kegiatan pertanian
Post on 08-Feb-2016
46 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Padi
Padi merupakan satu daripada tanaman bijirin dan merupakan makanan ruji bagi ramai
penduduk dunia termasuk di Asia, Amerika Latin dan Caribbean. Di Malaysia padi yang
ditanam terbahagi kepada dua jenis iaitu padi sawah yang juga dikenali sebagai padi
bendang, dan padi huma atau padi bukit. Padi sawah atau padi bendang adalah jenis
padi yang paling banyak di tanam kerana dapat mengeluarkan hasil yang tinggi. Padi
sawah memerlukan penggunaan air dan baja yang banyak serta perlu ditanam dengan
cara yang teratur.
CARA MENANAM PADI
Padi merupakan satu tanaman makanan yang penting.Tanaman padi juga unik
berbanding tanaman lain kerana terpaksa melalui pelbagai proses penanaman.
Terdapat beberapa proses penanaman padi yang meliputi:
1. Pemilihan Biji Benih
Pemilihan biji benih
Penyemaian biji benih
Pemilihan tapak perladangan
Pengalihan tanaman
Proses penyelenggaraan
Padi ditanam dengan menggunakan biji benih .Oleh itu pemilihan biji benih
yang bermutu tinggi adalah penting untuk memastikan hasil yang banyak apabila
mencapai tahap matang kelak. Lazimnya pemilihan padi dibuat selepas menuai padi.
Hanya biji padi yang bersaiz besar ,panjang dan mempunyai biji yang banyak di
satu-satu tangkai sahaja dipilih.Cara ini adalah berbentuk tradisional .Lazimnya
pemilihan ini dilakukan oleh mereka yang arif tentang pemilihan biji benih terutama
pesawah yang berpengalaman.
Bagi pesawah yang telah mendapat khidmat jabatan pertanian, bekalan biji
benih yang lebih terjamin telah diperkenalkan. Pemilihan biji benih ini adalah hasil
kajian yang dijalankan secara berterusan untuk menghasilkan biji benih yang baik. Oleh
itu apabila padi telah berbuah, hasil yang diperolehi amat menakjubkan dan setanding
dengan padi keluaran negara lain.
2. Penyemaian Biji Benih
Operasi menyemai dilakukan sepenuhnya dengan menggunakan tenaga
manusia.Proses ini mencakupi peringkat rendaman buah padi untuk dijadikan benih
hingga benih-benih tersebut ditabur di tapak semaian. Pembaharuan yang mutakhir
diperkenalkan di negara ini ialah penyemaian dilakukan terus di kawasan penanaman
atau disebut tabur terus. Cara ini tidak memerlukan operasi mengubah dan dengan itu
masalah penggunaan tenaga kerja yang banyak tidak timbul. Bagaimanapun cara ini
tidak akan berkesan jika kawalan sistem pengairan tidak dilakukan.
3. Pemilihan Tapak Perladangan
Proses membajak mengikut sistem tradisional adalah menggunakan tenggala yang
ditarik oleh kerbau pada musim hujan. Namun begitu cara ini dianggap tidak produktif.
Oleh itu jentera pembajak atau traktor digunakan.
Terdapat dua jenis traktor yang digunakan bagi kerja-kerja membajak. Traktor-
traktor ini dikenali sebagi traktor dua roda dan traktor empat roda. Kedua-dua traktor ini
berfungsi untuk menggemburkan tanah sawah.
4. Pengalihan Tanaman
· Anak benih akan diubah dari tapak semaian ke sawah ketika anak benih
mengeluarkan daun kelima atau kerja. Kerja ini masih memerlukan tenaga buruh dan
masa yang panjang untuk mengubah anak-anak benih ke kawasan sawah Jarak
menanam anak benih bergantung kepada pesawah. Anak benih yang cepat matang
akan ditanam lebih rapat dibandingkan dengan anak benih yang lambat tempoh
matang.
5. Proses Penyelenggaraan
· Proses penyelengaraan ini melibatkan pelbagai aktiviti seperti membaja,
merumput, dan membersihkan sawah. Proses ini akan dilakukan sepanjang
pertumbuhan padi. Oleh itu, sejak awal penanaman, padi akan terus dijaga supaya
tidak dihinggapi penyakit atau menjadi semak. Oleh itu pertumbuhan padi akan menjadi
normal.
