kemahiran sosial nota
Post on 23-Jun-2015
690 Views
Preview:
TRANSCRIPT
KATEGORI B
KEMAHIRAN SOSIAL
Kemahiran sosial bererti sesuatu individu itu mempunyai beberapa aspek
tingkah laku sosial seperti pengaruh, komunikasi, kepimpinan berinspirasi,
pemangkin perubahan, pengurusan konflik, menyemai dan mengekalkan
hubungan kolaborasi dan kerjasama, keupayaan bersukan. Berikut
merupakan ciri-ciri yang patut ada bagi setiap aspek tersebut.
Pengaruh
Pengaruh bermaksud menggunakan taktik-taktik yang berkesan untuk
mendapat keyakinan orang lain. Seseorang yang mempunyai tingkah laku ini:
1. Mahir dalam mendapat keyakinan orang lain.
2. Menghasilkan persembahan yang dapat menarik penonton.
3. Menggunakan strategi berkesan untuk mendapat persetujuan dan
sokongan semua pihak.
4. Memberi tunjuk ajar dengan cara yang dramatik dan berkesan.
Komunikasi
Komunikasi bererti berkebolehan menyampaikan mesej yang jelas, tepat dan
meyakinkan. Ciri-ciri seseorang yang mempunyai tingkah laku ini ialah:
1. Bertolak ansur
2. Menghadapi dan menyelesaikan masalah dengan ketelusan.
3. Mendengar, memahami dang mengalu-alukan perkongsian maklumat.
4. Memupuk komunikasi terbuka.
5. Bersedia menerima makluman mahupun baik atau buruk.
Kepimpinan berinspirasi
Kepimpinan berinspirasi bererti individu itu dapat membimbing dan memberi
inspirasi kepada kumpulan dan ahli-ahlinya. Ciri-ciri seseorang yang
mempunyai tingkah laku seperti ini ialah:
1. Mewujudkan minat dan sokongan kepada satu visi dan misi yang
sama.
2. Bersedia memimpin bila perlu, tidak mengira kedudukan.
3. Membimbing orang lain.
4. Kepimpinan melalui teladan.
Pemangkin perubahan
Pemangkin perubahan bererti individu itu akan memulakan atau mengurus
perubahan dalam kumpulannya. Ciri-ciri seseorang yang mempunyai tingkah
laku seperti ini:
1. Menyedari perlunya untuk perubahan dan mengatasi halangan kepada
perubahan.
2. Mencabar status quo dan mengesahkan perlunya perubahan.
3. Menyokong perubahan itu dan mendapat sokongan orang lain.
4. Menjadi model perubahan untuk orang lain.
Pengurusan konflik
Pengurusan konflik bererti individu itu dapat membuat rundingan dan
menyelesaikan perselisihan dalam kumpulannya. Seseorang yang
mempunyai tingkah laku seperti ini:
1. Mempunyai diplomasi semasa menangani rakan-rakan yang
bermasalah atau situasi yang tegang.
2. Mengesan dan mengambil tindakan yang bijak dalam penyelesaian
konflik dan perselisihan.
3. Menggalakkan perbincangan dan perbahasan.
4. Mewujudkan penyelesaian ‘menang-menang’ (win-win situation)
Menyemai dan mengekalkan hubungan
Menyemai dan mengekalkan hubungan bererti individu itu dapat memupuk
perhubungan yang penting dan berhasil dalam interaksi sosial hariannya.
Seseorang yang mempunyai tingkah laku seperti ini ialah:
1. Menyemai dan mengekalkan jaringan hubungan yang luas dan tidak
formal.
2. Memupuk hubungan yang saling berfaedah.
3. Membina hubungan mesra dengan orang lain.
4. Mengekalkan kesetiakawanan antara rakan sejawat.
Kolaborasi dan kerjasama
Kolaborasi dan kerjasama bererti individu itu dapat bekerja dengan orang lain
untuk mencapai matlamat yang sama. Ciri-ciri seseorang yang mempunyai
tingkah laku seperti ini ialah:
1. Sewaktu bekerja, memberi fokus yang sama kepada tugas dan
perhubungan dengan rakan sejawat.
2. Berkolaborasi-berkongsi rancangan, maklumat dan sumber yang perlu.
3. Memupuk iklim yang mesra dan bekerjasama.
4. Mengesan peluang untuk memupuk kolaborasi antara rakan.
Keupayaan berpasukan
Keupayaan berpasukan bererti individu itu dapat mewujudkan synergi
(berfungsi seperti satu unit) kumpulan dalam usaha mencapai matlamat yang
sama. Seseorang yang mempunyai aspek tingkah laku seperti ini ialah:
1. Menjadikan sebagai teladan kualiti-kualiti separti hormat menghormati,
saling membantu dan kerjasama.
