konsep perniagaan
Post on 29-Jun-2015
1.781 Views
Preview:
TRANSCRIPT
LIANA BINTI RAMLI MA0141568-P
Konsep perniagaan yang digunakan oleh syarikat LIANA BINTI RAMLI ini merupakan sebuah perniagaan pemilikan tunggal. Pengusaha mengusahakan perniagaan menjual kerepek sebagai produk utama syarikatnya. Pengusaha akan memastikan setiap produk yang dikeluarkan merupakan produk yang 100% asli dan tidak mempunyai campuran- campuran lain.
Pada permulaan perniagaan, pengusaha hanya menjual satu jenis kerepek sahaja iaitu produk utama kerepek kacang peas. Ia merupakan produk buatan sendiri dan ianya merupakan resepi sendiri pengusaha. Produk ini mulanya dijual dan dibungkus mengikut kehendak pelanggan dijual dan diproses mengikut jangka masa yang sesuai selepas sesuatu produk itu dikeluarkan.
Memulakan sesuatu perniagaan bukan sekadar mengubah kehidupan, tetapi merupakan pelaburan kewangan utama bagi seseorang usahawan. Justeru itu sebalik sahaja mengambil keputusan untuk berniaga, setiap pengusaha perlu menyedari sepenuhnya komitmen yang perlu dilaksanakan.
Oleh itu pengusaha perlu memperlengkapkan diri dengan maklumat-maklumat sesuai, yang tepat dan terkini berkaitan dengan perniagaan yang akan diceburi.Perolehan jualan serta keuntungan boleh mencapai tahap yang tinggi jika lokasi dan pasarannya adalah sesuai dan keluaran yang dihasilkan bermutu tinggi. Walaubagaimanapun pasaran kerepek adalah sangat kompetitif. Oleh itu, kerap terdapat premis-premis menjual makanan ringan ini yang tidak dapat bertahan lama, terutama mereka mereka yang dibandar-bandar besar. Hanya premis-premis yang mengeluarkan berbagai jenis produk yang menepati kehendak setempat, dengan harga yang berpatutan mampu bersaing di dalam pasaran-pasaran yang mencabar.
Perniagaan ini boleh dikategorikan sebagai perniagaan yang sederhana stabil dengan tahap risiko yang rendah dengan pertumbuhan yang tinggi serta berpotensi untuk dimajukan oleh usahawan sebagai perniagaan yang sederhana stabil dengan tahap risiko yang rendah pertumbuhan yang tinggi serta berpotensi untuk usahawan sebagai perniagaan pemilikan sendiri.
PRODUK UTAMA
H/P: 012-6139739 / 019-2639739FAX : 06 4319739
LIANA BINTI RAMLI MA0141568-P
1. Kerepek Kacang Peas
Satu produk yang dipasarkan meluas sekitar kawasan Negeri Sembilan, Melaka dan juga Kuala Lumpur. Kerepek kacang peas ini mendapat sambutan yang menggalakkan kerana ianya 100% buatan tangan dan rasanya sangat sedap.
PRODUK
Gambar 1: Kerepek kacang peas yang dijual
TARGET PENJUALAN
H/P: 012-6139739 / 019-2639739FAX : 06 4319739
LIANA BINTI RAMLI MA0141568-P
Selepas penjualan kerepek yang dijalankan mendapat sambutan yang amat menggalakkan, pengusaha juga mencuba mempelbagaikan jualan kerepek yang lain termasuklah kuih-kuih tradisiaonal seperti kuih ros, kuih dedan, tempeyek dal dan juga muruku biasa. Kuih-kuih ini mendapat sambutan yang banyak apabila tibanya musim perayaan dan juga cuti sekolah.
Oleh itu, pengusaha ini memperluaskan skop kawasan pembuatan,pemprosesan dan juga pembungkusan yang lebih efektif dan kualiti serta kuantiti produk yang dihasilkan menjangkau kearah permintaan pelanggan yang semakin ramai.
a) Pembungkusan Produk
Buat masa ini, syarikat LIANA BINTI RAMLI menjalankan segala pemprosesan serta pembungkusan makanan di kediaman pengusaha sendiri kerana pengusaha tiada bengkel khas untuk menjalankan aktiviti pemprosesan bagi makanan yang diproses.. Oleh itu, kertas kerja ini diadakan untuk mendapatkan pinjaman daripada pihak yang berkaitan untuk membina bengkel pemprosesan serta makanan dan juga stor penyimpanan makanan yang dijalankan. Proses pembungkusan dijalankan menggunakan sealing secara manual iaitu menggunakan tangan.
b) Ruang Pemprosesan
Pengusaha memerlukan ruang pemprosesan yang agak besar kerana ketika ini pengusaha menjadikan kawasan kediaman pengusaha sebagai tempat memproses kerepek yang dijalankan. Aktiviti ini dibantu sepenuhnya oleh 2 orang pekerja agar kerja yang dijalankan lebih cepat dan kerepek yang digoreng tidak cepat lemau.Contoh:
Kerepek Kacang Peas
1 produk 500gram(Pek Besar)
= RM12.00
1 produk 100gram(Pek Kecil)
= RM2.50
H/P: 012-6139739 / 019-2639739FAX : 06 4319739
LIANA BINTI RAMLI MA0141568-P
Syarikat LIANA BINTI RAMLI ini dikendalikan sendiri oleh pengusahanya,
iaitu Liana Binti Ramli dan dibantu oleh dua (2) orang pekerja yang
membantu premis ini bergerak sehingga sekarang. Pengalaman selama
tahun membuat kerepek kacang peas telah mematangkan pengusaha untuk
terus berusaha untuk memajukan lagi perniagaannya dengan membesarkan
premis yang sedia ada.
