laporan orientasi tingkatan 4
Post on 31-Oct-2015
213 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
LAPORAN ORIENTASI TINGKATAN 4ANJURAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SMK CONVENT BUTTERWORTH 2012
NAMA PROGRAM : ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN 4
TEMPAT : DEWAN SMK CONVENT BUTTERWORTH
TARIKH : 4 – 6 JANUARI 2012
MASA : 7.30 -1.10 tengahari
KUMPULAN SASARAN : Semua Pelajar Tingkatan 4 2012
KAUNSELOR : 1. Puan Noor Yusrina binti Mohamed Yusof
2. Pn. Wan Nor Ashikin bt Wan Zain
PERSONALIA : Semua ketua panitia mata pelajaran
LAPORAN PROGRAM :
Program orientasi Tingkatan 4 ini telah dijalankan selama 3 hari. Pada hari pertama, semua
pelajar Tingkatan 4 telah didedahkan dengan tawaran pakej mata pelajaran yang disediakan oleh
pihak sekolah. Tawaran pakej mata pelajaran ini telah diterangkan oleh Puan Jamaliah Binti Daud.
Pada hari kedua program, pelajar telah diberikan taklimat tentang subjek mata pelajaran elektif yang
akan dipelajari oleh pelajar semasa berada di Tingkatan 4 nanti. Berikut adalah senarai subjek elektif
yang telah disampaikan pada hari kedua program iaitu Biologi, Fizik, Kimia, Prinsip Perakaunan,
Matematik Tambahan, Ekonomi Rumah Tangga, Pendidikan Seni Visual, Perdagangan dan Geografi.
Pada hari ketiga, penerangan tentang subjek matapelajaran teras pula telah diadakan.
Penerangan ini penting diadakan untuk memberi pengetahuan awal kepada pelajar tentang silibus
matapelajaran yang akan mereka pelajari nanti dan diharapkan agar penerangan ini dapat
membantu pelajar bersiap sedia menghadapi tahun baharu iaitu alam persekolahan menengah atas
dalam Tingkatan 4. Kesemua penerangan subjek ini telah disampaikan oleh Ketua Panitia
matapelajaran masing-masing.
Guru Bimbingan dan Kaunseling turut mengadakan Inventori Personaliti Warna kepada
pelajar Tingkatan 4 untuk membantu mereka mengenal pasti kecenderungan dan minat mereka
terhadap aliran yang ditawarkan di SMK Convent Butterworth.
Disediakan oleh,
.........................................................
( NOOR YUSRINA BINTI MOHAMED YUSOF )
Guru Bimbingan dan Kaunseling,
SMK Convent Butterworth
LAPORAN PROGRAM MARAH-MARAH SAYANGANJURAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SMK CONVENT BUTTERWORTH 2012
NAMA PROGRAM : MARAH-MARAH SAYANG
TEMPAT : KORIDOR BILIK GURU SMK CONVENT BUTTERWORTH
TARIKH : Februari
MASA : 7.30 -8.30 pagi
KUMPULAN SASARAN : Semua Pelajar Sekolah SMKCB yang hadir lewat selepas 7.30 pagi
KAUNSELOR : 1. Puan Noor Yusrina binti Mohamed Yusof
2. Puan Norhayati binti Sulaiman
2. Pn. Wan Nor Ashikin bt Wan Zain
LAPORAN PROGRAM :
Program ini telah dilaksanakan mulai Februari 2012. Dalam program ini, semua pelajar yang
telah datang lewat ke sekolah selepas 7.30 minit pagi akan di denda untuk menyalin sebuah
karangan yang bertajuk ‘ Ciri-ciri Pelajar Cemerlang dan Berkualiti ‘. Tujuan program ini diadakan
adalah bagi :
i) Membantu mengurangkan bilangan pelajar datang lewat ke sekolah dan menuju ke arah
datang lewat sifar dan menghargai masa
ii) Menimbulkan kesedaran dan ransangan ke arah perubahan tingkahlaku, cara berfikir dan
sikap berusaha untuk kesejahteraan diri.
iii) Menambah pengetahuan sedia ada pelajar
iv) Melahirkan pelajar yang cemerlang dan berkualiti khususnya dalam menghargai masa
Sepanjang program ini dijalankan, pengurangan pelajar datang lewat ke sekolah boleh dilihat.