Selain itu pesawah juga harus memastikan padi terjamin daripada dirosakkan
haiwan perosak seperti tikus, burung atau belalang. Oleh itu terdapat beberapa orang-
orang yang dicacakkan di tengah sawah untuk menakutkan binatang perosak.Proses
penyelenggaraan ini memang rumit dan memerlukan kawalan setiap masa.
MEMPROSES PADI
Padi yang dituai akan dijadikan beras untuk makanan rakyat Malaysia. Sebelum itu
terdapat pelbagai proses yang dilalui untuk menghasilkan beras yang baik. Antara
proses tersebut ialah :
1. Menuai
Terdapat dua cara yang dipraktikkan dalam kerja-kerja menuai. Pertama
mengggunakan tenaga pekerja sepenuhnya seperti memotong batang padi dengan
penyabit dan meleraikan padi dengan cara membanting di dalam tong khas
Menuai Membanting
Mengangin Mengilang
.
Sabit
Cara kedua menggunakan jentera jenis sederhana (30 kuasa kuda) atau jenis
besar(100 kuasa kuda). Jentera ini hanya digunakan menerusi sistem usahasama.
Sebelum proses menuai dilakukan, sawah padi akan dikeringkan dengan mengalirkan
air ke terusan. Ini bertujuan memudahkan proses penuaian dilakukan.
Jentera padi
2. Membanting
Membanting adalah cara tradisional. Berdasarkan teknologi kini kerja
membanting tidak dilakukan lagi. Ini kerana proses menuai menggunakan jentera dan
padi diasingkan dari tangkainya secara automatik. Semasa membanting terlebih dahulu
tangkai padi akan diikat dan barulah dibanting ke dalam tong khas untuk mengasingkan
padi daripada tangkainya.
Membanting Padi
3. Mengangin
Mengangin dilakukan supaya bijian dipisahkan daripada padi hampa. Selepas
mengangin padi akan dijemur. Teknologi moden kini membersihkan padi dalam dua
peringkat. Peringkat pertama dinamakan pembersihan lasat iaitu bahan-bahan seperti
batu-batu, jerami dan hampas diasingkan.
Jenis mesin yang digunakan ialah gegaran. Peringkat kedua pula padi muda,
hampa dan bahan-bahan asing seperti rumpai diasingkan secara automatik.
Mengangin Padi
Mesin Padi
4. Mengilang
Tujuan mengilang adalah untuk mendapatkan beras daripada padi. Antara kaedah
yang digunakan bagi memisahkan beras dan padi ialah melalui pemisah sekatan.
Pemisah ini mempunyai lataran yang disendengkan dan bersekatan. Penghasilan
pengupasan padi bergantung kepada beberapa faktor.
Antara faktor tersebut ialah kandungan air yang terdapat dalam padi dan kadar
beras bersalut akan dimasukkan ke dalam pemisah sekatan. Beras akan digred
mengikut kriteria tertentu dan dimasukkan ke dalam guni atau plastik untuk dijual.
MEMPROSES PADI SECARA TRADISIONAL
Pengalaman menanam padi diperolehi daripada keluarga yang biasanya
menjadikan sawah padi sebagai sumber pendapatan. Oleh itulah mereka mempunyai
kemahiran secara warisan. Setelah melalui pelbagai peringkat penanaman sehingga
padi masak, kebanyakan masyarakat Melayu masih menggunakan kaedah
konvensional atau tradisional.
Cara ini banyak dilakukan di kawasan kampung yang jauh dari pekan. Cara ini
sememangnya mengurangkan kos tetapi mengambil masa yang lambat untuk
memproses padi menjadi beras. Antara beberapa peraturan yang terpaksa dilalui
sebelum padi menjadi beras ialah :
1. Menjemur
Menjemur Menumbuk Menampi Memilih
· Padi yang telah dituai dengan menggunakan tenaga akan dibanting untuk
memisahkan antara tangkai dan padi. Kemudian proses pengasingan akan dilakukan
dengan cara memilih tangkai atau rumput yang bercampur dengan padi.