Pengusaha mencuba mempelbagaikan jenis kerepek yang dijual dan dengan ini pengusaha dapat menarik perhatian ramai pelanggan dan pemborong yang datang berkunjung ke premisnya.Pengusaha juga menitikberatkan pembungkusan yang rapi serta kemas dan juga menarik. Kualiti kebersihan juga amat dititikberatkan oleh pengusaha.
Setiap pekerja yang bekerja disini diwajibkan memakai sarung tangan ketika proses pengasingan, pemasakan dan pembasuhan dan juga proses pembungkusan. Hygiene yang baik merangsang keadaan kerepek yang baik dan juga tahan lama untuk pengguna.
Maklumat Pengurusan
Carta organisasi dipaparkan dalam Rajah 1.
Rajah 1: Carta Organisasi
Misi Perniagaan
“Kami Menawarkan Perkhidmatan Berkualiti Tinggi Yang Pantas,Efisyen Dan Boleh Dipercayai”
1. RANCANGAN PENGURUSAN
H/P: 012-6139739 / 019-2639739FAX : 06 4319739
Pemilik
Pekerja AmPekerja Am
LIANA BINTI RAMLI MA0141568-P
Pengurusan merupakan satu sistem pengawalan yang amat penting dalam
sesebuah organisasi yang telah ditubuhkan.Ia bertujuan untuk
menyelaraskan dan membentuk satu pakatan untuk mencapai sesuatu
matlamat yang telah ditetapkan oleh pengusaha. Ianya merangkumi
penggunaan sumber-sumber manusia, kewangan dan teknologi dan juga
sumber alam semulajadi contohnya cahaya matahari dan juga air sungai.
LIANA BINTI RAMLI menekankan pengurusan yang sistematik agar misi dan
visi yang dirancang tercapai tanpa pengeluaran modal yang berlebihan dan
dalam masa yang sama ia dapat mengaut keuntungan yang agak lumayan.
Sebagai pengusaha yang baru sahaja menceburi bidang perusahaan ini,
pengusaha perlulah menyediakan catitan setiap aktiviti keluar masuk wang.
Dua 2 jenis rekod yang dicadangkan ialah rekod pengurusan dan juga rekod
kewangan.
Rekod Pengurusan ialah sebuah rekod yang merekod dan mencatit setiap
pengeluaran dan kemasukan wang ke dalam perniagaan yang diuruskan
oleh pengusaha. Walaupun pengusaha menjalankan perniagaan yang kecil,
rekod pengurusan ini perlu ada agar dapat membaiki kelemahan pengurusan
dari peringkat ke peringkat.
Rekod Kewangan pula adalah rekod yang digunakan untuk menentukan
paras keuntungan dan kerugian, mengurangkan kos-kos pembaziran dan
juga membantu menyediakan kertas kerja bagi tujuan membesarkan
perniagaan pada masa akan datang.
H/P: 012-6139739 / 019-2639739FAX : 06 4319739
LIANA BINTI RAMLI MA0141568-P
1.1 KELENGKAPAN
Semua jenis perniagaan memerlukan kelengkapan dan peralatan pada
peringkat permulaan perniagaan. Sebelum mendapatkan kelengkapan dan
peralatan anda perlu memutuskan sama ada untuk membeli atau memajak.
Pemajakan membolehkan pengusaha untuk mendapatkan keperluan
kelengkapan tanpa wang pendahuluan yang besar. Dengan cara ini
pengusaha dapat mengurangkan keperluan kewangan dan membolehkan
modal digunakan untuk perbelanjaan perniagaan yang lain. Bagi perniagaan
baru, pemajakan adalah suatu alternatif yang baik.
Pengusaha mungkin perlu melabur sebanyak RM100,000 untuk kelengkapan-
kelengkapan baru sebuah kedai menjual kuih mahupun kerepek kerana kos
untuk membeli mesin-mesinnya mencecah puluhan ribu ringgit seunit. Jika
ingin memulakan dengan peruntukan yang lebih kecil, pengusaha boleh
membeli pakej kelengkapan terpakai dengan harga yang lebih rendah.
Sistem penyelenggaraan kelengkapan yang baik harus mempunyai item-
item seperti berikut:
• daftar logi
• lembaran pemeriksaan
• kad-kad sejarah
• gambarajah mesin
• peralatan-peralatan, barang-barang ganti dan kepakaran teknikal
H/P: 012-6139739 / 019-2639739FAX : 06 4319739
LIANA BINTI RAMLI MA0141568-P
Bagi rancangan pemasaran, LIANA BINTI RAMLI telah mensasarkan
sebahagian produk yang dijualnya ke sekitar kawasan berhampiran iaitu
sekitar kawasan Negeri Sembilan, Melaka dan perniagaannya initelah
dikembangkan ke cawangan sekitar Kuala Lumpur dan produk yang dijual
mendapat sambutan yang memberansangkan lebih-lebih lagi pada musim
perayaan.
