kesediaan kerjaya dikalangan pelajar fakulti … · kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan...
Post on 02-Jul-2019
239 Views
Preview:
TRANSCRIPT
KESEDIAAN KERJAYA DIKALANGAN PELAJAR FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.
AZMAN RIPIN
Laporan projek dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Elektrik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2009
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ..........................................
Nama Penulis : AZMAN RIPIN
Tarikh : .........................................
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan (Elektrik)”.
Tandatangan : ............................................................
Nama Penyelia : Puan Nor Fadila Mohd Amin
Tarikh : ............................................................
DEDIKASI
Kepada ayahanda dan bonda tercinta
Ripin bin Deraman
Mahiyah binti Salleh
Doa dan harapanmu
Pengorbanan dan dorongan selama ini
Banyak membantu ku harungi hidup ini
Jutaan terima kasih
PENGHARGAAN
Sekalung penghargaan ditujukan kepada Puan Nor Fadila Mohd Amin yang
menyelia penyelidikan ini. Segala buah fikiran dan masa yang dicurahkan untuk projek
ini amat dihargai.
Ungkapan terima kasih ini ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Teknikal dan
Vokasional, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia kerana memberikan
kesempatan dan peluang untuk saya menyediakan penulisan ilmiah ini. Terima kasih juga
kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan yang telah banyak memberikan nasihat dan
tunjuk ajar selama ini.
Tidak lupa juga kepada ibu bapa, Ripin bin Deraman dan Mahiyah binti Salleh,
yang merestui perjuangan ini. Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada
teman tersayang yang banyak memberikan sokongan dan dorongan yang tidak berbalas di
dunia ini.
Tidak lupa juga kepada sahabat seperjuangan, warga 4 SPE dan terima kasih juga
kepada individu yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam
penulisan ini.
AZMAN RIPIN
SENARAI JADUAL
No. Jadual Tajuk Mukasurat
3.1 Pengkhususan di Fakulti Kejuruteraan Elektrik 31
Universiti Teknologi Malaysia
3.2 Persoalan Kajian Mengikut Setiap Pemboleh Ubah 33
3.3 Kriteria Menganalisis Idea 37
3.4 Tahap Penilaian Responden Berdasarakan Peratus 37
4.1 Taburan kekerapan dan peratusan berkaitan persepsi 42
pelajar terhadap keberkesanan kurikulum Kejuruteraan
Elektrik yang diamalkan dalam kesediaan kerjaya.
4.2 Taburan kekerapan dan peratusan berkaitan kesedaran 45
pelajar terhadap kesediaan kerjaya sebelum tamat belajar.
4.3 Taburan kekerapan dan peratusan berkaitan penglibatan 48
pihak universiti memupuk pelajar ke arah kesediaan
kerjaya sebelum tamat belajar.
4.4 Analisis Keseluruhan Persoalan Kajian Mengikut 50
Peratusan
SENARAI SIMBOL SINGKATAN
SPSS - Statistical Package for Social Science
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
FKE - Fakulti Kejuruteraan Elektrik
N - Kekerapan
% - Peratus
SS - Sangat Setuju
S - Setuju
TP - Tidak Pasti
TS - Tidak Setuju
STS - Sangat Tidak Setuju
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN A - Borang soal-selidik pelajar-pelajar thun akhir Fakulti
Kejuruteraan Elektrik.
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesediaan kerjaya pelajar tahun akhir
Fakulti Kejuruteraan Elektrik Universiti Teknologi Malaysia. Seramai 160 pelajar tahun
akhir bagi pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik telah dipilih sebagai responden kajian.
Instrumen kajian yang digunakan ialah set soal selidik bahagian B yang mengandungi 30
item. Kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan menggunakan kaedah Alpha Cronbach
yang menunjukkan nilai kebolehpercayaan 0.85. Data yang diperolehi dianalisis dengan
menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Science, Version 10.0) untuk
mendapatkan nilai peratus dan frekuensi. Hasil kajian mendapati kurikulum Fakulti
Kejuruteraan Elektrik berkesan dalam menerapkan kesediaan kerjaya. Selain itu juga,
pelajar didapati mempunyai kesedaran dalam kesediaan kerjaya. Pihak universiti juga
memainkan peranan penting dalam memupuk kerjaya pelajar.
