kertas kerja gotong
Post on 15-Feb-2015
155 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH
(Jun 2011 – Jun 2015)
KERTAS KERJA PROGRAM GOTONG-ROYONG
DI MASJID DARUL IMANKAMPUNG PARIT SERONG
TANJONG KARANG
ANJURAN:
PELAJAR-PELAJAR PROGRAM PENGSISWAZAHAN GURUINSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS, CHERAS
DAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM, BANDAR BARU BANGI
IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN
KERTAS KERJAPROGRAM GOTONG-ROYONG DI MASJID DARUL IMAN,
KAMPUNG PARIT SERONG, TANJONG KARANG,SELANGOR DARUL EHSAN
1.0 Tujuan Mengemukakan Kertas Kerja
Tujuan mengemukakan kertas kerja ini adalah untuk memohon kebenaran
untuk mengadakan gotong royong di Masjid Darul Iman, Kampung Parit
Serong, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan daripada Guru Besar, SK Sri
Tiram, Kampung Seri Tiram Jaya, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan
dan Nazir, Masjid Darul Iman, Kampung Parit Serong Tanjong Karang,
Selangor Darul Ehsan.
2.0 Pendahuluan
Dalam menjalani kehidupan seharian, Islam sangat mengambil perhatian
penjagaan kebersihan dan pemeliharaan persekitaran kerana ianya berkait
rapat dengan kesihatan dan kesejahteraan hidup insani dan seluruh
kehidupan lain di Bumi ini. Bahkan ianya membawa kesempurnaan iman
seseorang, sebagaimana sabda Rasulullah saw yang bermaksud kebersihan
itu dapat mengajak orang kepada iman, sedang iman itu akan bersama
pemiliknya di dalam syurga. Atas dasar itulah maka tanggungjawab menjaga
kebersihan dan keceriaan alam persekitaran merupakan suatu tuntutan yang
tidak dapat dielakkan oleh setiap orang, sama ada kebersihan tubuh badan,
pakaian, tempat tinggal, makanan, minuman, persekitaran, lebih-lebih lagi
tempat kita melaksanakan kefarduan ibadah. Ini jelas sebagaimana
terkandung dalam surah Al Baqarah ayat 222 yang bermaksud:
sesungguhnya Allah amat mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan
mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri. Maksud berkenaan
menjelaskan bahawa Allah Taala menyayangi hamba-hambanya yang
sentiasa bertaubat atas setiap dosa dan kesalahan yang dikerjakannya.
Begitulah juga dengan mereka yang sentiasa mengamalkan atau
mengutamakan penjagaan kebersihan diri dan persekitaran dengan
memastikan alam sekitar di sekelilingnya sentiasa bersih, selesa, dan selamat
.
2
Sehubungan dengan itu pelajar-pelajar Program Pengsiswazahan Guru
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Cheras dan Institut Pendidikan
Guru Kampus Pendidikan Islam, Bandar Baru Bangi dengan kerjasama Ahli
Jawatankuasa Masjid Darul Iman, Kampung Parit Serong, Tanjong Karang
Selangor Darul Ehsan bercadang mengadakan aktiviti gotong-royong
membersihkan kawasan dalam dan luar Masjid Darul Iman, Kampung Parit
Serong, Tanjong Karang Selangor Darul Ehsan
3.0 Objektif
3.1 Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan,
amalan atau aktiviti;
3.2 Merapatkan silaturrahim dan memupuk persefahaman di kalangan guru,
murid dan komuniti setempat;
3.3 Memupuk semangat mencintai kebersihan dalam kehidupan; dan
3.4 Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan.
4.0 Kumpulan Sasaran
Murid-murid SK Sri Tiram, Kampung Seri Tiram, 45500 Tanjong Karang Selangor.
5.0 Tarikh, Masa dan Tempat Program
Tarikh: 26 Mac 2013 (Selas)
Masa: 8.30 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat: Masjid Darul Iman, Kampung Parit Serong, Tanjong Karang
7.0 Anjuran
Pelajar-pelajar Program Pengsiswazahan Guru Institut Pendidikan Guru
Kampus Ilmu Khas, Cheras dan Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan
Islam, Bandar Baru Bangi dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Masjid Darul
Iman, Kampung Parit Serong, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan
3
9.0 Struktur Organisasi
Penasihat : En. Kamal b. YusoffGuru Besar, SK Sri Tiram
Tn. Hj. Jalani b. YaacobNazir, Masjid Darul Iman, Kampung Parit Serong
Pengerusi : Tn. Hj. Nasaruddin b. ShaaraniPPG IPGK Ilmu Khas, Cheras
Setiausaha : En. Mohd Solleh Halim b. Mohd SokhiPPG IPGK Pendidikan Islam, Bandar Baru Bangi
Bendahari : Tn. Hj. Mohamad Tamyes b. Mario
AJK : En. Mohd Shahlan b. SadikonEn. Jemono b. WagimanEn. Masduki b. Hassan
10.0 Tentatif Program
8:00 pagi Berkumpul di Masjid Darul Iman, Kampung Parit Serong
8:15 pagi Ucapan Nazir Masjid Darul Iman, Kampung Parit Serong
8:20 pagi Taklimat ringkas
8:30 pagi Gotong Royong Bermula
10:00 pagi REHAT
10:30 pagi Aktiviti Gotong royong diteruskan lagi
11:45 pagi Majlis penutup dan bersurai
11.0 Anggaran Perbelanjaan
1. Makan dan minum RM 50.00
2. Cenderamata kepada Masjid Darul Iman RM 60.00
3. Hadiah kepada murid-murid RM 50.00
4. Peralatan RM 30.00
JUMLAH RM 190.00
4
12.0 Penutup
Program gotong royong ini adalah salah satu aktiviti di bawah program Bina
Insan Guru (BIG) yang wajib dilaksanakan oleh pelajar yang mengikuti
Program Pensiswazahan Guru. Semoga aktiviti yang dirancang ini dapat
berjalan dengan lancar dan mendapat keredaan daripada Allah Taala.
13.0 Tandatangan
Disediakan oleh: .........................................................
(NASARUDDIN B. SHAARANI)Pengerusi,Program Gotong-Royong,Bina Insan Guru, IPGK Ilmu Khas
Diluluskan oleh: ...........................................................
(KAMAL BIN YUSOFF)Guru Besar,SK Sri Tiram,Kampung Seri Tiram Jaya,45500 Tanjong Karang,Selangor Darul Ehsan.
Diluluskan oleh: ...........................................................
(HJ. JALANI BIN YAACOB)Nazir,Masjid Darul Iman, Kampung Parit Serong.45500 Tanjong Karang,Selangor Darul Ehsan.
5
top related