laporan elektrik
Post on 24-May-2015
8.567 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK VET 3063
1.0 PENGENALAN
Pada 14 / 3 / 2013, kami telah melakukan amali untuk kursus Elektrik dan Elektronik
( VET 3036 ) untuk kali pertama. Amali pada kali ini berkaitan dengan litar pendawaian
elektrik. Amali ini melibatkan litar pencahayaan dan litar kuasa jenis jejari. Kedua – dua
litar ini merupakan sebahagian daripada litar akhir pengguna.
Litar pencahayaan lazimnya digunakan untuk pemasangan litar lampu, kipas, loceng
pintu dan jam elektrik. Kadaran bagi fius atau MCB bagi litar pencahayaan ialah 6
Ampere manakala saiz kabel yang digunakan ialah 1.5 mm. Terdapat enam jenis litar
pencahayaan iaitu 1 suis mengawal 1 lampu, 1 suis mengawal 2 lampu, 2 suis mengawal
1 lampu, 2 suis mengawal 2 suis, suis perantaraan dan litar kipas.
Litar kuasa pula lazimnya digunakan untuk pemasangan soket – soket keluaran (
socket outlet ). Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu pemasangan secara litar jejari dan juga
litar gelang. Kadaran bagi fius atau MCB bagi litar kuasa jenis jejari ialah 16 Ampere
( maksimum 2 unit untuk 1 unit MCB ) manakala kadaran bagi saiz fius atau MCB bagi
litar kuasa jenis gelang ialah 32 Ampere ( tiada had maksimum bagi 1 unit MCB ). Saiz
kabel yang digunakan untuk kedua – dua jenis litar kuasa ini ialah 2.5 mm.
1
ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK VET 3063
2.0 OBJEKTIF
Laporan ini ditulis adalah untuk memenuhi keperluan kursus VET 3063 – Elektrik Dan
Elektronik Sesi 2 2013/2014. Laporan ini meliputi tajuk pendawaian elektrik yang telah
dibincangkan pada minggu ini dan langkah kerja bagi pendawaian ini.
Terdapat beberapa objektif yang ingin dicapai melalui penulisan laporan ini. Antaranya
ialah:
i. Pelajar boleh menyatakan maksud litar pendawaian dengan tepat.
ii. Pelajar dapat menyatakan nama alatan, bahan dan komponen yang digunakan
untuk litar pendawaian dengan tepat.
iii. Pelajar boleh melakar dan membuat pendawaian litar kuasa dan litar cahaya
dengan betul dan tepat.
2
ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK VET 3063
3.0 BAHAN YANG DIGUNAKAN / PERALATAN / KOMPONEN
3.1 Komponen Elektrik
Bil.
Komponen Fungsi
1. Miniature Circuit Breaker ( MCB ) Memutuskan litar apabila berlakunya lebihan arus elektrik atau kerosakan. Ia tidak akan berfungsi sekiranya kerosakan tidak diperbaiki.
2. Earth Leakage Circuit Breaker ( ELCB ) Memutuskan bekalan elektrik secara automatik apabila berlakunya kebocoran arus atau litar pintas ke bumi.
3. Main Switch / DB / Suis Utama Berfungsi untuk menyambung dan memutuskan bekalan elektrik serta mengawal arus berlebihan.
3
ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK VET 3063
4. Plug 3 pin Digunakan untuk menyambungkan perkakas elektrik ke soket dinding alir keluar.
5. Soket Berfungsi untuk menyediakan punca bekalan kuasa kepada alat / kelengkapan elektrik mudah alih.
6. Suis + tapak Merupakan sebuah peranti mekanikal yang berfungsi untuk menyambung dan memutuskan bekalan elektrik secara manual.
7. Mentol + tapak ( pemegang lampu ) Lampu = memberikan cahaya dan menunjukkan bahawa litar yang dipasang betul dan ada arus elektrik mengalir di dalamnya.
Pemegang lampu = digunakan untuk memegang mentol atau lampu.
4
ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK VET 3063
8. Kabel – L ( merah ), N ( hitam ), E ( hijau )
kabel
Untuk membuat pendawaian dalam litar dan perkakas elektrik.
Mengalirkan arus elektrik ke seluruh litar.
