kesan penggunaan perisian kursus pengajian … fileabstrak kajian ini dijalankan bertujuan untuk...
Post on 17-Mar-2019
230 Views
Preview:
TRANSCRIPT
KESAN PENGGUNAAN PERISIAN KURSUS PENGAJIAN
KEJURUTERAAN MEKANIKAL TERHADAP GAYA PENGAJARAN
GURU KEJURUTERAAN MEKANIKAL DI SEKOLAH MENENGAH
TEKNIK DI TERENGGANU
NORHANIS BINTI JAMALUDIN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
ii
iii
DEDIKASI
Buat ayah dan ma yang tersayang…dan semua ahli keluaraga saya terutama
along, aidi dan nisah
”..Terima kasih di atas segala pengorbanan yang diberikan.
Nasihat, sokongan dan dorongan yang tidak terhingga...”
iv
PENGHARGAAN
Dengan syukurnya, Projek Sarjana Muda yang bertajuk “Kesan Penggunaan Perisian
Kursus Pengajian Kejuruteraan Mekanikal Terhadap Gaya Pengajaran Guru Kejururteraan
Mekanikal Di Sekolah Menengah Teknik Di Terengganu” telah berjaya disiapkan dalam
tempoh masa yang ditentukan.
Tanpa sokongan dan bantuan daripada insan-insan di sekeliling yang tidak jemu-jemu
memberikan kritikan, idea dan semangat bantuan, yakni projek ini tidak mungkin dapat
dijalankan dengan lancar. Justeru itu, jutaan terima kasih dirakamkan kepada penyelia projek
sarjana muda iaitu Dr. Hajjah Norani Bt Mohd Noor yang telah banyak memberi semangat dan
sokongan.
Tidak lupa juga merakamkan penghargaan ini kepada semua teman seperjuangan,
Fairus, ahli keluarga dan rakan seperjuangan yang banyak memberi dorongan dan nasihat di
dalam menyiapkan projek ini.
Semoga Allah merahmati dan memberkati kehidupan kalian di dunia dan di akhirat.
Terima kasih.
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat kesan penggunaan perisian
kursus Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (PKM) yang telah dibekalkan oleh
Jabatan Pendidikan Teknik Kementerian Pelajaran Malaysia (JPTek, KPM) terhadap
gaya pengajaran yang digunakan oleh guru Kejuruteraan Mekanikal semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu kajian ini dijalankan untuk melihat
faktor yang mendorong keberkesanan penggunaan perisian kursus PKM dan faktor
penggalak guru menggunakan perisian kursus PKM semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Data diambil dengan menggunakan borang soal selidik sebagai
instrument kajian. Seramai 5 orang guru dari SMT Dungun dan 5 guru dari SMT
Terengganu dijadikan sebagai sampel. Maklum balas yang diperolehi menerusi
borang soal selidik dan dianalisis dalam bentuk skor min, peratusan dan kekerapan
dengan menggunakan SPSS (Statistical Package For Social Science) Version 15.0
for Windows. Kajian rintis telah dijalankan ke atas guru PKM di SMT Batu Pahat
dan SMT Kluang. Nilai kebolehpercayaan instrumen yang diperolehi adalah
α=0.98. Dapatan kajian menunjukkan aspek pelajar merupakan faktor yang
mendorong keberkesanan penggunaan perisian kursus PKM dengan nilai min
tertinggi 2.30 (tahap sederhana). Bagi gaya pengajaran pula, gaya wibawa formal
dan delegator menjadi pilihan utama guru dengan nilai min masing-masing 2.90
(tahap tinggi) manakala bagi faktor penggalak guru, faktor diri sendiri dan perisian
kursus menjadi faktor penggalak utama guru menggunakan perisiaan kursus PKM.
Nilai min masing-masing adalah 2.90 (tahap tinggi). Beberapa cadangan
dikemukakan untuk bakal guru teknikal dan pihak JPTek, KPM seperti
penambahbaikan perisian kursus untuk meningkatkan kualiti dan keberkesanannya
serta gaya pengajaran berbentuk wibawa formal dan delegator patut menjadi pilihan
semasa menggunakan perisian kursus PKM dalam proses P&P.