Walaubagaimanapun terdapat 2 orang pelajar yang tegar sering lewat ke sekolah sehingga telah
mencecah lebih 30 kali menyalin karangan. Pelajar tersebut ialah Azreena Natasha dan Armilia Sulu
dari Tingkatan 5 Cergas.
Disediakan oleh,
.........................................................
( NOOR YUSRINA BINTI MOHAMED YUSOF )
Guru Bimbingan dan Kaunseling,
SMK Convent Butterworth
LAPORAN PROGRAM CERAMAH KAEDAH MENYEDIAKAN PETA MINDA ANJURAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SMK CONVENT BUTTERWORTH 2012
NAMA PROGRAM : PROGRAM CERAMAH KAEDAH MENYEDIAKAN PETA MINDATEMPAT : DEWAN SMK CONVENT BUTTERWORTH
TARIKH : 14 Februari 2012
MASA : 2.30 -4.00 petang
KUMPULAN SASARAN : Semua Pelajar Tingkatan 5 2012
KAUNSELOR : 1. Puan Noor Yusrina binti Mohamed Yusof
2. Pn. Wan Nor Ashikin bt Wan Zain
PERSONALIA : PENSYARAH INTI COLLEGE,
LAPORAN PROGRAM :
Program ini telah dilaksanakan di Dewan SMK Convent Butteworth dan seramai 200 orang
pelajar Tingkatan 5 telah terlibat. Program ini diadakan selepas waktu persekolahan dan
penceramah jemputan yang datang merupakan pensyarah dari INTI College.
Pensyarah tersebut menerangkan tentang kepentingan menyediakan peta minda. Antara
kepentingan menyediakan nota secara peta minda ialah dapat menjimatkan masa ketika
mengulangkaji serta memudahkan proses mengingat nota kerana otak kita lebih cenderung untuk
menghafal gambarajah berbanding perkataan.
Kemudiannya, para pelajar telah dibahagikan kepada kumpulan kecil dan mereka
dipinjamkan whiteboard marker untuk menghasilkan satu peta minda berdasarkan tajuk yang diberi.
Penceramah tidak menunjukkan bentuk peta minda yang perlu dihasilkan sebaliknya meminta setiap
kumpulan pelajar melaksanakannya mengikut kreativiti masing-masing.
Setelah siap , beberapa buah kumpulan telah diminta membentangkan hasil kerja mereka.
Kemudiannya penceramah membandingkan garis panduan sebenar menghasilkan peta minda
dengan peta minda yang telah dihasilkan oleh pelajar. Para pelajar akhirnya mengetahui cara
bagaimana untuk menghasilkan peta minda yang berkesan melalui 4 cara iaitu pertama, tajuk di
tengah, kedua, cabang isi hendaklah tebal sedikit dan ketiga huraian isi hendaklah menggunakan
garis yang lebih halus dan keempat setiap perkataan yang ditulis hendaklah selari dan tidak ke atas
atau ke bawah. Penekanan menggunakan warna juga ditekankan iaitu isi utama hendaklah sama
warna dan isi huraian juga sama warna tetapi berlainan dengan warna isi utama.
Secara keseluruhannya program ini berjaya merangsang pelajar untuk menghasilkan peta
minda sebagai salah satu kaedah penyediaan nota berkesan.
Disediakan oleh,
.........................................................
( NOOR YUSRINA BINTI MOHAMED YUSOF )
Guru Bimbingan dan Kaunseling,
SMK Convent Butterworth
LAPORAN BENGKEL 7 HABITSANJURAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SMK CONVENT BUTTERWORTH 2012
NAMA PROGRAM : BENGKEL 7 HABITS
TEMPAT : DEWAN SMK CONVENT BUTTERWORTH
TARIKH : 28 FEBRUARI 2012
MASA : 2.30 – 4.00 petang
KUMPULAN SASARAN : Semua Pelajar Tingkatan 4 2012
KAUNSELOR : 1. Puan Noor Yusrina binti Mohamed Yusof
2. Pn. Wan Nor Ashikin bt Wan Zain
PERSONALIA : En. Ahmad Taiff, Pensyarah Disted College.