Perniagaan kerepek kacang hijau LIANA BINTI RAMLI ini dihasilkan melalui
kaedah manual yang dipantau sendiri oleh pengusahanya agar kualiti
penghasilan dan produk yang telah dihasilkan terjamin kualiti dan
kuantitinya.
Bagi setiap pengusaha yang ingin mendapatkan hasil pemasaran yang baik
dari segi pemasaran mahupun dari produktiviti yang dijual, perlulah ada
strategi yang baik serta perkhidmatan yang teratur dan berkualiti.
Oleh kerana keadaan ekonomi Negara yang tidak menentu, pengusaha
mengambil insentif untuk meluaskan perniagaannya kearah yang lebih stabil
dengan membina sebuah bengkel perusahaan agar pembuatan serta
pembungkusan yang sebelum ini dijalankan di kediaman pengusaha sendiri
akan lebih teratur dan terurus dengan lebih sempurna. Oleh itu, pengusaha
mengambil manfaat agar berusaha dengan lebih gigih dan meningkatkan
produktiviti produk yang diusahakannya dengan lebih efektif.
2.1 Penyelidikan Pasaran
Memulakan sesuatu perniagaan bukan sekadar mengubah kehidupan, tetapi merupakan pelaburan kewangan utama bagi seseorang usahawan. Justeru
H/P: 012-6139739 / 019-2639739FAX : 06 4319739
LIANA BINTI RAMLI MA0141568-P
itu sebaik sahaja mengambil keputusan untuk berniaga, anda perlu menyedari sepenuhnya komitmen yang perlu anda laksanakan.
Lokasi
Lokasi merupakan faktor paling penting yang menentukan kejayaan sesuatu perniagaan dalam pasaran makanan. Sasaran pasaran anda dan demografi pengguna memainkan peranan yang sangat besar di dalam keputusan pemilihan lokasi.
Sebelum memulakan sesuatu perniagaan, pengusaha perlu terlebih dahulu menyiasat dan meneliti kemungkinan permintaan bagi produk yang dijual dan siapakah yang bakal menjadi pelanggan pengusaha nanati. Ini termasuk di dalam penyelidikan pasaran. Penyelidikan pasaran yang dibuat dengan teliti akan membuat tahap daya maju perniagaan pengusaha.Penyelidakan juga dapat mengganggarkan jumlah pelaburan yang diperlukan, menentukan saiz permintaan bagi produk dan ini dapat membantu pengusaha mengenali lokasi yang terbaik.
Setiap perniagaan biasanya memerlukan daya penarik kepada sekumpulan orang tertentu yang akan menjadi pelanggan-pelanggan utama mereka. Pengusaha boleh mengkategorikan pelanggan-pelanggan kepada segmen-segmen pasaran yang jelas. Jika segmen-segmen ini dikenalpasti, maka ini dapat membantu pengusaha menganggarkan potensi saiz pasaran, mengenalpasti keperluan spesifik mereka dan membantu pengusaha menyesuaikan perniagaan dan pemasaran untuk memenuhi keperluan mereka.
Untuk memberikan anda idea tentang persaingan, pengusaha juga perlu menyelidiki lain-lain perniagaan yang sama dalam kawasan pengusaha untuk mengenalpasti peluang-peluang dan ancaman-ancaman yang bakal dihadapi oleh perniagaan.
Penyelidikan industri pula adalah berguna untuk memberi gambaran yang lebih tepat mengenai industri dalam mana anda bersaing termasuk faktor-faktor kejayaan utama, trend-trend, cabaran-cabaran dan peluang-peluang yang sedia wujud. Untuk memudahkan penyelidikan, pengusaha dinasihatkan supaya memecahkan penyelidikan kepada dua bahagian yang berasingan:
2.1.a. Penyelidikan Tempatan
H/P: 012-6139739 / 019-2639739FAX : 06 4319739
LIANA BINTI RAMLI MA0141568-P
Penyelidikan tempatan melibatkan penilaian secara fizikal kebolehlaksanaan perniagaan pengusaha dalam sesuatu persekitaran tertentu dan mungkin berbentuk pemerhatian secara fizikal, temu ramah, dan perbincangan dengan rakan perniagaan tempatan.
2.1.b. Penyelidikan Persekitaran Lebih Luas
Penyelidikan persekitaran lebih luas melibatkan kajian faktor-faktor luaran yang boleh memberi kesan kepada kejayaan perniagaan anda merangkumi dari yang lebih luas seperti politik dan ekonomi kepada perubahan-perubahan dalam kawasan perniagaan tempatan.
Rujukan yang biasa digunakan untuk mendapatkan maklumat termasuk dari Majlis Perbandaran Tempatan, persatuan-persatuan industri dan perniagaan, media secara umum dan Internet.
