konsep pertumbuhan dan perkembangan (2)

Post on 29-Jun-2015

815 Views

Category:

Documents

4 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

KONSEP PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN MANUSIA

PISMP SEM 1 MT2• FARHALIZA BINTI HASSIM• ILLY NAZIHA BINTI SUKERI

• NURR FATEHANA BINTI ADUKA

MINGGU 2

TUGASAN TUTORIAL

• Pelajar berbincang dan membuat banding beza antara pertumbuhan dan perkembangan dari aspek JERIS.

DEFINISI PERTUMBUHAN MANUSIA

• Sebarang perubahan dalam diri manuasia yang boleh dinilai atau diukur secara kuantiti.

• Perubahan tersebut boleh diukur daripada satu peringkat perkembangan yang tertentu ke peringkat perkembangan yang lain yang lebih nilainya daripada yang asal.

• Perubahan yang berlaku dalam bentuk sesuatu yang boleh dilihat dengan mata kasar.

DEFINISI PERTUMBUHAN MANUSIA

• Perubahan dapat diukur secara kuantitatif umpamanya perubahan yang bersifat jasmani seperti tinggi, berat badan dan pertambahan saiz badan.

• Proses pertumbuhan tersebut akan mencapai kemuncaknya apabila seseorang individu mencapai tahap kematangan.

DEFINISI PERTUMBUHAN MANUSIA

• Aspek- aspek mental dan fizikal bersama secara tidak langsung membantu pertumbuhan manusia.

• Proses perubahan yang berlaku sebenarnya sudah sedia terencana dalam gen- gen (baka)seorang individu. Gen tersebut diwarisi oleh pembawaan keturunan.

CIRI- CIRI PERTUMBUHAN MANUSIA

1. Bersifat kuantitatif dan diukur melalui peredaran masa.Contoh: berat bayi selepas dilahirkan 2.7 kg, setahun kemudian bertambah menjadi 8 kg.

2. Kadar kecepatan pertumbuhan berbeza antara seorang individu dengan seorang individu yang lain. Contoh: Pertumbuhan gigi dua orang budak berlainan.

3. Anggota yang berlainan mengalami kadar pertumbuhan yang berbeza.Contoh: selepas lahir, organ di bahagian kepala akan lebih dahulu tumbuh, diikuti bahagian tengah badan dan seterusnya kaki.

4. Perubahan berlaku dalam berbagai- bagai sifat seperti saiz, tinggi dan struktur. Contoh: individu akan mengalami pertambahan tinggi yang mendadak bila sejak memasuki alam remaja.

5. Corak pertumbuhan adalah unik antara seorang individu yang lain tetapi asasnya sama. Contoh: setiap individu pada asasnya akan mengalami pertumbuhan gigi. Tetapi masa yang dicapai berlainan antara setiap individu yang lain.

6. Pertumbuhan manusia ditentukan oleh baka.Contoh: jika kedua ibu bapa seorang yang tinggi, anak- anak mereka juga akan tinggi.

6. Pertumbuhan bergantung pada kematangan.Contoh: secara amnya pertumbuhan dari segi berat badan dan tinggi akan mencapai kemuncaknya ketika seseorang itu berumur sekitar 20 tahun.

7. Pertumbuhan individu akan berlaku secara pesat bila dia mencapai akil baligh.Selepas akil baligh, pertumbuhan tinggi dan berat badan remaja akan melonjak dengan cepat.

8. Kadar pertumbuhan berbeza antara lelaki dan perempuan. Biasanya, kanak- kanak perempuan akan mengalami pertumbuhan yang lebih cepat dua tahun daripada kanak- kanak lelaki yang sama umur dengannya yang belum akil baligh.

DEFINISI PERKEMBANGAN MANUSIA

• Perkembangan tidak dapat diukur dengan kuantitatif.

• Walaupun tidak dapat diukur, perkembangan seseorang individu itu akan dapat dikesan.

• Perkembangan ialah satu proses perubahan yang berterusan dan kumulatif.

