kebudayaan dan kesenian islam

Post on 26-May-2015

4.173 Views

Category:

Education

3 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

TEMA 8 : KEBUDAYAAN & KESENIAN ISLAM

DISEDIAKAN OLEH : ZEBIDAH BINTI HUSSAIN

PENDAHULUAN

KEBUDAYAAN – suatu nilai hidup yang dijelmakan oleh faktor daya akal & daya rasa manusia.

Hasil daripada kegiatan berfikir & merasa manusia dalam bentuk perbuatan yang dipanggil juga cara hidup.

Pengertian dibahagikan kepada 2 :

1.Pengertian ilmiah yang luas – meliputi bidang sosial, ekonomi, politik, ilmu & seni falsafah.

2.Pengertian terbatas – tertumpu kepada seni sahaja.

Kamus Dewan – tamadun, peradaban, kemajuan (akal hidup) & cara hidup masyarakat

Oxford Advanced Learner’s Dictionary :

Perkembangan lanjut kuasa manusia , perkembangan tubuh badan, akal & semangat melalui latihan & pengalaman, bukti perkembangan ( seni, sains dsb) & segala kesenian, kepercayaan, institusi sosial yang merupakan sifat sebuah masyarakat.

‘Kebudayaan’ – gabungan daripada 2 perkataan ‘budi’ & ‘daya’.Budi – terletak dihati.Daya – kelakuan, perbuatan @ tindakan.Dalam Islam –hati penentu segala nilai norma2 hidup, termasuk segala perbuatan & perlakuan insan.

• Hadis Nabi Muhammad S.A.W :

“Bahawa di dalam tubuh manusia itu ada seketul darah, jika ia baik maka baiklah selurub tubuh badan (perjalanan hidup ) dan jika ia rosak maka rosaklah seluruh badan itu. Ia itulah hati.”

• Kebudayaan Islam – satu cara hidup yang lahir & menjelma daripada keimanan.

• Merangkumi segala aspek sosial, politik, ekonomi, & kesenian Islam.

• Merupakan manifestasi daripada keimanan & ketakwaan & di luar daripada ini bukanlah kebudayaan Islam.

KONSEP KEBUDAYAAN ISLAM

1.Tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

2.Tidak melalaikan manusia.3.Melahirkan hubungan baik

antara manusia dengan Allah S.W.T & manusia sesama manusia.

4.Mengagungkan Pencipta.

TIDAK BERTENTANGAN DENGAN AJARAN ISLAM

• ISLAM – tidak terhad kepada sistem agama dalam bentuk ibadat yang khusus.

• TETAPI – merupakan cara hidup yang menyeluruh termasuk aspek kebudayaan.

• Fungsi manusia sebagai khalifah – memakmurkan bumi.

• Manusia perlu mengislamkan budaya tersebut supaya meliputi segala aspek kahidupan.

• Jika budaya itu bercanggah dengan hukum Islam , ia tidak diterima sebagai budaya Islam.

• Contoh : 1. Berlaku penindasan dalam politik

terhadap golongan lemah.2. Lapangan seni sekarang lebih banyak

mengajak manusia khayalan yang membawa kerosakan akhlak dalam kalangan masyarakat Islam.

• Kebudayaan yang meliputi politik , ekonomi, @ sosial dalam sesebuah masyarakat akan diterima oleh Islam sekiranya ia bertepatan dengan hukum2 yang telah ditetapkan agama.

TIDAK MELALAIKAN MANUSIA.

• Kebudayaan – diterima oleh Islam jika tidak melalaikan manusia.• Contohnya : i. Mencari rezeki halal – aktiviti

kebudayaan & disuruh oleh agama Islam, tetapi jika manusia mencari rezeki sehingga melupakan ibadat, ia adalah salah disisi Islam.

ii. Mencari rezeki haram – mencuri, merompak, & menggadai maruah adalah salah disisi Islam.

• Konsep kebudayaan Islam – beri kesenangan kepada semua pihak.

• Islam – terima perkara yang membawa kebaikan.

MELAHIRKAN HUBUNGAN ANTARA MANUSIA DENGAN ALLAH S.W.T & MANUSIA

SESAMA MANUSIA.