Kaedah tinjauan atau survei secara formal boleh dilakukan menggunakan beberapa cara termasuk temubual individu ke individu, surat menyurat secara terus, dan temu bual telefon. Walau bagaimanapun, setiap jenis tinjauan mempunyai kebaikan dan kelemahan tersendiri termasuk dari segi kos
2.2 LOKASI PERNIAGAAN
Untuk memulakan perniagaan kerepek serta kuih tradisional, lokasi perniagaan ini terbahagi kepada 2 iaitu:
a. Rumah Kedaib. Kaki Lima (Walkway)
(a) Rumah Kedai
1. Sekiranya anda memilih tapak Rumah Kedai di kawasan taman perumahan, pastikan dahulu berapa banyak rumah kediaman dan
H/P: 012-6139739 / 019-2639739FAX : 06 4319739
LIANA BINTI RAMLI MA0141568-P
kepadatan penduduk di taman tersebut di dalam lingkungan 5 km dari kedai anda.
2. Membuat kajian mengenai kuasa membeli penduduk, di mana beberapa faktor perlu diambil kira seperti :
• Taraf pendidikan sebahagian penduduk• Fizikal luaran penduduk• Pekerjaan• Ramai kenalan dan saudara mara
3. Mengenalpasti pusat tumpuan orang ramai seperti pusat membeli belah, pasar malam dan pasar tani.
4. Kemudahan institusi pendidikan seperti sekolah, universiti, maktab perguruan, kem askar dan lain-lain lagi.
5. Rumah Kedai tersebut juga menjadi laluan utama oleh syarikat pembekal
6. Mudah untuk mendapat barang-barang keperluan lain seperti Utensil dan Plastic Packaging
7. Jika boleh lokasi yang dipilih hendaklah di tempat tumpuan ramai seperti di sebelah Pasaraya, Klinik, Hentian Bas, Balai Polis, Masjid atau berhampiran Pasar.
(b) Kaki Lima (Walk Way)
1. Membuka perniagaan jualan kuih tradisional di kawasan pejalan kaki, seperti di bandar-bandar besar.
2. Lokasi lain yang sesuai adalah seperti di dalam pusat membeli-belah, bazar, perhentian bas dan di dalam bangunan pejabat.
3. Mempunyai aliran trafik yang tinggi, di mana pelanggan yang masuk ke kedai adalah pelanggan yang bersilih ganti.
2.3 PERSAINGAN DILOKASI PILIHAN
H/P: 012-6139739 / 019-2639739FAX : 06 4319739
LIANA BINTI RAMLI MA0141568-P
LOKASI CADANGAN1. Sekiranya terdapat persaingan perniagaan yang
sama dari kedai kuih tradisional yang lain, maka beberapa pendekatan perlu
diambil kira iaitu :
• Konsep perniagaan yang berbeza dari pesaing.
• Memastikan produk yang akan dihasilkan berkualiti dan
bermutu.
• Menerapkan cara perniagaan yang sihat, dan cuba
meyakinkan orang ramai bahawa produk yang dihasilkan
adalah suci dan bersih.
• Menghasilkan produk yang berlainan pelbagai rasa dan
pelbagai bentuk. Ini bergantung kepada daya kretiviti
mencipta pelbagai produk dan resepi
• Mempunyai system pengurusan yang cekap dan efisin, di
mana setiap pekerja mempunyai Training Manual yang perlu
diikuti.
• Menggunakan teknologi maklumat (IT) untuk melakukan
aktiviti mengambil pesanan, promosi dan pemasaran, seperti
email dan laman web.
• Pengedaran flyers dan risalah untuk memaklumkan jenis
produk dan harga promosi yang ditawarkan.
2.4 PEKERJA
Perniagaan kerepek kacang peas ini hanya diusahakan oleh pengusahanya
sendiri serta dibantu oleh 2 orang pekerja dan juga suami beliau sendiri.
Setiap pekerja telah membantunya dari segi pelabelan dan juga
pembungkusan setiap kerepek yang akan dijual. Gaji mereka setiap hari
adalah RM10.00 sehingga RM15.00.
H/P: 012-6139739 / 019-2639739FAX : 06 4319739
LIANA BINTI RAMLI MA0141568-P
2.5 STRATEGI PEMASARAN
Untuk strategi pemasaran bagi perusahaan kerepek kacang peas LIANA
BINTI RAMLI, pengusaha mementingkan keutamaan pelanggan yang
menempah dari pengusaha. Keutamaan pelanggan termasuklah kepuasan
pelanggan dari segi produk makanan yang dijual bahkan, kuantiti makanan
serta kualiti yang dijual. Pengusaha juga bergerak sendiri menjual produk-
produk syarikatnya dari kedai ke kedai dan pengusaha juga menggunakan
pengedar-pengedar yang terdiri daripada teman-teman rapat serta saudara-
mara yang berminat untuk menceburi bidang ini.
LIANA BINTI RAMLI juga mengutamakan harga yang berpatutan bagi
barang-barang yang dipasarkan.
Untuk memperluaskan perniagaannya dan dikenali oleh orang ramai, LIANA
BINTI RAMLI bukan sahaja menjual kerepeknya dalam bungkusan yamg
besar, bahkan pengusaha mempelbagaikannya dalam bidang gubahan serta
dijadikan goodies bagi majlis perkahwinan serta majlis-majlis tertentu. Ini
sedikit sebanyak dapat meningkatkan produktiviti yang dijualnya meningkat
dan juga mudah dikenali orang ramai.