• Perubahan- perubahan dalam bentuk fungsi dan proses.

DEFINISI PERKEMBANGAN MANUSIA

• Atan Long( 1980)Perkembangan manusia ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Sifat dan perubahan ini tidak dapat diukur tetapi jelas jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal.

• Paul Eggan & Don Kauchak(1997)Perkembangan ialah perubahan yang berurutan dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada kematangan, pembelajaran, dan pengalaman.

DEFINISI PERKEMBANGAN MANUSIA

• Slavin (1997)Individu yang mengalami perkembangan sepanjang hayat mereka iaitu perkembangan fizikal, perkembangan personaliti, perkembangan sosioemosi, dan bahasa dan lain- lain.

CIRI- CIRI PERKEMBANGAN MANUSIA

1. Perkembangan merupakan satu bidang multidimensi dan pelbagai.

Perkembangan manusia boleh dibahagikan kepada 4 dimensi utama iaitu:

- perkembangan biologi- perkembangan kognitif- perkembangan emosi- perkembangan sosial

2. Perkembangan adalah perubahan dari segi kemahiran dan kebolehan.Contoh: kebolehan menyesuaikan diri dengan kawan akan berkembang apabila umur sesorang itu meningkat.

3. Proses perkembangan berterusan sepanjang hayat seseorang individu.Seseorang boleh menambah ilmu baru sepanjang hayatnya.

4. Perubahan tingkah laku berlaku dalam keadaaan yang berterusan dan menerusi peringkat- peringkat perkembangan tertentu. Contoh: individu akan belajar tingkah laku yang sesuai dengan peringkat umurnya daripada orang- orang yang signifikan dalam hidupnya.

5. Peringkat- peringkat perkembangan membawa perubahan yang menuju kearah tertentu serta dijangkakan.Contoh: seseorang remaja berumur 25 tahun, kita menjangkakan dia akan mencari pekerjaan dan pasangn hidup.

6. Perkembangan bersifat kumulatif terutama perkembangan ilmu pengetahuan dan kemahiran.Contoh: Kanak- kanak yang tidak mengenal nombor atau memahami konsep nombor, tidak boleh diajar operasi tambah dan tolak.

7. Perkembangan yang dialami oleh seseorang individu adalah berbeza dari individu yang lain.Contoh: ada kanak- kanak yang cepat membaca sebelum masuk darjah satu lagi, ada pula yang lambat dapat membaca semasa berada dalam darjah tiga.

PERSAMAAN DAN PERBEZAAN PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN MANUSIA

PERSAMAAN

• Proses ini membabitkan manusia. • Mempunyai corak tertentu. • Susunan sama bagi semua ahli. • Berlaku secara berterusan

PERBEZAAN

ASPEK PERTUMBUHAN PERKEMBANGAN

Jasmani Tinggi, saiz, berat, pertumbuhan gigi, urat daging dan saraf pancaindera

Kemahiran menggunakan anggota badan seperti merangkak, berjalan, melompat dan berlari.

Mental Keupayaan berfikir bertambah termasuk perkara yang subjektif.

Kemahiran menggunakan bahasa, angka dan membuat penaakulan

Emosi Memiliki pelbagai ragam perasaan sayang, gembira, riang, cemburu, duka, marah dan takut.

Memahami konsep perasaan, menguasai dan mengawal perasaan ketika marah, takut dan cemburu.

Sosial Kenalan semakin bertambah. Keupayaan memilih kenalan.

Struktur Mengikut pola dari kepala ke kaki dan dari tengah ke sisi.

Mengikut kematangan dan pengalaman pembelajaran

RUJUKAN

1. Perkembangan pendidikan pra sekolahKasnani Ab Karim, Ramlan Jantan, Akmal Hisyam Ar Syad, Siti Nursyafika Kamarudin.2. Psikologi pendidikanShahabudin Hashim, Mahani Razali, Ramlan Jantan.3. Perkembangan Kanak- KanakHaliza Hamzah, Joy N. Samuel.

top related