2. Melibatkan semua ahli separa aktif.
3. Membina identiti dan semangat berpasukan, menyemai komitmen
kumpulan.
4. Menjaga nama baik kumpulan, bersama berkongsi pujian bila berjaya.
Tajuk: Aktiviti mengenal diri.
Tempat: Kawasan lapang/ padang sekolah
Sasaran: pelajar sekolah menengah tingkatan 1
Objektif aktiviti ini:
Melalui aktiviti ini, para pelajar dapat mengeratkan silaturrahim antara mereka
dan mengenali diri mereka sendiri dengan lebih baik. Dapat mengetahui
kelemahan dan kekurangan diri dalam pengurusan diri sendiri di samping
mencungkil bakat-bakat yang ada untuk memimpin generasi akan datang.
Ingin melahirakan pelajar yang berfikiran jauh dan mampu bersdri di kaki
sendiri apabila berlaku musibah.
Bil. Kemahiran sosial Aktiviti Definisi
1. Kepimpinan
berinspirasi
Pagol dance. Kepimpinan berinspirasi bererti
individu itu dapat membimbing
dan memberi inspirasi kepada
kumpulan dan ahli-ahlinya.
2. Komunikasi Telefon . Komunikasi bererti
berkebolehan menyampaikan
mesej yang jelas, tepat dan
meyakinkan.
3. Pengaruh Melakonkan
aksi.
Pengaruh bermaksud
menggunakan taktik-taktik
yang berkesan untuk
mendapat keyakinan orang
lain.
4. Pemangkin
perubahan
Mencipta
barang
Pemangkin perubahan bererti
individu itu akan memulakan
atau mengurus perubahan
dalam kumpulannya.
5. Pengurusan
konflik
Siapa salah? Pengurusan konflik bererti
individu itu dapat membuat
rundingan dan menyelesaikan
perselisihan dalam
kumpulannya.
6. Membina
hubungan
Selamatkan
saya.
Menyemai dan mengekalkan
hubungan bererti individu itu
dapat memeupuk
perhubungan yang penting dan
berhasil dalam interaksi sosial
hariannya.
7. Kerja berpasukan Tutup lubang
itu.
Keupayaan berpasukan bererti
individu itu dapat mewujudkan
synergi (berfungsi seperti satu
unit) kumpulan dalam usaha
mencapai matlamat yang
sama.
Kepimpinan berinspirasi
Aktiviti yang dijalankan menguji setiap ahli kumpulan menyelesaikan tugasan
yang diberikan.
Contohnya, setiap kumpulan melantik seorang ketua untuk aktiviti ini.
Seterusnya, fasilitator akan menerangkan cara permainannya.
1. Setiap kumpulan akan diberikan sebiji guli. Guli tersebut hendaklah
disentuh oleh setiap ahli kumpulan selepas wisel dibunyikan.
2. Selepas itu, objek kedua yang diberikan ialah gelas bersembang.
Gelas ini akan di sentuh selepas wisel berbunyi.
3. Selepas wisel dibunyikan, objek pertama, (iaitu guli) hendak di sentuh
terlebih dahulu kemudian barulah menyentuh gelas bersembang.
4. Arahan ketiga, selepas wisel di bunyikan, setiap kumpulan akan maju
kedepan dan menyentuh dinding dan kemudiannya kembali bergerak
berundur ke belakang dan melakukan perkara yang sama.
5. Selepas wisel dibunyikan, dengan mengikut urutan, setiap ahli mestilah
menyentuh guli, kemudiannya menyentuh gelas bersembang dan
kemudiannya melakukan arahan ketiga.
6. Setiap arahan baru yang diberi, arahan tersebut hendaklah dilakukan
dengan mengikut urutan dan seterusnya.
7. Fasilitator akan memerhatikan kumpulan yang dapat menyempurnakan
setiap arahan yang diberikan.
Melalui aktiviti ini, para fasilitator dapat menilai, kumpulan manakah yang
dapat menyelesaikan tarian “pagol dance” ini. Aktiviti ini bertujuan melatihh
ketua kumpulan bertindak pantas dalam membuat keputusan dan memberi
arahan. “Pagol” yang berasal dari perkataan Hindi yang bermaksud “bodoh”
dan objektif yang cuba di ketengahkan melalui “tarian bodoh” ini ialah,
1. Ahli kumpulan perlu mendengan dengan teliti arahan ketua
kumpulannya supaya dapat menyelesaikan arahan-arahan yang
diberikan.
