khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj degree sem 1

Post on 08-Jul-2015

313 Views

Category:

Education

7 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj

TRANSCRIPT

Mazhab KhawarijGolongan berpendapat khalifah tidak boleh di tentukan

kepada keturunan Saidina Ali sahaja tetapi di pilih dari seluruh umat Islam

lahir selepas berlaku majlis Takim

Asalnya adalah penyokong Saidina Ali

Golongan yang bertentangan dengan puak syiah

Tidak bersetuju dengan Majlis Takim di mana Saidina Ali terlucut sebagai Khalifah secara tipu helah sementara Muawiyah di lantik sebagai Khalifah

Membenci Saidina Ali kerana menganggap

beliau lemah dalam menegakkan kebenaran juga membenci Muawiyah

Semboyan mereka لا حكما الا ال maksudnya tidak ada hukum kecuali hukum Allah

Menghukumkan Saidina Ali dan Muawiyah serta penyokong – penyokong meraka kafir

Mukmin yang melakukan dosa – dosa besar kafir

Mazhab Khawarij berpecah kepada beberapa golongan:

Golongan Azarikah Golongan Najdah Golongan Safariah Golongan Ajaridah Golongan Abadiah Golongan Saalibah

Pendapat – pendapat Khawarij

Wajib keluar daripada menyokong Saidina Ali dan Muawiyah. Mereka mengutamakan soal ini dari yang lain

Perkahwinan tidak dapat di sahkan sehinggalah kedua belah pihak keluar daripada menyokong Ali dan Muawiyah

Menghukumkan kafir kepada semua orang – orang yang membuat dosa – dosa besar

Wajib menderhaka kepada iman kalau ianya menyalahi sunnah Rasul

Imam atau khalifah boleh di lantik walaupun bukan daripada suku Quraisy, melantik imam harus dan sah kepada sesiapa saja dari umat islam

Golongan Murjiah Murjiah bererti orang – orang yang menangguhkan

atau memberi harapan

Sebab di namakan Murjiah kerana :

1. Golongan ini sengaja melewatkan kerja dari niat dan qasad

2. Puak ini sengaja menangguhkan hukuman ke atas orang – orang yang melakukan dosa – dosa besar hingga ke hari akhirat

3. Puak ini memberi harapan syurga kepada orang – orang yang beriman walaupun melakukan banyak maksiat

Asal usul MurjiahTerdapat sekumpulan umat Islam yang menjauhkan diri

dari pertikaian yang tidak mahu ikut meyalahkan orang lain, tidak terikut – ikut menghukumkan kafir atau

menghukumkan Islam pada orang itu atau orang ini

Pendirian seperti ini juga dianuti oleh beberapa sahabat Nabi seperti Abdullah bin Umar, Hasan bin Sabit, Abdullah bin Salam , Saad bin Abi Waqqas.

Mereka tidak menyokong Ali dan Muawiyah. Bahkan suka menjauhkan diri daripada politik, berdiam diri , dan menjauhkan diri daripada perselisihan

Pecahan golongan MurjiahAbi Diah pemimpinya Abidul beberapa

mazhab yang muncul di kalangan Murjiah di namakan mengikut nama pemimpin

Golongan Yunusiah pemimpinya Yunus al Samri,

Golongan al Ghasaniah pemimpinnya Ghasan al Kufi, golongan Saubaniah pemimpinya Sauban Marji’

QADARIAHSiapaakah golongan QadariahApakah perinsip utama Qadariah Siapakah pengasas QadariahApakah kesan buruk pegangan akidah Qadariah

kepada umat Islam

Mazhab QadariahSebuah mazhab yang muncul di Basrah.

Berikutan perbincangan hebat orang Islam mengenai qada’ dan qadar

Nama mazhab ini diambil daripada perkataan qadar.

Mereka mengatakan segala kerja manusia itu terjadi dengan kehendak dan kuasanya sendiri. Allah hanya menyediakan peruntukan kepadanya.

