kertas kerja kejoho_2015_(terkini)
Post on 29-Jul-2015
102 Views
Preview:
TRANSCRIPT
KEMBARA BAKTI GENERASI JOHOR (KEJOHO) 2015 16 JANUARI – 21 JANUARI 2015
“Mahasiswa Pemacu Pembangunan Masyarakat” Page 1
KERTAS KERJA KEMBARA BAKTI GENERASI JOHOR
(KEJOHO) 2015
PERSATUAN MAHASISWA ANAK JOHOR (PERMAJ)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
TARIKH :
16 - 21 JANUARI 2015
TEMPAT :
KAMPUNG SARI BARU, KAMPUNG PANJANG SARI, KAMPUNG SERI MENANTI, KAMPUNG SERI MAKMUR, PAGOH, JOHOR
ANJURAN :
PERSATUAN MAHASISWA ANAK JOHOR (PERMAJ)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
DENGAN KERJASAMA :
PARLIMEN PAGOH
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) JORAK
JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK)
KAWASAN MUKIM JORAK
TEMA :
“MAHASISWA PEMACU PEMBANGUNAN MASYARAKAT”
KEMBARA BAKTI GENERASI JOHOR (KEJOHO) 2015 16 JANUARI – 21 JANUARI 2015
“Mahasiswa Pemacu Pembangunan Masyarakat” Page 2
KERTAS KERJA KEMBARA BAKTI GENERASI JOHOR (KEJOHO) 2015
PERSATUAN MAHASISWA ANAK JOHOR UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini disediakan bertujuan untuk mendapatkan kelulusan dan bantuan kewangan daripada
pihak Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni (PPMPA) bagi melaksanakan program
Kembara Bakti Generasi Johor (KEJOHO) 2015 yang akan dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa
Anak Johor (PERMAJ), Universiti Kebangsaan Malaysia di bawah Sekretariat Majlis Tertinggi.
2.0 LATAR BELAKANG
2.1 Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ) adalah sebuah persatuan yang berdaftar di
Universiti Kebangsaan Malaysia. Persatuan ini telah ditubuhkan pada 7 Disember 1975. Sepanjang
penubuhannya, persatuan ini lebih menumpukan program-program bersifat kemasyarakatan, akademik,
kepimpinan dan latihan kendiri, operasi khidmat masyarakat, motivasi akademik, dan kerjaya untuk ahli-
ahlinya. Semua ini digerakkan melalui program-program yang telah dirancang dan akan dilaksanakan
oleh keseluruhan keluarga Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ) sama ada oleh para Exco,
senior, junior mahupun Alumni PERMAJ.
2.2 Dasar keterbukaan dan kekeluargaan yang diamalkan oleh PERMAJ telah menyebabkan persatuan
ini mampu menarik mahasiswa/i dari pelbagai negeri untuk turut serta dalam mencurahkan bakti dan
tenaga mereka dalam program-program yang dirancangkan. Kewujudan sekretariat-sekretariat dalam
persatuan ini ternyata mampu mempelbagaikan program-program yang bermanfaat untuk dikongsi
bersama. Lantaran itu, di bawah Sekretariat Majlis Tertinggi PERMAJ UKM sesi 2014/2015 akan
melaksanakan program Kembara Bakti Generasi Johor (KEJOHO) 2015. Penganjuran program kali
ini merupakan kesinambungan dari program-program yang telah dilakukan sebelum ini di mana adanya
kursus kepimpinan exco PERMAJ bagi menerapkan nilai-nilai kepimpinan, tanggungjawab dan
kemahiran berorganisasi. Tujuan penubuhan PERMAJ ini bukan sahaja melahirkan mahasiswa yang
cemerlang akademik tetapi juga cemerlang dari segi sahsiah. Kembara Bakti Generasi Johor
(KEJOHO) 2015 ini secara tidak langsung memberikan input penting kepada mahasiswa/i yang
sentiasa menjadi nilai tambah serta pengalaman berharga bersama masyarakat.
