kemahiran menangani konflik
Post on 26-Jun-2015
321 Views
Preview:
TRANSCRIPT
KEMAHIRAN MENANGANI KONFLIK
OBJEKTIF
Pada akhir sesi peserta dapat :• Mendefinisikan konflik• Menjelaskan jenis-jenis konflik• Menjelaskan sebab berlaku konflik• Menerangkan cara mengendalikan konflik• Menyatakan cara - cara menghadapi konflik
DEFINISI KONFLIK
• Konflik membawa maksud pertikaian, persengketaan, percanggahan, pertentangan, perbalahan, perdebatan serius, pertembungan dan sebagainya.
• Konflik melibatkan apa juga pertikaian antara dua suasana yang bertentangan sama ada berlaku dalam diri seseorang antara individu/kumpulan dengan individu/kumpulan yang lain.
Konflik ( Peter Condiffe)
Suatu ancaman yang dijangka (perceived) terhadap
matlamat (goals) individu atau kolektif yang ada
hubungkait dengan kemahuan (wants) intrapersonal dan
interpersonal.
SIFAT-SIFAT KONFLIK
• Ianya boleh jadi benar, terpendam (latent) ataupun palsu.
• Melibatkan emosi, nilai dan minat (interests)
• Mempunyai kesan-kesan positif dan negatif.
(Sambungan)
• Konflik dianggap penghalang keharmonian dan kerjasama sesama anggota organisasi.
• Konflik adalah sebahagian daripada kehidupan biasa manusia. Tanpa konflik kehidupan mungkin membosankan
Punca-punca konflik(Peter Condiffe)
• Sumber Biososial- kekecewaan/agresif boleh menjadi punca konflik.
• Sumber personaliti dan Interaksi- gangguan psikologi, bahasa kasar, sombong diri, ego dan lain-lain.
• Sumber Struktur dan hierarki- kuasa/ status/ketidaksamarataan dan lain-lain.
• Sumber budaya- tidak memahami budaya lain.
Punca-punca konflik(Peter Condiffe)
• Sumber berlainan ideologi• Gabungan semuanya- cantuman
pelbagai sumber di atas boleh juga menjadi punca berlakunya konflik.
KONFLIK BERLAKU KERANA :
• Sekatan sumber - masa, ruang, kuasa, peluang, pengaruh.
• Saingan• Kerjasama - matlamat berbeza• Andaian palsu terhadap orang lain -
prasangka
• Perbezaan andaian• Perbezaan keperluan• Perbezaan nilai• Perbezaan matlamat
(Sambungan)
KONFLIK
• Terbahagi kepada 2 :
• Konflik luaran
• Konflik dalaman
KONFLIK LUARAN
Sebab-sebab percanggahan manusia:• Perbezaan maklumat• Perbezaan kepercayaan• Perbezaan pendapat
KONFLIK DALAMAN
Disebabkan percanggahan antara :
• Keinginan• Kepercayaan• Kebenaran
Kesan positif konflik
• Meningkatkan kreativiti • Perubahan sosial yang konstruktif• Meningkatkan kejelekitan
(cohesiveness) antara warga organisasi.
• Mendorong ke arah pelaksanaan fungsi organisasi tertentu.
KESAN NEGATIF KONFLIK
• KEGANASAN• PUTUS PERHUBUNGAN• WUJUDNYA PUAK-PUAK DALAM
ORGANISASI• MENYENDIRI• GANGGUAN EMOSI
Kaedah –kaedah menangani konflik
• Memendam ( Lumping)– keadaan ini wujud apabila sesuatu pihak itu tidak mahu meneruskan konflik dan memendamkan segalanya. Perhubungan kedua-dua pihak diteruskan seolah-olah tidak ada konflik yang pernah wujud.
• Mengelak (avoidance/exit)- apabila sesuatu pihak memutuskan hubungan dengan pihak kedua disebabkan faktor kuasa, wang ringgit, sosial dan sebagainya.
Kaedah –kaedah menangani konflik
• Paksaan (Coercion)- sesuatu pihak menggunakan kuasanya untuk membuat keputusan terhadap pihak kedua. Banyak diamalkan didalam masyarakat hari ini.
• Rundingan ( Negotiation)- kedua-dua pihak yang berkonflik membuat keputusan bersama untuk menyelesaikan konflik secara aman.
Kaedah –kaedah menangani konflik
• Menggunakan Perantara ( mediation)- suatu pihak meminta bantuan pihak ketiga untuk menyelesaikann konflik yang wujud. Pihak ketiga mungkin dilantik oleh mana-mana pihak yang berkonflik ataupun dari badan-badan luar.
