kandungan - ukm.my
Post on 02-Apr-2022
14 Views
Preview:
TRANSCRIPT
1
Prosedur Operasi Standard Pengurusan Aktiviti/Program Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia
KANDUNGAN
1. TUJUAN 2
2. SKOP 2
3. TANGGUNGJAWAB 2
4. PERKARA YANG DIBENARKAN 2
5. AKTIVITI YANG TIDAK DIBENARKAN 3
6. TINDAKAN DAN TANGGUNGJAWAB PENGANJUR/URUS SETIA 3
a) Pengurusan Tempat Aktiviti/Program
b) Proses Pendaftaran
c) Pendaftaran Peserta
d) Taklimat Keselamatan & Kesihatan
e) Pengoperasian Aktiviti/Program (Semasa)
7. TINDAKAN DAN TANGGUNGJAWAB PESERTA DAN INDIVIDU 6
YANG TERLIBAT
a) Proses Pendaftaran
b) Pendaftaran Peserta
c) Taklimat Keselamatan & Kesihatan
d) Perkara Lain
8. SYARAT & PERATURAN PENGURUSAN AKTIVITI/PROGRAM 7
PELAJAR
a) Penganjuran Aktiviti/Program Pelajar Dalam Negara
b) Penyertaan Dalam Aktiviti/Program Dalam Negara
c) Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti/Program Ke Luar Negara
9. JENIS AKTIVITI DAN KAPASITI PESERTA YANG DIBENARKAN 10
10. LAMPIRAN 12
11. JAWATANKUASA 18
2
Prosedur Operasi Standard Pengurusan Aktiviti/Program Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia
1. TUJUAN
Prosedur Operasi Standard (SOP) Pengurusan Aktiviti/Program Pelajar di Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM).
2. SKOP
Prosedur ini meliputi penglibatan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia dalam:
a) Penganjuran aktiviti/program pelajar Dalam Negara
b) Penyertaan dalam aktiviti/program Dalam Negara
c) Penglibatan pelajar dalam aktiviti/program Ke Luar Negara
3. TANGGUNGJAWAB
Prosedur ini terpakai kepada penganjur, urus setia, peserta dan semua individu yang terlibat
dalam aktiviti/program pelajar.
4. PERKARA YANG DIBENARKAN
a) Semua aktiviti/program pelajar termasuk kelab, persatuan dan ko-kurikulum yang dilaksanakan secara bersemuka dan berkumpulan terutama yang melibatkan jumlah penyertaan yang terkawal (tertakluk kepada arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari semasa ke semasa) boleh dilaksanakan dengan mematuhi SOP yang berkuatkuasa.
b) Aktiviti Sukan, Riadah dan Rekreasi, Keagamaan, Sosial, Kebudayaan dan Pendidikan perlu mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian dan Agensi berkaitan.
c) Hanya pelajar yang tidak bergejala dibenarkan menyertai mana-mana aktiviti pelajar.
d) Pelaksanaan aktiviti/program secara dalam talian atau platform digital yang bersesuaian
adalah digalakkan.
e) Semua aktiviti fizikal yang tidak kritikal adalah disarankan untuk ditangguhkan sehingga perintah ini terbatal.
3
Prosedur Operasi Standard Pengurusan Aktiviti/Program Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia
5. AKTIVITI YANG TIDAK DIBENARKAN
a) Penganjuran di Kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan
Pergerakan Diperketatkan (PKPD) tidak dibenarkan.
b) Kemasukan/penglibatan pelajar/peserta dari kawasan PKPD.
c) Person Under Investigation (PUI) & Person Under Surveillance (PUS) tidak dibenarkan
hadir.
d) Kemungkinan menjadi kontak rapat kerana berada dalam kawasan yang sama untuk
masa yang panjang (close continuous contact).
e) Keberadaan dalam ruang rapat (confine space) dan tertutup dalam tempoh yang lama.
f) Sila rujuk kepada perkara yang disenaraikan dalam Senarai Aktiviti yang Dilarang di
https://www.mkn.gov.my/web/ms/sop-pkp-pemulihan/.
6. TINDAKAN DAN TANGGUNGJAWAB PENGANJUR/URUS
SETIA
a) Pengurusan Tempat Aktiviti/Program Bilik/Dewan Aktiviti/Program ▪ Had kehadiran adalah tertakluk kepada 50% keluasan ruang/premis dengan
mengambil kira penjarakan fizikal pada jarak 1 meter dan SOP yang ketat.