Pendapat - pendapat QadariahManusia itu bebas melakukan sesuatu menurut

kehendaknya sendiri.Mereka seterusnya percaya bahawa Tuhan tidak

menentukan apa apa takdir kepada manusia.

Pengasas mazhab ini bernama Ma’bad bin Khalid al Juhani dan Ghayalan ad -Dimasyqi.

Di katakan bahawa orang yang pertama memperkatakan qadar ini adalah seorang Kristian yang memeluk Islam tetapi kemudiannya memeluk Kristian semula.dari fahamannya itulah diambil oleh Ma’bad dan Ghayalan

Mazhab JabariahMazhab ini muncul di Kufah pada zaman Umayyah. Diketuai oleh seorang yang berasal dari Kharasan

bernama Jahmu bin SafwanNama Jabariah diambil daripada perkataan ‘jabara’

yang bererti terpaksa

Pendapat Jabariah mengenai perbuatan manusiaManusia itu digagahi dan dikuasai sepenuhnya oleh

AllahManusia tidak mempunyai apa - apa usaha atau

ikhtiar dalam melakukan perbuatannyaManusia diibaratkan seperti kapas diudara yang boleh

ditiup

Syurga dan Neraka tidak kekal, kerana tidak ada sesuatu yang kekal selain Allah. Pada fahaman mereka maksud kekal dalam al Quran bererti lama sahaja.

Al Quran itu baharu, bukan qadim. Ini kerana ia boleh ditutur dan ditulis oleh manusia.

Allah tidak mempunyai sifat selain zatnya.Allah tidak boleh dilihat di akhirat kelak.

Mazhab MuktazillahMazhab yang berpegang kuat kepada dasar

kebebasan berfikir dan cuba melepaskan umat Islam daripada belenggu taklid buta.

Pengasasnya bernama Wasil bin ‘Atta’ (80-180 hijrah)

Pada mulanya dia berguru kepada Hassan al Basri (23-110 hijrah)

Kemudian menyisihkan diri dan berpisah dari gurunya kerana tidak bersetuju dengan pendapat gurunya dalam masalah orang yang melakukan dosa besar.

Cerita Kelahiran Muktazilah

Ketika imam Hassan al Basri sedang mengajar dimasjid, seorang pendengar bertanya

apakah hukum orang yang melakukan dosa besar dan mati sebelum dia sempat bertaubat?

Belum pun sempat guru itu memberi jawapan, Wasil berkata bahawa orang itu bukan mukmin dan bukan kafir, tetapi berada ditengah- tengah antara duanya.

Samb.Sedangkan gurunya berpendapat bahawa

manusia itu ada 3 macam, mukmin, kafir dan munafik.

Setelah berlaku perselisihan tersebut, Hassan al Basri menghalau muridnya itu sambil berkata, ‘Wasil telah mengasingkan diri daripada kita(i’tazalna wasil) ‘.

Daripada perkataan itulah dia digelar sebagai Muktazilah

Fahaman MuktazillahMuktazilah mengemukakan beberapa pendapatnyaberhubung dengan perkata berikut:

1. Sifat Allah2. Keadilan Allah 3. Janji baik dan ancaman4. Dosa besar5. Qadar dan Perbuatan manusia6. Allah berbuat baik dan membuat yang lebih

baik

Muktazilah : Allah wajib berbuat baik dan yang lebih baik( واللصل)ح الصلح )

Allah wajib membuat sesuatu yang baik dan yang lebih baik

Allah wajib mengadakan segala keperluan makhluk,dan rezkinya

Allah wajib mengutuskan rasul

Muktazilah : Dosa BesarOrang Islam nyang mengerjakan dosa besar tidak

mukmin dan tidak kafirMereka berada diantara dua keadaan (منزلة بين منزلتين ) Jika meninggal tanpa taubat akan kekal dalam

Neraka, tetapi siksanya lebih ringan daripada orang kafir.

Huraian Pendapat Muktazilah: sifat Allah

Muktazilah menafikan adanya sifat maani AllahAlasannya akan wujud berbilang qadim, dimana zat

Allah itu qadim dan sifat qudrat Allah juga qadim. Begitu juga sifat maani yang lain.