• Perdamaian ( Conciliation) – menemukan kedua-dua yang berkonflik untuk tujuan penyelesaian. Ini mungkin menggunakan mediator dan sebagainya.
Kaedah –kaedah menangani konflik
• Pengadilan (arbitration)-keputusan dibuat oleh pihak ketiga yang dipersetujui bersama oleh pihak-pihak yang berkonflik.
• Penghakiman mahkamah (adjudication)- melibatkan pihak ketiga yang berkuasa untuk menjatuhkan hukuman.
MENGATASI KONFLIK DALAMAN
• Gunakan kuasa pemikiran rasional dan analitikal
• Gunakan kekuatan diri seperti sabar, bertakwa dan usaha.
• Tidak menggunakan emosi• Menenangkan diri kerana telah berusaha
(Sambungan)
• Bina keyakinan diri dan harga diri. “Positive self-talk” dan humor
• Jika berlaku konflik nilai, rujuk kepada nilai yang diajar oleh ibu bapa, budaya dan agama
• Sembahyang dan berdoa• Bincang dengan individu yang boleh
dipercayai atau seorang profesional
KONFLIK DALAM ORGANISASI
Sebab-sebab berlaku konflik :• Persaingan bagi mendapatkan ganjaran • Konflik perspektif• Berfokus melawan umum• Aliran kerja yang tidak dipraktikkan• Stail pengurusan• Watak pekerja bawahan
STRATEGI MENGENDALIKAN KONFLIK
• Dua-dua pihak menang
- Fokus pada masalah, bukan pada individu. Perlu berfikiran terbuka
• Menang - kalah
- Memaksa idea pada pihak lain. Berlaku tawar menawar. Pada zahir konflik dapat diatasi tetapi perasaan kecewa dan tidak puasa hati masih ada, boleh menimbulkan konflik lain.
(Sambungan)
• Kedua - dua pihak kalah
- Keras kepala dan enggan bertolak ansur. Tidak dapat penyelesaian. Perlukan mediator yang adil
MENGURUSKAN KONFLIK DALAM ORGANISASI
• Mengelak, tidak mahu terlibat dan percaya konflik akan berakhir.
- Tidak membantu• Menggunakan sindiran, kiasan dan
berkhutbah.
- Mengeruhkan situasi
(Sambungan)
• Give in!
- Tidak ada penyelesaian• Menggunakan kuasa. Mengarah konflik reda.
- Bagus bagi situasi krisis yang memerlukan penyelesaian segera.
• Berserah. Percaya masa akan menyembuhkan. Bahaya, konflik terpedam dan menunggu masa meletup
(Sambungan)
• Komproni. Penyelesaian segera bagi kedua-dua pihak yang keras kepala.
• Bekerjasama. Mengambil berat perasaan dan keperluan orang lain. Teknik bersemuka dan berterus terang.
• Tinggalkan situasi jika buntu.• Minta maaf tetapi tidak ada penyelesaian
(Sambungan)
• Menangguhkan. Menunggu masa sesuai untuk bertindak.
• Mendapat bantuan-mediator• Berkongsi. Bersetuju sama-sama
bertanggungjawab tentang wujudnya konflik.• Kelucuan. Bagi menenangkan ketegangan
antara orang yang berkonflik.• Cabut undi siapa menang atau kalah
CARA-CARA MENGHADAPI KONFLIK
• Mengelak/mengetepikan (No problem)
- Seyum dalam luka
- Cuba melupakan
- Berharap akan hilang sendiri
- Teknik ini berguna jika isu tidak penting
(Smbungan)
• Dominan (I Win - You Loose)
-Mempunyai kuasa mengarah
-Timbul dendam dan marah
-Penyelesaian jangka pendek. Teknik berguna dalam hal segera dan cemas.
(Sambungan)
• Meredakan (Smoothing. Kami semua bersetuju)
-Konflik disambut dengan usikan atau dijadikan bahan ketawa.
-Penyelesaian jangka pendek. Teknik yang berguna jika individu sama taraf dan matlamat
(Sambungan)
• Minta bantuan bos
- Situasi menang - kalah. Seseorang akan kecewa
- Berguna jika kedua-dua keras kepala • Polisi dan peraturan
- Lebih mudah diterangkan dan kurang perselisihan.
(Sambungan)
- Berguna untuk meredakan tetapi perlu ada piawai
• Bantuan orang tengah
- Orang tengah berfikiran terbuka yang mahir
- Berguna dalam konflik organisasi yang besar
top related