kursus orientasi dskp 4 (taklimat umum)
Post on 26-Jun-2015
2.216 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN(DSKP)
KURSUS ORIENTASI DSKP TAHUN 4KSSR 2013
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
…suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.
Akta 550 (Akta Pendidikan 1996)
KURIKULUM KEBANGSAAN
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KURIKULUM
Suatu pengalaman pembelajaran yang terancang ke arah mencapai penghasilan pembelajaran yang dihasratkan
(PPK, 2001)
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KOMPONEN KURIKULUM
KANDUNGAN
PEDAGOGI PENTAKSIRAN
KURIKULUM
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KANDUNGAN
• Isi mata pelajaran
• Matlamat dan objektif pembelajaran/hasil pembelajaran yang dihasratkan melalui mata pelajaran tersebut.
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
• Pengalaman pembelajaran yang seharusnya dilalui menerusi teknik dan kaedah yang berkualiti ke arah mencapai objektif pembelajaran.
• Susun atur pengalaman pembelajaran yang terancang bagi mencapai objektif pembelajaran.
PEDAGOGI
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TAKSIRAN
Kaedah yang digunakan dalam proses pembelajaran untuk menentukan objektif pembelajaran telah dicapai.
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
APAKAH KEPENTINGAN PENTAKSIRAN KEPADA GURU?
• Mendapatkan gambaran tentang perkembangan murid
• Menilai keberkesanan PdP
• Membantu memperbaiki PdP
• Membantu perancangan tindakan susulan
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
APAKAH KEPENTINGAN PENTAKSIRAN KEPADA MURID?
• Memahami tujuan mereka belajar dan mengetahui kemajuan pembelajaran mereka
• Meningkatkan motivasi dan keyakinan diri
• Memaklumkan murid tentang tindak susul
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PENTAKSIRAN DALAM BILIK DARJAH
PENTAKSIRAN FORMATIF PENTAKSIRAN SUMATIF
• Memantau perkembangan murid secara berterusan.
• Maklumat yang diperoleh digunakan bagi mempertingkatkan keberkesanan PdP.
• Kelemahan murid perlu dikenal pasti supaya dapat dipulihkan sebelum kelemahan ini terkumpul sehingga sukar diatasi.
• memberi lebih impak kepada pembelajaran dan pencapaian murid
Dijalankan pada akhir suatu tempoh pembelajaran dan bertujuan untuk mengetahui tahap penguasaan murid.
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
FORMATIF SUMATIF
• Assessment for learning • Semasa PdP• Tidak digredkan• Penekanan pada proses• Pelaporan dalam bentuk deskriptif• Berterusan • Maklumat membantu meningkatkan kualiti PdP
• Assessment of learning• Berlaku pada akhir suatu tempoh pembelajaran• Digredkan • Penekanan pada produk• Pelaporan dalam bentuk skor/gred• Berkala • Maklumat menunjukkan tahap pencapaian murid
PERBEZAAN ANTARA PENTAKSIRAN FORMATIF DAN SUMATIF
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
CADANGAN KAEDAH PENTAKSIRANFORMATIF
• Pemerhatian
• Lisan
• Hasil kerja
• Kuiz
• Drama dll.
• Tugasan• Projek
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Apa itu DSKP
Satu dokumen yang mengintegrasikan kurikulum dan pentaksiran.
DSKP menyenaraikan Standard Kandungan (SK), Standard Pembelajaran (SP) dan Standard Prestasi (SPi).
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Mengapa DSKP ?
• DSKP akan digunakan mulai Januari 2014 untuk Tahun 4
• Kurikulum merangkumi Kandungan, Pedagogi dan Pentaksiran.
•Memberi pengupayaan (empowerment) kepada guru-guru untuk membuat pentaksiran formatif dan sumatif di dalam bilik darjah.
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KURIKULUM BERASASKAN STANDARD
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.
STANDARD PRESTASI
Satu set kriteria umum yang menunjukkan tahap-tahap penguasaan murid sebagai petunjuk bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai (indicator of success)
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TAHAP PENGUASAAN
Kriteria pencapaian yang berasaskan setiap kelompok standard kandungan dan standard pembelajaran yang ditetapkan
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TAFSIRAN STANDARD PRESTASI SECARA UMUM
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN
1 Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.
2 Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.
3 Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.
4 Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.
5 Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu dengan mengikut prosedur atau secara sistematik serta tekal dan bersikap positif.
6 Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif serta boleh dicontohi.
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PELAPORAN TAHAP PENGUASAAN MURID
• Templat ms excel disediakan
• Guru perlu membuat pentaksiran sehingga lengkap satu kelompok standard kandungan dan pembelajaran
• Tidak secara dalam talian (standalone offline)
• Rekod disimpan di sekolah untuk tujuan pelaporan kepada ibu bapa
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
NOTA:
• Tiada ujian setara di peringkat daerah atau negeri
• Ujian pertengahan dan akhir tahun boleh dilaksanakan di sekolah
• Ujian-ujian bulanan peringkat sekolah tidak perlu dijalankan
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Terima Kasih
top related