kertas dasar penubuhan muis halal hub
Post on 28-Dec-2021
21 Views
Preview:
TRANSCRIPT
KERTAS DASAR PENUBUHAN
MAJLIS UGAMA ISLAM SABAHMUIS HALAL HUB
Kertas Dasar ini merangkumi aspek yang mendasari penubuhan MUIS HALAL HUB yang meliputi justifikasi penubuhan, proses penubuhan, objektif, fungsi utama, pengurusan jangka pendek dan jangka panjang, carta organisasi serta bidang perindustrian.
Kertas Dasar Penubuhan MUIS HALAL HUB (MHH) ini adalah asas kepada penubuhan MHH yang menjadi rujukan kepada penubuhan dan operasi MHH.
Penubuhan MHH ini adalah usaha berterusan bagi penambahbaikan mekanisme pelaksanaan, penyelarasan, penilaian dan pemantauan pengurusan Halal agar berjalan dengan kemas dan teratur. Penubuhan MHH ini juga akan membantu perkembangan industri Halal di negeri ini.
KERTAS DASAR PENUBUHAN
MUIS HALAL HUB
Kertas Dasar Penubuhan MUIS HALAL HUB (MHH)01
LATAR BELAKANG PENGURUSAN SIJIL HALAL DI SABAH
Pengurusan Persijilan Halal di Malaysia bermula pada tahun 1971 apabila Pusat Penyelidikan, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri memberi surat pengesahan halal kepada produk-produk yang memenuhi kehendak syarak. Urusan ini juga berlaku di negeri ini apabila Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri meletakan seorang pegawai Hal Ehwal Islam di negeri ini untuk membantu dalam pengurusan sijil halal di samping tugas-tugas lain yang dipertanggungjawabkan.
Sebelum penubuhan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) pada bulan Januari 1996, urusan halal diuruskan oleh Unit Penerbitan dan Sebaran Am Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS). Selepas penubuhan JHEAINS, pengurusan halal ini diletakkan di bawah Unit Halal Bahagian Penyelidikan dan Sebaran Am, JHEAINS sehingga kini.
Penubuhan MUIS Halal Hub ini yang diluluskan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi Bil. 1/2020, bertarikh 30 Jun 2020, memutuskan penubuhan Jawatankuasa Halal Sabah dan sekaligus penubuhan MUIS Halal Hub yang mempunyai tanggungjawab terhadap pengurusan Halal di negeri ini.
Pelancaran MUIS Halal Hub (MHH) telah dibuat dengan rasminya pada 1 Muharram 1443H bersamaan 10 Ogos 2021.
Kertas Dasar Penubuhan MUIS HALAL HUB (MHH) 02
Industri Berpotensi Tinggi
Industri makanan halal merupakan industri yang berpotensi tinggi untuk dibangunkan selaras dengan hasrat negara untuk menjadi pusat produk dan barangan halal serantau
Pasaran Global
Industri dan pasaran produk halal di peringkat global semakin meningkat dan memberangsangkan, selari dengan peningkatan permintaan terhadap produk makanan, kosmetik dan bahan gunaan halal. Nilai pasaran dunia bagi makanan dan produk halal pada tahun 2015 telah dianggarkan sebanyak USD 2.3 trillion
KepentinganUmat Islam
Potensi industri halal di negeri ini perlu diperhebatkan bagi menjaga kepentingan pengguna Islam khususnya dalam memastikan makanan, produk atau bahan gunaan benar-benar halal dan selamat digunakan.
MENGAPA PERLU PENGURUSAN HALAL?
Kertas Dasar Penubuhan MUIS HALAL HUB (MHH)03
1
2
3
Tanggungjawab fardhu kifayah untuk memenuhi keperluan masyarakat Islam dalam makanan dan bahan gunaan Islam
Tanggungjawab MUIS dalam memastikan minuman, makanan dan barangan gunaan disediakan secara halal bagi kegunaan umat Islam sebagaimana yang diperuntukan di dalam seksyen 7(2)(k), Enakmen Majlis Ugama Islam Negeri Sabah 2004
MUIS sebagai peneraju utama industri halal Sabah bagi menjana ekonomi umat Islam dan MUIS khasnya.
Tanggungjawab MUIS
Fardhu KIFAYAH
MUIS Peneraju HALAL SABAH
JUSTIFIKASI PENUBUHAN MUIS HALAL HUB (MHH)
Kertas Dasar Penubuhan MUIS HALAL HUB (MHH) 04
PETIKAN UCAPAN
YB DATUK HAJI MOHD ARIFINBIN MOHD ARIFMENTERI TUGAS-TUGAS KHAS NEGERI SABAH
“ Pejabat ini juga sedang berusaha untuk menjaga kepentingan pengguna Islam dalam hal ehwal barang gunaan dan makanan Islam di negeri ini.
