kerja kursus geografi
Post on 11-Jun-2015
4.057 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Kerja Kursus Geografi
1.0 TAJUK
Petempatan di kawasan Bandar Kuala Terengganu, Terengganu dan Perbandingannya
dengan Negara Singapura.
Tengku Muhamad Hafizuddin bin Tengku Azmi
1
Kerja Kursus Geografi
2.0 SENARAI KANDUNGAN
Bil Isi Kandungan Muka surat
1.0 Tajuk Kajian 2
2.0 Senarai Kandungan 3
3.0 Penghargaan 4
4.0 Pendahuluan 6
5.0 Objektif Kajian 8
6.0 Kawasan Kajian 9
7.0 Kaedah Kajian 13
8.0 Dapatan Kajian 15
9.0 Rumusan 28
10.0 Lampiran 29
11.0 Rujukan 35
12.0 Penilaian umum 36
Tengku Muhamad Hafizuddin bin Tengku Azmi
2
Kerja Kursus Geografi
3.0 PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan keizinan
dariNya, maka saya telah dapat menyiapkan tugasan Kerja Kursus Geografi PMR 2008
dengan jayanya. Insyaallah, tugasan kerja kursus ini akan memberikan banyak manfaat
kepada saya dari segi pengetahuan dan pengalaman semasa membuat kajian dan di masa
hadapan.
Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan kepada Tuan Pengetua iaitu Pn Hajah Azizah bt. Mat Salleh dan guru
pembimbing saya iaitu Pn. Shuteena Nye bt Abdullah dan guru-guru geografi yang lain
kerana tidak jemu-jemu memberi bimbingan, dorongan, dan tunjuk ajar tentang cara-cara
membuat kajian mengikut kriteria yang ditetapkan. Mereka turut membantu menyemak
data, laporan dan membuat teguran agar memperoleh hasil kajian dengan cemerlang.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa
saya iaitu ayahanda Tengku Azmi b Che Ku Abd Rahman dan bonda Mahani bt Md
Adam yang turut membantu untuk menyiapkan kerja-kerja ini. Tanpa sokongan mereka
mungkin saya tidak dapat menyiapkan kerja-kerja seperti ini. Ini kerana kerja-kerja untuk
menyiapkan kerja kursus ini memerlukan motivasi, usaha, buah fikiran dan wang ringgit.
Terima kasih juga diucapkan kepada adik saya serta rakan-rakan saya yang sangat
setia dengan kerja-kerja yang diberikan dan mempunyai semangat setia kawan yang utuh
dalam memberikan buah fikiran dan semangat, cadangan serta rujukan di beberapa
kawasan kajian.
Tengku Muhamad Hafizuddin bin Tengku Azmi
3
Kerja Kursus Geografi
Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga
kepada penduduk di Bandar Kuala Terengganu terutamanya ibu saudara saya Pn. Tengku
Zamrah bt Che Ku ABD Rahman, Tuan Imam Masjid Al-Hikmah, bilal, dan lain-lain
yang menjadi responden atau orang sumber kerana banyak membantu saya dengan
memberi pelbagai maklumat terkini tentang penduduk di kawasan ini.
Sekian, terima kasih.
Salam hormat daripada saya,
…………………………………
TENGKU MUHAMAD HAFIZUDDIN BIN TENGKU AZMI
Tengku Muhamad Hafizuddin bin Tengku Azmi
4
Kerja Kursus Geografi
4.0 PENDAHULUAN
4.1 Nama Kawasan Kajian
Kajian ini dijalankan di sebuah bandar iaitu Bandar Kuala Terengganu. Kajian ini juga
turut membandingkan pola dan jenis petempatan Negara Singapura.
4.2 Mengapa Kawasan Kajian Ini Dipilih
Kawasan kajian ini dipilih berdasarkan kepada beberapa sebab berikut:
(a) Kawasan ini berhampiran dengan tempat tinggal saya dan memudahkan kerja- kerja
kajian yang perlu saya lakukan.