KEMBARA BAKTI GENERASI JOHOR (KEJOHO) 2015 16 JANUARI – 21 JANUARI 2015
“Mahasiswa Pemacu Pembangunan Masyarakat” Page 3
3.0 MISI
Membentuk mahasiswa/i yang mempunyai jati diri, berkepimpinan dan bertanggungjawab dalam
masyarakat. Di samping itu, slogan “MAHASISWA PEMACU PEMBANGUNAN MASYARAKAT”
sentiasa menjadi pegangan dan prinsip setiap mahasiswa/i Persatuan Mahasiswa Anak Johor
(PERMAJ). Seterusnya, menjadikan mahasiswa/i UKM ini dilihat sebagai contoh dan tauladan yang baik
kepada masyarakat. Menyemai rasa hormat, kerjasama dan peribadi mulia dalam setiap jiwa mahasiswa/i
dalam menghulurkan bakti dalam apa jua termasuklah masa, wang dan tenaga. Paduan ilmu, teori dan
pengalaman akan dijadikan senjata ke arah kesejahteraan dalam membangunkan prasarana fizikal dan
pembangunan insaniah.
4.0 MATLAMAT
Untuk menjadi teraju Persatuan Anak Negeri yang unggul, beretika dan aktif dengan mendukung
falsafah, wawasan, misi dan matlamat UKM. Melahirkan bakal-bakal pemimpin yang berketerampilan dan
berwawasan. Seterusnya menjalinkan hubungan dan kerjasama yang baik antara masyarakat setempat
dan mahasiswa/i UKM yang berasal dari negeri Johor amnya dan sekaligus memberikan pendedahan
kepada mahasiswa/imengenai kehidupan dalam suasana komuniti yang besar. Di samping itu, memupuk
mahasiswa/i dalam menggabungkan ilmu, teori dan pengalaman bagi mewujudkan komuniti masyarakat
yang harmoni, bertanggungjawab dan berwawasan.
5.0 OBJEKTIF
5.1 Membina perhubungan baik antara mahasiswa/i PERMAJ dan masyarakat luar.
5.2 Memupuk sifat berkerjasama dan berkepimpinan dalam kalangan ahli PERMAJ.
5.3 Melahirkan mahasiswa/i yang mantap dari segi jasmani dan rohani.
5.4 Menerapkan nilai-nilai kemasyarakatan serta peribadi mulia yang sentiasa dijadikan contoh dan
tauladan masyakat luar.
5.5 Mewujudkan jaringan komunikasi mahasiswa/i dengan keluarga angkat untuk saling berhubung
dan berkongsi maklumat demi kesejahteraan dan perpaduan masyarakat dan negara.
6.0 TEMA
„Mahasiswa Pemacu Pembangunan Masyarakat‟
KEMBARA BAKTI GENERASI JOHOR (KEJOHO) 2015 16 JANUARI – 21 JANUARI 2015
“Mahasiswa Pemacu Pembangunan Masyarakat” Page 4
7.0 ANJURAN
Majlis Tertinggi,
Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ)
Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM
Dengan kerjasama : Parlimen Pagoh
8.0 TARIKH
Program ini dicadangkan untuk diadakan pada 16 Januari -21 Januari 2015
9.0 TEMPAT
Tempat program yang dinyatakan dalam cadangan awal ialah di kawasan Kampung Sari Baru,
Kampung Panjang Sari, Kampung Seri Menanti, Kampung Seri Makmur, Jorak dibawah Parlimen Pagoh, Johor. Di mana di kawasan parlimen tersebut akan ditetapkan satu kawasan
petempatan perkampungan yang akan diselaraskan oleh Ketua Pengarah Program.
10.0 PUBLISITI
Poster dan Flyers penyertaan program dan pencarian ahli program akan dihebah dan diedarkan
di seluruh Kampus Induk UKM Bangi dan Kampus Induk UKM Kuala Lumpur.
Digital Board
Banner di sekitar kawasan program dan di dalam Kampus UKM
Laman web Persatuan Mahasiswa Anak Johor ( PERMAJ )
www.ukm.my/permaj dan www.facebook.com/permaj.ukm
Membuat liputan akhbar sinar harian dan utusan malaysia dan siaran radio melalui johor.fm.
Selain itu, kami juga akan membuat liputan beberapa kawasan dan dimuat turun dalam Siaran
Johor TV.
