kuliah 1 pitos 101

Post on 23-Jun-2015

1.265 Views

Category:

Education

7 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

PITOS 101Teori, Falsafah, dan Kaedah

Sejarah

Dr. Sah-Hadiyatan IsmailTel: 04-653 2279

Emel: sah.ismail@usm.my

SejarahSejarah

Apakah Sejarah?Sastera lama, asal usul keturunan,

salasilah, peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lalu, kisah, riwayat, tawarikh. [Kamus Dewan]

Perkataan Arab – Syajaratun (pohon)Al-Tarikh – TawarikhHistory – Historia dalam bahasa

Yunani purba yang bermaksud Penyelidikan

SejarahSejarahDionysius – Sejarah adalah satu bentuk

falsafah yang memberikan pengajaran melalui contohnya.

Ibn Khaldun – catatan / maklumat tentang masyarakat manusia dan tamadun dunia.

Croce – kisah tentang kebebasan dan semua sejarah adalah semasa

J.B. Bury – sejarah adalah sains, tidak kurang dan tidak lebih.

Collingwood – semua sejarah adalah sejarah pemikiran

SejarahSejarahE.H Carr – sejarah adalah satu proses

interaksi berterusan di antara ahli sejarah dan fakta-faktanya, satu dialog yg tidak berkesudahan di antara masa kini dan masa lampau.

Zainal Abidin Wahid – Sejarah membolehkan kita memeriksa, mengambil pengertian dan menimbangkan satu-satu perkara itu dengan lebih saksama dan sempurna...Sejarah juga boleh jadi petunjuk dan pemandu kita.

Teori SejarahTeori Sejarah

Kajian mengenai asal-usul kemunculan dan konsep sejarah dan pensejarahan serta perkembangannya melalui satu kaedah yang sistematik.

Persoalan – bentuk pertama dan kemunculan sejarah, bagaimana, bila, di mana?

Bagaimana manusia memahami dan mendapat manfaat daripada sejarah.

Sejarah Sebagai IlmuSejarah Sebagai Ilmu Penyelidikan Sejarah adalah kajian

tentang sesuatu peristiwa sejarah.Didasari dengan satu kaedah yang

sesuai bagi bidang sejarah – proses, matlamat, objektif.

Sejarah – satu disiplin ilmu pengetahuan yang mempunyai konsep dan teori, kaedah atau tatacaranya dan juga falsafahnya yang terdiri dalam proses mencari dan menentukan sifat dan kebenarannya.

Pensejarahan Pensejarahan“the record of events or the events

themselves”Pertalian relatif antara catatan peristiwa

dan peristiwa. Peristiwa yang terjadi dan dicatatkan sebagai SEJARAH

Pensejarahan – kajian mengenai bagaimana sejarah telah / sedang ditulis

Sejarah Penulisan SejarahBila anda belajar mengkaji pensejarahan

anda tidak mengkaji peristiwa masa lalu tetapi mengkaji perubahan interpretasi peristiwa sejarah tersebut dalam karya sejarawan.

Tradisi Tradisi Pensejarahan PensejarahanSejarah Penulisan Sejarah – Memahami

masa lalu merupakan satu daripada sifat manusia.

Telah muncul penulisan awal di Mesopotamia dan Mesir purba tetapi tiada penulis sejarah

Pensejarahan – Penulisan sejarah dalam bentuk naratif yang bertujuan untuk memberitahu generasi masa hadapan mengenai peristiwa yang berlaku.

Pensejarahan Yunani – paling awal muncul di Greek purba. Karya sejarah paling awal ialah The Histories, ditulis oleh Herodotus berasal Halicarnassus (484 BC–ca.425 BC) yang kemudiannya dikenali sebagai 'father of history’

Thucydides – menolak / meninggalkan kuasa ghaib dalam catatan peperangan di antara Athens dan Sparta.

Mewujudkan elemen rasional yang menjadi ikutan kepada penulisan sejarah barat selepasnya.

Pensejarahan Rom - Muncul selepas zaman keyunanian – Penulisan Biografi – penulis spt Livy, Plutarch, Cicero.

Pensejarahan Kristian – Perkembangan agama Kristian selepas Constantine I memeluk Kristian telah mewujudkan Pensejarahan Kristian yang dipengaruhi oleh ajaran Kristian dan kitab Bible. Menghasilkan pandangan baru terhadap sejarah.

