kertas kerja ceramah program kesedaran keselamatan kandungan digital-hea
Post on 07-Apr-2016
238 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
CADANGAN MENGADAKAN
CERAMAH KESEDARAN KESELAMATAN KANDUNGAN DIGITAL
DAN KLIK DENGAN BIJAK
MRSM TUN GHAFAR BABA JASIN MELAKA
1. TUJUAN
Kertas kerja ini bertujuan untuk mendapatkan kelulusan pihak pentadbiran bagi
mengadakan Ceramah Kesedaran Keselamatan Kandungan Digital Dan Klik Dengan Bijak
untuk pelajar tingkatan 4 dan 5 pada 5 Mac 2015 dengan kos sebanyak RM 80.00 (Ringgit
Malaysia lapan puluh sajaja).
2. LATAR BELAKANG
Unit Sains Komputer pada tahun 2015 telah merancang untuk mengadakan Ceramah
Kesedaran Keselamatan Kandungan Digital Dan Klik Dengan Bijak untuk pelajar tingkatan 4
dan 5 bertujuan memberi pendedahan tetang kepentingan keselamatan kandungan digital
dan memberi galakan penggunaan ICT dengan bijak supaya mereka dapat menggunakan
kemudahan ICT untuk perkara yang lebih berfaedah dan menjauhi perkara-perkara yang
negatif dan tidak bermoral.
3. OBJEKTIF
Objektif utama program ini ialah:
Memberi kesedaran tentang keselamatan kandungan digital
Memberi pengetahuan kepada pelajar tentang mencari maklumat atau melayari
internet dengan bijak
Mengelakkan pelajar daripada kesan negatif penggunaan ICT
4. BUTIRAN PROGRAM
Tarikh : 5 Mac 2015 (Khamis)
Masa : 2.30 – 5.15 petang
Pelajar : Pelajar Tingkatan 4 dan 5
Tempat : Dewan Bendahara MRSM Tun Ghafar Baba
Penceramah : Pihak Sektor K-Ekonomi,
Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi,
Jabatan Ketua Menteri Melaka, Ayer Keroh, Melaka.
Bilangan : 850 pelajar, 5 orang guru dan 1 orang penceramah.
Tentatif program :
Masa Program
2.30 – 2.45 ptg Pelajar masuk ke Dewan Bendahara
2.45 – 4.30 ptg Ceramah bermula
4.30 – 5.00 ptg Sesi soal-jawab
5.00 – 5.15 ptg Penutup dan penyampaian cenderahati
5. IMPLIKASI KEWANGAN
Anggaran kos melaksanakan program ini adalah seperti berikut:
Bil Perkara Anggaran
harga seunit
Asas perkiraan Jumlah kos (RM)
1 Cenderahati untuk
penceramah
RM 50 50.00
2 Makanan &
Minuman
RM 5 RM5 x 6 orang 30.00
Jumlah keseluruhan 80.00
6. PENUTUP
Cadangan untuk mengadakan Ceramah Kesedaran Keselamatan Kandungan Digital Dan
Klik Dengan Bijak untuk pelajar tingkatan 4 dan 5 pada 5 Mac 2015 dengan kos RM 80.00
(Ringgit Malaysia lapan puluh sahaja) dikemukakan untuk kelulusan.
Disediakan oleh :
…………………………………..
(ZURIATI MAT YUSOFF)
Guru Kanan Sains Komputer
MRSM Tun Ghafar Baba
Disokong :
…………………………………..
(DATIN MOLIZAH ALIS BT ABD MALEK)
Timbalan Pengetua HEA
MRSM Tun Ghafar Baba
Diluluskan :
………………………………….
(TUAN HAJI MOHD YUSOFF B HASSAN)
Pengetua
MRSM Tun Ghafar Baba
top related