ABSTRACT
This study was to identify the career preparation for final year student of
Electrical Engineering Faculty in University of Technology Malaysia. The study involved
160 students from Faculty of Electrical Engineering. The research was conducted with
questionnaire which consisted 30 items in section B. The validity of the questionnaire
was checked by using Alpha Cronbach with the value of 0.85. The collected data was
analyzed using Statistical Package for Social Science (SPSS) software for percentage and
frequency value. The study showed that the curriculum Faculty of Electrical Engineering
was effective in order to instill the career preparation among student. Students also had
awareness in their career preparation. University commitment was very important to
nurture career preparation among student.
KANDUNGAN
BAB TAJUK MUKASURAT
1 PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar belakang masalah 3
1.2 Pernyataan masalah 6
1.3 Objektif kajian 7
1.3.1 Objektif 1
1.3.2 Objektif 2
1.3.3 Objektif 3
1.4 Persoalan kajian 8
1.4.1 Soalan kajian 1
1.4.2 Soalan kajian 2
1.4.3 Soalan kajian 3
1.5 Kepentingan kajian 9
1.6 Skop kajian 11
1.7 Definasi istilah 12
1.7.1 Kesediaan kerjaya
1.7.2 Keberkesanan kurikulum
1.7.3 Kesedaran kerjaya
BAB TAJUK MUKASURAT
1.7.4 Penglibatan universiti
1.8 Kesimpulan 13
2 SOROTAN PENULISAN
2.0 Pengenalan 14
2.1 Kurikulum Kejuruteraan Elektrik 15
2.1.1 Sistem kurikulum kejuruteraan elektrik
2.1.2 Keberkesanan kurikulum bidang kejuruteraan
elektrik
2.2 Kesedaran kerjaya 18
2.2.1 Personaliti pelajar
2.2.2 Sikap dan Minat terhadap kerjaya
2.3 Penglibatan pihak universiti 24
2.3.1 Pihak universiti
2.4 Dapatan kajian 26
2.5 Kesimpulan 27
BAB TAJUK MUKASURAT
3 METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan 28
3.1 Rekabentuk kajian 29
3.2 Prosedur persampelan 29
3.3 Instrumen kajian 31
3.3.1 Soal Selidik
3.4 Pengesahan instrument 33
3.5 Kajian rintis 33
3.6 Prosedur kajian 33
3.7 Kaedah analisis data 35
3.8 Batasan kajian 36
3.9 Kesimpulan 37
4 ANALISIS DAN PERBINCANGAN HASIL
4.0 Pengenalan 38
4.1 Analisis data 39
4.2 Analisis soalan kajian 1 39
4.3 Analisis soalan kajian 2 42
4.4 Analisi soalan kajian 3 45
4.5 Analisis soalan keseluruhan
kajian 47
4.6 Penutup 49
BAB TAJUK MUKASURAT
5 5.0 Pengenalan 50
5.1 Rumusan 51
5.2 Perbincangan hasil 54
5.2.1 Perbincangan soalan kajian 1
5.2.2 Perbincangan soalan kajian 2
5.2.3 Perbincangan soalan kajian 3
5.3 Cadangan 60
5.3.1 Cadangan soalan kajian 1
5.3.2 Cadangan soalan kajian 2
5.3.3 Cadangan soalan kaian 3
5.4 Cadangan kajian lanjutan 63
5.5 Penutup 64
Rujukan 65
Lampiran 70
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Pembangunan sumber tenaga manusia merupakan teras dalam rancangan
Malaysia ke-enam kerana pencapaian matlamat sosio-ekonomi bergantung kepada tenaga
kerja berpendidikan, berkemahiran, dan boleh dilatih (Berita harian: 1991,Jun 18). Sejajar
dengan itu, institusi pengajian tinggi khasnya di universiti merupakan tunggak utama
dalam melahirkan tenaga profesionalisme untuk menjana pembangunan negara yang
sihat.