vi
ABSTRACT
This research is carried out to identify the teaching style that being used by
the mechanical engineering teacher when using the software of mechanical
engineering studies (MES) which has been given by the Department of Technical
Education, Ministry Of Education Malaysia. Beside that, the other purposes of this
study is to identify the factor that actuate the effectiveness of using this software and
the encourage factor for the teacher to keep using the software in teaching and
learning process. Questionnaire was used as an instrumental research. 5
respondents from SMT Dungun and 5 respondents from SMT Terengganu have been
chosen as the sample of the study. Feedback from the questionnaire was analyzed in
Frequency, Percentage and Mean Score by using the Statistical Package for Social
Science (SPSS) Version 15.0 for Windows. Pioneer research was conducted at SMT
Batu Pahat and SMT Kluang involving mechanical engineering teacher to test the
reliability of the questionnaire. Value of alpha cronbach is α=0.98. The finding
indicate that the student aspect was the main factor that contributed to the
effectiveness of using the MES software with the highest mean value 2.30
(abstemious level). Furthermore the teacher frequently used the formal authority
style and delegator style when using the MES software with the mean value 2.90
(high level) for each style while the encourage factors that contributed to the
frequently of using MES software were the individual (self) factor together with the
software factor. The mean value for each factors is 2.90 (high level). A couple of
suggestion was prepared to be use by the new technical teacher and the JPTek, KPM
such as addition making to the MES software to increase the effectiveness of its used
and the formal authority style and delegator style should be priority option when
using MES software in teaching and learning process.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL
HALAMAN PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
SENARAI LAMPIRAN
SINGKATAN
1 PENGENALAN 1
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Skop Kajian 8
1.8 Batasan Kajian 9
viii
1.9 Definisi Istilah 10
1.10 Rumusan 12
2 KAJIAN LITERATUR 13
2.1 Pendahuluan 13
2.2 Pengajaran Dan Pembelajaran 16
2.3 Gaya Pengajaran 17
2.4 Konsep Dan Definisi Modul 25
2.4.1 Kepentingan Pengajaran Dan 26
Pembelajaran Bermodul
2.4.2 Kebaikan Kepada Pendidik 26
2.5 Pengajaran Berbantu Komputer Dan
Keberkesanannya 28
2.6 Rumusan 33
3 METODOLOGI KAJIAN 35
3.1 Pendahuluan 35
3.2 Reka Bentuk Kajian 35
3.3 Populasi Dan Sampel 36
3.4 Sumber Data 37
3.5 Instrumen Kajian 37
3.6 Penilaian Instrumen 41
3.7 Kajian Rintis 42
3.8 Pengumpulan Data 43
3.9 Penganalisisan Data 44
3.10 Prosedur Kajian 45
3.11 Rumusan 46
ix
4 ANALISA DATA 48
4.1 Pengenalan 48
4.2 Analisis Kajian 49
4.3 Demografi Responden 52
4.4 Keberkesanan Penggunaan Perisian Kursus
PKM Dalam P&P 56
4.5 Kelaziman Gaya Pengajaran Guru Semasa
Menggunakan Perisian Kursus PKM 62
4.6 Faktor Penggalak Guru Menggunakan Perisian
Kursus Semasa Proses P&P 75
4.7 Rumusan 82
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, KESIMPULAN
DAN CADANGAN 83
5.1 Pengenalan 83
5.2 Rumusan 83
5.3 Perbincangan 85
5.3.1 Kadar Kekerapan Penggunaan Perisian
Kursus PKM 85
5.3.2 Keberkesanan Penggunaan Perisian Kursus
PKM Dalam Proses P&P 86
5.3.3 Kelaziman Gaya Pengajaran Guru Yang
Diamalkan Semasa Proses P&P 87
5.3.4 Faktor Penggalak Guru Menggunakan
Perisian Kursus PKM Semasa Proses P&P 90
5.4 Kesimpulan Dapatan Kajian 91
5.5 Cadangan 93
BIBLIOGRAFI 94
LAMPIRAN A – D 100-104
x
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
2.1 Gaya Pengajaran Guru 23
2.2 Kerangka Konsep Gaya Pengajaran olahan dari
Grasha (1996) 34
3.1 Jumlah Populasi Dan Sampel Kajian Mengikut SMT 36
3.2 Pembahagian Item Mengikut Aspek Keberkesanan
Penggunaan Perisian Kursus PKM Dalam Proses
Pengajaran Dan Pembelajaran 38