11.0 CADANGAN PERASMI
11.1 Perasmian Pembukaan dan Penyerahan Anak Angkat
Nama : YAB Tan Sri Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin Jawatan : Menteri Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia merangkap
Ahli Parlimen Pagoh
11.2 Perasmian Penutupan dan Penyerahan Kembali Anak Angkat
Nama : YB Datuk Dr. Shahruddin Bin Md Salleh Jawatan : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jorak, Pagoh, Johor
KEMBARA BAKTI GENERASI JOHOR (KEJOHO) 2015 16 JANUARI – 21 JANUARI 2015
“Mahasiswa Pemacu Pembangunan Masyarakat” Page 5
12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM
Seramai 120 orang peserta termasuklah ahli-ahli Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ), Universiti
Kebangsaan Malaysia yang terlibat dalam program ini. Barisan urusetia bagi program ini adalah seramai
100 orang yang terdiri daripada Ahli Majlis Tertinggi, exco-exco dan ahli-ahli Persatuan Mahasiswa Anak
Johor (PERMAJ), Universiti Kebangsaan Malaysia dan baki selebihnya iaitu 20 orang mewakili peserta
program Kembara Bakti Generasi Johor (KEJOHO) 2015.
13.0 STRUKTUR ORGANISASI KEMBARA BAKTI GENERASI JOHOR (KEJOHO) 2015
Rujuk Lampiran A
14.0 TENTATIF KESELURUHAN PROGRAM
Rujuk Lampiran B
15.0 PENGISIAN PROGRAM
15.1 Program Keagamaan dan Forum Perdana
Bagi menjayakan program ini maka satu majlis keagamaan akan diadakan. Pengisian bagi program ini
ialah Tahlil dan bacaan Yasin serta Solat Maghrib dan Hajat berjemaah. Selain daripada itu, akan
diadakan ceramah agama yang akan membincangkan mengenai hal dan isu peperangan di Palestin.
15.2 Persembahan dan Kebudayaan
Bagi merancakkan program ini, disajikan persembahan multimedia dan juga persembahan kebudayaan
dalam kalangan peserta dan kerjasama masyarakat setempat.
15.3 Program Sukan Bersama Masyarakat
Bagi mengeratkan lagi hubungan antara mahasiswa dan masyarakat, pengisian semangat kesukanan
akan diadakan. Pengisian program ini adalah sukan, sukan rakyat, sukaneka dan aktiviti riadah.
KEMBARA BAKTI GENERASI JOHOR (KEJOHO) 2015 16 JANUARI – 21 JANUARI 2015
“Mahasiswa Pemacu Pembangunan Masyarakat” Page 6
15.4 Program Motivasi dan Seminar Masyarakat
Program ini diwujudkan bagi merapatkan hubungan mahasiswa dan pelajar-pelajar sekolah di sekitar
kawasan program. Program ini dilihat dapat membantu memberikan keyakinan kepada pelajar-pelajar
tentang semangat untuk belajar dan pendedahan suasana di universiti.Selain itu, kami mewujudkan
program seminar kepada masyarakat setempat untuk menerangkan mengenai isu-isu semasa samaada di
dalam negara atau di peringkat antarabangsa.
15.5 Khidmat Sosial dan Kesihatan
Di dalam program ini kami ingin menyemai rasa kebertanggungjawaban mahasiswa terhadap kehidupan
bermasyarakat. Mahasiswa berpeluang untuk bergotong-royong bersama penduduk kampung di samping
dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama manusia. Selain itu, pameran dan pemeriksaan
kesihatan juga diadakan bagi memberikan peluang kepada masyarakat kampung tentang kepentingan
kesihatan dan amalan hidup yang sihat.
15.6 Hari Keusahawanan & Inovasi
Pada Hari Keusahawanan & Inovasi ini, akan diadakan pameran dari Industri Kecil & sederhana (IKS)
sekitar kawasan terlibat, pameran daripada agensi-agensi dan juga dari Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM) sendiri. Program ini lebih bercorak kepada keuntungan tiga generasi iaitu kanak-kanak, golongan
belia dan dewasa. Manfaat yang akan diperoleh dari program ini akan memberi impak yang besar kepada
tiga golongan justeru dapat menaikan semangat ketiga-tiga golongan ini bagi mengembangkan kampung
mereka sendiri.
