kepentingan biodiversiti dan langkah
Post on 17-Jul-2015
1.370 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Definisi
Biodiversiti merupakan sistem sokongan hidupan antara satu sama lain. Ia merangkumi
semua hidupan termasuklah tumbuh-tumbuhan, haiwan (invertebrata dan vertebrata),
bakteria, kulat dan serangga.
Kepelbagaian biologi atau “biodiversity” didefinisikan sebagai keanekaan antara
organisma hidup dari pelbagai sumber dari daratan mahupun samudera dan lain-lain
yang melangkau ekosistem akuatik dan sebahagian daripada ekosistem yang kompleks
termasuk di dalam kelompok spesis dan antara sepsis dan ekosistemnya. Dianggarkan
jumlah bilangan spesies yang hidup di muka bumi ini melebihi 100 juta.
KEPENTINGAN
1. Pengekalan kitar hidrologi
Hidupan semula jadi berfungsi sebagai penyerapan air. Tumbuhan hijau menyerap air dari tanah dan
membebaskannya melalui proses transpirasi. Hutan, padang rumput dan tanah lembab akan menyerap
air apabila jumlahnya banyak dan membebaskannya sedikit demi sedikit bila air bertakung. Ini sekaligus
mengawal banjir.
2.Modifikasi iklim
Biodiversiti juga memberi khidmat ekosistem seperti mengatur perjalanan cuaca dan iklim.
Ia juga menyerap radiasi daripada cahaya matahari dan membebaskan wap. Ia akan mempengaruhi
keadaan iklim dan menyederhanakan suhu. Kestabilan iklim akan berlaku dengan adanya fungsi oleh
kepelbagaian biologi biodiversiti ini.
3.Kawal hakisan tanah
Daun dan sampah hutan boleh menyerap dan mengurangkan impak air hujan. Ini sekaligus menghalang
tanah menjadi pecah. Selain itu,akar berfungsi “mengikat tanah”dan membantu menghalang berlakunya
hakisan terutamanya di kawasan tanah tinggi. Manakala tumbuhan, haiwan kecil dan mikroorganisma
menyumbang kepada pembentukan tanah. Di kawasan yang berombak,paya bakau berfungsi
mengurangkan kesan pukulan ketika rebut. Ini bukan sahaja menjaga kontur pantai malah dapat
menyelamatkan harta benda dan nyawa.
4. Selenggara kitar oksigen dan nitrogen
Tumbuhan menghasilkan oksigen untuk pernafasan. Manakala mikrob pula membantu menambah
kesuburan tanah serta penetapan kandungan nitrogen dalam tanah. Kepelbagaian biodiversity juga
boleh menghalang tompokan sebatian nitrogen seperti unsur-unsur Ammonium dan Nitrat yang boleh
mengganggu kesuburan tanah.
B.KEPENTINGAN KEPADA MANUSIA
1. NILAI PERUBATAN
Sebanyak 3000 spesis tumbuhan di dunia ini dikenal pasti berfungsi sebagai anti-kanser.
Kekayaan kepelbagaian biodiversiti menyumbangkan US$8 bilion setahun untuk menghasilkan ubat-
ubatan seperti tumbuhan herba dan gamat. Penyaringan dan pemprosesan flaura dan fauna
menghasilkan pelbagai produk komersial, seperti tongkat ali (eurycoma longifolia), misai kucing
(orthosiphon staminues) dan kacip fatimah (labisia pumila). Ini dapat memperbaiki tahap kesihatan
masyarakat dan meningkatkan jangka hayat manusia.
2. BEKALKAN BAHAN MENTAH KEPADA MANUSIA
Pemeliharaan biodiversiti membekalkan makanan dan minuman kepada manusia. Misalnya laut yang
terpelihara membekalkan makanan laut yang secukupnya kepada manusia. Glasier membekalkan air
mineral kepada penduduk di sekitarnya. Turut dibekalkan ialah bahan mentah untuk kegunaan industri
seperti minyak, petrol, getah, fiber, resin, gris, aluminium dan sebagainya.
