laporan prasekolah 2012
Post on 09-Aug-2015
399 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI 1 MALAYSIA
PRASEKOLAH S.K. KELAPA SAWIT NO.5, SUBIS
1. TAJUK : SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN
2. PENDAHULUAN
Pada 30 Ogos yang lalu, pihak pentadbiran SKKS No.5, Subis telah
menganjurkan sambutan hari kemerdekaan yang ke-55. Sambutan
melibatkan murid-murid prasekolah sehingga tahun 6 ini mendapat sambutan
yang menggalakkan dari semua pihak. Aktiviti sebegini dapat menerapkan
konsep integrasi nasional melalui proses penyatuan antara kaum yang
berbeza latar belakang.
3. OBJEKTIF
3.1.Menggalakkan murid menghayati nilai-nilai kecintaan dan patriotism terhadap
Negara.
3.2.Murid-murid dapat menghargai tokoh-tokoh atas sumbangan mereka dalam
memerdekakan Negara.
3.3.Murid-murid dapat berinteraksi dengan berkesan kearah mewujudkan
masyarakat yang harmonis, bersatu padu, demokratik dan progresif.
4. PELAKSANAAN
4.1.TAKWIM PELAKSANAAN
30 Ogos 2012
0800 – 0930 Larian Merdeka
0945 – 1015 Rehat
1015 – 1100 Nyanyian & Kibar Jalur Gemilang
1100 - 1310 Pertandingan Mewarna
4.2.PELAPORAN AKTIVITI
1. Larian Merdeka
Larian merdeka dijalankan pada awal pagi. Murid-murid beratur dalam
barisan dan memulakan larian diketuai seorang guru. Kawasan trek larian
adalah melibatkan jalan-jalan di sekitar sekolah dan ladang kelapa sawit.
Jarak trek larian adalah dalam lingkungan 2 kilometer. Kesemua murid dapat
menamatkan larian dengan baik dan tiada murid yang cedera.
2. Nyanyian & Kibar Jalur Gemilang
Nyanyian diadakan selepas waktu rehat. Murid-murid berada di dalam
barisan dan berdiri tegak menyanyikan lagu Negaraku. Selepas itu, diadakan
pula acara nyanyian lagu patriotik dan kibar jalur gemilang. Kesemua acara
dapat dijalankan dengan baik dan murid-murid seronok dengan aktiviti yang
disediakan.
3. Pertandingan Mewarna
Aktiviti pertandingan mewarna bendera Malaysia dan logo 1 Malaysia
diadakan di dataran perhimpunan sekolah. Kesemua murid seronok
mewarnakan bendera masing-masing. Selepas itu, acara penyampaian
hadiah diadakan bagi menghargai hasil kerja murid-murid dalam menyiapkan
proses mewarna mereka.
5. IMPAK
Secara keseluruhannya, semua aktiviti yang disediakan dapat menarik
minat murid-murid serta membuka pengetahuan mereka tentang erti
merdeka. Murid-murid dapat mengenal jumlah jalur di dalam bendera
Malaysia, empat warna yang terdapat di dalam bendera Malaysia, dan
mengetahui di mana letaknya bulan dan bintang di dalam bendera.
6. LAMPIRAN : GAMBAR AKTIVITI
Murid prasekolah mengibarkan jalur gemilang
Murid-murid menamatkan larian
Waktu rehat murid-murid
LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI 1 MALAYSIA
PRASEKOLAH S.K. KELAPA SAWIT NO.5, SUBIS
1. TAJUK : KEM BESTARI 1 MALAYSIA
2. PENDAHULUAN
Kem Bestari 1 Malaysia adalah satu program yang dapat membentuk
generasi muda yang berdisiplin, bersikap positif, mengamalkan nilai-nilai
murni dan penyayang dalam kalangan masyarakat berbilang kaum. Dengan
adanya pelaksanaan Kem Bestari 1 Malaysia ini diharapkan dapat memberi
pendekatan secara menyeluruh kepada kanak-kanak prasekolah yang terdiri
daripada pelbagai keturunan, latar belakang dan gaya hidup. Melalui kem ini,
kanak-kanak akan didedahkan dengan maklumat asas tentang budaya, adat
resam, pantang larang dan sensitiviti pelbagai kaum di Malaysia.
