kompleks Muzium Sejarah
[LAPORAN PROJEK- PERBADANAN MUZIUM MELAKA] 2018
9
4.0 KEBERHASILAN PROJEK – OUTCOME PROJEK DAN PEMBUKTIAN
4.1 PEMBUKTIAN MELALUI DATA DAN SUMBER RASMI
BULAN/
MUZIUM
MUZIUM
SAMUDERA
ISTANA
KESULTANAN
MELAKA
MUZIUM KAPAL
SELAM
MUZIUM
SEJARAH
HANG TUAH
CENTRE
2016 2017 2016 2017 2016 2017 2016 2017 2016 2017
FEB 23131 15159 10771 8940 10421 7862 10300 6995 1224 951
MAC 20497 21351 8844 8926 0 14300 7408 7661 1446 1830
APR 11782 20404 6386 9165 0 11421 6449 8097 945 1635
MEI 17263 14798 7842 7696 12305 8363 7435 7211 1726 1180
JUN 7571 13770 6634 6166 5332 6496 11292 9053 983 850
JUL 16682 15366 7972 9511 5658 7064 7889 9121 1068 1347
OGOS 16505 20725 8368 12595 5509 11117 7877 9517 1305 1433
JUMLAH 113431 121573 56817 62999 39225 66623 58650 57655 8697 9226
BULAN/
MUZIUM
MUZIUM
SAMUDERA
ISTANA
KESULTANAN
MELAKA
MUZIUM KAPAL
SELAM
MUZIUM
SEJARAH
HANG TUAH
CENTRE
2017 2018 2017 2018 2017 2018 2017 2018 2017 2018
JAN 20962 13296 11635 9986 14999 7963 9309 6706 1890 1027
FEB 15159 20896 8940 14217 7862 14584 6995 10400 951 2081
MAC 21351 21098 8926 10598 14300 16156 7661 8980 1830 2623
APR 20404 15570 9165 9093 11421 9546 8097 7505 1635 1772
MEI 14798 12228 7696 7059 8363 7204 7211 6196 1180 891
Carta 6 : Jumlah Pelawat Keseluruhan pada Tahun 2016 dan Tahun 2017 Bagi Lima
Buah Muzium.
4.1.1 Merujuk kepada Jadual di atas, pelawat ke 5 muzium tiket berbayar yang
menjadi pilihan menunjukkan peningkatan pada tahun 2017 selepas
pengunaan museum guide. Peningkatan bagi bulan Julai dan Ogos ini
menunjukkan bahawa muzium mula menjadi pilihan pelancong ke Melaka.
Penambahbaikan daripada museum guide sebagai informasi kepada pelawat
ini, telah menyumbang kepada penambahan pelawat ke muzium tersebut.
MuziumSamudera
MuziumIstana
MuziumKapalSelam
MuziumSejarah
MuziumHTC
2016 113431 56817 39225 58650 8697
2017 121573 62999 66623 57655 9226
113431
5681739225
58650
8697
121573
62999 66623 57655
9226
020000400006000080000
100000120000140000
Pe
law
at
Pelawat Bagi 5 Muzium2016 - 2017
[LAPORAN PROJEK- PERBADANAN MUZIUM MELAKA] 2018
10
Contoh bagi Muzium Samudera menunjukkan peningkatan sebanyak 8,142
orang pelawat pada tahun 2017 berbanding tahun 2016.
4.2 OUTCOME PROJEK DAN PEMBUKTIAN
Carta 7 : Jumlah Keseluruhan Pelawat Ke 37 Muzium dan Geleri Bagi Tahun 2016
dan 2017
4.2.1 Museum guide telah membuktikan bahawa dengan kemudahan memberi
informasi melalui mobile web telah memberi kesan kepada jumlah
kedatangan pelawat ke muzium seperti dalam jadual 7. Peningkatan 19%
pelawat ini telah memberi faedah sampingan kepada organisasi bagi menarik
lebih ramai pelawat datang ke muzium.