3. BIODIVERSITI JUGA MENJADI TEMPAT RIADAH.
Seisi keluarga boleh mengadakan aktiviti seperti bersenam dan melihat spesis burung. Hutan hijau
tenpat rekreasi untuk menjamin kesihatan manusia. Keindahan pantai dan dasar laut mendatangkan
ketenangan mental.
4. NILAI INTRINSIK
Kepelbagaian biodiversiti ini juga mempunyai “NILAI TERSENDIRI” dan “HAK UNTUK HIDUP”.
Setiap benda hidup tidak kira haiwan,tumbuhan dan manusia mempunyai “hak asasi” masing-masing.
Benda hidup mempunyai ingatan, emosi dan kesakitan.
MASALAH KEMUSNAHAN BIODOVERSITI
1.Kegiatan manusia yang mengubah dan menghapuskan tempat kediaman mereka.
Banyak aktiviti manusia merosakkan biodiversiti. Akibatnya,banyak spesis yang belum lagi dikenalpasti
telah pupus. Ada antara sepsis ini telah disenaraikan dalam ketegori spesis terancam. Jika tidak
ditangani awal dari sekarang, biodiversiti yang ada sekarang akan terjejas teruk dan mungkin hilang
buat selama-lamanya.
2. Pengeksploitasian hutan tropika.
Contohnya kemunculan pelancong berasaskan alam semula jadi atau eko-pelancongan mendatangkan
hasil kepada negara membangun. Namun jika tidak dilaksanakan dengan teratur boleh menyebabkan
kerosakan biodiversity. Kemusnahan habitat akibat penukaran tanah untuk pertanian, perlombongan,
penempatan, pembinaan dan sebagainya untuk tujuan pembangunan juga bakal memusnahkan
kekayaan biodiversiti dunia.
3. Perubahan iklim dan bencana alam seperti tanah runtuh, banjir, kemarau, tsunami (2004) dan
sebagainya menyebabkan kemusnahan kepada kepelbagaian biologi daratan dan akuatik dunia. Kecairan
glasier menyebabkan banyak kawasan rendah ditenggelami air dan banjir lebih kerap berlaku.
4. Penggunaan sumber biologi secara tidak lestari dan berlebihan.
Aktiviti pembalakan dan pemburuan yang tidak terkawal menjadi satu agenda kepada kepupusan
kepelbagaian biologi. Tangkapan ikan dengan teknologi canggih menyebabkan bekalan ikan pupus.
LANGKAH SELAMATKAN BIODIVERSITI
1. Persidangan pengurusan biodiversiti.
Bengkel mengenai biodiversity, bioprospek, pengurusan dan pengawasan eko-pelancongan dan
perlindungan spesis terancam. Tahun Biodiversiti Sedunia 2010 memberikan peluang kepada
masyarakat dunia untuk memahami kepentingan peranan biodiversiti dalam mewujudkan suatu suasana
kehidupan yang mampan. Aktiviti yang terancang lebih tertumpu kepada aspek galakan kepada orang
awam untuk mengurangkan kemusnahan biodiversiti, di samping meningkatkan pemahaman terhadap
kepentingan biodiversiti kepada manusia.
120 negara tentang menandatangani KONVENSION KEPELBAGAIAN BIOLOGIKAL (CBD).
memberikan mekanisma global untuk memastikan pemuliharaan dan penggunaan mapan bioddiversiti
bagi generasi sekarang dan akan datang. Dalam perjanjian tersebut,Malaysia menjanjikan 50% litupan
muka bumi dengan hutan dan pokok selama-lamanya.
2. Menggalakkan dan memperbanyakkan penubuhan pusat penyelidikan dan pembangunan
(R&D).Contohnya Taman Teknologi Malaysia(TPM) sedang giat menjalankan kajian terhadap potensi-
potensi yang boleh digunakan daripada hasil khazanah alam Negara. Pusat-Pusat penyelidikan seperti
Pusat Biodiversiti Raub menjalankan kerja-kerja mengutip, memelihara dan menjalankan kerja-kerja
kajian farmakologi sampel, pemprosesan dan penghasilan benih. Pemuliharaan kepelbagaian bio logi
dapat dibantu dengan kaedah-kaedah bioteknologi seperti penyelamatan embrio, perlakuran protoplas,
kriopengawetan dan perpustakaan DNA. Bioteknologi juga boleh digunakan untuk menilai variasi
ginetik yang terpendam, iaitu melalui teknik RFLP dan elektroforesis gel.