2. Sekiranya ketua kumpulan tidak dapat mengenal pasti arahan yang
diberikan, bermakna ketua tersebut gagal membimbing ahli
kumpulannya untuk menyelesaikan tugasan tersebut.
Komunikasi
Aktiviti yang dijalankan bertajuk “Telefon”. Tujuan aktivini ini ialah untuk
menguji kemahiran komunikasi antara ahli kumpulan dan penyampaian
maklumat yang tepat. Aktiviti ini dijalankan dengan memberikan situasi
kepada setiap kumpulan.
Contoh situasi ialah, anda ingin menyampaikan sebuah pesanan
penting kepada rakan anda yang berada di bawah pondok biru itu. Namun,
anda tidak dapat berjalan dan tekak anda sakit. Anda tidak dapat
mengeluarkan suara untuk memanggil kawan anda itu. Seorang rakan anda
ingin membantu anda tetapi anda tidak mempunyai kertas mahupun pen.
Bagaimanakah anda memberitahunya pesanan yang ingin anda sampaikan?
Melalui aktiviti ini, para fasilitator dapat membuat penilaian kumpulan
manakah mempunyai komunikasi yang baik antara mereka dan cara mereka
menyampaikan pesanan. Selain ityu, kretiviti dalam menyelesaikan masalah
dapat dilihat. Mereka boleh melukis di tangan ataupun berbisik, menunjukkan
aksi untuk menyampaikan pesanan tersebut.
Pengaruh
Aktiviti ini mambantu para pelajar untuk mengetahui pelbagai jenis pengaruh
yang selalu berlaku di sekeliling mereka. Aktiviti yang dilakukan untuk aktiviti
ini ialah melakonkan aksi.
Setiap kumpulan akan diberikan satu situasi. Contoh situasi, kumpulan
A mengajak kumpulah B mengulang kaji pelajaran. Biarkan mereka mencipta
plot cerita mereka sendiri dan usaha-usaha yang mereka lakukan untuk
menarik minat kumpulan B menyertai mereka.
Aktiviti ini secara tidak langsung memberi pendendahan kepada
mereka tentang teknik memujuk dan menarik perhatian orang ramai kelak.
Selain itu, aktiviti ini meningkatkan keyakinan diri mereka untuk
mempersembahkan sesuatu yang terbaik untuk dijadiakn contoh.
Pemangkin perubahan
Mencipta barang dikaitkan dengan pemangkin perubahan. Hal ini demikian
kerana, mencipta sesauatu barang memerlukan kretiviti dan usaha yang
tinggi. Melalui aktiviti ini, setiap kumpulan diberikan tugasan mengubah atau
menghasilkan sesuatu yang baru dan berguna untuk semua.
Contoh, mengubahsuai telefon yang kita gunakan sekarang. Selain
menerima panggilan dan pesanan, mereka boleh menambah pelbagai fungi
lain yang relevan.
Aktiviti ini boleh menyedarkan mereka betapa pentingnya pengurusan
dalam sesuatu perkara disamping mengatasi-mengatasi masalah-masalah
yang timbul.
Pengurusan konflik
Aktiviti dalam pengurusan konflik ialah, siapa salah?
Aktiviti ini dijalankan dengan memberi situasi dan mereka akan
melakonkan situasi tersebut. Contoh dalam situasi perlanggaran diantara
kereta dengan motorsikal. Si pemandu dan pembonceng perlu menyelesaikan
masalah yang telah berlaku dengan cara yang betul.
Aktiviti ini memperlihatkan para pelajar menangani masalah mereka
dan bagaimana mereka menyelesaikannya masalah tersebut. Adakah mereka
menyelesaikan dengan penuh kesabaran atau saling menuduh. Selain itu,
situasi ini membantu mereka mempertingkatkan kemahiran mereka dalam
membuat keputusan. Samada mereka akan menyelesaikan dengan situasi
saling memahami atau “win-win situation” atau menggunakan konsep “aku
tidak peduli, kau yang salah, kau yang tanggung”.
Menyemai dan mengekalkan hubungan.
Selamatkan saya merupakan aktiviti dalam menyemai dan mengekalkan
hubungan.