3. OBJEKTIF
3.1.Merapatkan hubungan sesama murid di antara pelbagai kaum.
3.2.Mengukuhkan nilai-nilai kerjasama dan memahami adat budaya kaum di
Malaysia.
3.3.Mengamalkan semangat toleransi dan semangat persaingan yang sihat
dalam setiap pertandingan
3.4.Mencungkil bakat dan potensi diri dalam kalangan murid prasekolah.
3.5.Murid-murid dapat berkongsi pengalaman bersama rakan.
4. PELAKSANAAN
4.1.TAKWIM PELAKSANAAN
5 Julai 2012 Senamrobik 1 Malaysia
18 - 22 Jun 2012 Mengumpul bahan kitar semula botol plastik
4.2.PELAPORAN AKTIVITI
1. Senamrobik 1 Malaysia
Acara senamrobik diadakan di tapak perhimpunan sekolah. Murid-
murid mengambil ruang masing-masing dengan dibantu oleh guru-guru.
Kemudian, mengikut gerak badan 4 orang guru yang memberi arahan di
hadapan mereka. Banyak langkah senamrobik yang telah dipersembahkan.
Murid-murid sangat gembira dan seronok dengan aktiviti ini.
2. Mengumpul bahan kitar semula botol plastik
Salah satu usaha yang dilakukan dalam menjaga persekitaran sekolah
adalah dengan mengutip botol-botol terbuang. Oleh itu, murid-murid ini diajar
untuk mengumpul bahan-bahan yang boleh dikitar semula dengan
mengumpul sebanyak mana botol yang diperoleh dan kemudian
menggunakan botol-botol tersebut untuk dijadikan lanskap sekolah. Dengan
botol-botol menghiasi pagar sekolah, kawasan sekolah menjadi semakin
menarik.
5. IMPAK
Secara keseluruhannya, murid-murid seronok dan mengikuti program yang
disediakan dengan baik. Mereka gembira dan bekerjasama dalam memastikan
semua aktiviti berjalan dengan baik.
6. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
7. LAMPIRAN : GAMBAR AKTIVITI
Murid-murid beratur mengambil kawasan masing-masing
4 orang guru mendemonstrasikan senamrobik
Murid-murid prasekolah mengikuti senamrobik
LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI 1 MALAYSIA
PRASEKOLAH S.K. KELAPA SAWIT NO.5, SUBIS
1. TAJUK : PERAYAAN 1 MALAYSIA
2. PENDAHULUAN
3. OBJEKTIF
a. M
b.
4. PELAKSANAAN
a. TAKWIM PELAKSANAAN
b. PELAPORAN AKTIVITI
5. IMPAK
.
6. LAMPIRAN : GAMBAR AKTIVITI
LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI 1 MALAYSIA
PRASEKOLAH S.K. KELAPA SAWIT NO.5, SUBIS
1. TAJUK : SAMBUTAN HARI KECEMERLANGAN PRASEKOLAH &
PENGUCAPAN BERTATASUSILA
2. PENDAHULUAN
Sambutan Hari Kecemerlangan sekolah diadakan pada tiap-tiap tahun.
Sama seperti pada tahun-tahun sudah, sambutan ini diadakan untuk
mengiktiraf perkembangan murid secara holistik di sepanjang sesi
prasekolah. Penghargaan diberikan kepada murid-murid yang telah
menguasai tunjang pembelajaran dalam Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan. Oleh itu, dalam masa yang sama, murid-murid yang cemerlang
dalam bidang masing-masing diberikan kepercayaan untuk menyampaikan
pengucapan umum dihadapan semua hadirin yang hadir. Pendedahan awal
pengucapan bertatasusila diperingkat prasekolah ini adalah untuk membentuk
keyakinan di dalam diri setiap murid dan memiliki sahsiah yang baik.
3. OBJEKTIF
3.1.Memupuk keyakinan diri dalam kalangan murid-murid untuk meningkatkan
kualiti pembelajaran.
3.2.Mengembangkan bakat dan potensi individu.
3.3.Memberi pendedahan kepada murid-murid supaya boleh melafazkan ucapan
bertatasusila dalam pelbagai bahasa.
