ketaksaan dalam penterjemahan

Post on 20-Jun-2015

779 Views

Category:

Education

5 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

DR. MAHERAM AHMADJabatan Pengajian Arab & Tamadun IslamFakulti Pengajian IslamUKM

KETAKSAAN DALAM

PENTERJEMAHAN

• Terangkum dalam kajian makna.

• Selalu dibincangkan di bawah tajuk penterjemahan linguistik dan penterjemahan pragmatik.

•Harus dikenal pasti dan diawataksa (disambiguate) di peringkat analisis teks sebelum peringkat pemindahan dan penstrukturan semula.

PENDAHULUAN

• Perihal atau keadaan taksa; kekaburan: ~ makna dlm ayat dpt diatasi jika tanda baca digunakan dgn betul.

• Perihal (keadaan dsb) taksa, kekaburan, kesangsian, keraguan, ketidakpastian (bkn sesuatu makna): adanya imbuhan-imbuhan membantu menghilangkan ~ se suatu ayat.

• 1. Kekeliruan dalam penentuan makna perkataan dalam sistem pemprosesan bahasa tabii. 2. Ketaktentuan dalam pemprosesan kerana terdapat lebih daripada satu tafsiran bagi data input.

DEFINISI KETAKSAAN

Kesamaran yg memungkinkan dua atau beberapa tafsiran, ketaksaan: puisi-puisi M. Ghazali misalnya dianalisis oleh Shahnon melalui kecenderungan ~ yg ketara.http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=ketaksaan

•Harimurti Kridalaksana (1982) mendefinisikan ketaksaan atau ambiguitas sebagai ‘sifat konstraksi yang dapat diberikan lebih daripada satu tafsiran’.

• Ketaksaan memerlukan penganalisisan teks yang dibuat dengan lebih meluas serta mendalam.

• Sebahagian besar pernyataan yang taksa mempunyai kriteria dwiradikal ‘either ...or’.

DEFINISI KETAKSANAAN

Namun demikian, kriteria ini hanya berguna bagi mengatasi masalah yang berhubung dengan sistem satu bahasa; kriteria ini sukar untuk menyelesaikan masalah ketaksaan yang melibatkan dua sistem bahasa (Sa’odah Abdullah 1995:56).

• Ketaksaan struktural atau gramatis• Ketaksaan leksikal• Ketaksaan figuratif • ketaksaan yang disengajakan

(deliberate)

KETAKSAAN

JENIS KETAKSAAN

• Sering ditemukan dan sering disalah terjemah tanpa disedari oleh penterjemah.

• Dalam ketaksaan frasa-srtuktur atau ketaksaan konstituen struktur, contoh strukturnya dapat dilihat dalam binaan ayat/frasa berikut:

• i. Dia sukakan lelaki dan wanita langsing.

• Ii. Isteri pakcik-pakcik

• Iii. Isteri-isteri pakcik

KETAKSAAN STRUKTURAL ATAU GRAMATIS

• Jika dianalisis, ayat atau frasa tersebut boleh membawa dua erti:• Ia. Dia sukakan [lelaki] dan [wanita langsing]

• Ib. Dia sukakan [lelaki dan wanita langsing]

• iia. Isteri [pakcik-pakcik]

• iib. [Isteri pakcik-pakcik]

• iiia. Isteri-isteri [pakcik]

• iiib. [Isteri pakcik-pakcik]

SAMBUNGAN

•  Ketaksaan struktural yang melibatkan juga perubahan semantik terjadi apabila intonasi bertukar. Malah dalam hal ini, intonasilah yang menentukan fokus ayat.

•Contohnya:• I’m very happy that we haven’t got children like John and Mary.•He gaves her dog biscuits.

SAMBUNGAN

•Umumnya, ayat-ayat di atas boleh diberikan dua intonasi atau lebih:• 1a. I’m very happy that we haven’t got/children like John and Mary.• 1b. I’m very happy that we haven’t got children/like John and mary.• 2a. He gaves her dog/biscuits.• 2b. He gaves her/dog biscuits.

SAMBUNGAN

• Dalam (1a) penutur berasa bersyukur kerana dia tidak mempunyai anak (2 orang) seperti John dan Mary. Ada maksud yang tersirat bahawa John dan Mary mempunyai kelakuan dan perangai yang buruk.

• Dalam (1b) pula, penutur berasa bersyukur kerana tidak mempunyai anak langsung seperti juga rakan atau jiran mereka John dan Mary.

• Begitulah juga dengan ayat (2) yang maksudnya boleh berbeza berdasarkan intonasi.

SAMBUNGAN

• Ketaksaan struktur juga boleh timbul daripada elipsis, menyebabkan salah tanggapan makna dan kerana itu, salah terjemah. Misalnya:

• 1. Dia lebih sukakan anjingnya daripada isterinya.

• Analisisnya : • 1a. Dia sayangkan anjingnya.• 1b. Dia sukakan isterinya.

• Tetapi, dia sayangkan anjingnya lebih [daripada dia sayangkan isterinya] –elipsis.

•  

SAMBUNGAN

• Alegori

• Metafora

• Metonimi

• Homofon

• Homograf

• Paradox

• Hiperbola

• Ketaksaan yang terdapat pada peringkat leksikal (perkataan) dan bukan pada peringkat tatabahasa. Ketaksaan ini wujud kerana wujudnya:

• Polisemi

• Homonim

• Konotasi

• Implikasi

KETAKSAAN LEKSIKAL

• Lazimnya dikaitkan juga dengan ketaksaan di peringkat leksikon atau kata, iaitu kerana adanya unsur polisemi, dan ketaksaan yang ada kaitannya dengan unsur perbezaan budaya.

