kedudukan

Post on 10-Jun-2015

1.645 Views

Category:

Documents

9 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

KETINGGIAN

1.   Ketinggian di atas peta ditunjukkan oleh :      (a)   Stesen trigonometri      (b)   Tanda aras      (c)   Tanda tinggi      (d)   Garisan kontur      (e)   Ton atau warna      (f)    Lorekan      

Pelbagai Cerun yang Berdasarkan Garisan Kontur

Cerun curam dan cerun landai1.   Cerun curam mempunyai garisan kontur yang rapat.2.   Cerun landai pula mempunyai garisan kontur yang jarang.

      

Cerun bertangga1.   Garisan konturnya mempunyai susunan berselang-seli antara susunan garisan kontur rapat dan             garisan jarang.

     

Cerun  sekata1.   Cerun sekata mempunyai jarak garisan kontur yang sama antara satu sama lain.

     

Cerun  cekung dan cembung

1.   Cerun cekung menunjukkan garisan kontur yang semakin rapat di atasnya.2.   Cerun cembung menunjukkan garisan kontur yang semakin jarang di atasnya.

     

Pelbagai Bentuk Muka Bumi Berdasarkan KonturBukit dan gunung1.   Merupakan bentuk muka bumi yang mempunyai kemuncak tinggi.2.   Sekiranya kemuncaknya kurang daripada 1000 meter dinamakan bukit dan sekiranya melebihi 1000 meter dinamakan gunung. Lihat Rajah di bawah.

     

Permatang atau rabung1.   Permatang merupakan tanah tinggi yang panjang tetapi sempit.2.   Bahagian cerun mempunyai garis kontur yang rapat menunjukkan bercerun curam.3.   Sekiranya ketinggian melebihi 1000 meter dinamakan banjaran gunung. Lihat rajah di bawah.

     

Dataran tinggi1.   Kawasan tanah tinggi mempunyai permukaan rata dan luas.2.   Garisan kontur bahagian cerun rapat menunjukkan cerunnya curam.3.   Garisan kontur di bahagian tengah jauh menunjukkan permukaannya rata. Lihat Rajah di bawah.

     

Susuh bukit1.   Bentuk muka bumi yang menganjur dari kawasan tanah tinggi ke tanah pamah.2.   Nilai garis kontur menghala ke tanah pamah semakin berkurang. Lihat Rajah di bawah.

     

Tebing tinggi

1.   Bentuk muka bumi yang bercerun curam.2.   Garis kontur bahagian cerun rapat dan padat.

     

Lurah1.   Bentuk muka bumi yang mempunyai lekukan yang panjang dan sempit.2.   Lurah terdapat di antara dua kawasan tanah tinggi dengan aliran sungai mengalir melaluinya.3.   Lurah dapat dikenal dengan garisan-garisan kontur berbentuk 'V'. Lihat Rajah di bawah.

       

Pelana, kol dan genting       1.   Pelana merupakan bentuk muka bumi di tanah tinggi yang berbentuk lekukan cetek antara dua         puncak bukit.2.   Kol adalah lekukan kecil antara kawasan tanah tinggi yang terdapat sungai mengalir.3.   Genting merupakan laluan yang sempit antara dua kemuncak gunung yang terbentuk akibat aliran   sungai. Lihat Rajah di bawah.

     

top related