3. Mengetatkan kawalan dan menjalankan pemantauan yang lebih telus.Antara teknologi konservasi
biodiversiti yang paling praktikal dan digunakan secara meluas pada masa kini adalah secara penentuan
dan pemantauan menerusi satelit. Aktiviti pembalakan dan pemburuan haram misalnya perlu dikawal
lebih ketat. Begitu juga dengan biodiversiti akuatik Malaysia yang mempunyai nilai yang tinggi,
pengawalan terhadap hidupannya termasuk terumbu karang perlulah dilakukan dengan lebih mantap
supaya tidak merugikan Negara.
Kepelbagaian biologi yang meliputi keanekaan organisma di peringkat genetik, spesis dan ekosistem,
wajar dianggap sebagai harta pusaka sesebuah negara berdaulat. Khanazah ini seharusnya dipulihara
untuk generasi sekarang dan sebagai warisan generasi-generasi yang akan datang.
Pendidikan secara formal dan informal merupakan pendekatan yang terbaik dalam menyedarkan
masyarakat betapa pentingnya memelihara kepelbagaian biodiversiti ini.
Pendidikan Formal
1. Mata pelajaran sains dan biologi
Pengenalan biodiversiti dalam mata pelajaran sains atau biologi, mengenalpasti spesis haiwan dan
tumbuhan, peranannya dalam kehidupan seharian dan kebaikan sesuatu spesis tersebut kepada
manusia.
2. Aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum
Melalui aktiviti seperti mencipta syair, pantun, berpidato, ceramah, kuiz, projek kelas, penyediaan buku
skrap, lukisan, permainan alam sekitar, kajian biodiversiti dan sebagainya dapat mendekatkan para
pelajar kepada kepentingan dan keperluan biodiversiti dalam bentuk karya, ilustrasi atau objek yang
menarik. Ini dapat menggalakkan para pelajar mempelajari dan menghayati kekayaan biodiversiti di
dunia ini dengan lebih berkesan.
3. Penulisan biodiversiti
Dengan memperbanyakkan pembacaan artikel, jurnal, majalah alam sekitar dan dokumentari berkaitan
dengan biodiversiti mampu menambahkan ilmu pengetahuan kita dalam usaha memelihara biodiversiti
di sekeliling kita. Selain itu dapat memupuk perasaan kasih sayang dan menghargai kepentingan
kepelbagaian biodiversiti di dunia ini.
Pendidikan Tidak Formal
1. Lawatan luar
Dengan mengadakan sesi lawatan ke kawasan hutan simpan, taman negara, zoo negara, kawasan hutan
bakau, taman burung dan taman herba dapat membantu para pelajar akan kepentingan fungsi
biodiversiti dalam kehidupan seharian. Muzium biodiversiti seperti muzium siput, muzium hidupan
akuatik, muzium spesis pokok dan muzium haiwan dapat menginsafkan diri kita betapa ruginya kita
sekiranya kehilangan spesis-spesis yang berharga kepada negara akibat daripada kerakusan manusia
dalam mengejar arus pemodenan dengan memusnahkan habitat asal spesis haiwan dan tumbuhan
tersebut.
2. Aktiviti biodiversiti
Aktiviti seperti menanam pokok, penanaman semula pokok seperti pokok api-api dan perepat, pokok
kayu jati, merbau dan sebagainya dapat mengembalikan semula kitaran biodiversiti.
3. Program kesedaran
Program-program kesedaran seperti aktiviti mengutip sampah sarap di kawasan persisiran pantai dan
hutan simpan, mengitar semula barangan terpakai seperti botol plastik, kaca dan suratkhabar,
menjalankan aktiviti pembersihan sungai dan pelbagai lagi aktiviti kesedaran mampu menarik
masyarakat di negara ini untuk bersama-sama memelihara dan memulihara biodiversity dan alam
sekitar dengan lebih berkesan.