3.3 Pembahagian Item Mengikut Gaya Pengajaran Guru
Semasa Menggunakan Perisian Kursus PKM Dalam
Proses Pengajaran Dan Pembelajaran 38
3.4 Pembahagian Item Mengikut Faktor Penggalak Guru
Menggunakan Perisisan Kursus PKM Dalam Proses
Pengajaran Dan Pembelajaran 39
3.5 Skala Likert Yang Digunakan Dalam Borang Soal
Selidik Untuk Bahagian B Dan D 39
3.6 Skala Likert Yang Digunakan Dalam Borang Soal
Selidik Untuk Bahagian C 40
3.7 Pengkelasan Analisis Skala Ordinal 5 Mata Kepada
3 Mata 41
3.8 Pekali Alpha Cronbach 43
3.9 Pengkelasan Kesesuaian Berdasarkan Analisis Skor Min 44
3.10 Kelas Pemusatan Yang Digunakan 45
xi
4.1 Pengkelasan Analisis Skala Likert 5 Mata Kepada
3 Mata 51
4.2 Pengkelasan Kesesuaian Berdasarkan Analisis Skor Min 51
4.3 Demografi Jantina 52
4.4 Demografi Keturunan 53
4.5 Demografi Umur 53
4.6 Demografi Pengalaman Mengajar 54
4.7 Demografi Kekerapan Penggunaan Perisian Kursus PKM 55
4.8 Analisis Respon Guru Terhadap Keberkesanan
Penggunaan Perisian Kursus PKM Dalam Proses P&P
Bagi Aspek Perisian Kursus Mengikut Kekerapan,
Peratusan Dan Min 56
4.9 Analisis Respon Guru Terhadap Keberkesanan
Penggunaan Perisian Kursus PKM Dalam Proses P&P Bagi
Aspek Pelajar Mengikut Kekerapan, Peratusan Dan Min 58
4.10 Analisis Respon Guru Terhadap Keberkesanan Penggunaan
Perisian Kursus PKM Dalam Proses P&P Bagi Aspek Guru
Mengikut Kekerapan, Peratusan Dan Min 60
4.11 Analisis Respon Terhadap Gaya Pengajaran Guru Semasa
Menggunakan Perisian Kursus PKM Dalam Proses P&P
Menurut Gaya Pakar Mengikut Kekerapan, Peratusan
Dan Min 64
4.12 Analisis Respon Terhadap Gaya Pengajaran Guru Semasa
Menggunakan Perisian Kursus PKM Dalam Proses P&P
Menurut Gaya Wibawa Formal Mengikut Kekerapan,
Peratusan Dan Min 67
4.13 Analisis Respon Terhadap Gaya Pengajaran Guru Semasa
Menggunakan Perisian Kursus PKM Dalam Proses P&P
Menurut Gaya Model Peribadi Mengikut Kekerapan,
Peratusan Dan Min 69
xii
4.14 Analisis Respon Terhadap Gaya Pengajaran Guru Semasa
Menggunakan Perisian Kursus PKM Dalam Proses P&P
Menurut Gaya Fasilitator Mengikut Kekerapan, Peratusan
Dan Min 71
4.15 Analisis Respon Terhadap Gaya Pengajaran Guru Semasa
Menggunakan Perisian Kursus PKM Dalam Proses P&P
Menurut Gaya Delegator Mengikut Kekerapan, Peratusan
Dan Min 73
4.16 Gaya Pengajaran Yang Lazim Digunakan 74
4.17 Analisis Respon Terhadap Faktor Penggalak Guru
Menggunakan Perisisan Kursus PKM Dalam Proses P&P
Menurut Aspek Pentadbiran Mengikut Kekerapan,
Peratusan Dan Min 76
4.18 Analisis Respon Terhadap Faktor Penggalak Guru
Menggunakan Perisisan Kursus PKM Dalam Proses P&P
Menurut Aspek Diri Sendiri Mengikut Kekerapan,
Peratusan Dan Min 78
4.19 Analisis Respon Terhadap Faktor Penggalak Guru
Menggunakan Perisisan Kursus PKM Dalam Proses P&P
Menurut Aspek Perisian Kursus Mengikut Kekerapan,
Peratusan Dan Min 79
4.20 Analisis Respon Terhadap Faktor Penggalak Guru
Menggunakan Perisisan Kursus PKM Dalam Proses P&P
Menurut Aspek Pelajar Mengikut Kekerapan, Peratusan
Dan Min 80
4.21 Faktor Penggalak Guru Menggunakan Perisian Kursus 81
xiii
SENARAI RAJAH
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Langkah-langkah Pelaksanaan Kajian 47
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Jadual Krejie Morgan 100
B Kesahan Pakar 101
C Borang Soal Selidik 102
D Surat Kebenaran 103
xv
SENARAI SINGKATAN
PKM : Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
JPTek : Jabatan Pendidikan Teknikal
KPM : Kementerian Pelajaran Malaysia
P&P : Pengajaran Dan Pembelajaran
SPM : Sijil Pelajaran Malaysia
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Pengajaran merupakan proses yang penuh cabaran bagi seseorang guru. Tugas
pengajar ialah mendidik dan membentuk dari segi kebolehan kognitif, afektif, dan
psikomotor. Pelajar yang diajar oleh guru adalah berbeza kebolehan intelek, kesediaan
emosi, kebolehan fizikalnya. Kemahiran dan kaedah tertentu yang digunakan dalam
pengajaran belum pasti sesuai bagi kesemua pelajar di dalam kelas.