Universiti merupakan salah satu institusi pendidikan formal di negara ini yang
menghasilkan pelajar berpengetahuan dalam pelbagai bidang. Pelbagai kursus dan bidang
yang ditawarkan pada peringkat Sarjana Muda, Sarjana serta Doktor Falsafah secara tidak
langsung membuka pelbagai peluang kerjaya yang bakal diceburi pelajar setelah tamat
belajar kelak.
Bidang kejuruteraan seperti Awam, Elektrik, Mekanikal, dan Kimia menjadi
rebutan pelajar untuk menceburkan diri dalam bidang tersebut. Program Kejuruteraan
yang ditawarkan bagi peringkat Sarjana Muda adalah selama empat tahun yang
melibatkan lapan semester. Namun begitu, sebahagian besar pelajar berlumba-lumba
untuk menyelesaikan program dalam masa yang sesingkat-singkatnya tanpa mengira
tahap pencapaian dengan harapan untuk keluar cepat dan memperolehi pekerjaan.
Disebabkan kurang persediaan diri maka ramailah diantara pelajar ini yang terpaksa
menunggu berbulan-bulan sebelum memperolehi apa-apa pekerjaan. Beberapa diantara
mereka terpaksa pula mengikuti program latihan semula yang dianjurkan oleh
Kementerian Sumber Manusia untuk latihan Bahasa Inggeris, kemahiran komputer, dan
latihan industri.
Muhd Mansur Abdullah dan Siti Nurdinar Mohd Tamin (1991) menyatakan
bahawa pengetahuan kerjaya sebagai himpunan maklumat yang berkaitan kerjaya.
Maklumat yang diterokai dari pengalaman–pengalaman pembelajaran dan seterusnya
berkembang apabila seseorang itu memahami nilai-nilai sosial masyarakatnya. Justeru
itu, pengetahuan kerjaya dalam bidang kejuruteraan dalam pelbagai industri seharusnya
disampaikan dengan berkesan kerana kepentingannya yang nyata bagi memberi
pengetahuan kepada pelajar seterusnya membantu masalah kesediaan kerjaya yang
dihadapi oleh pelajar.
Jelaslah bahawa permasalahan berkaitan kesediaan kerjaya oleh pelajar wajar
dititik beratkan agar tidak menjadi isu yang lebih kronik dalam dunia pendidikan negara
dan secara tidak langsung menjaga status institusi pengajian tinggi negara sebagai sebuah
institusi yang diiktiraf dunia.
1.1 Latar belakang masalah
Matlamat utama pengajian di universiti adalah menyediakan pelajar sebagai
tenaga profesional yang berkemahiran serta mempunyai budaya atau nilai kerja yang
produktif dalam memenuhi keperluan kerjaya di industri pada masa kini (Noritah
Sulaiman, 1992). Selain daripada itu, pertambahan aktiviti manusia telah mewujudkan
banyak peluang kerjaya.
Kejuruteraan Elektrik merupakan satu bidang yang menyediakan pelbagai
peluang kerjaya kepada pelajar. Program pengajian Kejuruteraan Elektrik yang
ditawarkan di universiti tempatan melibatkan kurikulum yang dirangka untuk
membentuk pelajar yang berkemahiran dalam bidang teknikal serta mampu
mengamalkan budaya kerja yang selari dengan kehendak pasaran kerjaya semasa.
Namun begitu, kurikulum di universiti masih lagi kurang efektif dalam melahirkan
pelajar yang bersedia ke arah alam kerjaya. Pandangan ini selaras dengan analisis yang
dijalankan terhadap kandungan kursus kurikulum program pengajian kejuruteraan dari
empat institusi pengajian di selatan California. Daripada analisis tersebut, didapati
bahawa pelajar tidak mempunyai masa yang kursus untuk membuat keputusan dan
mengendalikan pilihan kerjaya mereka (Lynton, 1984). Dalam konteks ini masalah utama
adalah kurangnya persediaan kerjaya yang diamalkan dalam kurikulum pengajian
kejuruteraaan elektrik yang hanya memberi tumpuan kepada teori semata-mata.