KEPENTINGAN BIODIVERSITI
Biodiversiti adalah kepelbagaian hidupan biologi atau biodiversity iaitu kepelbaian organisma hidupan dari sumber
daratan mahupun lautan dan lain-lain.Biodiversiti merangkumi ekosistem akuatik dan dan sebahagian daripada
ekosistem yang kompleks termasuk didalam kelompok spesis dan antara sepsis dan ekosistemnya
SUMBER MAKANAN DAN PROTEIN
Kepelbagaian sepsis tumbuhan dan haiwan menjadi sumber makanan dan sumber protein kepada manusia. Manusia
mendapat pelbagai sumber makanan yang boleh didapati daripada tumbuh-tumbuhan contohnya sayur-sayuran dan
beras yang menjadi makanan asasi penduduk Malaysia. Selain itu,manusia juga mendapat sumber protein daripad
spesis haiwan daratan dan lautan seperti ikan, ayam,dan lembu.
SUMBER PERUBATAN
Biodiversiti berguna kepada manusia. Hal ini demikian kerana, kini sebanyak 3000 spesis tumbuhan di dunia ini
dikenalpasti berfungsi sebagai anti-kanser. Dijangkakan sumbangan kekayaan kepelbagaian biodiversiti ini
menyumbangkan US$8 BILION setahun untuk menghasilkan ubat bagi syarikat yang mengendalikan bidang ini.
Contohnya, ANTHROPOSENTRIK, digunakan dalam memajukan Bank Genetik khasnya untuk memajukan sktor
pertanian, perhutanan, akuakultur dan penternakan.Selain itu tanaman seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah, ubi jaga,
serai wangi dan Misai Kucing boleh dijadikan sebagai sumber perubatan alternatif.Perubatan herba boleh
mengubati penyakit tertentu.Sebagai contoh, daun misai kucing dapat menyembuhkan penyakit tekanan darahtinggi
dan akar pokok bakawali pula dapat mengubati penyakit diabetis.Ia juga boleh digunakan sebagai sumber
perubatan yang menyumbang jutaan ringgit setahun kepada ekonomi negara. Jelas bahawa kekayaan kepelbagaian
spesis biodiversiti ini mampu memperbaiki tahap kesihatan masyarakat dan meningkatkan jangka hayat manusia.
SUMBER TENAGA
Penghasilan tenaga baru iaiutu tenaga biojisin yang diperolehi daripada tumbuh-tumbuhan dan najis haiwan dan
mendapan pulpa dapat membantu manusia dalam mencari pengganti kepada tenaga api yang semakin
berkurangan.Selain itu, penggunaan tenaga biojisim juga dapat memelihara alam sekitar kerana bahan tenaga
biojisim tidak mengeluarkan gas Co2.Tenaga biojisim tidak akan menjejeskan alam sekitar dan mungkin juga
penyelesaian kepada masalah alam sekitar seperti kesan rumah hijau.
SUMBER AIR TAWAR
Pencemaran air tawar bukan saahaja memudaratkan manusia malah hidupan liar juga.Pembuangan sisa -sisa
minyak dan bahan asing ke dalam sungai akan menjejaskan ekosistem sungai dan mencemarkan sumber air bersih
kepada manusia.
SUMBER GALIAN DAN MINERAL
Pengurusan sumber yang baik bukan sahaja menjamin keperluan sumber dimasa hadapan malah menjamin sumber
ekonomi negara dan memastikan bekalan sumber mineral negara mencukupi dimasa akan datang.
STABILKAN EKOSISTEM LAUT
Penanaman pokok bakau akan menstabilkanekosistem laut.Poko yang unik ini bukan sahajamenjadi tempat
pembiakan bagi hidupan laut seperti ikan dan udang,malah tumbuhan ini akan menghalang hakisan ombak dan
pukulan ribut kencang daripada berlaku.
SUMBER R&D
Pemuliharaan ekosisten juga dapat membantu dalam penyelidikan. Pusat-Pusat penyelidikan seperti Pusat
Biodiversiti Raub menjalankan kerja-kerja mengutip, memelihara dan menjalankan kerja-kerja kajian farmakologi
sampel, pemprosesan dan penghasilan benih.Penyelidikan yang dijalankan terhadap biodiversiti menjamin
kelestarian alam.Selain itu, kajian terhadap biodervisiti juga akan menjadi disiplin penting diInstitusi Pengajian
Tinggi.
