komsas ting 4 pelayaran yang penuh peristiwa

Post on 05-Dec-2014

10.943 Views

Category:

Education

4 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

KOMSAS Prosa Klasik

TRANSCRIPT

Pelayaran yang

Penuh Peristiwa

Sinopsis

Awang Sulung mengikuti pelayaran Tuan Puteri Awang Sulung mengikuti pelayaran Tuan Puteri Dayang Seri Jawa yang ingin pulang ke Tanah Dayang Seri Jawa yang ingin pulang ke Tanah

Jawa. Sepanjang pelayaran itu, kebanyakan Jawa. Sepanjang pelayaran itu, kebanyakan penghuni geliung itu mabuk dan tidak sedarkan penghuni geliung itu mabuk dan tidak sedarkan

diri. Hanya Tuan Puteri Dayang Seri Jawa, Si diri. Hanya Tuan Puteri Dayang Seri Jawa, Si Kembang Cina dan Awang Sulung yang tidak Kembang Cina dan Awang Sulung yang tidak

mabuk. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa meminta mabuk. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa meminta Si Kembang Cina memujuk Awang Sulung untuk Si Kembang Cina memujuk Awang Sulung untuk menjaga kemudi geliung panjang itu. Setelah tiga menjaga kemudi geliung panjang itu. Setelah tiga

hari, mereka berlabuh di Pulau Tapai. Di Pulau hari, mereka berlabuh di Pulau Tapai. Di Pulau Tapai, Awang Sulung menenagkan laut yang Tapai, Awang Sulung menenagkan laut yang

bergelora dengan mencampakkan tulang bergelora dengan mencampakkan tulang pelanduk putih ke dalam laut. Apabila penghunipelanduk putih ke dalam laut. Apabila penghuni

geliung yang lain telah tersedar, jurumudi segera geliung yang lain telah tersedar, jurumudi segera menemui Tuanku Nakhoda Tua dan mengaku menemui Tuanku Nakhoda Tua dan mengaku

bahawa dialah yang telah menyelamatkan bahawa dialah yang telah menyelamatkan geliung itu daripada amukan Tuan Puteri geliung itu daripada amukan Tuan Puteri Dayang Nuramah.Dayang Nuramah. Tuanku Nakhoda Tua

mempercayainya. Tuanku Nakhoda Tua berjanji akan mengahwinkan puteri baginda dengan

sesiapa yang dapat melindunginya dan puterinya sepanjang pelayaran ke Tanah Jawa. Pelayaran mereka kemudiannya meredah Laut Sekona Lingga yang terdapat banyak lanun.

Ketika melintasi Pulau Salah Nama,

geliung tersebut diserang lanun. Anak-anak kapal itu masing-masing lari dan

menyembunyikan diri. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa meminta pertolongan Awang

Sulung untuk menyelamatkan geliungnya. Selepas mandi dan menggosokkan badannya dengan limau selimpat pagar yang diberi oleh

Tuan Puteri Dayang Seri Jawa, terserlah ketampanan Awang Sulung. Semasa lanun-lanun cuba menaiki geliung, Awang Sulung melaungkan nama-nama ketua lanun dan menyindir mereka supaya menawan Tuan

Puteri Dayang Seri Jawa.

Mendengar suara Awang Sulung, lanun-lanun itu ketakutan kerana mereka mengenali Awang

Sulung. Mereka segera menyembah Awang Sulung dan berjanji akan melangsaikan hutang Awang Sulung terhadap Datuk Batin Alam dan Tuanku Nakhoda Tua. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa telah terpikat dengan ketampanan Awang

Sulung. Apabila Awang Sulung menyatakan hasratnya untuk pulang ke Bandar Mengkalih,

Tuan Puteri Dayang Seri Jawa bertindak hendak terjun ke laut namun sempat diselamatkan dan dia pun tidak sedarkan diri. Dia tersedar apabila

mendengar Awang Sulung berbalas pantun dengan Si Kembang Cina. Sementara itu,

jurumudi pula mengambil kesempatan tersebut

untuk memperdayakan Tuanku Nakhoda Tua. Kononnya, dialah yang telah

mengalahkan lanun-lanun tersebut. Tuanku Nakhoda Tua ingin mengahwinkan Tuan

Puteri Dayang Seri Jawa dengan jurumudi bagi mengotakan janjinya. Tuan Puteri

Dayang Seri Jawa bertindak membantah tindakan itu dan menyatakan bahawa Awang

Sulung yang sebenarnya berjaya menumpaskan serang lanun itu. Tuanku Nakhoda Tua mengahwinkan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dengan Awang Sulung. Kapal mereka kemudiannya berlabuh di perairan Negeri Pati Talak Tarangganu.

Sultan negeri tersebut menjemput penghuni geliung itu naik darat setelah mendengar cadangan puterinya, Tuan Puteri Pinang

Masak. Awang Sulung, jurubatu dan Bujang Senang turun ke darat

dengan membawa ayam sabungan, Kiantan Suci. Sebelum naik ke

balairung seri, Kiantan Suci bersabung dengan ayam tempatan.

Kiantan Suci menang.

Tema

Kelebihan dan kesaktian yang dimiliki oleh seorang anak raja.

Awang Sulung Merah Muda merupakan seorang anak raja yang mempunyai kemampuan

luar biasa yang dapat membantunya menghadapi

pelbagai rintangan sepanjang pelayaran ke Tanah Jawa.