Penubuhan MUIS Halal Hab adalah langkah ke hadapan pejabat ini dalam menjaga kepentingan pengguna Islam ini, dan dengan pontensi pasaran barangan gunaan dan makanan halal yang dijangka meningkat ke USD 3 trillion pada tahun 2023 menjadikan industri halal ini sangat berpontensi untuk menjana ekonomi umat Islam di negeri ini.
MUIS Halal Hab akan menjadi peneraju utama dalaman pembangunan industri halal negeri ini khasnya dan wilayah Borneo dan global amnya.”
(Petikan Ucapan Penggulungan YB Datuk Haji Mohd Arifin bin Mohd Arif, dalam Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-16
yang bersidang 12 November dan 16 November 2020)
(Petikan Ucapan YB Datuk Haji Mohd Arifin bin Mohd Arif, dalam Seminar Online Tinjauan Pasaran Halal di Sabah
pada tarikh 26 Jun 2021)
“Peluang perniagaan tidak hanya tertumpu kepada sektor makanan dan bukan makanan tetapi turut merangkumi sektor perkhidmatan. Antaranya seperti kewangan dan perbankan, insuran, pendidikan, latihan, penyelidikan, konsultasi, logistik, penjagaan kesihatan dan pelancongan.
Sabah turut berpotensi menjadi destinasi utama khususnya dalam industri pelancongan Halal kerana kita mempunyai banyak tarikan semula jadi serta terkenal dengan keramahan penduduk tempatan,”
Kertas Dasar Penubuhan MUIS HALAL HUB (MHH)05
PENUBUHAN MUIS HALAL HUB (MHH)
MEWUJUDKAN JAWATANKUASA MUIS HALAL HUB (MHH)1 Keahlian terdiri dari pakar agama dan teknikal
PENSIJILAN HALAL
2 Pensijilan Halal yang selama ini di bawah JHEAINS dipindahkan ke MHH bagi pengurusan yang lebih efisien
MEWUJUDKAN BAHAGIAN BAHARU DALAM CARTA ORGANISASI MUIS3 MHH sebagai bahagian baharu dalam pentadbiran MUIS dengan struktur pentadbiran baharu
Kertas Dasar Penubuhan MUIS HALAL HUB (MHH) 06
Mengawal selia agenda pembangunan
industri Halal Sabah
Meningkatkan Program Kesedaran Halalan Toiyiban di kalangan pemain industri halal dan
masyarakat
Memastikan semua produk dan
perkhidmatan yang diberi sijil halal atau yang menggunakan
perbahasan halal adalah suci dan halal
mengikut lunas-lunas Syarak
Menetapkan dasar, peraturan serta
garis panduan bagi pengurusan Halal
di Sabah
OBJEKTIF UTAMA MUIS HALAL HUB (MHH)
Kertas Dasar Penubuhan MUIS HALAL HUB (MHH)07
MUIS HALAL HABSEBAGAI PENERAJU UTAMA HALAL SABAH BAGI AGENSI KERAJAAN & SWASTA DI NEGERI INI
PERANAN MUIS HALAL HUB
Industri Halal di Malaysia khususnya di Sabah adalah salah satu bidang ekonomi yang diperlukan bagi meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi negara, disamping mempunyai impak yang positif terhadap ekonomi umat Islam.
MUIS bukan sahaja aktif dalam bidang pembangunan syiar, bahkan juga dalam pembangunan ekonomi. Agensi-agensi Islam yang beroperasi dibawah MUIS menjadi tulang belakang MUIS dalam memartabatkan lagi kepentingan pengguna Islam di negeri ini.
Wajarlah MUIS selaku badan agama menjadi peneraju industri halal di kalangan agensi kerajaan dan swasta di negeri Sabah ini.