LAPORAN PROGRAM :
Program ini telah dilaksanakan di Dewan SMK Convent Butteworth dan seramai 75 orang
pelajar dari Tingkatan 5 dan Tingkatan 4 telah terlibat. Program ini diadakan selepas waktu
persekolahan dan penceramah jemputan yang datang merupakan pensyarah dari Disted College.
Penceramah ini menyampaikan ceramahnya dengan penuh semangat tanpa menggunakan
mikrofon. Dalam ceramah ini, penceramah banyak menekankan aspek penggunaan masa untuk
mengawalatur kehidupan seharian. Penceramah juga mengajar pelajar bagaimana untuk mengatur
masa dengan bijak dengan menguruskan perkara terpenting dalam hidup kepada perkara yang tidak
penting.
Selain itu juga penceramah menekankan tentang aspek menyediakan nota dalam membantu
pelajar mengulangkaji pelajaran. Pelajar di ajar bagaimana untuk menghasilkan peta minda untuk
membantu mereka mengingat pelajaran yang telah mereka ulangkaji.
LAPORAN PROGRAM CERAMAH KERJAYA ‘AIRLINES INDUSTRY’ANJURAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SMK CONVENT BUTTERWORTH 2012
NAMA PROGRAM : PROGRAM CERAMAH KERJAYA ‘ AIRLINES INDUSTRY’
TEMPAT : DEWAN SMK CONVENT BUTTERWORTH
TARIKH : 29 FEBRUARI 2012
MASA : 2.00 – 4.00 PETANG
KUMPULAN SASARAN : Semua Pelajar Tingkatan 5 2012
KAUNSELOR : 1. Puan Noor Yusrina binti Mohamed Yusof
2. Pn. Wan Nor Ashikin bt Wan Zain
PERSONALIA : Cik Phor Khai Thrine, Tenaga pengajar Inter-Xcel
LAPORAN PROGRAM :
Inter- Excel Sdn Bhd merupakan sebuah pusat latihan kepada pelajar-pelajar lepasan SPM/
STPM dan Diploma yang berminat untuk menceburi bidang industri penerbangan. Syarikat ini akan
melatih, membentuk individu yang akan menjalani temuduga dalam bidang tersebut. Penceramah
menjelaskan tentang syarat-syarat kelayakan menjadi seorang pramugari atau pekerjaan yang
terdapat di dalam bidang airlines industry. Latihan ini akan memakan masa selama 6 bulan.
Penceramah ini turut membetulkan stigma pemikiran bahawa untuk menjadi seorang pramugari
syarat yang harus diperlukan ialah ketinggian tertentu tetapi menurut penceramah, Cik Phor
ketinggian yang diperlukan ialah ketika mengangkat tangan, tangan dapat mencapai cabin yang
berada di atas. Selain itu juga, sesiapa yang berminat menjadi seorang pramugari haruslah
menekankan tentang kecantikan wajah tanpa cela dan menekankan tentang kelebihan
berkomunikasi dalam pelbagai jenis bahasa.
Penceramah turut menerangkan tentang syarikat-syarikat penerbangan yang yang
menawarkan ruang dan peluang pekerjaan dalam bidang Airlines Industry. Syarikat –syarikat
tersebut adalah seperti berikut Gulf air, Cathay Pacific, Singapore Airlines, Qatar Airlines, Royal
Brunei Airlines, MAS, Air Asia dan lain-lain. Menyentuh pendapatan seorang pramugari, pendapatan
yang diperioleh bergantung kepada syarikat penerbangan dan jarak penerbangan yang dilalui.
Semasa tempoh perkhidmatan bentuk dan berat badan seorang pramugari sangat ditekankan untuk
kekal berada di udara atau jika tidak mereka terpaksa berkhidmat di bahagian bawah sperti kerja-
kerja pengurusan dan bukan lagi terlibat dengan penerbangan. Pada akhir sesi ceramah, pelajar-
pelajar diberikan layanan secara individu untuk menjawab persoalan pelajar dengan lebih mendalam
lagi.
Disediakan oleh,
.........................................................