9. Copper Bar Untuk mengalirkan arus elektrik di antara MCB 6 Ampere dan MCB 16 Ampere.
3.2 Peralatan
Bil.
Peralatan Fungsi
1. Paku Wiring
Paku wiring
Digunakan untuk mengikat timah wiring yang digunakan dalam litar pendawaian.
2. Timah Wiring Digunakan untuk memegang beberapa jalur wayar di dalam satu kemasan.
5
ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK VET 3063
timah wiring
6
ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK VET 3063
3. Tukul Warrington Digunakan untuk membuat ketukan ringan.
Untuk mengetuk paku kecil seperti paku wiring.
4. Cordless Drill Digunakan untuk mengetatkan dan melonggarkan skru benam sendiri.
Digunakan juga untuk menebuk lubang kecil pada kayu dan kepingan logam dengan memasang mata gerudi pintal pada rahangnya.
5. Pemutar Skru ( Screwdriver ) Pemutar skru rata = digunakan untuk memasang atau mengeluarkan skru yang kepalanya berbentuk alur.
Pemutar skru Philips = digunakan untuk memasang atau mengeluarkan skru yang kepalanya berbentuk palang.
6. Pena Ujian ( Test pen ) Digunakan untuk menguji dan mengesan kebocoran arus elektrik dan wayar hidup.
Digunakan juga untuk mengetatkan dan melonggarkan skru kecil.
7. Pembaris Untuk mengukur kabel yang digunakan dalam litar.
Untuk mengukur dan membuat garisan pada papan litar pendawaian.
7
ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK VET 3063
8. Penjalur Wayar ( Wire stripper ) Digunakan untuk memotong dan menjalur wayar.
9. Kapur Untuk melakar rajah skematik pendawaian elektrik pada papan.
10. Playar Muncung Tirus Digunakan untuk memegang benda kecil, membentuk dawai atau kaki komponen elektronik dan memotong dawai.
11. Playar Gabung Digunakan untuk kerja – kerja umum seperti memotong, memegang, mencengkam, membentuk dan membengkok.
12. Pemotong sisi Alat ini digunakan untuk memotong wayar dan memotong lebihan wayar pada punca tamatan.
8
ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK VET 3063
4.0 LANGKAH KERJA KELAS AMALI UNTUK PENDAWAIAN ELEKTRIK
LITAR KUASA DAN LITAR CAHAYA
MASA PENERANGAN CATATAN
SEBELUM 1. Memastikan peralatan yang akan digunakan
berada dalam keadaan baik dan selamat.
2. Menyediakan peralatan, bahan dan komponen
yang diperlukan.
3. Peralatan yang akan digunakan ialah pemutar
skru, pemotong wayar, test pen, tukul, player,
pembaris, kapur dan juga cordless drill.
4. Bahan-bahan yang akan digunakan ialah kabel
2.5mm untuk litar kuasa, 1.5mm untuk litar
cahaya, paku, plat timah, skru dan skru Edison.
5. Manakala untuk komponen ialah MCB, ELCB,
M.S, plug 3 pin, copper bar, socket dan base,
switch dan base, ros siling, cable life, earth dan
neutral.
Semua pelajar berada
dalam kumpulan
masing-masing.
SEMASA 1. Melakar rajah pendawaian pada kotak
pendawaian (dinding) dengan menggunakan
kapur.
Pelajar membuat
pendawaian litar.
9
ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK VET 3063
2. Memotong kabel mengikut ukuran yang telah
dikira.
3. Kemudian memasang kabel (L) life, kabel (E)
earth, dan kabel (N) neutral pada papan sistem
pendawaian dengan menggunakan plat timah
dan paku wiring.
4. Seterusnya memasang base untuk soket, dan
suis lampu serta ros siling untuk pemegang
lampu.
10
ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK VET 3063
5. Selepas memasang base dan ros siling, kabel
disambung untuk dipasangkan pada terminal
bagi litar cahaya dan litar kuasa.
6. Kemudian memasang kotak agihan (DB) pada
dinding pendawaian dengan menggunakan
cordless drill.
7. Semua kabel disambungkan pada terminal yang
betul untuk memastikan litar kuasa MCB 16A
dan litar cahaya MCB 6A iaitu dengan
memasukkan kabel berwarna merah kepada
terminal life, kabel E untuk terminal earth dan
kabel neutral untuk terminal neutral.
