laporan pengawetan spesimen biologi
Post on 13-Aug-2015
711 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Tugasan 2
Aktiviti 1
Laporan Pengawetan Spesimen Biologi
Biologi adalah suatu ilmu ataupun kajian mengenai benda-benda hidup.
Mempelajari tentang tumbuhan dan haiwan, serta hubungan mereka dengan alam
sekitar adalah bahagian yang penting dalam memahami biologi. Selaku bakal guru
sains, amat penting juga untuk mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam
pengumpulan, pengawetan dan pengelasan spesimen biologi.
Spesimen biologi perlu diawet secara sempurna dengan menggunakan
beberapa kaedah yang sesuai supaya dapat kekal dan berkeadaan utuh untuk
digunakan pada masa depan.
(a) Pengawetan spesimen serangga secara basah
Pertama sekali, cara menggumpulkan serangga. Serangga lazimnya dapat
ditemu dimana-mana sahaja. Tetapi penggumpulan serangga yang tertentu, perlu
diberi perhatian kepada musim, cuaca dan waktu tertentu dimana populasinya tinggi.
Serangga yang saya pilih ialah rama-rama yang mudah didapati. Terdapat beberapa
bahan dan alat pengumpulan serangga seperti berikut:-
Jaring serangga
Botol-botol pembunuh
Lembaran kain
Pisau lipat
Perangkap
Alat yang saya gunakan untuk menggumpul serangga ialah jaring serangga
(gambar 1). Terdapat 3 jenis jaring, saya telah menggunakan jaring udara ( aeriel
net ) yang biasa digunakan untuk menangkap serangga terbang seperti kupu-kupu,
lalat, belalang, lebah dan sebagainya. Setelah serangga berjaya ditangkap,
serangga disimpan dalam sebuah balang (gambar 2). Balang yang saya memilih
untuk meletakkan serangga ini ialah lutsinar, tidak berwarna, tinggi, bermulut lebar,
dan mempunyai penutup yang sesuai.
Gambar 1
Gambar 2
Langkah yang seterusnya adalah, mematikan spesimen tersebut dengan
menggunakan kloroform (gambar 3). Sekeping tisu ataupun kapas yang
mengandungi larutan kloroform dimasukkan ke dalam balang yang mengandungi
spesimen serangga (gambar 4). Spesimen pun pengsan secara perlahan-lahan, ini
boleh dikatakan salah satu cara untuk mematikan spesimen dalam tempoh yang
pendek dan kurang menyakitkan. Kepekatan kloroform yang digunakan adalah
sangat kurang, iaitu kerana spesimen adalah suatu haiwan yang kecil dan mudah
rapuh.
Gambar 3 Gambar 4
Sementara itu, papan polistrin dipotong dalam beberapa saiz yang muat
untuk spesimen tersebut (gambar 5). Papan polistrin digunakan semasa
mengelaskan spesimen dalam sebuah kotak yang cantik secara kemas pada
akhir proses ini.
Gambar 5
Selepas mematikan spesimen tersebut, ia diambil keluar dari balang dengan
menggunakan forsep dan diletakkan di atas papan perentang. Spesimen tersebut
ditembuk pada sekeping polistrin dengan beberapa jarum (gambar 7). Susunan
anggota spesimen dipastikan aturkan dalam kedudukan yang terbaik supaya setiap
bahagian dapat dilihat dengan jelas (gambar 8).
Gambar 7
Gambar 8
Setelah serangga berjaya ditebuk, spesimen tersebut diletak di bawah sinaran
matahari selama 30 minit untuk proses pengeringan serangga (gambar 9). Teknik
menggunakan kloroform dan teknik pengeringan ini mampu menghasilkan spesimen
yang tidak begitu rapuh, tidak busuk dan tidak begitu kehilangan warna, serta boleh
disimpan untuk waktu yang lama.
Gambar 9
Langkah yang terakhir adalah proses “framing” ataupun proses mempamerkan
spesimen serangga tersebut. Spesimen diletakkan dalam sebuah kotak yang
mempunyai pembalut transparen (gambar 10). Selepas itu, proses pelabelan pula
dilakukan.
Gambar 10
Sekeping kad label yang mengandungi maklumat berikut :-
a. Nama sains
b. Nama am
c. Tarikh
d. Habitat spesimen diperoleh
e. Nama pengumpul
f. Larutan pengawet
mengenai spesimen serangga tersebut ditampal pada kotak tersebut. Kotak yang
mengandungi spesimen tersebut dibalut secara kemas dan cantik. Sekarang,
spesimen serangga yang telah diawet sedia untuk dipamer!.
(a) Pengawetan spesimen tumbuhan secara kering
Penyediaan herbarium pula melibatkan beberapa proses berikut:-
Pertama sekali, proses pengumpulan. Bagi mengumpul suatu jenis spesimen
tumbuhan, saya mengumpul beberapa bahagian pentingnya seperti contoh buah,
daun dan bunga (gambar 1). Saya telah memilih tumbuhan Thulasi sebagai
spesimen herbarium saya. Bahagian-bahagian akar dan struktur istimewa tumbuhan
itu juga dimasukkan bersama spesimen. Keratan spesimen yang saya ambil nampak
segar dan sihat.
Gambar 1
Seterusnya, saya melakukan proses penekanan (gambar 2). Spesimen telah
disusun mendatar di antara kertas akhbar lama. Saya memastikan bahagian-
bahagiannya seperti daun dan bunga terbuka ataupun terkembang untuk mudah
dilihat. Bahagian daun pula diselang-selikan antara bahagian yang terlentang dan
tertiarap. Papan lapis diletakkan di bahagian atas dan bawah susunan spesimen-
spesimen itu. Bagi menambah tekanan, ikatan susunan papan lapis diketatkan
dengan pemberat.
Gambar 2
Selepas itu, proses pengeringan pula dilakukan. Bahagian-bahagian daun
dan bunga biasanya cepat kuncup dan layu, oleh itu saya terpaksa
mengeringkannya dalam udara biasa yang mempunyai sinaran matahari. Dan saya
memastikan kertas akhbar sentiasa ditukar selang sehari dan berat pemberat
sentiasa ditambah selama kira-kira 2 minggu.
Sebelum proses pengeringan, saya telah memastikan spesimen sudah mati
sepenuhnya. Hal ini kerana, spesimen yang belum mati sepenuhnya tidak boleh
dikeringkan. Jika tidak, spesimen berkenaan akan layu semasa pengeringan.
Spesimen yang sudah kering disusun di atas mounting board (gambar 3).
Spesimen perlu dilekatkan ataupun diikatkan pada mounting board dengan
menggunakan benang. Kaedah ini baik kerana kita boleh memindahkan spesimen
ke atas bahan lain tanpa merosakkan spesimen. Penggunaan gam tidak digalakkan
kerana ia boleh merosakkan spesimen. Pelekat selofan pula kurang sesuai kerana ia
mudah rosak dan bertukar warna serta hilang pelekatnya.
Gambar 3
Proses herbarium diteruskan dengan pelabelan. Setiap bahagian tumbuhan
dilabelkan (gambar 4). Biasanya, nilai sesuatu koleksi herbarium bergantung kepada
perlabelan yang tepat mengenai maklumat-maklumat berikut:
Gambar 4
a. Nama saintifik / botani
b. Nama tempatan / asal
c. Lokasi spesimen boleh ditemui
d. Nama orang yang menemui / mengumpul
e. Tarikh
Label diletak pada satu sudut herbarium itu. Untuk memastikan herbarium tahan
lama, ia dibalut dengan plastik dan disimpan dalam keadaan yang gelap, kering dan
sejuk.
top related