kompetensi kejurulatihan edit
Post on 09-Aug-2015
307 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Nama : FAIRUZ BINTI ABDUL AZIZ
Tajuk artikel : Persepsi Atlit- Pelajar Terhadap Kompetensi Kejurulatihan Jurulatih di
Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia.
Penulis dan Latar belakang ringkas : Lim Khong Chiu, School of Tourism,
Hospitality and Environmental Management, Universiti Utara Malaysia, Malaysia.
Tajuk jurnal dan Bilangan :World Journal of Education, Vol. 3, No. 1; 2013
Tarikh hantar : 8 JUN 2013
Kajian Semula
Pengenalan
Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap kompetensi jurulatih di dalam pertandingan
sukan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang dianjurkan oleh Majlis sukan
universiti Malaysia. Dua model digunakan sebagai asas bagi teori rangka kerja iaitu
Model Kepimpinan Pelbagai dimensi dan Model Keberkesanan Kejurulatihan.
Sejumlah 322 pelajar-atlit yang terdiri daripada 183 (57.2%) lelakidan 137 (44.8%)
perempuan terlibat di dalam soal selidik. Penyelidik menggunakan Skala Kompetensi
Kejurulatihan untuk pengumpulan data.
Hasil kajian menunjukkan tahap kompetensi jurulatih tidak menunjukkan perbezaan
yang ketara dari segi perbezaan jantina dan prestasi (menang/kalah) pelajar-atlit
tetapi ianya berbeza secara ketara mengikut jenis sukan iaitu di antara sukan
berkumpulan dan sukan individu.
Maklumat dari kajian ini dapat membantu para jurulatih dalam merancang strategi
untuk mengendalikan atlit bagi memastikan keberkesanan dalam menjalankan tugas
sebagai jurulatih.
Perkembangan
Isi penting dalam artikel ini adalah Kompetensi kejurulatihan, Skala kompetensi
kejurulatihan, Jurulatih sukan dan Pelajar- atlit.
Fakta tersebut menarik dan menyerlah kerana segala permasalahan berkaitan
prestasi pelajar-atlit dapat dikaji dan diteliti berdasarkan isi-isi penting tersebut. Ianya
saling berkait dan menjadi punca dan juga jawapankepada kepincangan dalam
permasalahan pelajar-atlit di Malaysia.
Jurulatih sukan secara automatic akan reflek kepada kompetensi kejurulatihannya di
mana kompetensi tersebut akan diukur menggunakan skala kompetensi
kejurulatihan yang terdiri daripada beberapa factor dan hasil daripada kompetensi
jurulatih tersebut akan direflek kepada pelajar-atlit. Maka isi penting tersebut boleh
dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu punca, kesan dan langkah. Pertama, jurulatih
sukan akan menjadi sebagai punca kepada masalah. Kedua, masalah tersebut boleh
diukur menggunakan parameter berdasarkan skala yang dibina berteraskan kepada
kompetensi kejurulatihan. Ketiga, kesan daripada bahagian yang pertama dan kedua
akan direflek kepada pelajar-atlit.
Sebagai seorang jurulatih di sekolah , isi penting tersebut penting bagi
meningkatkan lagi keberkesanan dalam proses pengajaran. Mengikut artikel ini,
faktor yang dikaji adalah berdasarkan perbezaan jantina, kategori sukan
(individu/berkumpulan), dan prestasi (menang/kalah). Maka dengan itu, proses
pengajaran juga mengandungi faktor- faktorseperti tersebut. Sebagai jurulatih dan
juga guru , saya boleh menggunakan factor tersebut bagi meningkatkan lagi
keberkesanan dalam menyampaikan ilmu. Ianya menunjukkan bahawa perbezaan
dari segi jantina, kategori pembelajaran iaitu secara individu atau berkumpulan
mampu mempengaruhi prestasi pelajar.