Tidak terdapat pendekatan yang terbaik untuk sesuatu keadaan dan situasi
tersebut. Pengajaran dan pembelajaran melibatkan guru, pelajar, persekitaran dan
bahan yang digunakan. Masalah dan isu yang wujud berkaitan kefahaman,
perlaksanaan dan sokongan pelbagai pihak yang terlibat harus diteliti dan diatasi.
Pengetahuan yang luas dan kefahaman semua pihak terlibat adalah penting dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
2
Guru perlu menguasai prinsip pengajaran supaya pengajaran dapat dilaksanakan
dengan baik dan memudahkan pelajar memahami perkara yang disampaikan (Esah
Sulaiman, 2004). Untuk memudahkan pengajaran difahami, guru perlu memulakan
pengajaran dengan mengutarakan konsep atau idea yang lebih dekat dengan kehidupan
pelajar, diikuti dengan idea yang lebih sukar atau abstrak.
Dunne (dalam Bannett dan Carre, 1993) dalam kajian yang dijalankan olehnya
menjelaskan bahawa gaya pengajaran merupakan cara atau teknik seseorang guru
dalam menyampaikan isi pengajaran mereka. Gaya pengajaran adalah berkaitan
dengan penyampaian, interaksi dan ciri-ciri personaliti guru. Selain itu, Dunne
menjelaskan bahawa gaya pengajaran adalah penting kerana memberi kesan terhadap
pengajaran yang akan disampaikan.
Guru perlu menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran untuk pelajarnya.
Strategi ini melibatkan kemahiran memilih, merancang, menyusun dan mengurus
kaedah dan teknik mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi
tujuan mencapai objektif pelajaran secara optimum (Ee Ah Meng, 1997).
Guru boleh menggunakan pelbagai gaya dalam proses P&P. Gaya yang
dipraktikkan dalam menggunakan modul merupakan sesuatu yang baru. Proses
pengajaran dan pembelajaran tradisional perlu disokong oleh bahan multimedia atau
elektronik yang menggunakan teknologi komputer dan komunikasi (Yusup Hashim,
2000).
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Mengikut artikel dalam laman web rasmi Jabatan Pendidikan Teknikal,
Kementerian Pelajaran Malaysia, 2007, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran teknikal dalam Bahasa Inggeris adalah selari dengan pelaksanaan pengajaran
dan pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Melalui
Kertas Taklimat Jemaah Menteri bertarikh 19 Julai 2002 telah menyebut bahawa mata
pelajaran Sains dan Matematik di peringkat sekolah adalah merangkumi semua mata
pelajaran Sains Tulen, Matematik, Teknikal dan Teknologi Maklumat.
Berdasarkan keputusan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dan
Matematik untuk Tahun Satu (1), Tingkatan Satu (1) dan Tingkatan Enam (6) Rendah
bermula pada tahun 2003, maka pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran Sains, Matematik dan Teknikal dalam Bahasa Inggeris bagi pelajar tingkatan
4 adalah pada tahun 2006.
Jabatan Pendidikan Teknikal telah melaksanakan beberapa sesi latihan
kemahiran penterjemahan kepada guru-guru. Latihan ini telah dijalankan pada tahun
2004 bagi melatih guru dalam membuat penterjemahan rancangan pengajaran serta
bahan-bahan yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Berdasarkan kepada beberapa temubual ringkas yang di buat oleh penyelidik
(Fairus, 2006) terhadap beberapa orang guru Pengajian Kejuruteraan Mekanikal dan
pelajar Pengajian Kejuruteraan Mekanikal di beberapa buah sekolah menengah teknik,
penyelidik mendapati pelajar seronok belajar dengan penggunaan perisian kursus tetapi
kadangkala memerlukan penjelasan yang lebih jelas daripada guru kerana isi
kandungan perisian kursus bagi sesetengah topik kurang lengkap. Selain itu, terdapat
4
juga beberapa permasalahan seperti guru terpaksa menggunakan masa yang lebih untuk
membuat penerangan dalam Bahasa Melayu kerana kadangkala pelajar kurang
memahami pengajaran dalam Bahasa Inggeris. Terdapat juga sesetengah pelajar tidak
suka penggunaan perisian kursus dijalankan sepanjang masa sebaliknya lebih gemar
penggunaan corak pengajaran secara konvensional. Ini kerana mereka gemar menyalin
nota di papan putih.