Menurut Datuk S.Subramaniam yang merupakan Menteri Sumber Manusia
berkata, antara kegagalan pelajar untuk mendapatkan pekerjaan adalah disebabkan
kurangnya kemahiran berkomunikasi dan keyakinan diri. Ini turut disokong lagi dengan
kajian yang dilakukan oleh Briggs dan Hodgson (2000), antara kelemahan graduan
kejuruteraan ialah dalam kemahiran komunikasi. Media massa tempatan turut
melaporkan bahawa graduan sekarang kurang menguasai kemahiran komunikasi (Berita
Harian:2004, September 17). Situasi tersebut merupakan fenomena yang tidak sepatutnya
berlaku kerana bertentangan dengan kehendak pasaran kerja. Antara kemahiran yang
diperlukan oleh para majikan ialah kemahiran komunikasi seperti yang ditegaskan oleh
Ungku Harun Al’Rasyid Ahmad dan Hawke (2003).Oleh sebab itu, pelajar gagal
mendapatkan kerja yang bersesuaian dengan kelayakan mereka kerana pihak majikan
menjadikan kriteria budaya kerja yang cemerlang sebagai penilaian asas dalam menilai
prestasi pekerja-pekerjanya mendapatkan pekerjaan.
Kebanyakan pelajar yang mengikuti kursus pengajian di universiti dipilih
berdasarkan kelayakan akademik serta memenuhi keperluan dasar negara setelah melalui
beberapa proses pemilihan. Namun begitu, permasalahan timbul apabila terdapat
sesetengah pelajar yang mengikuti kursus pengajian di universiti yang bukan menjadi
pilihan serta minat utama mereka. Personaliti-persekitaran juga akan mempengaruhi
kejayaan sesuatu kerjaya (Bretz & Judge, 1994). Oleh itu, sekiranya pelajar menamatkan
pengajian dengan kursus yang tidak diminati, kemungkinan mereka terpaksa menceburi
bidang pekerjaan yang tidak bersesuaian dengan tret personaliti mereka lalu menjurus
kepada budaya kerja yang tidak optimis. Senario ini bukan sahaja boleh menjejaskan
perkembangan kerjaya seseorang pelajar, malah bilangan tenaga sumber manusia dalam
sesuatu pekerjaan, membazirkan kos serta produktiviti bagi pembangunan negara.
Kurikulum peringkat universiti yang lebih menekankan kepada kejayaan
akademik pelajar sahaja dan bukan terhadap pembelajaran yang menjurus ke arah kerjaya
antara punca mengapa pelajar gagal mengaplikasikan apa yang dipelajari di
universiti (Quek, 2005). Menurutnya lagi, kursus-kursus yang ditawarkan di universiti
kurang memberi penekanan terhadap aspek latihan yang dapat memenuhi keperluan
pekerjaan dan seterusnya mengakibatkan masalah pengangguran dikalangan pelajar di
Malaysia. Gush (1996) melalui kajian beliau mengenai penilaian peranan universiti di
United Kingdom pula mendapati wujud jurang diantara keperluan majikan dana output
pendidikan. Menurut beliau lagi, untuk memenuhi keperluan industri, universiti perlu
berperanan dalam menyediakan subjek-subjek khusus dan kemahiran yang dapat
memenuhi keperluan pekerjaan. Peranan lain termasuklah memberi penekanan dalam
perkembangan intelektual dan nilai-nilai peribadi melalui aktiviti ko-kurikulum di
universiti dalam membina serta membentuk kesediaan kerjaya dikalangan pelajar.