• Dalam hal ini, makna sesuatu kata itu hendaklah dianalisis dari segi makna figuratif bukan makna literal.

• Unsur yang perlu diungkap semula ialah unsur-unsur yang tersirat (implicit) bukan unsur tersurat (explicit).

KETAKSAAN FIGURATIF

• Semasa menganalisis ayat, makna figuratif perkataan dan ungkapan perlu dikenal pasti terlebih dahulu.

• Untuk menterjemahkannya pula, sedapat mungkin persamaan yang sejadilah yang diutamakan.

• Kalau ada ungkapan figuratif dalam Bsas, maka ungkapan figuratiflah yang perlu dipersembahkan.

• Disebabkan oleh perbezaan budaya, sukar bagi seseorang penterjemah itu mencari persamaan yang tepat dari segi bentuk, misalnya figuratif figuratif.

KETAKSAAN FIGURATIF

• Malah, ada kalanya kata atau ungkapan yang tidak figuratif dalam bahasa sumber dapat diberi persamaan dalam bentuk figuratif. Contohnya:

• Over my dead body [figuratif] langkah mayatku dahulu [figuratif]

• Bare foot [bukan fig.] kaki ayam [fig.]

• Blue blood [fig.] keturunan bangsawan [bukan fig.]

• Ada bau ada bangkai [fig.] نار بدون دخان La dukhana biduni)الnari )[fig.]

• Tak ada gading yang tak retak [fig.] شوكة بال وردة La wardata) الbila shawkah) [fig.]

KETAKSAAN FIGURATIF

• Dalam bahasa Arab, terdapat perkataan dipanggil majaz.

• Ia terbahagi kepada dua; iaitu majaz lughawi dan majaz `aqli

• Daripada majaz luhgawi terbentuk jenis-jenis isti`arah, iaitu:

• Isti`arah tasrihiyyah, seperti Ra’aytu asadan yabki (saya melihat singa sedang menangis – terjemahan katawi), tetapi seekor haiwan tidak boleh menangis seperti manusia, kerana sifat menangis ini hanya ada pada manusia.

• Jadi, terjemahan asad dengan singa tadi tidak tepat. Terjemahannya yang betul ialah seorang lelaki yang kuat/gagah ( terjemahan ma`nawi/tafsiri).

KETAKSAAN FIGURATIF

• Isti’arah Makniyyah, seperti: تضيع ال أن سيوفهم أقسمت .(aqsamat suyufuhum alla tudi`a hiqalahum)حقالهم

• Terjemahan katawi: Pedang-pedang mereka bersumpah agar mereka tidak hilang medan mereka.

• Terjemahan ini tidak tepat kerana pedang tidak boleh bercakap/bersumpah.

• Jadi, yang betulnya ialah orang yang berani berperang. Oleh itu, pedang pada waktu ini digunakan sebagai lambang keberanian dan kegagahan.

KETAKSAAN FIGURATIF

Dalam Bahasa Melayu, ada unsur yang menyerupai isti`arah

makniyyah ini, iaitu personifikasi. Ia bermaksud memberi sifat manusia

kepada benda atau binatang. Contoh, ayam itu menari-nari di dalam

sangkar.

KETAKSAAN FIGURATIF

•Dalam sesetngah jenis penulisan, beberapa struktur leksikal dan sintaksis disengajakan ketaksaannya, misalnya dalam penulisan teks sastera, iklan, tajuk berita dan undang-undang.

•Dalam teks sastera, ketaksaan merupakan suatu ciri stilistika. Selain itu, BERTUJUAN UNTUK menimbulkan minat, rasa ingin tahu, membiarkan pembaca membuat tafsiran atau interpretasinya sendiri.

KETAKSAAN YANG DISENGAJAKAN

• Ketaksaan juga disengajakan dalam teks iklan atau tajuk berita.

• Tujuannya ialah untuk menarik perhatian pembaca, menimbulkan rasa ingin tahu serta meninggalkan kesan yang lama, berulang dan mendalam.

• Dalam teks undang-undang pula, ketaksaan yang disengajakan bertujuan mewujudkan ‘loophole’ untuk membolehkan pelbagai interpretasi dibuat khususnya untuk pembelaan.

KETAKSAAN YANG DISENGAJAKAN

Tajuk berita

Couple among five shot dead robbers

The book caused Musa a lot of trouble

al-Nisa’ aktharu rushdan(tajuk artikel) 

Teks Sastera

Jikalau tidak kerana bintangMasakan bulan terbit tinggiJikalau tidak kerana abang [taksa]Masakan saya datang ke sini.

Iklan We’ll cook up something, before you start cooking. (iklan kabinet dapur)Get rid off your chest. (iklan ubat batuk)Kulit lebih halus dan berseri dalam 10 minit (iklan ANEW)Terpulang, sejauh mana anda ingin pergi (iklan AVON)

Kesimpulan

Berdasarkan beberapa aspek ketaksaan dan kesamaran itu tadi, jelaslah bahawa seseorang penterjemah itu perlu menguasai secara meluas dan mendalam ciri-ciri bahasa sumber, di samping memenuhi prasyarat yang lain seperti mengetahui bahasa sasaran, mengetahui bidang, budaya, peka dan sebagainya. Sesungguhnya, skop ketaksaan amat luas.

top related