15.6 Lain-lain program
Pelbagai program lain akan diadakan mengikut kesesuaian masa dan keadaan sepanjang program ini
berlangsung.
16.0 ANGGARAN BELANJAWAN
Rujuk Lampiran C
KEMBARA BAKTI GENERASI JOHOR (KEJOHO) 2015 16 JANUARI – 21 JANUARI 2015
“Mahasiswa Pemacu Pembangunan Masyarakat” Page 7
17.0 PEJABAT URUSAN
Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat, sila hubungi:
Persatuan Mahasiswa Anak Johor ( PERMAJ )
Universiti Kebangsaan Malaysia Paras 3, Bangunan Pusanika,
43600, Bangi, Selangor Darul Ehsan.
(U/P: Presiden :MOHD ANWAR BIN MOHD RAFI–017-7834431) Tel : 03-89212311(HEP)
Faks : 03-89253352(HEP) Laman web : www.ukm.my/permaj
:www.facebook.com/permaj.ukm
18.0 PENUTUP
Kewujudan program yang seumpama ini diharapkan dapat memupuk dan membina sifat dan sikap
bertanggungjawab, berkepimpinan dan peribadi mulia dalam kalangan mahasiswa/i PERMAJ khususnya
UKM amnya. Di samping itu, PERMAJ sentiasa melahirkan pemimpin-pemimpin masyarakat melalui
program-program yang dijalankan bagi mengenal tahap masing-masing. Pemantapan dan pemerkasaan
mahasiswa bersama masyarakat di harap dapat digiat dengan lebih baik dengan matlamat menerajui
kepimpinan negara pada masa hadapan. Ini dilihat selaras dengan matlamat persatuan ini yang sering
diuar-uarkan iaitu „CemerlangBersama Johor‟ dan „Meneruskan Legasi Kegemilangan PERMAJ‟.
Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ), Universiti Kebangsaan Malaysia
meletakkan harapan yang tinggi kepada Kembara Bakti Generasi Johor (KEJOHO) 2015 ini agar
dapat dilaksanakan dengan jayanya demi memartabatkan mahasiswa, agama, masyarakat dan negara.
Dengan penciptaan slogan “Mahasiswa Pemacu Pembangunan Masyarakat” sentiasa menjadi
pegangan dan prinsip setiap mahasiswa/i Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ).
Segala sokongan dan kerjasama amat kami harapkan terutamanya daripihak Pejabat Daerah di
kawasan Parlimen Pagoh untuk meluluskan kertas kerja ini amatlah dihargai dan kami dahului dengan
ucapan jutaan terima kasih. Segala kerjasama dari semua pihak sama ada secara langsung dan tidak
langsung amatlah dihargai. Sumbangan baik dalam bentuk idea mahupun wang ringgit amat dialu-alukan
bagi menjayakan program ini. Semoga program ini akan mendapat limpahan kurnia dari Allah s.w.t. dan
berjalan dengan lancar matlamatnya.
Sekian, Salam 1 Malaysia.
KEMBARA BAKTI GENERASI JOHOR (KEJOHO) 2015 16 JANUARI – 21 JANUARI 2015
“Mahasiswa Pemacu Pembangunan Masyarakat” Page 8
Disahkan oleh :
............................................................
MOHD ANWAR BIN MOHD RAFI
Presiden,
Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ)
Universiti Kebangsaan Malaysia
Disokong oleh:
......................................................