2.6 SASARAN PERNIAGAAN
Sekitar kawasan Negeri Sembilan, Melaka dan Kuala Lumpur Kedai-kedai makan serta kedai-kedai runcit Penduduk sekitar kawasan yang berhampiran
H/P: 012-6139739 / 019-2639739FAX : 06 4319739
LIANA BINTI RAMLI MA0141568-P
2.7 STRATEGI HARGA
LIANA BINTI RAMLI adalah sebuah syarikat yang mementingkan keperluan
dan kepuasan pelanggannya. Bagi harga setiap produk yang dijual,
pengusahanya sentiasa memastikan harga yang dikenakan adalah
berpatutan dengan kualiti produk itu sendiri. Pengusaha juga mengambil kira
harga persaing-persaing yang berdekatan dengan premis pengusaha. Jika
ada masa lapang, pengusaha akan berkunjung ke kedai jualan makanan
ringan yang lain dan mencuba makanan disitu dan sentiasa melihat harga
yang digunakan oleh pengusaha disitu. Ini sedikit sebanyak membuahkan
ilham agar pengusaha dapat menyelarasan harga makanan yang
dikeluarkannya seperti harga kedai yang lain. Setiap produk yang dijual
khususnya kerepek yang dikeluarkan tahan lebih lama.
Harga goodies yang dijual mengikut packages:100 – 200 = RM0.70300 – 500 = RM0.60500 – 1000 = RM0.50
2.8 STRATEGI PERKHIDMATAN
Untuk strategi perkhidmatan pula, LIANA BINTI RAMLI akan sentiasa
memberi perkhidmatan yang baik kepada pelanggan yang datang membeli
mahupun yang cuma datang ‘berkunjung’ sahaja. Setiap pelanggan akan
dilayan sama sahaja tidak kira usia mahupun bangsa. Bagi pengusaha,
dengan layan yang baik dan mesra ini sedikit sebanyak mempengaruhi
kedatangan pelanggannya ke premis serta dapat membawa kepada
tempahan yang agak banyak. Biarpun mutu makanan cukup istimewa tetapi
layanan yang agak mengecewakan, pelanggan mungkin tidak akan datang
ke premis yang diusahakan. Maka pengusaha menekankan bahawa layanan
kepada setiap pelangannya cukup diutamakan terlebih dahulu.
H/P: 012-6139739 / 019-2639739FAX : 06 4319739
LIANA BINTI RAMLI MA0141568-P
3.1 STOK DAN PEMBEKAL
Stok dan perhubungan dengan pembekal memainkan peranan yang penting di
dalam sesebuah perniagaan runcit. Pengurusan stok merupakan suatu seni yang
harus dapat mengimbangi kos menyimpan terlalu banyak dengan kos menyimpan
terlalu sedikit stok. Menyimpan terlalu banyak stok akan menyusutkan tahap
kewangan kerana wang tersangkut dalam bentuk stok, sebaliknya jika stok tidak
mencukupi boleh menyebabkan perniagaan kehilangan pendapatan kerana
kekurangan jualan dan pilihan untuk pelanggan-pelanggan.
Ramuan-ramuan utama didalam pembuatan reroti adalah tepung, rai dan lain-lain
bijirin, air, yis, garam, minyak dan lemak, gluten, bahan pembaik roti, gula, produk-
produk susu, telur, buah-buah kering, bahan-bahan soya dan pelbagai ramuan lain
seperti kekeras-kekeras, keju, serbuk bawang putih, keping-keping bawang, biji
bijan, kas-kas dan sebagainya. Tepung merupakan bahan utama didalam
pengeluaran reroti dan rai merupakan bijirin yang kedua paling popular selepas
gandum. Air ialah bahan utama doh dan seharusnya tidak mengandungi sebarang
bakteria yang merbahaya, serta bebas dari bau, rasa dan warna. Yis memainkan
peranan yang penting dalam pengeluaran reroti dan diedarkan dalam bentuk basah
dan kering.
Fermentasi yis dipengaruhi oleh garam dalam doh yang mengurangkan kadar
pengeluaran gas. Bahan pembaik roti adalah campuran serbuk satu atau lebih
agen-agen ubahsuaian gluten dan sangat penting untuk mengawal kualiti roti.
Pemilihan bahan pembungkusan untuk produk makanan biasanya dibuat di atas
dasar kos, hayat penyimpanan yang diperlukan, dan rupabentuk. Bahan-bahan
mentah yang digunakan secara meluas ialah politena, filem selulosa bersalut dan
polipropilina berorientasi bersalut.
H/P: 012-6139739 / 019-2639739FAX : 06 4319739
LIANA BINTI RAMLI MA0141568-P
Jenis dan banyaknya ramuan yang anda pesan akan bergantung kepada produk-
produk yang anda jual. Kebiasaannya, anda harus peruntukkan sebanyak 35% dari
pendapatan kasar mingguan anda untuk stok. Lebih dari separuh adalah diperlukan
untuk membeli tepung dan jarak pesanan terbaik ialah setiap minggu atau dua
minggu dan ianya dibeli dari kilang atau pembekal-pembekal yang berdekatan.