▪ Penganjur perlu menyediakan pelekat pada tempat duduk bagi tujuan penjarakan fizikal.
▪ Cecair pembasmi kuman disediakan di tempat-tempat strategik di dalam dan di luar
termasuk Bilik Menunggu Tetamu Kehormat.
▪ Memastikan tempat penganjuran aktiviti/program mempunyai pengudaraan yang baik.
▪ Menyelaraskan proses pembersihan ruang dan kawasan sekitarnya termasuk
tandas dan semua ruang sebelum dan selepas penganjuran program serta nyah kuman sebelum dan selepas bersama pihak Pusat Kesihatan Universiti (PKU).
4
Prosedur Operasi Standard Pengurusan Aktiviti/Program Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia
Ruang Penyediaan Jamuan
▪ Sebarang penyediaan makanan adalah sama ada secara pack-food, hidang (served), dome setting atau buffet yang diseliakan oleh pramusaji untuk mencedok makanan ke pinggan peserta.
▪ Penjarakan makanan yang disediakan sekurang-kurangnya 1 kaki atau selang 1 tray.
▪ Jumlah tetamu di meja makan adalah bergantung kepada saiz meja dan mesti
mematuhi penjarakan fizikal. Jumlah maksimum meja adalah bergantung kepada keluasan tempat jamuan dengan mengambil kira penjarakan fizikal antara meja. Tandas
▪ Penggunaan tandas perlu dihadkan mengikut jumlah bilik tandas yang ada pada satu-satu masa dan memastikan sabun disediakan. Ruang Solat
▪ Penggunaan ruang solat perlu dihadkan pada satu-satu masa mengikut saiz ruang.
▪ Membawa sejadah dan telekung sendiri untuk solat serta tidak dibenarkan untuk berkongsi.
b) Proses Pendaftaran
▪ Kaunter pendaftaran hendaklah diwujudkan di pintu masuk untuk mengawal
bilangan kehadiran, membuat pemeriksaan suhu badan dan mengesahkan Borang Pengisytiharan Kesihatan/ Health Declaration Form (HDF) (rujuk Lampiran 1). Individu dengan suhu badan melebihi 37.5 Celsius atau bergejala tidak dibenarkan masuk. Petugas yang berada di kaunter pendaftaran hendaklah memastikan semua perkara tersebut dilaksanakan di kaunter pendaftaran.
▪ Penganjur mestilah menyediakan bilangan kaunter pendaftaran yang bersesuaian dengan kapasiti jemputan/peserta.
▪ Penganjur, urus setia dan penceramah juga perlu mengisi HDF untuk pengesahan
ketua dan membuat pemeriksaan suhu badan di kaunter pendaftaran.
▪ Tanda penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter hendaklah dibuat di kaunter pendaftaran.
5
Prosedur Operasi Standard Pengurusan Aktiviti/Program Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia
▪ Jawatankuasa penganjur, urus setia, penceramah dan peserta diwajibkan memakai pelitup muka. Ketidakpatuhan boleh menyebabkan individu tersebut dilarang memasuki ruang berkenaan.
▪ Mengawal pintu keluar masuk di laluan utama aktiviti/program.
c) Pendaftaran Peserta ▪ Aplikasi MySejahtera diwajibkan kepada semua peserta yang terdiri daripada
pelajar dan bukan pelajar UKM.
▪ Penganjur perlu menyediakan buku rekod/senarai kehadiran bagi pendaftaran peserta yang tidak mempunyai telefon pintar. Maklumat asas yang wajib dicatatkan adalah nama dan nombor telefon.
d) Taklimat Keselamatan & Kesihatan ▪ Sebelum memulakan program, seorang wakil urus setia hendaklah menyampaikan
Taklimat Keselamatan dan Kesihatan kepada semua peserta.
▪ Taklimat Keselamatan merangkumi tata cara keluar daripada bangunan sekiranya berlaku kecemasan dan menyatakan lokasi tempat berkumpul yang selamat dan terdekat (rujuk Lampiran 2).