Persoalaan

•Keistimewaan dan kelebihan seseorang yang tidak dapat dinilai daripada penampilan luaran.

•Percintaan yang tidak mengenal rupa paras.

•Perasaan dengki dan iri hati.•Kewibawaan dan pengaruh yang

kuat.•Penipuan untuk mencapai

hasrat tertentu.

Watak &

Perwatakan

Awang Sulung Merah Muda

• Berasal dari Negeri Bandar Mengkalih• Anak Tuanku Si Helang Laut • Cucu kepada Tuanku Si Helang Mawai • Seorang yang tampan dan memiliki gigi

yang bercahaya• Menyamar sebagai budak hitam yang

comot dan hodoh di geliung Tuan Puteri Dayang Seri Jawa

• Memiliki pelbagai kesaktian • Seorang yang merendah diri. • Patuh kepada undang-undang dan adat.• Berkahwin dengan Tuan Puteri Dayang

Seri Jawa • Pandai berpantun• Suka bersabung ayam.

TUAN PUTERI DAYANG SERI JAWA

• Anak Tuanku Nakhoda Tua • Mengemudi geliung setelah jurumudi

pengsan • Mudah jatuh cinta • Suka menguji • Prihatin • Terlalu mengikut perasaan • Tegas dalam menegakkan kebenaran

JURUMUDI• Jurumudi geliung yang dimiliki oleh Tuan

Puteri Dayang Seri Jawa• Iri hati terhadap Awang Sulung• Bercita-cita untuk mengahwini Tuan Puteri

Dayang Seri Jawa.• Pandai menipu• Pengecut

Si Kembang Cina

• Orang suruhan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa

• Bersubahat dengan jurumudi untuk menganiayai Awang Sulung.

• Taat perintah • Pandai memujuk

TUAN NAKHODA TUA• Ayahanda kepada Tuan Puteri Dayang

Seri Jawa• Mudah percaya akan percakapan orang • Kesal akan kesilapannya• Menepati janji

Latar

Latar Masa

Siang dan malam sepanjang pelayaran ke Tanah Jawa.

Latar Tempat•Di kawasan laut menuju ke

Tanah Jawa•Di dalam geliung panjang Tuan

Puteri Dayang Seri Jawa •Di Pulau Tapai•Di Pulau Salah Nama•Negeri Pati Talak Terangganu

Latar Masyarakat• Masyarakat bangsawan yang terdiri

daripada raja dan tuan puteri• Masyarakat bawahan seperti anak-

anak kapal• Masyarakat lanun• Masyarakat yang taat akan perintah• Masyarakat penipu• Masyarakat yang suka menyabung

ayam

Plot

Pengenalan/Eksposisi

Kisah bermula dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sedang

mengemudi geliung panjangnya. Dia kemudiannya meminta bantuan

Awang Sulung yang ketika itu berkeadaan hitam dan comot

kerana anak-anak kapal yang lain mabuk dan tidak sedarkan diri.

PerkembanganBerlakunya pelbagai peristiwa

yang menunjukkan kelebihan dan kesaktian

Awang Sulung semasa dalam pelayaran.

Perumitan/KonflikKumpulan lanun menyerang geliung panjang Tuan Puteri

Dayang Seri Jawa. Awang Sulung diminta menumpaskan lanun-lanun itu. Apabila Awang

Sulung telah berjaya menyelamatkan geliung itu,

jurumudi pula memperdayakan Tuanku Nakhoda Tua sehingga Tuanku Nakhoda Tua hampir

menikahkan jurumudi itu dengan Tuanku Puteri Dayang

Seri Jawa.

KlimaksTuan Puteri Dayang Seri Jawa

memarahi ayahandannya kerana terlalu mempercayai

jurumudi. Tuan Puteri menyatakan bahawa Awang

Sulunglah yang bertanggungjawab

meyelamatkan geliung itu daripada serangan lanun.

PeleraianTuanku Nakhoda Tuan mengahwinkan Awang

Sulung dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Mereka kemudiannya meneruskan

perjalanan hingga ke Negeri Pati Talak Tarangganu dan

singgah di sana.

Teknik Plot

• Pemerian;

• Suspen;

• Dialog;

- Keadaan di dalam geliung Tuan Puteri Dayang Seri Jawa

- Ketika Tuan Puteri Dayang Seri Jawa hendak dinikahkan dengan jurumudi.

- Antara Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dengan ayahandanya (hal. 40)

Gaya Bahasa

• Bahasa klasik;• Bahasa istana;

• Peribahasa;

• Simile;

• Puisi;

- Geliung¬ Ayahanda¬ Anakanda¬ Beta- Enau mencari sigai

- Berkecil hati¬ Bagai air di kuali

¬ Bagai pucuk dilancarkan

- Pantuan [hal. 44]- Seloka [hal. 47]

Nilai

• Merendah Diri

• Berani

• Bijaksana

• Kasih Sayang

• Baik Hati

• Rasional

• Semangat bermasyarakat

Pengajaran

• Kita janganlah suka meninggi diri dan berbangga akan darjat keturunan.

• Kita hendaklah berani menghadapi rintangan dan cabaran demi mencapai matlamat kita.

• Kita handaklah menyayangi sesama insan dan tidak berdendam.

• Kita hendaklah bijak dalam menyelesaikan suatu masalah yang timbul.

• Kita hendaklah bersedia memberi bantuan kepada orang yang memerlukan pertolongan.

• Kita hendaklah mengutamakan kehidupan bermasyarakat.

top related