4.2.2 Selain itu, bagi pencapaian outcome ini, strategi pelaksanaan telah
dilaksanakan dengan mempromosikan pengunaan museum guide di lima
muzium utama. Melalui mobile web ini, capaian boleh dibuat dengan ‘klik’
atau imbas Qr-code yang disediakan di bunting, pelawat boleh mendapatkan
informasi tentang bahan peragaan muzium tersebut. Selain itu juga, pelawat
yang menlayari turut boleh mengetahui bahan peragaan yang disediakan di
muzium lain dengan klik butang menu yang dipaparkan di dalam museum
guide.
4.2.3 Terdapat juga faedah sampingan lain iaitu, pelawat yang melayari museum
guide boleh mendapatkan tunjuk arah ke muzium-muzium lain melalui pilihan
butang menu. Terdapat juga informasi tentang hotel, restauran, dan
pengangkutan yang terdapat dikawasan tersebut untuk kegunaan pelawat
terutama pelawat luar negeri Melaka.
4.2.4 Pembuktian data ini diperoleh daripada bahagian kewangan PERZIM
berdasarkan carta kutipan harian bagi pelawat berbayar yang hadir ke
muzium dibawah jagaan PERZIM.
FEB MAC APRIL MEI JUN JULAI OGS
TAHUN 2016 (ORANG) 61,897 42,779 29,176 52,254 36,322 43,202 43,432
TAHUN 2017 (ORANG) 42,527 58,026 55,111 42,229 39,377 45,627 58,894
010,00020,00030,00040,00050,00060,00070,000
Pe
law
at
Jumlah Keseluruhan Pelawat Datang Ke Muzium
[LAPORAN PROJEK- PERBADANAN MUZIUM MELAKA] 2018
11
4.3 KEBERHASILAN PROJEK – IMPAK PROJEK & PEMBUKTIAN
4.3.1 Statistik Pelawat ke muzium atas talian :
BIL. KATEGORI TAHUN 2017
FEB MAC APR MEI JUN JUL OGS
1 Website 18,071 27,642 35,937 44,250 48,976 63,478 66,124
2
Facebook Rasmi
PERZIM 3,119 3,846 4,036 4,308 4,366 4,617 4,636
3 Instagram 280 327 366 391 394 411 412
4 Twitter 27 29 30 30 28 29 29
Jadual 3 : Pelawat yag telah melayari media elektronik
4.3.2 Perbandingan Peratusan Pertanyaan kajian dilakukan pada Februari hingga
Mac 2017 (6 minggu). Penambahbaikan museum guide dilakukan pada April
hingga Mei 2017 dan dapatan kajian selepas penambahbaikan saluran
informasi mengunakan museum guide pada Jun 2017.
SALURAN
PERTANYAAN
PERKARA
PERTANYAAN
(ORANG) PERATUS
SELEPAS
PENAMBAHBAIKAN
INFORMASI
(ORANG)
PERATUS
Telefon
Lokasi
Muzium 56 36.% 30 33%
Harga Tiket 59 38.1% 25 27%
Lain-lain
Tiada
Kaitan
40 26% 36 40%
Emel PERZIM
Lokasi
Muzium 38 21% 20 22%
Harga Tiket 46 26.1% 20 22.%
Lain-lain
Tiada
Kaitan
71 46.% 50 51%
Media Sosial
(Facebook)
Lokasi
Muzium 52 32% 25 27%
Harga Tiket 46 29% 19 21%
Lain-lain
Tiada
Kaitan
63 39% 48 52%
18,071 27,642 35,937 44,250 48,976 63,478 66,124
3,119 3,846 4,036 4,308 4,366 4,617 4,636
280 327 366 391 394 411 412
27 29 30 30 28 29 29
1
9
81
729
6,561
59,049
Feb Mar Apr May Jun Jul Aug
Web
FB
IG
[LAPORAN PROJEK- PERBADANAN MUZIUM MELAKA] 2018
12
4.3.2.a Melalui penambahbaikan museum guide dari semasa ke semasa telah
menunjukkan perubahan kepada pertanyaan panggilan telefon ke PERZIM.