ENCIK AIZAM BIN ABU BAKAR
Penolong Pendaftar,
Pejabat Canselori
Universiti Kebangsaan Malaysia,
Merangkap Penasihat Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ)
Disediakan Oleh :
…………………………………………
MUHAMAD SAFWAN BIN MOHAMAD ROSDI
Ketua Pengarah
Program Kembara Bakti Generasi Johor (KEJOHO) 2015
Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ)
Universiti Kebangsaan Malaysia
KEMBARA BAKTI GENERASI JOHOR (KEJOHO) 2015 16 JANUARI – 21 JANUARI 2015
“Mahasiswa Pemacu Pembangunan Masyarakat” Page 9
LAMPIRAN A
STRUKTUR ORGANISASI KEMBARA BAKTI GENERASI JOHOR (KEJOHO) 2015
PERSATUAN MAHASISWA ANAK JOHOR (PERMAJ)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
PENAUNG : Y.A.B. DATO‟ MOHAMED KHALED BIN NORDIN Menteri Besar Johor
PENAUNG : PROF. DATUK DR. NOOR AZLAN GHAZALI
BERSAMA Naib Canselor
Universiti Kebangsaan Malaysia
PENYELARAS : EN. AZIZ BIN ABU BAKAR
Timbalan Pendaftar
Pusat Khidmat Siswa Universiti Kebangsaan Malaysia
PENASIHAT 1 : EN. AIZAM BIN ABU BAKAR
Pegawai Khas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia
PENASIHAT 2 : DR. ROSLEE BIN RAJIKAN Pengarah Pusat Pembangunan Mahasiswa & Perhubungan Alumni
Universiti Kebangsaan Malaysia
MAJLIS TERTINGGI PUSAT KEMBARA BAKTI GENERASI JOHOR (KEJOHO) 2015
KETUA PENGARAH PROJEK : MUHAMAD SAFWAN BIN MOHAMAD ROSDI
A 143996 FKAB/2 013-2629784
TIMBALAN KETUA PENGARAH 1 : MOHD ANWAR BIN MOHD RAFI A 139866 FEP/3 017-7834431
TIMBALAN KETUA PENGARAH 2 : NURUL NADIAH BINTI RUSLI
A150181 FST/1 014-3096338
SETIAUSAHA PROGRAM : ANIS SYAFIQAH BT SAHDON
A146315 FTSM/2 017-7869170
PENOLONG SETIAUSAHA :NOOR SYAZANA BINTI MOHD ALI
A148709 FSSK/1 017-7882150
BENDAHARI PROGRAM : NIK NUR ATHIRAH BINTI NIK LEE A143313 FEP/2 014-2767752
KEMBARA BAKTI GENERASI JOHOR (KEJOHO) 2015 16 JANUARI – 21 JANUARI 2015
“Mahasiswa Pemacu Pembangunan Masyarakat” Page 10
PENYELARAS PROGRAM : 1) MOHD EZREEN HAIKAL BIN MAHAT
A 140889 FSSK/3 017-7489266
: 2) SITI NUR SYAMIMI BINTI MOHAMAD SAMINGAN A 140991 FSSK/3 014-2610800
: 3) NUR HAZIRAH BINTI SININ A140743 FST/3 017-3391276
: 4) NUR HANANI NAJWA BINTI MD KHAIRI
A149939 FSSK/1 017-7696761
AHLI JAWATANKUASA KEMBARA BAKTI GENERASI JOHOR (KEJOHO) 2015
PENDIDIKAN : MUHAMMAD RAZALI BIN MOHD AZAMAN
A143914 FKAB/2 014-5175415
: NURFARIHAN BINTI ZAID
A143359 FEP/2 012-7325403
KEROHANIAN : SITI ROHAYU BINTI SAROJI A144832 FPI/2 017-7358635
SUKAN & REKREASI : INTAN JUITA BINTI MENAN A145335 FSSK/2 013-7404830
KEBUDAYAAN : AINUR FARAHIN BINTI ABDULLAH
A145497 FSSK/2 010-7016640
: FARIDZUAN BIN ABD RAHMAN
A141163 FSSK/3 017-7307530
KHIDMAT MASYARAKAT : NORATHIRAH NABILA BINTI ABD MUTALIB
A146051 FST/2 013-4457614
PROTOKOL : NUR AFIQAH BINTI AHMAD A143554 FEP/2 010-2770132
MAKANAN & JAMUAN : NURUL KHADIJAH BINTI ABDULLAH