( NOOR YUSRINA BINTI MOHAMED YUSOF )
Guru Bimbingan dan Kaunseling,
SMK Convent Butterworth
LAPORAN PROGRAM CERAMAH PEMAKANAN SIHATANJURAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SMK CONVENT BUTTERWORTH 2012
NAMA PROGRAM : PROGRAM CERAMAH PEMAKANAN SIHAT
TEMPAT : DEWAN SMK CONVENT BUTTERWORTH
TARIKH : 1 MAC 2012
MASA : 2.30 – 4.30 petang
KUMPULAN SASARAN : Semua ahli kelab Bimbingan dan Kerjaya, Kelab Pengguna, Kelab Pusat
Sumber, Kelab Kebudayaan
KAUNSELOR : 1. Puan Noor Yusrina binti Mohamed Yusof
2. Pn. Wan Nor Ashikin bt Wan Zain
PERSONALIA : En. Ahmad Zafiruddin bin Muhamad Amin, AJINOMOTO Asia Sdn BHd
LAPORAN PROGRAM :
Ceramah ini telah diadakan khusus untuk memberi penekanan tentang pemakanan sihat. 4
orang wakil dari syarikat Ajinomoto telah hadir dari Kuala Lumpur dan mengadakan ceramah ini.
Ceramah ini dimulakan dengan kumpulan pyramid pemakanan yang patut diambil oleh pelajar
sebagai gaya hidup sihat. Mereka juga menjelaskan tentang bagaimana pengambilan ajinomoto yang
betul dalam masakan dan pemakanan seharian. Setelah penerangan dibuat, mereka kemudiannya
mengadakan demonstrasi masakan dan menjemput 2 orang pelajar untuk membantu mereka
menyediakan makanan. Mereka menunjukkan bagaimana untuk menyediakan sarapan pagi yang
ringkas tetapi lazat dan berkhasiat.
Disediakan oleh,
.........................................................
( NOOR YUSRINA BINTI MOHAMED YUSOF )
Guru Bimbingan dan Kaunseling,
SMK Convent Butterworth
LAPORAN PROGRAM CERAMAH PENGURUSAN MASAANJURAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SMK CONVENT BUTTERWORTH 2012
NAMA PROGRAM : PROGRAM CERAMAH PENGURUSAN MASA
TEMPAT : DEWAN SMK CONVENT BUTTERWORTH
TARIKH : 26 MAC 2012
MASA : 12.00 -1.30 tengahari
KUMPULAN SASARAN : Semua Pelajar Tingkatan 5 2012
KAUNSELOR : 1. Puan Noor Yusrina binti Mohamed Yusof
2. Pn. Norhayati binti Sulaiman
PERSONALIA : Tenaga pengajar Taylor’s College
LAPORAN PROGRAM :
Ceramah ini telah diadakan di Dewan SMK Convent B utterworth dan objektif ceramah ini diadakan adalah bagi menekankan tentang faktor kepentingan masa dalam kehidupan seharian seorang pelajar. Pelajar diajar bagaimana untuk menggunakan tingkap jauhari iaitu kaedah untuk menyusun penggunaan masa seharian. Selain itu, pelajar juga didedahkan untuk
LAPORAN PROGRAM KEMAHIRAN TEKNIK BELAJARANJURAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SMK CONVENT BUTTERWORTH 2012
NAMA PROGRAM : KEMAHIRAN TEKNIK BELAJARTEMPAT : DEWAN SMK CONVENT BUTTERWORTH
TARIKH : 4 APRIL 2012
MASA : 12.00 – 2.00 petang
KUMPULAN SASARAN : Semua Pelajar Tingkatan 4 2012
KAUNSELOR : 1. Puan Noor Yusrina binti Mohamed Yusof
2. Puan Norhayati binti Sulaiman
PERSONALIA : Tenaga Pengajar dari PTPL College
LAPORAN PROGRAM :
LAPORAN CERAMAH KERJAYA ‘ HOSPITALITY & TOURISM SERTA DEMO COOKING’ANJURAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SMK CONVENT BUTTERWORTH 2012
NAMA PROGRAM : CERAMAH KERJAYA ‘ HOSPITALITY & TOURISM SERTA DEMO COOKING’TEMPAT : DEWAN SMK CONVENT BUTTERWORTH
TARIKH : 14 JUN 2012
MASA : 12.00 – 2.00 petang
KUMPULAN SASARAN : Semua Pelajar Tingkatan 5 2012
KAUNSELOR : `1. Puan Norhayati binti Sulaiman
PERSONALIA : Wakil tenaga pengajar Segi
LAPORAN PROGRAM :
Program nie kak yati buat...sy tak de kat sekolah.