▪ Taklimat Kesihatan merangkumi peringatan kepada peserta dan semua individu
yang terlibat mengenai “Elakkan 3S” dan “Amalkan 3W” (rujuk Lampiran 3).
e) Pengoperasian Aktiviti/Program (Semasa) ▪ Aktiviti/program hendaklah ditamatkan jika penjarakan fizikal tidak dipatuhi dan
keadaan menjadi tidak terkawal.
6
Prosedur Operasi Standard Pengurusan Aktiviti/Program Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia
7. TINDAKAN DAN TANGGUNGJAWAB PESERTA DAN
INDIVIDU YANG TERLIBAT
a) Proses Pendaftaran ▪ Mematuhi arahan penganjur sewaktu di kaunter pendaftaran di pintu masuk bagi
membuat pemeriksaan suhu badan dan mengisi Borang Pengisytiharan Kesihatan/ Health Declaration Form (HDF). Individu dengan suhu badan melebihi 37.5 Celsius atau bergejala tidak dibenarkan masuk.
▪ Peserta harus memberikan maklumat yang tepat dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap maklumat yang diberikan.
▪ Para peserta dan semua individu yang terlibat perlu membersihkan tangan
menggunakan cecair pembasmi kuman.
▪ Semasa menunggu giliran di kaunter saringan, patuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter dengan mengikut penandaan yang telah ditetapkan oleh penganjur.
▪ Peserta dan semua individu yang terlibat dikehendaki memakai pelitup muka.
b) Pendaftaran Peserta ▪ Aplikasi MySejahtera diwajibkan kepada semua peserta yang terdiri daripada
pelajar dan bukan pelajar UKM serta semua individu yang terlibat sebelum
dibenarkan untuk masuk dan menyertai program.
▪ Peserta yang tidak mempunyai telefon pintar/aplikasi MySejahtera/liputan internet
wajib mencatatkan nama dan nombor telefon pada buku rekod/senarai kehadiran
yang disediakan oleh penganjur.
▪ Peserta digalakkan membawa peralatan tulis sendiri.
▪ Peserta wajib mendaftarkan maklumat diri dengan tepat.
7
Prosedur Operasi Standard Pengurusan Aktiviti/Program Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia
c) Taklimat Keselamatan & Kesihatan ▪ Peserta dan semua individu yang terlibat diwajibkan memberi sepenuh perhatian
kepada Taklimat Keselamatan dan Kesihatan yang diberikan oleh urus setia serta mematuhinya.
d) Perkara Lain ▪ Mengambil kedudukan seperti yang telah ditanda atau ditetapkan oleh penganjur.
▪ Beratur mengambil makanan secara tertib dengan mematuhi penjarakan fizikal serta
tidak berkumpul semasa makan.
▪ Mematuhi SOP di dalam lif, tandas dan mana-mana ruang aktiviti/program diadakan.
▪ Dilarang berkumpul atau berhimpun di luar ruang aktiviti/program sebelum atau
selepas selesai program.
▪ Semua pelajar wajib membawa sejadah dan telekung sendiri serta tidak dibenarkan
untuk berkongsi.
8. SYARAT & PERATURAN PENGURUSAN AKTIVITI/PROGRAM
PELAJAR
a) Penganjuran aktiviti/program pelajar Dalam Negara
▪ Permohonan kelulusan mengadakan aktiviti/program pelajar Dalam Negara perlu
dimohon melalui Sistem Integrasi Bakat, Aktiviti dan Resume Pelajar (iSTAR) di pautan https://istar.ukm.my/ tidak kurang 30 hari dari tarikh mula aktiviti/program.
▪ Pelaksanaan aktiviti/program yang dianjurkan oleh pelajar perlu mematuhi Perkara 4 hingga Perkara 7.
▪ Selepas mendapat kelulusan mengadakan program, pelajar perlu memohon
penggunaan ruang kepada pentadbir ruang dan mematuhi SOP penggunaan ruang yang ditetapkan.
8
Prosedur Operasi Standard Pengurusan Aktiviti/Program Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia
▪ Jika aktiviti/program diadakan di luar kampus, pergerakan yang dibenarkan hanya rentas antara negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
▪ Pelajar tidak dibenarkan (tertakluk kepada arahan MKN dari semasa ke semasa) untuk mengadakan aktiviti/program yang perlu merentas negeri.