Kajian menunjukkan penurunan 27% selepas kajian terhadap pertanya
pemanggil yang ingin mengetahui lokasi muzium. Hal ini, menunjukkan ada
perubahan yang positif setelah pengunaan museum guide sebagai informasi
mudah kepada pelawat dapat disampaikan dengan baik.
5.0 POTENSI PENGEMBANGAN INOVASI
5.1 TAHAP KETERSEDIAAN TEKNOLOGI/ SISTEM/ PROSES
5.1.1 ‘Museum Guide’ telah mula boleh di akses pada Februari 2017. Maklumat
yang lebih tepat dan menyeluruh mengenai muzium-muzium di bawah
Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) boleh didapati disini.
5.1.2 Sebarang perubahan di dalamnya hanya akan dilakukan sekiranya berlaku
pertambahan produk dan maklumat muzium. Oleh itu, Museum Guide ini
tersedia tanpa perlu pengelenggaraan berterusan dan perubahan di dalam
sistemnya.
5.1.3 ‘Museum Guide’ dilihat mampu memenuhi ciri-ciri klasifikasi yang mampu
memberikan impak baik terhadap kecekapan dan kelangsungan kerja di
PERZIM kerana :
i) Museum Guide ini dapat berjalan dengan baik di semua ‘browser’
moden pada ‘plastform mobile’.
ii) Untuk melayarinya, tidak perlu melalui proses persetujuan dan
pembatasan kandungan. Oleh itu, penjimatan dari segi masa dapat di
tingkatkan.
5.2 PENGKOMERSIALAN (ROI) – PENYERAGAMAN & PEMANTAUAN
5.2.1. Pesatnya pembangunan teknologi telefon pintar masa kini menunjukkan
pengembangan dan pengkomersialan mobile web Museum Guide ini dapat
berlaku dengan baik dan mudah.
5.2.1.a Ianya di hasilkan berdasarkan teknologi web yang sedia ada.
5.2.1.b Pengguna tidak perlu harus mencari dulu di ‘aplikasi store’ untuk
mengakses mobile web tersebut.
5.2.2. Pendekataan pengunaan museum guide ini membantu memudahkan
pengurusan kerja kakitangan daripada membalas pertanyaan melalui saluran
elektronik seperti panggilan telefon, pertanyaan balas melalui emel dan
kemudahan lain. Langkah ini daripada penambahbaikan informasi muzium
melalui museum guide dapat menyampaikan maklumat kepada pelawat jika
kakitangan kerja tidak ada dikawasan muzium tersebut.
[LAPORAN PROJEK- PERBADANAN MUZIUM MELAKA] 2018
13
5.2.3 Kos pelaksanaan projek bagi membangunkan museum guide adalah
mengunakan data internet sedia ada sama ada milik individu atau jabatan.
Hal ini tidak melibatkan pembelian aplikasi atau pembelian website. Selain itu,
bagi pengasilan promosi, produk ini mengunakan bunting sebanyak 5 unit
untuk diletakkan di muzium utama dengan kos berjumlah RM300.00 (Ringgit
Malaysia Dua Ratus Lima Puluh Sahaja). Selain itu juga, turut menghasilkan
brasour untuk orang ramai mengenali museum guide dengan kos penghasilan
sebanyak RM300.00 (Ringgit Malaysia sebanyak Tiga Ratus Sahaja).
5.2.4 Penghasilan produk museum guide ini melibatkan kos sebanyak RM600.00
(Ringgit Malaysia Enam Ratus Sahaja). Walau baaimanapun, pulangan
daripada promosi ini melalui statistik pelawat ke muzium amat
membanggakan dan meningkat sebanyak 5.1%. Oleh itu, peningkatan
pelawat ini member kesan positif kepada hasil kutipan tiket muzium kepada
organisasi PERZIM.