8. Kabel life dimasukkan pada M.S, kemudian dari
M.S kabel life dimasukkan pada atas ELCB.
Seterusnya kabel life keluar dari bawah ELCB
dan dimasukkan pada atas ELCB dan keluar
dibawah ELCB dan terus ke terminal neutral.
Manakala kabel bumi dimasukkan terus pada
11
ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK VET 3063
terminal bumi pada kotak suiz agihan.
SELEPAS 1. Melakukan cubaan pada litar pendawaian kuasa
dan litar cahaya.
2. Langkah seterusnya, ialah pemerhatian
dilakukan pada litar untuk memastikan kabel
yang dipasang disambung pada terminal yang
betul.
3. Selepas pemerhatian dilakukan, suis, soket dan
juga ros siling diskrukan supaya kelihatan lebih
kemas dan teratur.
4. Selepas itu, sumber bekalan kuasa dibekalkan
pada litar.
5. Test pen digunakan untuk mengetahui kehadiran
bekalan kuasa elektrik pada litar.
Semua pelajar
bekerjasama semasa
menjalankan tugas.
12
ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK VET 3063
6. M.S, ELCB, MCB16, MCB6 di hidupkan
supaya bekalan kuasa masuk ke dalam
keseluruhan litar.
7. Kipas motor digunakan untuk menguji
keberkesanan litar kuasa sama ada berfungsi
ataupun tidak.
8. Manakala, lampu (mentol) digunakan untuk litar
cahaya dapat untuk memastikan ia boleh
berfungsi atau tidak apabila suis di hidupkan.
13
ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK VET 3063
9. Kesemua barang atau alatan yang telah
digunakan disimpan semula di tempat asalnya
kembali.
10.Mengemaskan bengkel dan membersihkan
bengkel.
5.0 PERBINCANGAN
Pada minggu ini kami perlu melakukan pemasangan sistem pendawaian asas bagi litar
pencahayaan. Kami mengambil masa selama 4 jam 15 minit bagi menyiapkan satu set sistem
pendawaian ini. Masa yang sepatutnya diperuntukkan ialah dari pukul 2 hingga 5 petang.
Antara masalah yang kami hadapi semasa melakukan pemasangan set sistem pendawaian ini
ialah:-
Ruang yang kami gunakan bagi pemasangan set sistem pendawaian ini adalah terhad.
Hal ini, papan pemasangan pendawaian perlu dibahagi kepada dua kumpulan.
Akibatnya terdapat beberapa komponen elektrik perlu diubah jaraknya bagi
menjimatkan ruang. Disebabkan masalah ruang yang terhad, kumpulan kami
mengambil masa yang lama untuk melukis rajah sistem pendawaian di papan
pendawaian.
Terdapat juga masalah lain seperti kabel yang disambungkan adalah pendek. Hal ini,
kami tidak melebihkan 5 cm bagi pemasangan lampu dan kotak agihan (distribution
box). Perkara ini menyebabkan kami terpaksa mengubah distribution box dan lampu
kepada tempat yang baru supaya memudahkan penyambungan.
Masa yang diperuntukkan untuk kelas amali kami ialah dari pukul 2 hingga 5 petang.
Tetapi disebabkan kami mula lewat iaitu dalam pukul 3 petang maka penyambungan
pendawaian kami berjaya disiapkan pada pukul 5.30 petang.
Pada pukul 5.30 petang, kumpulan kami berjaya menyiapkan sistem pendawaian ini.
Pn. Nurul Nazirah mula melakukan pemeriksaan pada sistem pendawaian kami. Beliau
menggunakan test pen untuk menguji sama ada arus elektrik mengalir atau tidak di dalam
litar pendawaian yang kami lakukan. Masalah yang kami hadapi semasa menguji sistem
pendawaian kami ialah:-
14
ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK VET 3063
Soket yang bernombor (2) tidak berfungsi dan lampu (mentol) tidak menyala. Hal
ini disebabkan, lampu mentol tersebut telah terbakar manakala kabel Neutral (N)
tidak disambungkan pada soket dengan kemas. Akibatnya sewaktu melakukan
cubaan bagi litar pencahayaan dan kuasa ini, soket tidak berfungsi dengan baik.
Salah seorang daripada kumpulan kami mula membetulkan soket berkenaan dan
menukar lampu tersebut kepada lampu yang baru.