Menurut En. Mohd Noh Bin Sarip, Ketua Bidang Teknik dan Vokasional SMT
Batu Pahat memberitahu bahawa Jabatan Pendidikan Teknikal (JPTek), Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) telah membekalkan perisian kursus kepada setiap SMT di
seluruh Malaysia bermula dari tahun 2006. Beliau menyatakan gaya pengajaran guru
berubah apabila perisian kursus yang dibekalkan digunakan secara menyeluruh.
Menurut temubual yang dijalankan oleh pengkaji kebanyakkan guru-guru mampu
menggunakan perisian kursus yang dibekalkan tetapi gaya yang digunakan adalah
terpulang kepada pengalaman dan cara guru tersebut mengajar (Fairus, 2006)
Perisian kursus ini juga merupakan satu bentuk bahan bantu mengajar yang juga
berkonsepkan modul pengajaran berbantukan komputer yang baru diperkenalkan untuk
mata pelajaran teknikal teras. Selain menggunakaan perisian Microsoft Power Point
sebagai asas paparan untuk semua isi pengajaran dan pembelajaran, perisian kursus ini
juga mengandungi unsur interaktif dan animasi grafik.
Selain itu menurut Kamaruzaman (1995) terdapat beberapa faktor yang
mempengaruhi penggunaan bahan bantu mengajar ini seperti faktor jantina,
pengalaman mengajar, kelulusan ikhtisas dan beberapa faktor lain. Kajian yang dibuat
oleh Mohamed Najib (1990) mendapati guru wanita lebih kerap menggunakan media
elaktronik manakala kajian yang dibuat oleh Aziz (1993) menyatakan sebaliknya.
Namun begitu dari segi pengalaman mengajar pula didapati semakin lama tempoh
5
pengalaman semakin kurang penggunaan bahan bantu mengajar ini. Hal ini mungkin
disebabkan timbul perasaan jemu dan guru mengalami ‘burn-out’.
Menurut Shafie Mohd Daud (1990) pula beban tugas dan pentadbiran
merupakan dua faktor yang mempengaruhi penggunaan media teknologi di beberapa
buah sekolah di Kedah. Selain itu menurut Nur Dzainuddin (dalam Abdul Aziz, 1993)
terdapat beberapa masalah penggunaan bahan bantu mengajar ini seperti sikap guru
yang malas, pengaruh kawan, sikap pengetua atau pentadbir.
Ini menimbulkan persoalan sama ada gaya pengajaran manakah yang sesuai
diterapkan apabila penggunaan perisian kursus Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
digunakan secara seragam dalam sistem pendidikan teknik dan vokasional di negara
kita di mana kepentingan inti pati pengajaran dan pembelajaran amat di titikberatkan.
Oleh itu penyelidik mengambil inisiatif ini untuk mengkaji keberkesanan
penggunaan perisian kursus PKM yang dibekalkan oleh Jabatan Pendidikan Teknikal,
Kementerian Pelajaran Malaysia (JPTek, KPM), gaya pengajaran manakah yang
bersesuian digunakan bersama penggunaan perisian kursus Pengajian Kejuruteraan
Mekanikal di sekolah menengah teknik khasnya dan faktor penggalak guru
menggunakan perisian kursus ini.
6
1.3 Pernyataan Masalah
Penyelidik ingin menjalankan kajian berhubung kesan penggunaan perisian
kursus Pengajian Kejuruteraan Mekanikal terhadap gaya pengajaran guru-guru
Pengajian Kejuruteraan Mekanikal di Sekolah Menengah Teknik Dungun dan Sekolah
Menengah Teknik Terengganu di Terengganu sebagai satu inisiatif dalam mencari
alternatif gaya pengajaran yang bersesuaian dengan penggunaan perisian kursus
Pengajian Kejuruteraan Mekanikal yang telah dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian adalah untuk :
i. Mengenalpasti faktor yang mendorong keberkesanan penggunaan
perisian kursus Pengajian Kejuruteraan Mekanikal dalam proses P&P.
ii. Mengenalpasti gaya pengajaran guru Pengajian Kejuruteraan
Mekanikal semasa penggunaan perisian kursus Pengajian Kejuruteraan
Mekanikal dalam proses P&P.
iii. Mengenalpasti faktor penggalak guru Pengajian Kejuruteraan
Mekanikal menggunakan perisian kursus Pengajian Kejuruteraan
Mekanikal dalam proses P&P.
top related