A143848 FPEND/2 011-29300310
PENDAFTARAN & PERHUBUNGAN : NOR FATIHA ASMIZA BINTI AB RAHMAN
A144941 FPI/2 011-19793685
MEDIA & INFORMASI : NURUL JANNAH BINTI ABU BAKAR
A143455 FEP/2 017-7116748
: MAIIZATUL AKMA BINTI NOR YUSRE A143438 FEP/2 017-2293256
KEMBARA BAKTI GENERASI JOHOR (KEJOHO) 2015 16 JANUARI – 21 JANUARI 2015
“Mahasiswa Pemacu Pembangunan Masyarakat” Page 11
SIJIL & CENDERAMATA : NOR AFIQAH BINTI ABD AZIZ A145058 FSSK/2 017-6576952
PEMASARAN : NUR AMALINA BINTI AHMAD YAMIN
A143354 FEP/2 017-6374543
: NURUL IZATI BINTI MASDUKI
A145049 FSSK/2 017-8427323
LOGISTIK : NURUL AMALINA BINTI ANAWAR A140574 FSSK/2 016-6865753
TEKNIKAL : RAHWANI ZAYANI BINTI PUSLAN A143312 FEP/2 017-8531329
PENGANGKUTAN : MUHAMMAD FARISHAH BIN ISNIN
A145532 FST/1 012-7471151
: MUHAMMAD AZIZUDDIN BIN TOKIRAN
A144559 FSK/2 010-4399102
KEBAJIKAN : NOORLIANA BINTI MASRI
& KESELAMATAN A144576 FSK/2 010-7187809
TUGAS-TUGAS KHAS : ALIA SURAYA BINTI ESA
A144440 FFAR/2 0137777638
HARI KEUSAHAWANAN & : AMEER AMIRUL BIN MOHAMAD ANUAR INOVASI A 141191 FST/3 017-7899171
: MOHD KHAIRUL ANWAR BIN JIMI OSMERA A 141845 FSSK/3 013-3054846
KEMBARA BAKTI GENERASI JOHOR (KEJOHO) 2015 16 JANUARI – 21 JANUARI 2015
“Mahasiswa Pemacu Pembangunan Masyarakat” Page 12
LAMPIRAN B
TENTATIF KESELURUHAN KEMBARA BAKTI GENERASI JOHOR (KEJOHO) 2015
16 Januari 2015 (Jumaat Malam)
9.00 pm : Berkumpul / Pendaftaran peserta di Pusanika UKM
Persediaan terakhir peserta
1.00 am : Bertolak dari UKM
17 Januari 2015 (Sabtu / Hari Pertama)
7.00 am : Tiba di Kampung Sari Baru
7.30 am : Taklimat Program dan persiapan Majlis Penyerahan Anak Angkat
10.00 am : Majlis Penyerahan Anak Angkat Kepada Keluarga Angkat
Perasmi penyerahan : YAB Tan Sri Dato‟ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd.
Yassin
Jawatan : Ahli Parlimen Pagoh Merangkap Menteri Pendidikan,
Kementerian Pendidikan Malaysia
12.30 pm : Makan Tengahari di dewan serbaguna/Solat Zohor
2.00 pm : Bersama Keluarga Angkat
5.00 pm : Sukaneka bersama orang kampung
7.00 pm : Solat Maghrib, Solat Isyak dan Hajat Berjemaah/Yasin dan Tahlil di Masjid
9.00 pm : Ceramah agama dari MAIJ (Memahami Isu Palestin)
10.00 pm` : Jamuan ringan di Masjid
10.30 pm : Pulang ke Rumah Keluarga Angkat/Malam suai kenal bersama keluarga angkat
18 Januari 2015 (Ahad / Hari Kedua)
7.30 am : Sarapan pagi di rumah keluarga angkat
8.00 am : Berkumpul/Persediaan Kem Pendidikan di dewan serbaguna
8.30 am : Kem Pendidikan Generasi Johor – Di sekolah terpilih (rendah dan menengah)
12.30 pm : Makan Tengahari di rumah keluarga angkat
1.30 pm : Solat
2.00 pm : Lawatan Industri Kecil & Sederhana (IKS)
5.30 pm : Sukan Rakyat bersama belia kampung (futsal dan bola jaring)
7.00 pm : Solat Maghrib Berjemaah
8.30 pm : Aktiviti bersama keluarga angkat.