Kertas Dasar Penubuhan MUIS HALAL HUB (MHH) 08
Audit HalalAudit Halal adalah proses persijilan dan audit halal bagi yang memohon Sijil Halal Malaysia samada di dalam negeri atau luar negara (bagi produk luar negara yang dipasarkan di Sabah
Program kesedaran, khidmat nasihat, kerjasama agensi dalam dan luar negara dan hal-hal yang berkaitan dengan pembangunan Halal Sabah
Pembangunan Halal
Pemantuan & Penguatkuasan
Pemantauan premis- premis yang telah diberikan sijil halal dan mengambil tindakan penguatkuasaan bagi yang tidak mematuhi syarat persijilanan halal
Dokumentasi yang berkaitan dengan audit, pemantauan, penguat-kuasaan, permohonan, statistik halal
Dokumentasi & Rekod
1 2
3 4
FUNGSI UTAMA MUIS HALAL HUB (MHH)
Kertas Dasar Penubuhan MUIS HALAL HUB (MHH)09
JANGKA PENDEK
Mewujudkan pejabat operasi MHH dan melaksanakan operasi MHH sepenuhnya
JANGKA PANJANG
PEJABAT OPERASI
Melantik Pegawai Audit Teknikal dan Syariah yang kompeten dari agensi berkaitan sebagai Auditor Halal
Mewujudkan jawatan bagi pegawai dan kakitangan yang bersesuaian bagi melicinkan operasi MHH
PENGURUSAN MUIS HALAL HUB (MHH)
Kertas Dasar Penubuhan MUIS HALAL HUB (MHH) 10
CARTA AWAL ORGANISASIMUIS HALAL HUB
Jumlah KeseluruhanPekerja
Orang Pekerja:29
AUDIT HALAL
S/C48 : 1 OrangC41 : 2 OrangS41 : 2 OrangC29 : 2 OrangS29 : 1 Orang
PEMANTAUAN &PENGUATKUASAAN
S/C44 : 1 OrangC41 : 1 OrangS41 : 2 OrangS29 : 2 Orang
PEMBANGUNAN HALAL
S/N44 : 1 OrangN41 : 1 OrangS41 : 1 OrangS/N29 : 1 Orang
KHIDMATPENGURUSAN
N41 : 1 OrangN29/N32 : 1 OrangN17/22 : 4 OrangN11 : 1 OrangH11 : 2 Orang
S/N54
PENGARAHURUSAN
S/N52
PENGURUSEKSEKUTIFHALAL
Kertas Dasar Penubuhan MUIS HALAL HUB (MHH)11
BIDANG INDUSTRI MUIS HALAL HUB (MHH)
Produk: Bahan Gunaan, Makanan, Minuman/
Kosmetik, Parmaseutikal, Sertu & Logistik
Expo, Pameran Halal (Negeri, Nasional/
International)
Halal mart : Rangkaian kedai
runcit halal
Konsultan Halal: Latihan, kursus,
bengkel, dll
Kertas Dasar Penubuhan MUIS HALAL HUB (MHH) 12
LOGO MUIS HALAL HUB (MHH)
Logo MUIS Halal Hub (MHH) yang berbentuk lettermark dan mengunakan konsep
typography mendasari penyataan hasrat MHH untuk melaksanakan tanggungjawab-
nya sebagai sebuah institusi yang menerajui bidang halal di Sabah.
Warna kelabu bagi huruf “H” yang merujuk kepada perkataan “Halal” yang menaungi
huruf “M” (MUIS) memberi makna kehalusan, kematangan, tanggungjawab dan
kecekapan kerja.
Warna maroon (merah hati) pula yang mewarnai huruf “M” (Majlis Ugama Islam
Sabah) dan huruf “H” (Hub) menandakan tindakan gerak kerja yang terkawal dan
bertimbang rasa.
Kertas Dasar Penubuhan MUIS HALAL HUB (MHH)13
Rujukan/manual..
• Manual Prosedur Halal Malaysia, • MS 1500:2009 Halal Food-Production, • Preparation, Handling and Storage-General Guidelines (Second Revision), • MS 2200-1:2008 Islamic Consumer Goods, Cosmetic and Personal Care-General Guidelines, • MS 2400-1:2010 Halalan-Toyyiban Assurance Pipeline, • Management System Requirements for Transportation of Goods and/or Cargo Chain Services, • MS 2400-2:2010 Halalan-Toyyiban Assurance Pipeline, Management System Requirements for Warehousing and Related Activities• Akta Perihal Dagangan 2011, Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 • Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 dan Peraturan-peraturan Perihal Dagangan (Fi Perakuan dan Penandaan Halal) 2011• Akta Makanan 1983, Regulasi Makanan 1985• Akta Binatang 1953 (Semakan 2006), Peraturan Haiwan 1962, Slaughterhouses Rules 2003 (Sabah)• Meat Inspection Rules 200 (Sabah) Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Undang-undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan• Akta Perlindungan Pengguna 1999, Akta Kastam 1967• Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sabah• dan lain-lain undang-undang yang berkaitan.
Kertas Dasar Penubuhan MUIS HALAL HUB (MHH) 14
KERTAS DASARPENUBUHAN
2021
Sila layari www.muis.gov.my atau hubungi 088-279100 bagi maklumat lebih lanjut berkenaan MUIS HALAL HUB
top related