LAPORAN PROGRAM MOTIVASI PELAJAR TINGKATAN 3ANJURAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SMK CONVENT BUTTERWORTH 2012
NAMA PROGRAM : PROGRAM MOTIVASI PELAJAR TINGKATAN 3
TEMPAT : DEWAN SMK CONVENT BUTTERWORTH
TARIKH : 24 SEPTEMEBER 2012
MASA : 8.30 – 11.00 Pagi
KUMPULAN SASARAN : Semua Pelajar Tingkatan 3 2012 ( 227 orang pelajar )
KAUNSELOR : 1. Puan Noor Yusrina binti Mohamed Yusof
2. Pn. Norhayati binti Sulaiman
PERSONALIA : Encik Su Wing Huat, Guru Kaunseling Cemerlang,
SMJK Chung Ling, Butterworth.
LAPORAN PROGRAM :
Pada pagi ini, sebuah program motivasi telah diadakan di Dewan SMK Convent Butterworth.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk meningkatkan motivasi dan keyakinan diri untuk
menghadapi peperiksaan PMR yang akan berlangsung pada 9 Oktober 2012. Selain itu program ini
juga bertujuan supaya pelajar bersiap sedia dan lebih berusaha bersungguh-sungguh dalam bidang
akademik agar dapat mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan PMR.
Ceramah pagi ini dimulakan dengan pengenalan diri penceramah. Setelah itu penceramah
menerangkan tentang motivasi diri yang perlu ada dalam diri setiap individu yang ingin berjaya.
Penceramah juga menjelaskan bahawa dalam diri setiap individu, otak memainkan peranan yang
penting. Otak akan memberi isyarat kepada anggota agar berusaha bersungguh-sungguh untuk
berjaya sekiranya individu mengetahui destinasi kejayaan yang ingin dituju.
Potensi minda bagi seorang pelajar sangat besar sekiranya mereka menggunakan
kemampuan otak mereka untuk berfikir dan berusaha untuk berjaya. Penceramah menyedarkan
kepada semua pelajar bahawa mereka perlu ada hala tuju sekiranya mereka mahu berjaya. Tanpa
hala tuju, para pelajar tidak akan mengetahui kepentingan untuk berusaha dan hal ini menyebabkan
mereka tidak bersemangat untuk belajar. Oleh sebab itu, penceramah telah merangsang para pelajar
untuk mengetahui hala tuju mereka dengan mengedarkan sehelai kerta kerja kejayaan yang
meminta mereka menulis secara spesifik haluan kerjaya mereka.
Dengan menggunakan kad manila, gam, gunting dan majalah yang dibawa, mereka
dikehendaki menyediakan kertas kerja kejayaan mereka sendiri. Mereka telah diberi masa selama
setengah jam untuk menyiapkan kertas kerja tersebut. Setelah siap, Encik Su Wing Huat telah
memanggil beberapa orang pelajar untuk membentangkan hasil kerja mereka. Mereka juga telah
memberi maklum balas tentang apa yang mereka pelajari pada hari ini.
Kesimpulannya, setelah pelajar membuat kertas kerja ini, mereka menjadi yakin untuk
berusaha lebih gigih lagi agar boleh mencapai kejayaan seperti mana yang mereka kehendaki.
Walaubagaimanapun, terdapat juga sebilangan kecil para pelajar yang tidak mahu mencuba
langsung aktiviti yang telah diarahkan oleh penceramah dan menyebabkan suntikan motivasi tidak
dapat dimasukkan ke dalam diri mereka. Sebagai cadangan penambah baikan program ini, pada
masa akan datang program motivasi ini perlu dilakukan mengikut peringkat kelas agar para pelajar
lebih terbimbing dan masa yang diperuntukkan kepada mereka ditambah agar hasil yang diberikan
oleh pelajar juga bertambah baik.