Apabila membeli stok terdapat dua perkara penting yang harus dipertimbangkan.
Pertama, anda perlu mempunyai suatu system untuk mengetahui stok yang perlu
diganti serta kaedah untuk meramal bila stok akan berkurangan. Kedua, anda perlu
memahami sistem penghantaran pembekal anda, seperti tempoh penghantaran
dan kitaran penghantaran mereka. Anda akan menghadapi masalah kekurangan
stok sekiranya anda tidak mengetahui kekangan-kekangan masa dan jadual
penghantaran pembekal-pembekal, terutamanya jika anda membuat pesanan
terlalu lambat.
Sistem pembelian stok yang biasa digunakan ialah pembelian secara kegunaan
semasa (‘just-in-time’) dan pembelian secara pukal. Pilihan kaedah pembelian
terbaik bergantung kepada kapasiti penyimpanan sedia ada dan modal kerja, sama
ada item tersebut boleh rosak apabila disimpan lama dan penjimatan kos yang
boleh diperolehi jika membeli secara pukal.
Pendekatan yang didapati paling berkesan di dalam perniagaanbakeri runcit ialah
untuk mengambil seorang pembuat reroti/ pengurus dan seorang pembantu
pembuat reroti. Pembuat reroti/pengurus biasanya ditugaskan untuk membeli
stok,berurusan dengan pembekal-pembekal dan menyelia pengeluaran sementara
pembantu pembuat reroti akan bekerja secara shif.
H/P: 012-6139739 / 019-2639739FAX : 06 4319739
LIANA BINTI RAMLI MA0141568-P
3.2 OPERASI PERNIAGAAN
Premis ini beroperasi setiap hari dari pukul 9 pagi sehingga 5 petang.
Pengusaha juga menerima tempahan pada bila-bila masa dan penghantaran
pada kawasan yang berhampiran adalah percuma.
3.3 PEMASARAN DAN PROMOSI
1. Aktiviti pemasaran dan promosi memainkan peranan yang penting dalam
usaha memperkenalkan perniagaan bakeri yang baru dijalankan.
2. Sebelum menjalankan sesuatu aktiviti pemasaran, bakal pengusaha
bakeri perlulah mengetahui jumlah bajet atau perbelanjaan yang bakal
digunakan untuk tujuan pemasaran dan promosi. Ini kerana perniagaan
kuih tradisional yang baru bermula memerlukan lebih banyak aktiviti
promosi dan pemasaran bagi memperkenalkannya di mata masyarakat.
3. Pada peringkat permulaan, promosi bolehlah dilakukan dengan cara
mengedarkan broucher, pamplet, flyer, handbill, banner, banting dan
lain-lain.
4. Risalah bolehlah diedarkan kepada orang ramai yang lalu-lalang di
hadapan kedai manakala banner dan banting hendaklah digantung di
tempat-tempat yang mudah dilihat oleh orang ramai.
5. Sekiranya pengusaha mempunyai bajet yang besar bagi tujuan promosi,
beliau bolehlah menggunakan media elektronik seperti televisyen dan
radio serta internet. Menyediakan lawab web syarikat adalah digalakkan
kerana ianya akan memudahkan pelanggan mengakses maklumat terkini
mengenai syarikat dan produk dengan lebih cepat dan menjimatkan kos.
6. Untuk promosi pengenalan produk, pengusaha bolehlah memberi sedikit
diskaun bagi setiap pembelian produk bagi menarik lebih ramai
pelanggan datang ke situ.
7. Pengenalan kad ahli juga boleh dilakukan bagi tujuan menggalakkan
pelanggan kekal membeli produk bakeri di kedai anda.
H/P: 012-6139739 / 019-2639739FAX : 06 4319739
LIANA BINTI RAMLI MA0141568-P
3.4 LESEN PERNIAGAAN
1. Pendaftaran Perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia
2. Pendaftaran Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan
3. Pendaftaran Perniagaan dengan Kementerian Kewangan (Untuk Tender)
3.5 LOGO
Logo adalah suatu gambaran visual yang berupaya membina imej sesuatu
perniagaan. Rekabentuk tanda perniagaan di luar juga memainkan peranan
yang penting dalam menggambarkan imej perniagaan anda. Pengiklanan
digunakan untuk meningkatkan kesedaran tentang perniagaan anda,
merangsang jualan dan mewujudkan nic pasaran perniagaan anda.
Perantaraan pengiklanan yang harus digunakan bergantung kepada
matlamat serta pasaran anda. Didalam menilai perantaraan pengiklanan
yang paling sesuai, anda harus mengambil kira faktor-faktor seperti berikut:
Kesampaian:
-bilangan orang yang terdedah kepada produk anda dalam jangkamasa
tertentu
Kekerapan:
-purata bilangan kali sasaran audiens melihat atau mendengar mesej iklan
anda
Kos:
-bergantung kepada perantaraan pengiklanan yang dipilih.
Impak:
-rayuan kepada deria yang sesuai, persembahan rekabentuk,penggunaan
warna atau bunyi
Kebolehpilihan:
-setakat mana anda boleh menghadkan mesej kepada prospek dan
pelanggan yang berpotensi.