3.4.Murid-murid dapat meningkatkan keyakinan diri untuk berucap di hadapan
orang ramai.
4. PELAKSANAAN
4.1.TAKWIM PELAKSANAAN
- 13 September 2012
4.2.PELAPORAN AKTIVITI
Pada majlis sambutan Hari Kecemerlangan Prasekolah ini, murid-
murid dan ibu bapa mengambil tempat yang telah disediakan. Selepas
selesai ucapan guru besar dan juga guru prasekolah, acara yang paling
ditunggu-tunggu oleh murid-murid adalah acara penyampaian hadiah untuk
anugerah murid cemerlang pada tahun 2012. Terdapat beberapa anugerah
kecemerlangan yang akan diberikan iaitu terbaik bagi subjek Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan banyak lagi. Semua murid yang
menerima anugerah diminta untuk berucap ringkas di hadapan semua
hadirin yang hadir. Selepas itu, murid-murid pulang ke rumah bersama ibu
bapa masing-masing.
5. IMPAK
Sambutan Hari Kecemerlangan dan Pengucapan Bertatasusila dapat
melahirkan seorang murid yang tekun dalam pembelajaran. Anugerah yang
diterima oleh murid dapat menjadi dorongan kepada mereka untuk berusaha
menjadi yang lebih baik di masa akan datang. Selain itu, anugerah yang
diberikan juga adalah sebagai imbuhan hasil kerja keras mereka di dalam bilik
darjah secara tidak langsung mereka dapat menguasai sesuatu subjek
dengan baik.
6. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
7. LAMPIRAN : GAMBAR AKTIVITI
LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI 1 MALAYSIA
PRASEKOLAH S.K. KELAPA SAWIT NO.5, SUBIS
1. TAJUK : KENEGARAAN
2. PENDAHULUAN
Kenegaraan berkait rapat dengan semangat tinggi dan sikap prihatin
serta pemahaman terhadap sejarah dan hal ehwal perjuangan memartabatkan
dan mempertahankan kedaulatan dan maruah Negara. Murid-murid prasekolah
telah didedahkan dengan modul kenegaraan supaya dapat menjadi pemanking
kepada pengamalan nilai-nilai cintakan Negara. Tunjang utama dalam modul
kenegaraan adalah 5 prinsip rukun Negara.
3. OBJEKTIF
3.1Menanamkan nilai kepercayaan kepada Tuhan serta menghargai semua
anugerah ciptaan-Nya.
3.2Memupuk semangat taat dan cinta kepada Raja dan Negara.
3.3Mematuhi peraturan dan undang-undang Negara
3.4Mengamalkan nilai-nilai murni di dalam kehidupan seharian.
4. PELAKSANAAN
4.1TAKWIM PELAKSANAAN
- Dilaksanakan setiap hari semasa aktiviti Rutin Harian.
- Dilaksanakan pada setiap kali perhimpunan hari Isnin.
4.2PELAPORAN AKTIVITI
Pada setiap hari Isnin, diadakan perhimpunan mingguan. Pada hari
tersebut, murid-murid akan menyanyikan Lagu Negaraku, Ibu Pertiwiku, Lagu
Patriotik serta melafazkan ikrar 5 Prinsip Rukun Negara. Selain itu, murid-
murid prasekolah akan mengikuti aktiviti kenegaraan ini pada setiap kali
waktu Rutin Harian. Semasa aktiviti ini diadakan, murid-murid akan
menyanyikan beberapa lagu patriotik, dan juga menghafaz 5 Prinsip Rukun
Negara. Kadang kala guru juga melibatkan murid dalam aktiviti
mendeklamasikan Sajak berkonsepkan kenegaraan.
5. IMPAK
Melihat kepada perkembangan murid, saya dapati mereka dapat
menghayati konsep kenegaraan dengan baik. Terdapat murid yang telah dapat
menghafaz 5 Prinsip Rukun Negara dengan baik. Terdapat murid-murid yang
dapat mengalunkan beberapa buah lagu patriotik tanpa lirik serta mereka telah
dapat menghayati Lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku dengan baik.
6. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
7. LAMPIRAN : GAMBAR AKTIVITI
top related