▪ Sekiranya merentas negeri, pelajar perlu:
o memohon Surat Kebenaran untuk Merentas Negeri Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kepada Pengarah, Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP-UKM)
o menghantar Borang Persetujuan Tanggung Risiko dan Aku Janji Pelajar ke HEP-UKM (rujuk Lampiran 4).
o menghantar Borang Pengisytiharan Kesihatan/Health Declaration Form (HDF) ke HEP-UKM.
o melampirkan Surat Kelulusan iSTAR. o pelajar juga perlu mendapatkan kebenaran polis bagi tujuan rentas negeri. o bagi pelajar yang mengikuti program yang merentas negeri dan bermalam,
pelajar tersebut perlu menjalani Fasa Pemantauan Kendiri dalam tempoh 10 hari apabila pulang ke kampus.
o bagi pelajar yang mengikuti program yang merentas negeri tetapi tidak bermalam, pelajar tersebut tidak perlu menjalani tempoh Fasa Pemantauan Kendiri.
b) Penyertaan dalam aktiviti/program Dalam Negara ▪ Permohonan kelulusan menyertai aktiviti/program pelajar Dalam Negara perlu
dimohon melalui Sistem Integrasi Bakat, Aktiviti dan Resume Pelajar (iSTAR) di pautan https://istar.ukm.my/ tidak kurang 30 hari dari tarikh mula aktiviti/program.
▪ Pelajar yang menyertai perlu mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak penganjur program sama ada program tersebut dianjurkan oleh PTj/persatuan/kelab pelajar UKM atau penganjur luar UKM.
▪ Jika aktiviti/program diadakan di luar kampus, hanya dibenarkan pergerakan rentas
antara Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
▪ Pelajar tidak dibenarkan untuk menyertai aktiviti/program yang perlu merentas negeri.
▪ Sekiranya merentas negeri, pelajar perlu:
o memohon Surat Kebenaran untuk Merentas Negeri Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kepada Pengarah, Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP-UKM)
9
Prosedur Operasi Standard Pengurusan Aktiviti/Program Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia
o menghantar Borang Persetujuan Tanggung Risiko dan Aku Janji Pelajar ke HEP-UKM (rujuk Lampiran 4).
o menghantar Borang Pengisytiharan Kesihatan/Health Declaration Form (HDF) ke HEP-UKM.
o melampirkan Surat Kelulusan iSTAR. o pelajar juga perlu mendapatkan kebenaran polis bagi tujuan rentas negeri. o bagi pelajar yang mengikuti program yang merentas negeri dan bermalam,
pelajar tersebut perlu menjalani Fasa Pemantauan Kendiri dalam tempoh 10 hari apabila pulang ke kampus.
o bagi pelajar yang mengikuti program yang merentas negeri tetapi tidak bermalam, pelajar tersebut tidak perlu menjalani tempoh Fasa Pemantauan Kendiri.
c) Penglibatan pelajar dalam aktiviti/program Ke Luar Negara
▪ Permohonan kelulusan mengadakan/menyertai aktiviti/program pelajar Ke Luar
Negara perlu dimohon melalui Sistem Integrasi Bakat, Aktiviti dan Resume Pelajar (iSTAR) di pautan https://istar.ukm.my/ tidak kurang 90 hari dari tarikh mula aktiviti/program dan perlu mendapat kebenaran/kelulusan dari Kementerian Luar Negeri (KLN), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum diluluskan oleh Naib Canselor UKM.
▪ Hanya aktiviti/program yang mematuhi Prosedur Terkini Bagi Warganegara Malaysia Yang Ingin Keluar Negara dan Masuk Semula ke Malaysia (rujuk https://www.imi.gov.my/) yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sahaja yang dibenarkan untuk membuat permohonan kelulusan ke luar negara.
▪ Program pelajar ke luar negara yang dilaksanakan dalam jangka masa pendek
(kurang 90 hari) adalah tidak dibenarkan sehingga perintah ini terbatal.
▪ Pelajar perlu melaksanakan ujian saringan COVID-19 berdasarkan ketetapan prosedur kesihatan yang digariskan oleh negara yang akan dilawati.
▪ Pelajar yang akan ke luar negara perlu mematuhi SOP yang ditetapkan dan
mematuhi nasihat perjalanan yang dinyatakan oleh KLN dalam surat kelulusan yang diterima daripada KLN.
▪ Patuhi arahan dan nasihat Kerajaan berkaitan perjalanan ke luar negara.