(b) Kos kajian murah kerana saya tidak perlu menggunakan pekhidmatan pengangkutan
seperti bas atau teksi untuk pergi ke kawasan kajian.
(c) Sambutan dan sokongan penduduk tempatan di sini agak baik, ramah dan mudah
mesra. Mereka memberi galakan dan perhatian kepada saya dalam kes kajian ini.
(d) Kawasan ini menyediakan banyak maklumat yang boleh digunakan untuk
menghasilkan dapatan kajian.
4.3 Tempoh Masa Kajian Dijalankan Di sini
Kajian yang dijalankan mengambil masa selama kira-kira 2 minggu iaitu bermula dari
hari pertama cuti bermula dan diakhiri pada hari Jumaat sebelum persekolahan bermula. .
Kajian ini dijalankan dengan dibantu oleh adik dan rakan-rakan di Sekolah Menengah
Tengku Muhamad Hafizuddin bin Tengku Azmi
5
Kerja Kursus Geografi
Kebangsaan Sultan Sulaiman untuk membolehkan kajian dapat dihasilkan mengikut
tempoh yang ditetapkan. Tempoh pembahagian masa adalah seperti dibawah:
(a) 2 hari menjalankan kerja-kerja pemerhatian di kawasan kajian.
(b) 3 hari menjalankan kerja-kerja temu bual, temu ramah dengan penduduk
kampung, imam, penghulu, ketua kampung dan bilal mengenai jenis dan pola
petempatan, factor yang mempengaruhi petempatan, fungsi petempatan, masalah
petempatan, dan langkah mengurangkan masalah petempatan di kawasan kajian.
(d) 3 hari membuat rujukan, kerja-kerja lakaran, menanda, kumpul data,
merumus data, dan membina peta.
(e) 5 hari mengurus isi-isi dan nota-nota kajian, menjalankan kerja-kerja menulis
isi-isi kajian kerja kursus.
(f) 7 hari menjalankan kerja-kerja menaip kerja kursus dan semakan terakhir untuk
diserahkan kepada guru penilai.
Tengku Muhamad Hafizuddin bin Tengku Azmi
6
Kerja Kursus Geografi
5.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif utama kajian ini dibuat adalah untuk:
5.1 Untuk mengenalpasti jenis-jenis dan pola-pola petempatan di kawasan kajian saya
iaitu Kampung Padang Macang, Manir, Kuala Terengganu, Terengganu
5.2 Untuk menghuraikan dengan lebih jelas faktor-faktor yang mempengaruh
petempatan di kawasan kajian.
5.3 Untuk mengetahuai dengan lebih jelas fungsi petempatan di kawasan kajian.
5.4 Untuk mengenalpasti masalah petempatan di kawasan kajian.
5.5 Untuk mengenalpasti langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengatasi
masalah yang dihadapi di kawasan kajian
5.6 Untuk menerapkan nilai-nilai dan unsur-unsur patriotisme terhadap kawasan
kajian.
Melalui kajian ini saya berasa bersyukur kerana dapat mengetahui dengan lebih jelas
mengenai jaringan sistem pengangkutan yang terdapat di kawasan kajian saya seperti
jenis-jenis pengangkutan yang ada dan sebab-sebab ia dibina begitu juga
perbandingannya di negara Singapura.
Tengku Muhamad Hafizuddin bin Tengku Azmi
7
Kerja Kursus Geografi
6.0 KAWASAN KAJIAN
6.1 Latar belakang Kawasan Kajian
Kajian ini dijalankan di Bandar Kuala Terengganu, Terengganu. Bandar ini terletak
berhampiran dengan pantai. Bandar ini juga dikenali sebagai “Bandaraya Pesisir Pantai”.