Dalam aktiviti ini, salah seorang dari ahli kumpulan akan
disembunyikan. Ahli kumpulan yang lain perlu mencarinya berbekalkan klu-
klu yang diberikan. Semangat kesetiakawanan dapat dilihat sekiranya mereka
bersatu padu mencari rakan mereka yang hilang itu.
Aktiviti ini menyemai dan mengekalkan hubungan persahabatan.
Persahabatan yang terjalin tidak terputus begitu sahaja di samping membina
hubungan mesara dengan ahli-ahli kumpulan yang lain.
Keupayaan berpasukan
Aktiviti dalam keupayaan berpasukan ialah tutup lubang itu.
Setiap kumpulan diberikan sebatang paip yang mempunyai banyak
lubang dan terdapat sebiji bola di dalamnya. Mereka perlu mengisi paip itu
dengan air supaya mereka dapat menyerahkan bola itu kepada pengadil yang
bertugas. Sekiranya mereka bekerja dalam satu pasukan, mereka dapat
mewujudkan synergi dalam usaha memenuhkan paip berlubang itu dengan
air. Kreativiti untuk menutut lubanglubang pada paip itu hendaklah mereka
usahakan supaya air tidak mengalir keluar.
Saling membantu amat penting dalam aktiviti ini. Sekiranya tiada
toleransi antara ahli pasukan, air tidak akan penuh dan bola tidak akan naik.
Aktiviti ini melibatkan penglibatan semua ahli dengan memberikan komitmen
yang penuh.
REFLEKSI
Sepanjang menyiapkan kerja kursus ini, saya berasa amat malu akan
diri saya kerana, saya kurang peka dengan perkembangan diri saya sendiri.
Apabila saya merenung kembali hasil kerja saya, saya berasa malu apabila
saya melakukan ini hanya untuk memenuhi objektif kerja kursus yang telah
diberikan.
Selepas membuat kerja kursus ini, beberapa nilai baru dapat saya
amalkan sebagai seorang pelajar dan sebagai seorang bakal pendidik.
Contonhya, nilai kesetiakawanan. Nilai ini telah menyedarkan saya bahawa,
dalam proses saya belajar dan mengejar karier sebagai seorang pendidik
kelak, saya tidak boleh meninggalkan rakan-rakan saya sendirian.
Sepatutnya, saya membantu mereka apabila mereka dalam masalah ataupun
dalam kesusahan.
Selain itu, saya bersyukur kerana, dengan jayanya saya menyiapkan
kerja kursus ini, saya sangat menyayangi masa kerana sememangnya masa
itu emas.
PENDAHULUAN
Kemahiran Generik: Kompetensi Kecerdasan Emosi mengandungi
konsep dan kepentingan kecerdasan emosi yang dapat membantu dalam
memahami dan mengenal pasti model kecerdasan emosi. Selain itu, melalui
kerja kursus ini,, guru pelatih dapat menilai emosi sendiri dan
menguruskannya dengan cara yang betul.
Selain itu, melalui kerja kursus ini, tingkah laku kendiri bagi setia
kompenen dalam kerangka ini dapat dikenal pasti. Di samping itu, tujuan lain
kerja kursus ini diberikan ialah untuk memilih stratergi pengurusan emosi
yang sesuai dan bertepatan dengan masalah yang dihadapi.
Seterusnya, selain mengenal pasti emosi sendiri, ia turut membantu
mengenal pasti emosi orang lain melalui komunikasi lisan dan bukan lisan.
Oleh itu, pelbagai aktiviti yang sesuai boleh dikenal pasti untuk meningkatkan
kompetensi kecerdasan emosi kendiri.
PENGHARGAAN
Pertama sekali, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada
pensyarah pembimbing saya, Encik Wan Mohamad bin Wan Muda selaku
pensyarah Kemahiran Generik saya, kerana sepanjang menyempurnakan
kerja kursus pendek ini, beliau banyak membantu dari segi dorongan dan
kata-kata nasihat untuk melaksanakan kerja kursus ini.
Selain itu, kepada kedua-dua ibu bapa saya, saya ingin merakamkan
setinggi-tinggi ucapan terima kasih atas dorongan dan nasihat yang mereka
berikan di samping bantuan kewangan.
Tidak saya lupakan kepada semua rakan saya yang telah membantu
saya semasa menyiapkan kerja kursus ini. Kritikan anda semua
membangkitkan semangat saya untuk memperbaiki kelemahan dan
kekurangan yang ada.
Terima kasih.
top related