• Amal dalam hubungan manusia dengan Allah S.W.T :

Melalui ibadat khusus – solat, puasa, zakat, & haji.• Manusia dengan manusia @ manusia

dengan alam :Terbentuk melalui urusan antara

sesama mereka yang mencetuskan kebudayaan & seni.

• Kebudayaan Islam – menitikberatkan hubungan baik antara manusia dengan penciptanya (Allah S.W.T) & sesama manusia & manusia dengan alam.

• Unsur2 toleransi dalam ajaran Islam perlu diketengahkan supaya dapat difahami oleh semua lapisan masyarakat .

• Maka, wujud budaya Isalm selari dengan syariat Islam.

MENGAGUNGKAN PENCIPTA

• ALLAH S.W.T AL –Khalik ( Pencipta).

• Semua ciptaan-Nya dinamakan makhluk.

• Allah S.W.T mencipta tumbuhan, haiwan & benda tidak bernyawa.

• Manusia ambil inisiatif cipta sesuatu untuk kegunaan seluruh masyarakat.

• Ciptaan2 – bangun budaya bangsa &agama ke peringkat tinggi.

FAKTOR2 YANG MENCORAKKAN

KEBUDAYAAN ISLAM

1. FAKTOR WAHYU.

2. FAKTOR SURVIVAL.

FAKTOR WAHYU• Berpandukan AL-QURAN & AS-

SUNNAH.• AL-QURAN mencorakkan

kebudayaan dengan cara : i. Penyesuaian tanpa sebarang

keraguan.ii. Penyesuaian dengan menerima

ijtihad mengikut kesesuaian.

FAKTOR SURVIVAL• Bergantung kepada jumlah umat Islam &

kemampuan mereka mempertahankan diri daripada terpengaruh dengan budaya luar yang boleh meruntuhkannya.

Pengamalan budaya Islam bergantung kepada pemerintah.

Jika pemerintah mengutamakan syariat Islam, mereka pasti memperkenalkan kebudayaan Islam.

BUDAYA YANG BERCORAK ISLAM

BUDAYA AKIDAH

BUDAYA IBADAT

BUDAYA AKHLAK

BUDAYA AKIDAH• Akidah – meyakini hidup kita adalah milik

ALLAH SWT & bukan milik kita sendiri.• Jika kita melanggar perintah ALLAH SWT,

ini bermakna kita merampas hak ALLAH SWT.

• CARA MENGHIDUPKAN – tanam kepercayaan terhadap ALLAH SWT.

• Dapat corak kehidupan Islam & menjauhkan mereka daripada sesuatu yang bertentangan dengan syariat Islam.

BUDAYA IBADAT• 2 unsur penting dalam ibadat : 1.Tunduk – taat & patuh kepada

perintah Allah S.W.T & RASUL-Nya.

2.Kasih – melakukan perintah tersebut degan ikhlas & penuh kesyukuran.

• Antara ibadat khusus ialah : i. Solat lima waktu – sentiasa

mengingati Allah S.W.T.ii. Puasa – bentuk diri jadi hamba

yang soleh & bertakwa.iii.Keluar zakat – ingat untuk beri

kepada yang berhak.iv.Tunai haji – bangkit rasa cinta

kepada Allah SWT .

BUDAYA AKHLAK• Akhlak – satu tingkah laku daripada

dorongan jiwa yang dipamerkan tanpa difikirkan.

• Cara menghidupkan – berakhlak dengan ALLAH SWT, manusia & diri sendiri.

i. Berakhlak dengan ALLAH SWT : Mentaati segala perintah &

meninggalkan segala larangan-Nya.

ii. Berakhlak sesama manusia: Melakukan kebaikan kepada orang

lain & larang kemungkaran. Dalam Islam – semua manusia

dianggap sama & yang berbeza ialah ketakwaan terhadap ALLAH SWT.

iii.Berakhlak kepada diri sendiri : Patuh segala suruhan asrama.

KESIMPULAN• Kebudayaan menurut Islam –

kebudayaan yang berasaskanAL-QURAN & AS-SUNNAH .• Cara yang tepat untuk

mengintegrasikan agama & budaya dalam kehidupan.• Berbeza dengan kebudayaan lain.• Matlamat – mengagumkan kebesaran

ALLAH SWT.

TERIMA KASIH DI ATAS PERHATIAN ANDA.

SEKIAN, WASSALAM.

top related