Kesimpulannya,penjagan biodiversiti adalah penting kerana biodiversiti mempunyai pelbaig kepentingan daripada
segi sosial,dan ekonomi.Biodiversiti dapat memastikan kita mendatan segala keperluan dan juga membantu dalam
penjanaan ekonomi negara
KEPENTINGAN BIODIVERSITI DAN LANGKAH-LANGKAH MENGEKALKAN
KESEIMBANGAN BIODIVERSITI
Biodiversiti penting kepada semua hidupan yang ada di bumi ini. Justeru, pelbagai
pendekatan yang proaktif perlu diambil untuk mengekalkan keseimbangannya. Bincangan.
Pendahuluan :
• Biodervisiti merangkumi semua bentuk kehidupan flora dan fauna.
Isi :
A) Kepentingan Biodiversiti :
1. Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).
• Biodiversiti telah dijadikan tempat untuk menjalankan pelbagai Penyelidikan dan
Pembangunan (R&D).
• Sebagai contoh, penyelidikan berkaitan hutan simpan yang dijalankan di Pahang.
• Penyelidikan yang dijalankan terhadap biodiversiti menjamin kelestarian alam.
• Selain itu, kajian terhadap biodervisiti juga akan menjadi disiplin penting di
Institusi Pengajian Tinggi.
2. Membekalkan makanan.
• Flora dan fauna akan membekalkan sumber makanan.
• Rantaian makanan akan terpelihara.
3. Sebagai sumber perubatan.
• Tanaman seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah, ubi jaga, serai wangi dan Misai
Kucing boleh dijadikan sebagai sumber perubatan alternatif.
• Perubatan herba boleh mengubati penyakit tertentu.
• Sebagai contoh, daun misai kucing dapat menyembuhkan penyakit tekanan darah
tinggi dan akar pokok bakawali pula dapat mengubati penyakit diabetis.
4. Mengekalkan habitat.
• Pemuliharaan biodiversiti memberi jaminan pengekalan sumber semulajadi.
• Tempat perlindungan hidupan liar.
• Tempat pembiakan semulajadi.
5. Sebagai penstabil cuaca.
• Menyerap karbon dioksida dan membebaskan oksigen melalui proses fotosintesis.
• Menstabilkan kitaran hidrologi.
• Memberikan keseimbangan suhu.
• Mengurangkan kesan rumah hijau
Langkah-langkah Mengekalkan Keseimbangan Biodiversiti :
7. Pemuliharaan kepelbagaian biologi.
• Aktiviti penanaman semula telah dijalankan untuk memulihara biodiversiti.
• Hidupan liar telah dikawal, dijaga dan dilindungi agar tidak pupus. Sebagai
contoh, perlindungan terhadap Orang Utan, rusa dan badak sumbu.
• Mengisytiharkan sebagai tapak warisan dunia seperti Pulau Sipadan.
8. Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).
• Kajian dan penyelidikan yang dilakukan terhadap sisa kelapa sawit.
• Sebagai contoh, tandan kelapa sawit telah dijadikan sumber biogas manakala
sisanya pula diproses menjadi kertas.
9. Pembangunan lestari.
• Pembangunan yang tidak mengenepikan alam sekitar (mesra alam).
• Setiap pembangunan harus mendapat penilaian kesan alam sekitar (EIA) daripada
Jabatan Alam Sekitar (JAS)
10. Pendidikan sains dan biologi
• Subjek Sains dan Biologi telah diperkenalkan di setiap sekolah yang memberikan
penekanan tentang keperluan pengekalan biodiversiti.
• Menerapkan kepentingan biodervisiti dalam subjek lain (merentas kurikulum).
11. Program kitar semula.
• Penggunaan bahan kitar semula yang mesra alam.
• Sebagai contoh, besi buruk, kertas, plastik dan kaca.
• Menyediakan pusat pembuangan barang-barang yang boleh dikitar semula.
12. Penggunaan teknologi mesra alam.
• Menggunakan teknologi mesra alam.
• Sebagai contoh, penggunaan kereta mesra alam, teknologi hampas kelapa dan
biogas kelapa sawit.
• Penggunaan mikro organisma untuk menjalankan proses pereputan, rawatan air
atau sisa kumbahan.