Program ini di akhiri pada jam 11.00 pagi dengan penyampaian cenderahati oleh Puan S.
Koshaleeyah Davi a/p K.S Pillay, Pengetua SMK Convent Butterworth kepada Encik Su Wing Huat
Selaku penceramah kita pada pagi ini.
Disediakan oleh,
.................................................................
( NOOR YUSRINA BINTI MOHAMED YUSOF )
Guru Bimbingan dan Kaunseling
SMK Convent Butterworth
LAPORAN PROGRAM TAKLIMAT LATIHAN KEMAHIRAN SEPENUH MASAANJURAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SMK CONVENT BUTTERWORTH 2012
NAMA PROGRAM : TAKLIMAT LATIHAN KEMAHIRAN SEPENUH MASA TEMPAT : DEWAN SMK CONVENT BUTTERWORTH
TARIKH : 4 JULAI 2012
MASA : 8.30 – 10.30 PAGI
KUMPULAN SASARAN : Semua Pelajar Tingkatan 5 2012
KAUNSELOR : 1. Puan Noor Yusrina binti Mohamed Yusof
2. Puan Norhayati binti Sulaiman
PERSONALIA : En. Meialagan Nadarajan
LAPORAN PROGRAM :
Pada pagi ini, semua pelajar Tingkatan 5 dari kelas Tingkatan 5 Muhibah, 5 Cergas, 5 Cekal, 5 Azam dan 5 Amanah telah dihimpunkan di dewan untuk menghadiri Taklimat Latihan Kemahiran Sepenuh Masa dari ILP Arumugam Pillai. Dalam taklimat ini, En. Meialagan telah menerangkan
kursus-kursus yang terdapat di ILP Arumugam Pillai tersebut dan En. Meilagan telah menggalakkan pelajar-pelajar ini untuk menceburi bidang kemahiran yang terdapat di institut berkenaan terutama dalam bidang percetakan iaitu Sijil Teknologi Percetakan dan Sijil Teknologi Komputer, SIJIL TEKNOLOGI PERISIAN,
http://myadha.blogspot.com/2012/02/menarik-minat-pelajar-ke-aliran-sains.html
LAPORAN PERASMIAN PROGRAM MENTOR MENTEEANJURAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SMK CONVENT BUTTERWORTH 2012
NAMA PROGRAM : LAPORAN PROGRAM MENTOR MENTEETEMPAT : DEWAN SMK CONVENT BUTTERWORTH
TARIKH :
MASA : 7.30 -9.00 pagi
KUMPULAN SASARAN : Semua Pelajar Terpilih Tingkatan 3 dan 5
KAUNSELOR : 1. Puan Noor Yusrina binti Mohamed Yusof
2. Puan Norhayati binti Sulaiman
PERSONALIA : Pn. S. Koshaleeyah Davi a.p K.s Pillay, Pengetua SMK Convent Butterworth
LAPORAN PROGRAM :
1. Pelajar yang terlibat pelajar terpilih dari f3 dan f5.
2. Pelajar cemerlang f3 dan f5 dan pelajar yang gagal semua subjek f3 dan pelajar yg gagal bm f5.
3. Semua guru diberikan 3 or 4 mentee dan setiap guru akan memantau setiap pelajar dari sudut akademik dan sahsiah.
4. Pagi ini semua guru akan terlibat dgn perjumpaan pertama.
5. Perjumpaan seterusnya akan mengikut masa yang ditetapkan.
6. Masalah timbul :
7. Pjumpaan tak dapat dilaksanakan ikut jadual sbb isnin selalu cuti, budak2 pulak exam
8. Lgpun start agak lewat sebab tunggu kputusan ptghan tahun so maybe next year kena wat lagi awal.
LAPORAN NIE SUME TAK SIAP LAGI HAHAHAHA TAK DER MOOD NAK BUAT....
BALIK LONDON BARU SAMBUNG PULAK...
MAAF BANYAK MENYUSAHKAN AKAK....
INSYA-ALLAH TAHUN DEPA TAKKAN JADI LAGI MACAM NIE....
top related