▪ Setiap pelajar yang terlibat dalam program ke luar negara perlu menghantar Borang
Ganti Rugi Program Pelajar Ke Luar Negara ke HEP-UKM sebelum berlepas ke luar negara (rujuk Lampiran 5).
10
Prosedur Operasi Standard Pengurusan Aktiviti/Program Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia
9. JENIS AKTIVITI DAN KAPASITI PESERTA YANG
DIBENARKAN
BIL. JENIS AKTIVITI RUANG TERTUTUP RUANG TERBUKA
1. Bakti Siswa/Khidmat
Masyarakat
Kapasiti peserta adalah tertakluk
kepada 50% keluasan
ruang/premis
Kapasiti peserta adalah mengikut
keluasan ruang/ premis dengan
penjarakan fizikal pada jarak 1
meter
2. Debat/Pidato Kapasiti peserta adalah tertakluk
kepada 50% keluasan
ruang/premis
-
3. Ekspo/Pameran/Karnival/
Festival
Kapasiti peserta adalah tertakluk
kepada 50% keluasan
ruang/premis
Kapasiti peserta adalah mengikut
keluasan ruang/ premis dengan
penjarakan fizikal pada jarak 1
meter
4. Forum/ Diskusi/Ceramah Kapasiti peserta adalah tertakluk
kepada 50% keluasan
ruang/premis
-
5. Jamuan Makan
Malam/Ulang Tahun
Kapasiti peserta adalah tertakluk
kepada 50% keluasan
ruang/premis
-
6. Keagamaan Kapasiti peserta adalah tertakluk
kepada 50% keluasan
ruang/premis
-
7. Kebudayaan/Kesenian Kapasiti peserta adalah tertakluk
kepada 50% keluasan
ruang/premis
-
8. Keusahawanan Kapasiti peserta adalah tertakluk
kepada 50% keluasan
ruang/premis
-
9. Latihan/Kursus/Bengkel Kapasiti peserta adalah tertakluk
kepada 50% keluasan
ruang/premis
-
10. Lawatan Sambil
Belajar/Mobiliti
Kapasiti peserta adalah tertakluk
kepada 50% keluasan
ruang/premis
Kapasiti peserta adalah mengikut
keluasan ruang/ premis dengan
penjarakan fizikal pada jarak 1
meter
11
Prosedur Operasi Standard Pengurusan Aktiviti/Program Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia
BIL. JENIS AKTIVITI RUANG TERTUTUP RUANG TERBUKA
11. Penyelidikan Kapasiti peserta adalah tertakluk
kepada 50% keluasan
ruang/premis
-
12. Penyertaan/Pertandingan Kapasiti peserta adalah tertakluk
kepada 50% keluasan
ruang/premis
-
13. Mesyuarat/Perjumpaan/
Hari Keluarga
Kapasiti peserta adalah tertakluk
kepada 50% keluasan
ruang/premis
Kapasiti peserta adalah mengikut
keluasan ruang/ premis dengan
penjarakan fizikal pada jarak 1
meter
14. Perkhemahan/Eksplorasi Kapasiti peserta adalah tertakluk
kepada 50% keluasan
ruang/premis
Kapasiti peserta adalah mengikut
keluasan ruang/ premis dengan
penjarakan fizikal pada jarak 1
meter
15. Seminar/Persidangan Kapasiti peserta adalah tertakluk
kepada 50% keluasan
ruang/premis
-
16. Sukan Kapasiti peserta adalah tertakluk
kepada 50% keluasan
ruang/premis
Kapasiti peserta adalah mengikut
keluasan ruang/ premis dengan
penjarakan fizikal pada jarak 1
meter
17. Sesi Kaunseling Kapasiti peserta adalah tertakluk
kepada 50% keluasan
ruang/premis
-
NOTA: Borang Persetujuan Tanggung Risiko dan Aku Janji Pelajar, Borang Ganti Rugi Program Pelajar Ke Luar Negara dan Borang Pengisytiharan Kesihatan/ Health Declaration Form (HDF) perlu dimuat turun menerusi laman sesawang HEP-UKM di alamat https://www.ukm.my/hepukm/.