H/P: 012-6139739 / 019-2639739FAX : 06 4319739
LIANA BINTI RAMLI MA0141568-P
Setiap perniagaan yang dijalankan pastinya mempunyai masalah yang
yang tidak dijangka. Masalah-masalah ini melibatkan masalah mesin
pemprosesan makanan. Dengan adanya mesin-mesin ini, segala produk dan
kuantiti pengeluaran dapat diselaraskan dan banyak produk dapat
dikeluarkan dalam waktu yang singkat berbanding menggunakan kerja
tangan. Ketika ini segala proses membuat kerepek kacang hijau serta
beberapa kuih tradisional ini menggunakan khidmat tangan sepenuhnya.
Oleh itu produk yang dihasilkan agak terhad dan kuantiti yang
dihasilkan agak sedikit berbanding menggunakan mesin. Oleh itu,
pengusaha memohon agar mempertimbangkan pinjaman ini untuk membeli
alat-alatan untuk membuat kerepek serta kuih tradisional agar kualiti dan
kuantiti yang dapat dikeluarkan lebih dua kali ganda berbanding
sebelumnya. Banyak pelanggan menempah kerepek serta kuih tradisional
dari pengusaha khususnya apabila menjelang musim perayaan dan juga
pengusaha mendapat tempahan bagi acara perkahwinan.
Apabila menjelma musim perayaan khususnya perayaan bagi orang
Melayu, permintaan kerepek ini agak terlalu banyak. Pengusaha agak
kecewa kerana ada diantara tempahan terpaksa ditolak kerana kekurangan
peralatan untuk membuat kerepek ini agak terhad. Oleh itu alat-alatan yang
agak mahal diperlukan untuk melancarkan dan menaik taraf hidup
pengusaha yang kini bergantung sepenuhnya dengan penggunaan manual
iaitu penggunaan buatan tangan.
H/P: 012-6139739 / 019-2639739FAX : 06 4319739
LIANA BINTI RAMLI MA0141568-P
5.1 PENGURUSAN KEWANGANPengurusan kewangan merujuk kepada pengurusan kesemua aspek kewangan perniagaan secara cekap dan berkesan untuk meningkatkan prestasi perniagaan keseluruhannya.
Pengurusan kewangan boleh dibahagikan kepada tiga aspek penting seperti berikut:
1. Mendapatkan kewangan untuk membiayai perniagaan2. Menguruskan kewangan sebagai sebahagian dari operasi perniagaan3. Merancang untuk masa hadapan-Mendapatkan kewangan untuk memulakan perniagaan dan menentukan jumlah pinjaman merupakan satu daripada cabaran pertama yang perlu dihadapi oleh pemilik perniagaan. Ini melibatkan penentuan: Kos-kos permulaan Modal kerja
Kos-kos permulaan adalah kos-kos yang terlibat untuk menyediakan perniagaan anda sehingga peringkat ianya boleh buka pintu dan mula berniaga.
Ini biasanya adalah perbelanjaan-perbelanjaan yang diperlukan sekali sahaja dan termasuk:
Kos-kos penyelidikan Bayaran cengkeram untuk premis anda Kos-kos pengubahsuaian semula Kos-kos lekapan dan lengkapan Yuran-yuran penyambungan telefon, air, lampu dan sebagainya Yuran-yuran perakaunan dan perundangan Kos-kos kelengkapan Kos pengiklanan dan pemasaran permulaan Pembelian stok permulaan dan lain-lain
H/P: 012-6139739 / 019-2639739FAX : 06 4319739
LIANA BINTI RAMLI MA0141568-P
Modal kerja pula adalah wang yang digunakan di dalam sesuatu perniagaan untuk operasi-operasi biasanya. Ini termasuk perbelanjaan-perbelanjaan tetap, berubah dan operasi.Perbelanjaan-perbelanjaan tetap ialah kos-kos operasi tetap, seperti berikut:
Sewa atau pembayaran balik gadai janji Faedah dan pembayaran balik pinjaman Upah dan gaji Insurans Cukai pintu, elektrik, gas, air dan sebagainya.
Perbelanjaan-perbelanjaan berubah akan berubah mengikut jumlah jualan dan perniagaan yang dijalankan, dan ianya termasuk:
Stok yang dibeli untuk jualan semula Kos-kos yang dibelanjakan untuk menyediakan produk untuk jualan Kos-kos perkapalan dan sebagainya
Perbelanjaan-perbelanjaan operasi pula termasuk: Tunai runcit Kos-kos pengiklanan Hutang-hutang lapuk Elaun untuk belanja-belanja yang tidak diramal
Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan oleh seseorang usahawan memperolehi kewangan untuk menceburkan diri di dalam bidang perniagaan termasuk:
Menggunakan wang simpanan sendiri Meminjam dari ahli keluarga dan kawan-kawan Meminjam dari institusi-institusi kewangan Mendapatkan modal dari rakan kongsi Menjual ekuiti di dalam perniagaan
Setelah memperolehi modal permulaan yang diperlukan dan perniagaan telah mula beroperasi, anda juga perlu sentiasa memantau wang yang masuk dan keluar daripada perniagaan pengusaha.Ini sangat penting kerana maklumat-maklumat ini akan membantu pengusaha untuk lebih memahami perjalanan perniagaan.