Pada pukul 5.45 petang kami sekali lagi memanggil Pn. Nurul Nazirah untuk
melakukan cubaan pada set litar pendawaian kami. Masalah yang kami hadapi
pula ialah soket nombor 1 dan 2 tidak berfungsi. Pn. Nurul Nazirah sekali lagi
membuka soket 1 bagi mengenal pasti masalah. Apabila soket dibuka, beliau
dapati kabel N masih tidak disambungkan dengan baik pada terminal. Sekali lagi
kumpulan kami terpaksa membaiki sambungan wayar tersebut.
Pada pukul 6.00 petang kumpulan kami berjaya menyambungkan kabel pada
soket berkenaan. Pn. Nurul Nazirah buat kali ke-3 menguji set litar pendawaian
kami. Masalah yang kami hadapi selepas cubaan dilakukan ialah soket 2 masih
tidak berfungsi. Pn. Nurul Nazirah sekali lagi membuka dan mendapati kabel N
yang ada pada soket berkenaan tidak disambungkan dengan baik. Cadangan
daripada Pn. Nurul Nazirah ialah menukar soket 2 itu kepada soket yang baru.
Maka kumpulan kami sekali lagi terpaksa membetulkan semula soket 2 tersebut.
Pada pukul 6.15 petang kumpulan kami berjaya menyiapkan pemasangan set litar
pendawaian untuk kali yang ke-4. Pn. Nurul Nazirah, untuk kali yang ke-4 sekali
lagi mula menguji set litar pendawaian yang kami lakukan. Pada kali ini, kesemua
komponen yang kami pasang pada sistem pendawaian kami mula berfungsi
dengan baik dan sempurna.
Kumpulan kami mengambil masa yang lama untuk menyiapkan sistem
pendawaian ini, iaitu 4 jam 15 minit. Masa yang kami sepatutnya siap ialah pada
pukul 2 hingga 5 petang. Tetapi disebabkan pelbagai masalah teknikal yang kami
hadapi menyebabkan, kumpulan kami mengambil masa yang panjang untuk selesai
melakukan amali sistem pendawaian.
15
ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK VET 3063
6.0 RAJAH SKEMATIK DAN PENDAWAIAN (KUMPULAN)
16
ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK VET 3063
7.0 RAJAH SKEMATIK DAN PENDAWAIAN (INDIVIDU)
17
ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK VET 3063
18
ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK VET 3063
19
ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK VET 3063
KESIMPULAN
Sistem pendawaian yang kami pelajari ialah sistem pendawaian terbuka. Hal ini,
sistem pendawaian ini tidak dilindungi oleh mana-mana penebat mahupun getah dan
PVC. Sistem pendawaian ini adalah tidak selamat kerana terdedah dengan suasana luar
dan mungkin membahayakan penghuni rumah tersebut.
Terdapat banyak ilmu yang kumpulan kami peroleh melalui kelas amali pada kali ini
iaitu antaranya kami mula mengetahui tentang komponen – komponen elektrik yang
digunakan dalam sistem pendawaian ini. Sebagai contoh perlindungan arus. Terdapat 3
bentuk perlindungan arus yang disediakan pada unit pengguna dalam sistem pendawaian
elektrik seperti litar pintas, arus berlebihan, kebocoran arus dan kilat. Suis utama (MS)
merupakan pensuisan serta perlindungan daripada arus berlebihan. Pemutus litar bocor ke
bumi atau dikenali sebagai (ELCB) tugasnya memutuskan litar jika berlaku kebocoran
arus elektrik ke bumi. Bagi Fius elektrik (MCB) pula tugasnya memutuskan litar jika
berlaku lebihan arus elektrik.
Selain ketiga-tiga komponen ini terdapat banyak lagi komponen yang kami ketahui
termasuk dengan fungsinya. Pemasangan sistem pendawaian perlu dilakukan dengan
betul dan sempurna supaya pendawaian yang dipasang dapat berfungsi dengan baik.
Ilmu yang kumpulan kami peroleh pada kelas amali pada kali ini dapat dimanfaatkan
dengan sempurna dan baik serta diaplikasikan pada kehidupan seharian kita.
20
ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK VET 3063
LAMPIRAN
RAJAH LITAR PENCAHAYAAN
21
top related