Disediakan oleh : PUSAT HAL EHWAL PELAJAR (HEP-UKM) Tarikh Kemaskini : 9 MAC 2021 Disahkan oleh : PUSAT PENGURUSAN RISIKO, KESELAMATAN & KESIHATAN
PEKERJAAN (ROSH-UKM) Tarikh Kemaskini : 30 MAC 2021
12
Prosedur Operasi Standard Pengurusan Aktiviti/Program Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia
LAMPIRAN 1: BORANG PENGISYTIHARAN KESIHATAN/ HEALTH
DECLARATION FORM (HDF)
13
Prosedur Operasi Standard Pengurusan Aktiviti/Program Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia
LAMPIRAN 2: TAKLIMAT KESELAMATAN
PROGRAM (NAMA PROGRAM)
TAKLIMAT KESELAMATAN
_________________ (NAMA DEWAN)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera, Saya ____________________________________________selaku _________________________
ingin menerangkan kepada YBhg. Prof. Dato’/Datin/Tuan/Puan mengenai Pelan Kecemasan di UKM.
Saya mohon Kerjasama YBhg. Prof. Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk memberi perhatian pada taklimat
yang akan saya berikan.
Untuk makluman YBhg. Prof. Dato’/Datin/Tuan/Puan _________________ (Nama Dewan) ini
dilengkapi dengan segala peralatan mengesan dan memadam kebakaran sebagaimana yang
ditetapkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Dewan ini juga mempunyai ____ (Bilangan
Pintu) pintu keluar yang boleh digunakan semasa kecemasan iaitu ___________ (Lokasi) dan
_________________ (Lokasi).
Sekiranya berlaku kecemasan seperti kebakaran, loceng kecemasan akan berbunyi. Saya harap YBhg.
Prof. Dato’/Datin/Tuan/Puan supaya bertenang, tidak berasa cemas dan diminta keluar secara teratur
melalui pintu keluar kecemasan menuju ke tempat berkumpul untuk bancian. Pegawai Insiden yang
terdapat dalam program ini akan membantu dalam pengungsian bangunan ini.
Semoga YBhg. Prof. Dato’/Datin/Tuan/Puan berada dalam keadaan selamat dan sihat sepanjang
program ini berlangsung.
Sekian, terima kasih.
14
Prosedur Operasi Standard Pengurusan Aktiviti/Program Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia
LAMPIRAN 3: TAKLIMAT KESIHATAN Dalam suasana pendemik COVID-19, saya ingin mengingatkan semua bahawa bahaya jangkitan
COVID-19 masih wujud di dalam komuniti dan kita perlu sentiasa mengambil langkah-langkah
pencegahan jangkitan COVID-19 seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
iaitu:
• Elakkan 3S/3C: iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan
yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat
(Close conversation).
• Amalkan 3W: iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), sangat digalakkan
memakai alat pelitup muka di tempat awam atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran
dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
o Elak bersalaman/ bersentuhan;
o Amalkan etika batuk dan bersin;
o Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
Mohon semua hadirin patuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan UKM
dengan memberi kerjasama mengenai perkara berikut:
• Sesiapa yang bergejala dan suhu melebihi 37.5 celsius dilarang berada di dalam dewan ini
• Bilangan peserta mestilah 50% daripada kapasiti dewan
• Program ini diadakan tidak melebihi 4 jam
• Mengekalkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter
Sekian, terima kasih atas perhatian yang diberikan.
15
Prosedur Operasi Standard Pengurusan Aktiviti/Program Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia
LAMPIRAN 4: BORANG PERSETUJUAN TANGGUNG RISIKO DAN AKU JANJI PELAJAR
17
Prosedur Operasi Standard Pengurusan Aktiviti/Program Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia
LAMPIRAN 5: BORANG GANTI RUGI PROGRAM PELAJAR KE LUAR NEGARA
18
Prosedur Operasi Standard Pengurusan Aktiviti/Program Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia
JAWATANKUASA PROSEDUR OPERASI STANDARD PENGURUSAN AKTIVITI/PROGRAM PELAJAR
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
2021
Prof. Madya Dr. Mohd Suhaimi Mohamad
Prof. Ts. Dr. Kadir Arifin
Dr. Noor Alaudin Abdul Wahab
Dr. Shahrul Nazmi Sannusi
En. Anuar Ahmad
Pn. Wan Mazlina Wan Mashhor
En. Azizi Ab Rahman
Pn. Nurul Aisyah Abas
Urus Setia & Pereka Grafik
Pn. Wan Mazlina Wan Mashhor
En. Syahidrul Ashraff Zamri
top related