KEMBARA BAKTI GENERASI JOHOR (KEJOHO) 2015 16 JANUARI – 21 JANUARI 2015
“Mahasiswa Pemacu Pembangunan Masyarakat” Page 13
19 Januari 2015 (Isnin / Hari Ketiga)
8.00 am : Persiapan Hari Keusahawanan & Inovasi di Dewan Serbaguna Kg. Panjang Sari
9.30 am : Perasmian Pembukaan Hari Keusahawanan & Inovasi KEJOHO
Perasmi : Tuan Haji Mohd Hanafiah Bin Omar
Jawatan : Pengerusi Gabungan Anak Pagoh 1 Malaysia
11.00 am : Pameran Hari Keusahawanan & Inovasi KEJOHO
3.30 pm : Perasmian Penutupan Hari Keusahawanan & Inovasi KEJOHO
Perasmi : Encik Sharul Akmal Bin Johari
Jawatan : Presiden Gabungan Anak Johor 1 Malaysia
Merangkap Pengurus Eksekutif Yayasan Pasir Gudang
5.30 pm : Mengemas dewan/persiapan sambutan Maulidur Rasul
7.00 pm : Sambutan Maulidur Rasul peringkat Parlimen Pagoh di Masjid
11.00 pm : Tamat program
20 Januari 2015 (Selasa / Hari Keempat)
7.15 am : Berkumpul di Dewan Serbaguna (Kg. Panjang Sari)
7.30 am : Senaman pagi (bersama keluarga angkat) J-Robik & Poco-poco
8.00 am : Sarapan/taklimat aktiviti Kesukarelawanan Khidmat Masyarakat
8.30 am : Aktiviti Kesukarelawanan Khidmat Masyarakat
12.30 pm : Pulang kerumah keluarga angkat/makan tengahari
5.00 pm : Persiapan dan Raptai Majlis Penutupan KEJOHO dan Malam Kebudayaan
9.00 pm : Majlis Penyerahan Semula Anak Angkat & Penutupan KEJOHO serta
Malam Kebudayaan
Perasmi : YB Datuk Dr. Shahruddin Bin Md. Salleh
Jawatan : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jorak, Pagoh Johor
10.00 pm : Persembahan kebudayaan oleh PERMAJ dan penduduk setempat
10.30 pm : Jamuan
11.00 pm : Pulang kerumah keluarga angkat
21 Januari 2015 (Rabu / Hari Kelima)
9.00 am : Berkumpul
9.30 am : Bertolak pulang ke UKM
KEMBARA BAKTI GENERASI JOHOR (KEJOHO) 2015 16 JANUARI – 21 JANUARI 2015
“Mahasiswa Pemacu Pembangunan Masyarakat” Page 14
LAMPIRAN C
BELANJAWAN PROGRAM PROGRAM KEMBARA BAKTI GENERASI JOHOR (KEJOHO) 2015
KAMPUNG SARI BARU, KAMPUNG PANJANG SARI & KAMPUNG SERI MENANTI, KAMPUNG
SERI MAKMUR, PAGOH, JOHOR PERSATUAN MAHASISWA ANAK JOHOR (PERMAJ)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
PERINCIAN PERBELANJAAN:
BIL PERKARA PERINCIAN JUMLAH (RM)
1. PENGISIAN PROGRAM
1.1 KHIDMAT SOSIAL
„Keceriaan Dan Kesihatan Dalam
Masyarakat‟
1.2 CERAMAH AGAMA
1.3 PROGRAM SUKAN, BELIA DAN
KEBUDAYAAN
1.4 PROGRAM KECEMERLANGAN
PENDIDIKAN DAN MOTIVASI
1.5 PROGRAM PAMERAN, CERAMAH DAN
PELUANG KERJAYA
RM 2,000
RM 500.00
RM 2,000
RM 2,000
RM 2,000
RM 2,000.00
RM 500.00
RM 2,000.00
RM 2,000.00
RM 2,000.00
RM 8,500.00
2. JAMUAN
2.1 MAJLIS PEMBUKAAN DAN
PENYERAHAN ANAK ANGKAT
2.1.1 VIP