Muktazilah : Keadilan AllahAllah bersifat adil, dimana manusia bebas atas

segala perbuatanya . Mereka bertindak mengikut mngikut kehendak dan kekuasaan mereka sendiri.

Allah tidak memaksa seseorang dalam perbuatannya kecuali apa yang dipilihnya sendiri

Walaubagaimana pun Allah tidak menghendaki dan menyukai keburukan

Dengan demikian manusia sendiri lah sebenarnya yang mewujudkan perbuatan baik atau buruk seperti beriman, kufur dan sebagainya.

Muktazilah :Janji baik dan ancaman Janji baik dan ancaman (الوعد والوعيد) ialah

tindakan Allah terhadap orang berbuat baik dan berbuat jahat.

Allah wajib membalas mukmin dengan balasan Syurga dan kafir dengan Neraka jika tidak tidak dikatakan adil

Keadilan menghendaki orang yang berbuat baik diberi ganjaran baik dan orang yang bersalah diberi hukuman

Muktazilah : Qadar dan perbuatan manusiaBahawa Allah bijaksana dan Adil , tidak mungkin

Allah memghendaki manusia berbuat sesuatu yang bertentangan dengan kehendaknya.

Manusia sendiri yang mewujudkan perbuatan -perbuatan baik dan jahat

Allah hanya menyediakan kuasa dan kehendak kepada manusia.

Allah tidak ada campur tangan dalam perbuatan manusia.

Ahlu Sunnah Wal JamaahPegangan terbanyak orang-orang Islam Pengasas Abu Hasan al Asyari (260- 324h) bertempat

di Basrah dan Abu Mansur al Maturidi meninggal (333h) bertempat di Samarkhan

Golongan yang menentang semua mazhab yang menyeleweng dan membawa umat Islam berpegang Al Quran dan Sunnah

Pendapat Ahlu Sunnah:Perbuatan manusiaBahawa Allah telah mencipta perbuatan hamba yang

berbentuk usaha dan ikhtiar. Dengan itu mereka bebas mengunakan samada

hendak membuat sesuatu atau tidak dan mereka ditaklifkan mematuhi hukum-hukum yang

diwajibkan keatasnya.

Samb.Pilihan perbuatan manusia adalah dari manusia

sendiri:لها ما كسبت و عليها ما اكنسبتMaksudnya: Baginya ganjaran apa yang diusahakan dan

kecelakaan pula atasnya apa yang diusahakan

Samb. Golongan al Asyari mentakrifkan usaha : ialah (كسب)

a. Kuasa dengan perbuatan

b. Kehendak manusia terhadap sesuatu perbuatan

Ahlu Sunnah: Sifat AlllahBahawa Allah bersifat dengan sifat- sifat

kesempunaan yang layak baginya. Seperti berkuasa, berilmu dan sebagainya

Dengan sifat berkuasa Ia mengadakan sesuatu mumkinat dan dengan sifat Iradah Ia menentukan apa yang harus ada pada mumkinat

Ahlu Sunnah: Dosa BesarOrang mukmin yang melakukan dosa besar itu belum

gugur imannya,mereka masih dikira beriman.Mereka yang mati wajib disempurnakan seperti

mukmin yang lainBalasan diakhirat mereka tidak kekal dalam Nereka.

Ahlu Sunnah: Janji baik dan ancamanHarus Allah membalas mukmin dengan Syurga

dan kafir dengan Neraka

Allah bersifat Maha Adil, Maha Pengampun dan Maha Pemurah

Tidak memasukkan kafir dalam Neraka tidak menunjuk ketidakadilan Allah, bahkan Allah maha berkehendak dan Dia menghendaki keatas sesuatu.

Ahlu Sunnah: Melihat AllahMelihat Allah di akhirat kelak adalah harus Pada akal dan wajib pada syarak Terdapat nas yang menyatakan Allah dapat dilihat

firman Allah :

surah al Qiamah ayat 22 ”وجوه يومئذ ناضرة الى ربها ناظرة”

top related