Perbezaan jantina mampu mempengaruhi prestasi pelajar dari segi karakter dan
persekitaran. Dalam hal ini, guru sepatutnya wajib memahami psikologi murid. Bukan
semua murid adalah sama. Murid yang berbeza akan mempunyai karakter yang
berbeza kerana mereka datang dari latar belakang keluarga yang berbeza. Cara
didikan dan proses pengajaran juga perlu diambil kira dan wajiblah diselaraskan
dengan faktor- factor tersebut bagi meningkatkan prestasi pelajar.
Saya sangat bersetuju dengan artikel ini di mana skala yang dikaji ialah kepada
tenaga pengajar dan bukan hanya berfokus kepada pelajar semata-mata.
pendekatan dan gaya kejurulatihan bagi atlet dan pelajar saya dengan
menggunakan motivasi, strategi permainan, pembinaan watak atlit, bagi
melaksanakan teknik yang lebih berkesan dalam latihan sukan selain itu
pendekatan kolektif jurulatih dalam soal strategi pemainan ,kemahiran teknikal dan
karakter pembangunan atlet dan pelajar harus mendapatkan nasihat dan pandangan
daripada pengalaman atlet senior
Ramai yang menyalahkan pelajar kerana tidak mendapat pencapaian yang
memuaskan tanpa berfikir panjang tentang punca sebenar. Tenaga pengajar
memainkan peranan yang sangat penting bagi membina motivasi pelajar yang
menjadi punca kepada peningkatan pelajar bukan sahaja dalam bidang sukan dan
pelajaran, malah dalam kehidupan. Guru bukan saja bertindak sebagai penyampai
ilmu akademik, bahkan sebagai medium kedua bagi menyalurkan nilai-nilai murni di
dalam minda pelajar selepas ibu-bapa pelajar tersebut. Ianya adalah tugas yang
berat tapi wajib dipikul oleh semua guru.
Kesimpulan
Penemuan baru yang saya dapati daripada artikel ini adalah peranansaya sebagai
seorang guru. Faktor-faktor yang dibincangkan di dalam artikel ini akan dapat
memperelokkan dan menambah baik lagi mutu serta tahap pengajaran saya.
Dengan adanya artikel sebegini saya yakin prestasi pelajar tidak terabai walaupun
mereka mempunyai karakter dan datang dari persekitaran yang berbeza. Psikologi
pelajar perlu diselaraskan dengan tahap pengajaran agar semua peringkat pelajar
dapat mengikuti pengajaran dengan semaksimum yang mungkin. Persoalan yang
tercetus di dalam minda saya setelah saya membaca artikel ini adalah berapa
ramaikah guru sekarang yang melepasi skala yang dikaji ini? Adakah mereka
mengetahu itentang faktor- faktor tersebut atau hanya sekadar mengajar untuk gaji?
Walaupun artikel ini banyak membantu tetapi ianya masih mempunyai kekurangan
kerana kajian ini juga mempunyai had kajiannya. Mungkin keputusannya akan
menjadi lebih berguna jika beberapa faktor lain ditambah dan bilangan sampel juga
diperbesarkan.
REFERENCE
1. "Creating a Coaching Culture research report" . I-l-m. 2011-05-19. Retrieved 2012-03-28
2. "coach", Online Etymology Dictionary
3. Cox, R.H. 1998. Sport psychology: Concept and application ( 4 th ed.). Boston: WCB McGraw-Hill
4. Dewey, J. 1938/1986. Experience and education. New York: Touchstone.
5. Faridah Karim & Zubaidah Aman. 1999. Peramal Burnout di kalangan guru: factor
6. latar belakang, tekanan di peringkat organisasi dan sokongan sosial. Jurnal
Pendidikan. 24: 3-25.
7. Ibrahim Mamat. 1993. Kepimpinan Sekolah. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
8. Mohd. Nor Che Noh. 1985. Beberapa pertimbangan dalam pengelolaan danpentadbiran kokurikulum sekolah. Jurnal Kementerian Pendidikan Malaysia, 5: 50.
9. Mohd. Yusof Abdullah. 1992. Teknik kegiatan luar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
10. Williams, Patrick (2007), "The history and evolution of life coaching" (PDF), Therapist as life coach, an introduction for counselors and other helping professionals, New York: WW Norton & Co
top related