2.1.2 PESERTA DAN MASYARAKAT
2.2 MAJLIS PENUTUP DAN PENYERAHAN
ANAK ANGKAT
2.2.1 VIP
2.2.2 PESERTA & MASYARAKAT
RM 10.00 X 6 ORANG
RM 6.00 x 200 ORANG
RM 10.00 X 6 ORANG
RM 6.00 X 200 ORANG
RM 60.00
RM 1,200.00
RM 60.00
RM 1,200.00
RM 2,520.00
KEMBARA BAKTI GENERASI JOHOR (KEJOHO) 2015 16 JANUARI – 21 JANUARI 2015
“Mahasiswa Pemacu Pembangunan Masyarakat” Page 15
3. PUBLISITI
3.1 BANNER
3.2 BACKDROP
RM 200.00 X 4 PCS
RM 300.00 X 4 PCS
RM 800.00
RM 1,200.00
RM 2,000.00
4. CENDERAMATA/SIJIL
4.1 KELUARGA ANGKAT
4.2 PERASMIAN
4.3 VIP
4.4 BUKU PROGRAM
RM 50.00 X 50 KELUARGA
RM 200.00 X 3 PCS
RM100.00 X 10 PCS
RM 5.00 X 200 HELAI
RM 2,500.00
RM 600.00
RM 1,000.00
RM 1,000.00
RM 5,100.00
5. PENGURUSAN PROJEK
5.1 SURAT-MENYURAT
5.2 TELEFON DAN FAX
5.3 FOTOKOPI
Jumlah Keseluruhan
RM 500.00
6. LOGISTIK
6.1 TAG NAMA PESERTA
6.2 BAJU
6.3 BAS PENGANGKUTAN
RM 8.00 X 160 ORANG
RM 30.00 X 160
RM 500 X 4 BAS
RM 1,280.00
RM 4,800.00
RM 2,000.00
RM 8,080.00
KEMBARA BAKTI GENERASI JOHOR (KEJOHO) 2015 16 JANUARI – 21 JANUARI 2015
“Mahasiswa Pemacu Pembangunan Masyarakat” Page 16
7. PROTOKOL
7.1 MAJLIS PEMBUKAAN DAN
PENYERAHAN ANAK ANGKAT
7.2 MAJLIS PENUTUPAN DAN
PENYERAHAN SEMULA ANAK ANGKAT
7.3 MAJLIS PERASMIAN HARI
KEUSAHAWANAN & INOVASI (HKI)
7.4 MAJLIS PENUTUPAN HARI
KEUSAHAWANAN & INOVASI (HKI)
RM 200.00
RM 200.00
RM 200.00
RM 200.00
RM 200.00
RM 200.00
RM 200.00
RM 200.00
RM 800.00
8.
HARI KEUSAHAWANAN & INOVASI
KEJOHO
8.1 PUBLISITI
8.2 SEWA KANOPI
8.3 TEKNIKAL
8.4 KEBERSIHAN
8.5 JURUHEBAH MAJLIS
8.6 BAYARAN KHIDMAT PAMERAN
RM 1000
RM 300 X 10
RM 200 X 40
RM 200
RM300
RM200 X 2
RM 1000
RM 3000
RM 8000
RM 200
RM300
RM400
RM 12 900.00
JUMLAH PERBELANJAAN RM 40,400.00
KEMBARA BAKTI GENERASI JOHOR (KEJOHO) 2015 16 JANUARI – 21 JANUARI 2015
“Mahasiswa Pemacu Pembangunan Masyarakat” Page 17
PERASMI KEMBARA BAKTI GENERASI JOHOR (KEJOHO) 2015 PERSATUAN MAHASISWA ANAK JOHOR (PERMAJ)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA Majlis Pembukaan : YAB Tan Sri Dato‟ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd. Yassiin Ahli Parlimen Pagoh Merangkap Menteri Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Majlis Penutupan : YB Datuk Dr. Shahruddin Bin Md. Salleh
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jorak, Pagoh Johor
Majlis Pembukaan Hari Keusahawanan : Tuan Haji Mohd Hanafiah Bin Omar & Inovasi Pengerusi Gabungan Anak Pagoh 1 Malaysia Majlis Penutupan Hari Keusahawanan : Encik Sharul Akmal Bin Johari & Inovasi Presiden Gabungan Anak Johor 1 Malaysia Merangkap Pengurus Eksekutif Yayasan Pasir Gudang
top related