Pengurusan kewangan yang baik meliputi lima prinsip utama:
H/P: 012-6139739 / 019-2639739FAX : 06 4319739
LIANA BINTI RAMLI MA0141568-P
Pengurusan semua aset untuk memberi keuntungan terbaik Pengurusan aset-aset semasa untuk memastikan pulangan yang
maksimum Penjanaan modal tambahan untuk mendapatkan aset-aset seterusnya Penilaian keperluan untuk aset-aset baru atau masa depan Pembayaran hutang daripada modal operasi semasa.
Terdapat dua asas sistem perakaunan yang digunakan untuk tujuan penyimpanan rekod, iaitu asas tunai dan asas akru. Yang mana lebih sesuai bergantung kepada keadaan perniagaan pengusaha termasuk dari segi jumlah jualan, keperluan pencukaian, bagaimana anda memilih bentuk perniagaan pengusaha dan sama ada pengusaha memberikan kredit.
5.1.a Perakaunan Asas Tunai
Menjalankan perniagaan dan membayar cukai berdasarkan aliran tunai ‘masa sebenar’.Pendapatan tunai dikenalpasti sebaik sahaja pengusaha menerima bayaran, dan perbelanjaan apabila pengusaha membuat bayaran.Kedua-dua pendapatan dan perbelanjaan diletakkan di dalam buku-buku dan dicaj pada tempoh ianya dibayar atau diterima.
5.1.bPerakaunan Asas Akru
Pendapatan dan perbelanjaan dicaj kepada tempoh dimana ianya diperolehi atau dibelanja, tidak kira sama ada wang telah atau belum diterima atau dibayar. Perakaunan asas akru merupakan kaedah yang lebih popular kerana ia mampu memberikan nilai pendapatan dan prestasi perniagaan yang lebih baik.Untuk memahami kedudukan kewangan perniagaan, pengusaha harus merujuk kepada tiga penyata penting berikut:
Kunci kira-kira Penyata untung dan rugi atau pendapatan Penyata aliran tunai.
H/P: 012-6139739 / 019-2639739FAX : 06 4319739
LIANA BINTI RAMLI MA0141568-P
RANCANGAN KEWANGANKos bulanan yang diperolehi dari kedai LIANA BINTI RAMLI ini:
TERTINGGI adalah sebanyak RM2,500.00
TERENDAH adalah sebanyak RM1,500.00
JUMLAH = RM4’000.00
PURATA= RM2,000.00
JUALAN KEDAI LIANA BINTI RAMLI
TIGA BULAN AKHIR
JULY 09 AUG 09 SEPT 09
Jumlah jualan 5’600.00 7’600.00 9’300.00
Jumlah kos belian 2’680.00 3’860.00 4’995.00
Bil Api/Air 150.00 180.00 220.00
Lain-lain kos 100.00 100.00 100.00
Gaji Pekerja (1 hari RM10) 600.00 600.00 600.00
Pengangkutan 300.00 300.00 300.00
Jumlah RM1’77.00 RM2’560.00 RM3’085.00
H/P: 012-6139739 / 019-2639739FAX : 06 4319739
LIANA BINTI RAMLI MA0141568-P
Bidang perniagaan kedai menjual kerepek ini memerlukan kemahiran dan
minat yang mendalam untuk meneruskannya. Jika tiada minat atau
kecenderungan untuk mengusahanya maka cepatlah perniagaan ini
menggulung tikar. Bagi pengusaha, bidang yang diceburinya ini amat
diminati sejak kecil lagi. Inginkan orang ramai merasa keenakan kerepek
kacang peas buatan sendiri membuatnya terus berusaha untuk memajukan
perniagaan yang sedia berkembang ini.
Tidak ramai golongan Bumiputera menceburi bidang pembuatan kerepek
kacang peas ini kerana cara pembuatannya yang agak leceh dan agak
susah. Jika ingin membuatnya menggunakan alatan moden, maka kos
pembelian barang yang agak tinggi. Oleh kerana kekurangan modal untuk
memulakan perniagaan, sesetengah mereka terpaksa menguburkan minat
dan kebolehan yang sedia ada. Bagi pengusaha LIANA BINTI RAMLI pula,
tiada kejayaan tanpa usaha. Atas usaha dan doa yang tidak henti-henti
serta dorongan keluarga yang tidak pernah jemu membantu serta memberi
semangat akhirnya membuahkan hasil dan terbinalah LIANA BINTI RAMLI.
LIANA BINTI RAMLI akan terus melangkah kehadapan dan akan terus
berusaha untuk mencapai misi dan visi yang telah ditetapkan. Oleh itu, di
harap pihak Tekun Nasional dapat mempertimbangkan kertas kerja ini.
Perusahaan kerepek kacang peas ini mampu berdiri teguh andainya pihak
yang berkenaan memberikan pinjaman kewangan agar produktiviti dan
pengeluaran produk dapat ditingkat sejajar seruan kerajaan agar bidang
perniagaan ini dapat meningkatkan lagi ekonomi Negara dan mengurangkan
kadar penggangguran Bumiputera.
H/P: 012-6139739 / 019-2639739FAX : 06 4319739
top related