Kuala Terengganu ialah sebuah daerah di Negeri Terengganu yang luasnya lebih kurang
60, 528.1 hektar persegi dan merupakan Ibu Negeri bagi Negeri Terengganu dan bandar
Di Raja bagi Negeri Terengganu Darul Iman. Keseluruhan bahagian Timur Daerah
Kuala Terengganu secara Geografinya menghadap Laut China Selatan dan termasuk
Pulau Redang dan Pulau Bidong yang merupakan pulau dan destinasi Pelancongan utama
di Negeri ini. Bandar Kuala yang berada di muara sungai Terengganu yang luas dan
merentasi sempadan daerah lain ke Hulu Terengganu dan hulu Nerus
Sungai Terengganu merupakan laluan utama dan penting bagi pedagang-pedagang asing
pada zaman itu. Perdangan barangan seperti kayu gaharu, kayu laka, gading bermutu
tinggi di jadikan pertukaran dengan emas dan perak. Pengembara China, ‘ Chao Ju Kua ’
dalam catatan yang ditulisnya pada tahun 1225, ada menyebu ‘ Teng-Ya-Nong ‘ atau
Kuala Terengganu sebagai sebuah pelabuhan perdagangan yang penting di persisiran
pantai timur Tanah Melayu.
Tengku Muhamad Hafizuddin bin Tengku Azmi
8
Kerja Kursus Geografi
6.2 Peta daerah
Tengku Muhamad Hafizuddin bin Tengku Azmi
9
Kerja Kursus Geografi
6.3 Peta petempatan negara yang dibandingkan
Tengku Muhamad Hafizuddin bin Tengku Azmi
10
Kerja Kursus Geografi
6.3 Peta kawasan kajian
Tengku Muhamad Hafizuddin bin Tengku Azmi
11
Kerja Kursus Geografi
7.0 KAEDAH KAJIAN
Saya menggunakan kaedah-kaedah kajian berikut :
a) Pemerhatian: Meninjau dan memerhati jenis dan pola petempatan yang terlibat.
b) Rujukan: Internet untuk mendapat maklumat-maklumat yang berkaitan seperti
maklumat jenis dan pola petempatan di negara Thailand, data-data mengenai
jenis dan pola petempatan di Kampung Padang Macang,, dan pelbagai maklumat
yang lain.
c) Buku teks tingkatan 2 dan 3
Pelbagai kaedah kajian telah dibuat untuk mengkaji jaringan sistem pengangkutan di
kawasan kajian. Antaranya ialah:-
7.1 Kaedah Pemerhatian
Kaedah ini penting untuk melihat apa yang ada di kawasan kajian seperti jenis-jenis dan
pola-pola petempatan, bentuk muka bumi dan lain-lain yang berkaitan dengan kajian
saya. Semua yang dilihat akan dicatat dalam buku catatan untuk digunakan semasa
membuat lapuran kajian nanti.
Pemerhatian dibuat dengan cara membuat tinjauan dan penglihatan kawasan kajian.
Pemerhatian dibuat terhadap jenis dan pola petempatan di Kampung Padang Macang dari
jam 3 petang hingga 4 petang dalam tempoh 5 hari .
Tengku Muhamad Hafizuddin bin Tengku Azmi
12
Kerja Kursus Geografi
7.2 Kaedah Temu Bual
Temu bual dibuat dengan cara bertanya atau mengemukakan soalan, meminta pandangan
atau pendapat daripada orang tertentu. Ini dilakukan secara tidak langsung atau secara
langsung apabila bertemu dengan seseorang. Temu bual sering dibuat di rumah
responden, di restoran dan kedai makan, di perhentian bas dan teksi dan di mana-mana
sahaja yang difikirkan boleh mendatangkan faedah. Biasanya temu bual ini dibuat dengan
orang ramai , tuan imam, penghulu, orang tua, dan penduduk di kawasan kajian.