Penutup :
• Biodiversiti perlu dikekalkan untuk diwarisi oleh generasi akan datang.
Kemusnahan Alam Sekitar Berpunca Daripada Kerakusan Manusia
Alam merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai harganya kepada umat manusia.
Alam sekitar merangkumi segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula
jadi di muka bumi. Namun kini anugerah tersebut dipersia-siakan oleh segelintir
masyarakat yang tidak bertanggungjawab. Kemusnahan alam sekitar sering dikaitkan
dengan pembangunan secara rakus, khususnya di negara yang mengejar kemajuan.
Terdapat beberapa punca yang mendorong berlakunya kemusnahan alam sekitar.
Antaranya adalah kurang kesedaran kita tentang kepentingan melestarikan alam sekitar
demi kelangsungan hidup makhluk bumi. Hal ini berlaku kerana kurang pendedahan
diberikan oleh ibu bapa, guru dan masyarakat terhadap generasi muda. Pembuangan
sampah di merata-rata tempat misalnya, menunjukkan kurangnya kesedaran kita terhadap
alam sekitar.
Selain itu, penerokaan hutan secara giat oleh segelintir manusia yang rakus
mengejar keuntungan turut menyumbang kepada kemusnahan alam sekitar. Penerokaan
hutan telah menjejaskan fungsi pokok-pokok besar dalam keseimbangan ekosistem hutan
hujan. Selain itu, hutan juga diteroka untuk penanaman sayur dan buah-buahan seperti
yang berlaku di Cameron Highlands. Tanpa kawalan dan penguatkuasaan yang tegas, ia
telah mengakibatkan tragedi di Pos Dipang dan yang terbaru di Perkampungan Orang Asli
Sungai Rui, telah meragut tujuh nyawa tidak berdosa.
Selain itu, faktor pembalakan haram juga tidak boleh diketepikan. Pembalakan
secara tidak terkawal memusnahkan tanaman tutup bumi dan menyebabkan hakisan di
lereng bukit, banjir kilat dan memudahkan proses tanah runtuh berlaku. Pokok-pokok di
lereng bukit menjadi benteng mengelakkan gelongsoran tanah telah ditebang sewenang-
wenangnya. Ia juga memusnahkan spesis tumbuhan bernilai tinggi seperti cengal batu,
meranti dan menyumbang kepada kepupusan pokok yang dilindungi. Ini diburukkan lagi
oleh penebusgunaan hutan paya bakau menjadi kolam udang dan penempatan. Hutan
paya bakau berperanan menghalang ombak tsunami seperti yang berlaku pada 26
Disember 2004. Selain kedudukan negara ini yang jauh daripada pusat gempa, kesan
tsunami tidak seteruk di Aceh, Indonesia kerana hutan paya bakau menjadi benteng
kepada hentaman ombak besar tersebut.
Kemusnahan alam sekitar mengakibatkan sektor pelancongan negara terjejas. Hal
ini disebabkan keindahan semula jadi negara kitalah yang menjadi aset menarik minat
pelancong luar ke negara kita. Ini akan turut menjejaskan ekonomi kerana pelancongan
turut menyumbang sejumlah besar KDNK negara. Malah, kemusnahan alam sekitar turut
mengakibatkan gangguan binatang buas dan liar seperti harimau, ular dan kera kerana
haiwan-haiwan ini kehilangan habitat asal mereka. Kehilangan tempat tinggal dan sumber
makanan memaksa ia menceroboh ke kawasan kediaman manusia. Kemusnahan alam
sekitar turut menyebabkan kepupusan flora dan fauna yang estetik yang merugikan
generasi akan datang.
Kesimpulannya, agensi kerajaan, sektor swasta, badan bukan kerajaan dan
masyarakat harus memainkan peranan masing-masing agar alam sekitar dapat dilestarikan
keindahannya. Kita harus sedar bahawa kita bukan mewarisi alam sekitar daripada nenek
moyang kita, sebaliknya kita meminjamnya daripada anak cucu kita. Jika alam sekitar
dimusnahkan, generasi akan datang tidak dapat lagi mempelajari habitat hutan tertua di
dunia.
top related