Sokongan dari pelbagai pihak mengukuhkan lagi kesediaan kerjaya dikalangan
pelajar. Penglibatan pihak universiti dalam mengadakan aktiviti seperti menganjurkan
ceramah, karnival serta aktiviti berkaitan kerjaya dapat memberi pengetahuan tentang
kesediaan kerjaya yang lebih realistik. Kerjasama antara pihak tersebut, memberi
pengalaman yang berharga dalam memupuk keyakinan diri kepada pelajar seperti
program latihan industri yang perlu dilalui oleh pelajar sebelum menamatkan pengajian.
Bagi pelajar dibidang Kejuruteraan Elektrik ia sedikit-sebanyak dapat membantu mereka
supaya lebih bersedia menghadapi dunia pekerjaan. Selain itu juga, tenaga manusia yang
terlatih oleh pihak universiti dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
Menurut Sharp and Marra (1971) yang melihat masalah kerjaya sebagai masalah
terbesar dikalangan pelajar. Kepelbagaian cabang kerjaya dalam bidang kejuruteraan
Elektrik menimbulkan masalah kepada segelintir pelajar yang masih samar dan kabur
dalam bidang kerjaya yang bakal dijawati. Oleh yang demikian, kajian berkaitan
kesediaan kerjaya dikalangan pelajar wajar dilakukan bagi mengatasi masalah berkaitan
kerjaya agar tidak menjadi lebih kronik.
1.2 Pernyataan Masalah
Melihat kepada kajian dilakukan oleh Azmi Misani (1994) berhubung peranan
guru-guru teknikal ke arah meningkatkan pengetahuan kerjaya dikalangan pelajar aliran
latihan kemahiran ketukangan di sekolah-sekolah menengah vokasional dilakukan hanya
pada peringkat sekolah. Penyelidik ingin mengkaji dari lapangan yang berbeza berkaitan
isu kerjaya ini pada peringkat universiti. Oleh yang demikian , kajian dilakukan
berkaitan dengan kesediaan kerjaya pelajar dikalangan pelajar Fakulti Kejuruteraan
Elektrik Universiti Teknologi Malaysia. Pihak pengkaji ingin mengenalpasti
keberkesanan kurikulum pengajian kejuruteraan Elektrik yang diamalkan, kesedaran
pelajar terhadap kesediaan kerjaya, dan penglibatan pihak universiti dalam menerapkan
kesediaan kerjaya pelajar.
1.3 Objektif Kajian
Secara umumnya kajian ini melibatkan tahap kesediaan kerjaya dikalangan pelajar
tahun akhir di fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) sebelum tamat pengajian di
Universiti Teknologi Malaysia .Berikut adalah objektif kajian:
1.3.1 Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap keberkesanan kurikulum dalam
bidang kejuruteraan Elektrik dalam menerapkan nilai-nilai yang berkaitan
kesediaan kerjaya.
1.3.2 Mengenalpasti tahap kesedaran pelajar berkaitan kesediaan kerjaya
sebelum tamat belajar.
1.3.3 Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap penglibatan pihak universiti
dalam memupuk pelajar ke arah kesediaan kerjaya.
1.4 Persoalan Kajian
Dalam kajian ini beberapa persoalan telah dikemukakan bagi mencari jawapan
berdasarkan objektif kajian. Perkara yang menjadi fokus dalam kajian ini adalah, satu
tinjauan terhadap kesediaan kerjaya dikalangan pelajar tahun akhir Fakulti
Kejuruteraan Elektrik Universiti Teknologi Malaysia sebelum tamat belajar, melalui
objektif disyorkan. Soalan kajian adalah seperti berikut:
1.4.1 Apakah tahap persepsi pelajar terhadap keberkesanan kurikulum Kejuruteraan
Elektrik yang diamalkan dalam menerapkan kesediaan kerjaya?
1.4.2 Apakah tahap kesedaran pelajar terhadap kesediaan kerjaya sebelum tamat
belajar?
1.4.3 Apakah tahap persepsi pelajar terhadap penglibatan pihak universiti memupuk
pelajar ke arah kesediaan kerjaya sebelum tamat belajar?
top related