7.3 Kaedah Rujukan
Kaedah rujukan ialah dengan cara membaca pelbagai bahan bacaan, menggunakan
maklumat yang terdapat dalam peta, atlas dan rujukan peta di pejabat penghulu. Bahan-
bahan bacaan yang dibaca ialah buku teks, majalah, buku rujukan, akhbar, atlas dan
jurnal. Orang sumber seperti Penghulu dan Imam, saudara mara, sahabat ibu bapa yang
tinggal juga digunakan untuk memperoleh maklumat yang terkini tentang kawasan
kajian. Maklumat yang diperoleh itu dicatat dan kemudian dianalisis untuk dijadikan
bahan dan isi kandungan kerja kursus.
Rujukan daripada orang sumber amat penting dan banyak membantu untuk mengenali
latar belakang kawasan kajian secara lebih terperinci.
Tengku Muhamad Hafizuddin bin Tengku Azmi
13
Kerja Kursus Geografi
8.0. DAPATAN KAJIAN
8.1. Jenis dan pola pentempatan
Melalui kajian yang dijalankan, jenis petempatan yang terdapat di Bandar Kuala
Terengganu ialah jenis petempatan Bandar. Jenis petempatan ini sesuai dengan fungsi
Bandar Kuala Terengganu sebagai sebuah bandar pentadbiran. Terdapat pelbagai jenis
rumah di kawasan petempatan ini. Jenis-jenis rumah ini dapat dilihat melalui jadual di
bawah:
Jenis rumah Jumlah / Unit Peratus (%)
Rumah banglo 3 15
Rumah berkembar 2 10
Rumah teres dua tingkat 6 30
Rumah teres satu tingkat 4 20
Rumha pangsa / apartment 4 20
Lain-lain 1 5
Berdasarkan jadual di sebelah, terdapat 5 jenis rumah di Bandar Kuala
Terenggaanu iaitu rumah banglo, berkembar, teres dua tingkat, teres setingkat dan rumah
pangsa atau atau aparment. Terdapat juga jenis rumah kayu atau rumah kampung tetapi
jumlahnya agak terhad.
Tengku Muhamad Hafizuddin bin Tengku Azmi
14
Kerja Kursus Geografi
Dari segi pola petempatannya pula, terdapat beberapa pola petempatan di
kawasan Bandar Kuala Terengganu. Pola petempatan berpusat merupakan pola
petempatan yang paling utama. Pola petempatan jenis ini didapati hampir semua
termasuk di kawasan Kampung Batas Baru, Kampung Titian Lembah, Kampung Tiong
dan lain-lain lagi. Ciri pola petempatan di kawasan ini ialah kedudukan rumahnya yang
rapat-rapat di antara satu dengan yang lain. Rumah yang dibina juga adalah terdiri
daripada bangunan bersifat kekal dan diperbuat daripada batu. Kemudahan asas dan
kemudahan awam juga lengkap seperti jalan raya raya, klinik dan pasaraya, sesuai
dengan fungsi kawasan ini ini sebagai pusat pentadbiran, petempatan, dan pendidikan.
Pola petempatan kedua ialah pola petempatan berjajar. Tumpuan pola petempatan
jenis ini adalah di sepanjang Jalan Kampung Cina menuju ke Kampung Panglima. Ciri
pola petempatan di kawasan ini ialah sebahagian daripada rumah yang dibina adalah
daripada batu atau kayu dan bersifat kekal.
Di Singapura pula, jenis petempatan yang terdapat di negara ini ialah jenis
petempatan bandar. Umumnya, petempatan luar bandar seperti di Kampung Melayu
Geylang dan Kampung Melayu Bedok pada masa dahulu telah bertukar menjadi
petempatan bandar sepenuhnya pada akhir tahun 1995 disebabkan oleh dasar kerajaan
bagi menampung masalah kekurangan rumah akibat pertambahan penduduk.
Pola petempatan di Singapura terbahagi kepada 2 jenis. Jenis pola pertama ialah
Tengku Muhamad Hafizuddin bin Tengku Azmi
15
Kerja Kursus Geografi
pola petempatan berpusat, dengan kedudukan rumah yang dibina terlalu rapat.
Sebahagian besar rumah adalah jenis rumah pangsa seperti Jurong, Changi, Ang Mo Kio
dan sebagainya.