Banting Padi
Cara ini adalah untuk memudahkan kerja-kerja seterusnya dilakukan. Setelah itu
padi akan dimasukkan ke dalam guni untuk dibawa pulang. Di rumah padi akan dijemur
di bawah pancaran matahari. Padi perlu dijemur hingga kering. Oleh itu pesawah perlu
memastikan cuaca adalah baik. Jika hari hujan atau mendung, adalah lebih baik
sekiranya padi tidak dijemur atau dibiarkan di dalam guni sahaja. Selain itu semasa
kerja-kerja menjemur dilakukan, pesawah boleh membuang benda asing yang terdapat
dalam timbunan padi. Ini adalah untuk memastikan padi cepat kering dan terhindar
daripada benda asing.
Menjemur Padi
2. Menumbuk
Menumbuk merupakan tugas yang paling sukar. Padi yang telah kering akan
ditumbuk menggunakan lesung. Terdapat dua jenis lesung iaitu lesung kaki dan
tangan.Lesung kaki telah diubahsuai bentuknya untuk memudahkan pesawah
menggunakan kaki untuk menumbuk padi.
Lesung kaki mempunyai antan yang pendek dan kemudian disambung dengan
menggunakan sebatang kayu yang besar secara melintang.Hujung kayu antan
mempunyai satu bentuk injakan yang memudahkan kaki memijak injakan tersebut.
Pesawah akan memijak kayu injak dan antan akan terangkat. Apabila kaki
dilepaskan, antan akan jatuh dan menumbuk ibu lesung. Langkah ini lebih mudah
kerana tidak memerlukan tenaga yang banyak. Lesung ini boleh didapati di kawasan
kampung. Namun begitu lesung ini kurang popular.
Lesung Kaki
Lesung tangan pula adalah lesung yang paling kerap digunakan. Lesung yang terdiri
daripada lesung anak dan ibu yang diperbuat daripada kayu. Namun begitu lesung
tangan mempunyai lesung anak yang berat dan panjang. Semakin berat anak lesung
semakin baik tumbukan lesung tersebut.
Padi yang telah kering akan ditumbuk dengan kedua lesung ini. Tumbukan akan
menyebabkan isi padi terkeluar dan membentuk beras. Pesawah akan lakukan kerja-
kerja menumbuk tersebut sehingga selesai. Adalah diingatkan padi yang hendak
ditumbuk perlu kering. Jika terdapat kelembapan, padi akan hancur bersama sekam
dan padi tersebut tidak boleh dimakan.
Lesung Tangan
3. Menampi
Setelah kerja-kerja menumbuk dilakukan,proses seterusnya ialah menampi. Proses
ini memerlukan kemahiran menampi untuk mengelakkan padi terbuang semasa proses
tersebut dilakukan. Lazimnya menampi dilakukan oleh kaum wanita. Padi yang telah
ditumbuk akan dimasukkan ke dalam alat menampi.
Alat menampi diperbuat daripada anyaman buluh atau mengkuang. Alat menampi
terdiri daripada pelbagai bentuk sama ada bulat, segi tiga atau bujur. Padi akan
diletakkan ke atas penampi. Kemudian penampi itu akan ditampi dengan cara
melambungkan padi. Cara ini dilakukan acap kali sehingga sekam melayang ke atas
dan seterusnya keluar dari alat penampi itu.
Pada proses ini beras dapat dihasilkan walaupun terdapat habuk-habuk kecil yang
masih bercampur dengan padi. Dengan beberapa lambungan, habuk kecil akan
terkumpul di hujung penampi. Kemudian habuk tersebut boleh ditiup sahaja untuk
menyingkirkan daripada beras.
Menampi Padi
Alat Menampi
4. Memilih
Beras yang telah ditampi akan menjalani proses pemilihan. Padi yang tidak hancur
akan diasing daripada padi yang hancur. Pemilihan ini dilakukan dengan menggunakan
tangan. Oleh itu mereka perlu cekap untuk memilih padi yang belum menjadi beras.
Pengasingan ini dilakukan untuk menentukan gred. Beras yang tidak hancur
mempunyai kualiti yang lebih baik berbanding beras yang hancur. Namun begitu ada
pesawah yang tidak mengasingkan beras dan dicampur sekali. Padi ini dinamakan padi
kampung.
LANGKAH PENANAMAN PADI SECARA TRADISIONAL
top related