Pensejarahan IslamUrwah ibn Zubayr – Perawi dari

AishaWahb ibn Munabbih – Qisas al

Anbia

Muhammad ibn Jarir al-Tabari

Ibn Khaldun - Muqaddimah

Pensejarahan China - Rekod sejarah China paling awal daripada Dinasti Shang.

The Spring and Autumn Annals, sejarah rasmi [official chronicle] Negeri Lu dari zaman 722 SM to 481 SM merupakan di antara teks sejarah yang awal yang disusun berdasarkan prinsip annalistic. Ianya dipercayai disusun oleh Confucius.

Pensejarahan Barat ModenMarx – Materialisma dan Dialetikal.

Sejarah manusia merupakan perjuangan kelas. Keupayaan pengeluaran masyarakat merupakan asas kepada ekonomi masyarakat. Perhubungan dan perjuangan kelas masyarakat berikutan dengan peningkatan ekonomi akan melalui beberapa tahap [Zaman Primitif, Hamba Abdi, Feudal, Kapitalis, Sosialis/Komunis]

Pensejarahan Melayu – Melayu merujuk kepada 2 iaitu Georgrafi dan Bahasa.

Pensejarahan Melayu Tradisional – penulisan pribumi dalam bahasa Melayu dan bahasa sukuan Melayu yang belum diresapi oleh nilai dan kaedah penulisan Barat.

Sastera Sejarah – Unsur sejarah dalam kitab dan hikayat - Tuhfat al-Nafis, Sejarah Melayu.

Ranke – ‘Bapa Sejarah Moden’ Wie es eigentlich gewesen – mengisahkan sebagaimana yang benar-benar berlaku. Penyampaian fakta-fakta adalah hukum agung dalam sejarah.

Sejarah seharusnya berlandaskan bukti, bukan kepada daya imaginasi yang sewenang-wenangnya.

Tujuan, Fungsi dan Tujuan, Fungsi dan Kepentingan SejarahKepentingan Sejarah

Pensejarahan dihasilkan untuk memaparkan kebenaran sesuatu peristiwa sejarah.

Kesedaran Sejarah – membolehkan seseorang mengenali diri, masyarakat dan negaranya. Sesuatu bangsa yang tidak tahu sejarahnya atau tidak mempunyai sejarah bermakna tidak mempunyai warisan dan tamadun.

Marwick “Masyarakat yang terumbang ambing”

Marwick – Sejarah sebagai ilmu untuk- Membolehkan seseorang atau

sesuatu masyarakat itu menentukan identiti dirinya.

- Membolehkan seseorang atau sesebuah masyarakat mengenal dirinya sendiri.

Melalui pengetahuan sejarah sesebuah masyarakat dapat memperolehi pengetahuan tentang dirinya.

Wang Gangwu – 3 sebab perlu sejarah

1.Untuk menjustifikasikan sesuatu tuntutan

2.Untuk dijadikan pendidikan praktikal dan moral

3.Untuk menjadikan sejarah sebagai satu disiplin yang mulia.

Manusia tertarik kepada masa lalu – pengalaman masa lalu sebagai sesuatu yang berguna kepada kita.

Santapan jiwa kepada manusia – naluri ingin tahu tentang bagaimana, apa, kenapa sesuatu itu terjadi.

Masa lalu sebagai petunjuk – “Belajar dari sejarah”

Kitaran Sejarah – Sejarah berkisar di sekitar wangsa pemerintah China. Justifikasi bagi setiap wangsa tersebut memerintah China. Penulisan sejarah secara rasmi.

Sejarah berulang – kewujudan, perkembangan, kemajuan dan keruntuhan empayar-empayar besar. Adakah Sejarah berulang?

Istilah dan kesimpulan umum hampir sama tetapi sejarah tidak berulang.

Pengajaran Sejarah yang berjaya akan

Merangsangkan perasaan ingin tahu dan semangat penyiasatan

Mendisiplinkan kebolehan taakulanMemupuk seni memberi penjelasan

dan berkomunikasi seseorangMemajukan tabiat berfikiran kritis

dan skeptikPengajian sejarah merupakan asas

untuk mencapai kearifan dan nilai manusia berpendidikan

Sekian, Terima Kasih

Dr. Sah-Hadiyatan Ismailsah.ismail@usm.my

04 653 22 79

top related