Pola petempatan kedua ialah pola petempatan barjajar. Poal jenis ini banyak
didapati di sepanjang jalan raya di Singapura. Kebanyakan bangunan yang dibina adalah
berfungsi sebagai bangunan perniagaan. Antara kawasan yang mempunyai pola
petempatan jenis ini adalah di sepanjang jalan dari Tanglin Road ke Seranggon dan dari
Ang Mo Kio ke Toa Payoh.
Melalui kajian ini, saya berasa amat bersyukur kerana berpeluang menetap di
Bandar Kuala Terengganu yang memiliki petempatan yang bersih dan dilengkapi dengan
pelbagai kemudahan untuk kegunaan penduduk. Kemudahan di Bandar Kuala
Terengganu yang disediakan oleh kerajaan adalah setanding dengan kemudahan di negara
lain seperti di Singapura. Kajian ini juga turut dapat menanam rasa cinta akan tempat dan
negara di mana saya dibesarkan serat mendapat pendidikan yang sempurna.
Tengku Muhamad Hafizuddin bin Tengku Azmi
16
Kerja Kursus Geografi
8.2. Faktor yang mempengaruhi petempatan
8.3. Fungsi pentempatan
8.0.4. Masalah pentempatan
Memandangkan Bandar Kuala Terengganu menjadi sebuah pusat pentadbiran dan
pusat petempatan, terdapat beberapa masalah petempatan yang dihadapi di kawasasn ini.
Antara masalah tersebut termasuklh:
i. Masalah kesesakan lalu lintas
Kesesakan lalu lintas di Bandar Kuala Terengganu biasanya berlaku pada waktu-
waktu puncak iaitu pada waktu pagi ( 7.00 pagi hingga 8.30 pagi ) dan petang ( 5.30
petang hingga 7.00 malam ). Hal ini berlaku apabila orang ramai menggunakan
kenderaan persendirian terutama kereta untuk ke tempat kerja pada waktu yang sama.
ii. Masalah pencemaran alam sekitar:
Masalah pencemaran alam sekitar di kawasan ini jugak agak serius akibat asap
yang dikeluarkan oleh kenderaan yang semakin bertambah jumlahnya. Hal ini
mengakibatkan berlakunya pencemaran udara dan keadaan udara yang tercemar ini boleh
mengakibatkan pelbagai kesan negatif kepada kesihatan penduduk di kawasan Bandar
Kuala Terengganu.
Pembinaan kawasan perumahan dan kawasan perniagaan juga mengakibatkan
kadar hakisan tanah semakin meningkat. Tanah yang dihakis akan disalurkan ke sungai ia
Tengku Muhamad Hafizuddin bin Tengku Azmi
17
Kerja Kursus Geografi
8,05. Langkah-langkah mengurangkan masalah pentempatan
8.0.6. Penerapan nilai dan unsure patriotisme dalam dapatan kajian.
11.0 BAHAN RUJUKAN
1 Abdul Aziz bin Abdul Rahman, 2004, Geografi Tingkatan 2 KBSM,
Percetakan Rina Sdn Bhd.
2 Atlas KBSM Longman, 1994, Longman Sdn Bhd.
3 Azmi Mohd Salleh, 2002, “Kepentingan Menjaga Alam Sekitar,”
Perlindungan Pengguna, Bil 6
4 Chong Mui Seng, 2004, Geografi Tingkatan 1 KBSM, Sasbadi Sdn Bhd.
5 Halina Mohd Nor, 2008, “Suburkan Budaya Cinta Alam Sekitar,” Berita
Harian, 24 Mac 2008
6 Khaw Ah Seng, 2004, Geografi Tingkatan 3 KBSM, PTS Publication Sdn
Bhd.
7 Shafiee bin Zakaria, 2005, Tutor Geografi Tingkatan 3 KBSM, Pelangi Sdn
Bhd.
Tengku Muhamad Hafizuddin bin Tengku Azmi
18
top related