5.3 PERTANDINGAN INOVASI
5.4.1 Museum guide ini tidak dipertandingkan di mana-mana pertandingan inovasi.
Selain itu, belum pernah mengikuti pertandingan inovasi yang dianjurkan oleh
agensi atau kementerian.
5.4 PENUTUP
5.5.1 Beberapa usaha dilaksanakan sebagai menyokong kepada pembinaan
aplikasi ini dalam memastikan ianya tersedia untuk digunakan oleh orang
ramai.
5.5.1.a Meletakkan sistem aplikasi ini di bawah satu unit dan terdapat pegawai yang
bertanggungjawab ke atasnya.
5.5.1.b Unit dan pegawai yang bertanggungjawab akan membuat pemantau dan
pemerhatian.
5.5.1.c Laporan pemantauan dibuat oleh pegawai yang bertanggungjawab dan
direkodkan.
[LAPORAN PROJEK- PERBADANAN MUZIUM MELAKA] 2018
14
LAMPIRAN I
Gambar 1 : Museum Guide telah di imbas oleh pelawat yang datang ke Muzium
Sejarah
Gambar 2 : Museum Guide dibangunkan hanya mengunakan Web Apps. Untuk
mendapatkan maklumat muzium, pelawat harus mengimbas Kod Qr di bunting,
brasour, laman sosial muka buku, web site PERZIM yang dipaparkan.
[LAPORAN PROJEK- PERBADANAN MUZIUM MELAKA] 2018
15
LAMPIRAN II
Gambar 3 : Museum Guide Dan Kandungan Pilihan
Gambar 4 : Contoh Pengunaan Pilihan Ke Muzium Istana Kesultanan Melaka
[LAPORAN PROJEK- PERBADANAN MUZIUM MELAKA] 2018
16
LAMPIRAN III
Gambar 5 : Informasi Yang Boleh Pelawat Perolehi Dalam Produk Museum Guide
Gambar 6 : Contonh bunting
[LAPORAN PROJEK- PERBADANAN MUZIUM MELAKA] 2018
17
LAMPIRAN IV
BORANG MAKLUM BALAS/ FEEDBACK FORM
Sila tanda/ Please tick ( / )
1. Nama/ Name :
2. Alamat/ Address :
3. Telefon/ Mobile Phone :
4. Email :
5. Umur/ Age : 6-12 tahun/years 30-39 tahun/years
13-19 tahun/years 40-49 tahun/years
20-29 tahun/years 50 tahun ke atas/years and above
6. Jantina/ Sex: Lelaki/ Male Perempuan/ Female
7. Bangsa/ Race : Melayu/ Malay India/ Indian
Cina/ Chinese Lain-lain/ Others
8. Pekerjaan/
Occupation : Kerajaan/ Goverment Swasta/ Private
Lain-lain/ Others .................
9. Bagaimana anda tahu tentang kami? / How did you find out about us?
Media Elektronik/ Electronik Media
Media Sosial/ Social Media
Rakan/ College
Lain-lain/ Others ....................
10. Jika kami memperkenalkan penggunaan aplikasi "Museum Guide", adakah ia memberi kemudahan kepada anda? / If we introduce the "Museum Guide" apps, does it make it easy for you? Ya/Yes Tidak/ No 11. Terima kasih di atas kunjungan anda ke muzium dan galeri kami./ Thank you for visiting our
musums and galleries.
Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi / Any furthers enquiry, kindly please contact:
Perbadanan Muzium Melaka Kompleks Warisan Melaka, Jalan Kota, 75000 Melaka Talian utama: 06-333 3333 Pejabat Am: 06-282 6526
Website: www.perzim.gov.my Email: admin@perzim.gov.my
Facebook: Perbadanan Muzium Melaka Official
top related