kajian punca tidak kuasai pecahan
Post on 14-Aug-2015
59 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
ANIDAH BINTI ABD RAHMAN670712015298001
BAB 1
KAJIAN MASALAH
1.1 Pengenalan
Pecahan merupakan salah satu topik yang terdapat di dalam silibus KBSM
Matematik tingkatan 1. Topik ini merupakan sambungan daripada topik pecahan KBSR
Matematik. Topik pecahan merupakan yang mula diperkenalkan kepada pelajar
semenjak mereka di sekolah rendah lagi iaitu ketika mereka di tahun tiga. Walaupun
telah diperkenalkan semenjak awal lagi tetapi masih terdapat ramai di antara mereka
tidak mampu menguasai topik pecahan. Kebanyakan pelajar yang gagal atau mendapat
markah rendah dalam mata pelajaran matematik adalah kerana mereka tidak dapat
menguasai topik pecahan. Topik pecahan merupakan topik yang agak penting kerana asas
perpuluhan dan peratus melibatkan pecahan. Malah topik-topik lain seperti Ukuran
Panjang, Timbangan Berat, Cecair dan Isipadu , serta Masa dan Waktu juga melibatkan
topik pecahan.
Apa yang menyebabkan ramai murid tidak dapat menguasai topik ini amat perlu
di kaji puncanya. Dengan mengetahui punca sebenar kegagalan ini, maka barulah
masalah ini dapat diatasi walaupun bukan sepenuhnya tetapi sekurang-kurangnya
mengurangkan peratus yang gagal hanya kerana tidak faham topik pecahan.
Berdasarkan kepentingan inilah pengkaji membuat keputusan mengkaji punca
mengapa pelajar-pelajar tidak dapat menguasai topik ini dengan harapan ianya dapat
diatasi dan pelajar dapat menguasai topik ini dengan sepenuhnya.
Walaupun kajian ini dibuat keatas pelajar Tingkatan 1 tetapi tahap pemahaman
topik pecahan semasa mereka di sekolah rendah juga perlu di kaji untuk mengetahui
kaitannya.
1
ANIDAH BINTI ABD RAHMAN670712015298001
1.2 Latar Belakang Kajian
Kajian tentang punca mengapa ramai pelajar tidak dapat menguasai topik pecahan
ini akan dijalankan ke atas pelajar-pelajar tingkatan satu. Kumpulan pelajar ini dipilih
berdasarkan penguasaan sepenuhnya terhadap topik pecahan dapat dilihat setelah mereka
di tingkatan satu. Tahap penguasaan topik pecahan mereka akan diselidiki. Ini bermakna
tahap penguasaan mereka ketika di sekolah rendah akan diambilkira dan dijadikan
sebagai kayu pengukur bagi pengkaji membuat kajiannya.
Sebagai permulaan sekumpulan pelajar akan di beri ujian ringkas. Ujian ini
mengandungi soalan-soalan asas matematik termasuklah soalan yang berkaitan dengan
pecahan, perpuluhan dan peratus. Pelajar yang tahap penguasaan pecahan mereka agak
rendah akan diasingkan dan dijadikan sampel pengkaji. Kumpulan sampel ini
kemudiannya akan menjalani ujian-ujian tertentu dalam pelbagai bentuk iaitu temuduga,
menjawab soalan-soalan ringkas dan ujian bertulis. Mereka akan ditanya secara ringkas
pemahaman mereka tentang pecahan. Adakah mereka gunakan pecahan di dalam
kehidupan seharian mereka. Pelajar juga akan ditanya tahap penghafalan sifir. Ini perlu
bagai memastikan adakah ianya berkaitan. Kumpulan pelajar ini kemudiannya akan
dibahagikan kepada kepada tiga kumpulan kecil mengikut kemampuan mereka
menghafal sifir iaitu kumpulan lemah (hafal sifir 2,3 dan 4 sahaja), kumpulan sederhana
(hafal sifir 2 hingga 9 tetapi tidak lancar) dan kumpulan mahir (boleh membaca sifir 2
hinga 12 dengan lancar).
Kumpulan-kumpulan ini akan diberikan kerja dalam bentuk lembaran kerja yang
berlainan yang mengandungi pelbagai bentuk soalan. Lembaran-lembaran kerja yang
diberikan diharap dapat membantu pengkaji membuat penyelidikannya seterusnya
membantu pengkaji membuat rumusan berkenaan punca pelajar tidak atau kurang
menguasai topik pecahan.
2
ANIDAH BINTI ABD RAHMAN670712015298001
1.3 Pernyataan Masalah.
Pelajar tidak menguasai topik pecahan? Betul ke? Atau andaian pengkaji
semata-mata ? Buktinya?
Pengalaman pengkaji yang pernah mengajar di sekolah menengah dan
juga sekolah rendah menguatkan lagi kenyataan di atas. Semasa mengajar di
sekolah menengah pengkaji perlu mengajar pecahan dari asas bagi memastikan
mereka memahami topik pecahan. Namun masih terdapat sekumpulan pelajar
yang masih tidak dapat memahami topik ini dan konsepnya.
Ketika mengajar di sekolah rendah pula, pengkaji perlu masa yang
panjang bagi menerangkan konsep pecahan. Apabila bertukar topik dan pelajar di
minta menyelesaikan masalah melibatkan pecahan, tukar peratus kepada
pecahan terendah misalnya, masih terdapat ada pelajar yang tidak dapat
menyelesaikan soalan tersebut mereka lupa apa itu pecahan terendah. Pengkaji
terpaksa menerangkan semula konsep pecahan dan cara menyelesaikannya
walaupun ketika mengajar topik peratus atau perpuluhan!. Mereka gagal
menyelesaikan masalah peratus hanya kerana mereka lupa konsep pecahan.
Mungkin ini diantara salah satu sebab guru tidak dapat menghabiskan sukatan
mengikut masa yang sepatutnya.
Apa yang menyebabkan pelajar ini lupa? Pengkaji mendapati istilah-istilah
penting dalam pecahan misalnya Pecahan Wajar, Pecahan Tak Wajar, Nombor
Bercampur dan Pecahan Terendah, akan menjadi sesuatu yang asing setelah
mereka bertukar ke topik yang seterusnya. Walaupun bukan semuanya tetapi jika
ditugaskan mengajar di kelas hujung (istilah guru untuk kelas terakhir untuk kelas
yang di “streaming”) boleh dikatakan 80% di antara mereka lupa. Apa yang
menyebabkan mereka lupa? . Kurang berminatkah mereka? Guru menggunakan
pendekatan yang salah ke? Kalau begitu pendekatan apa yang sesuai? Pekara
inilah yang menarik minat pengkaji sekali gus mendorong pengkaji untuk
mengkaji masalah ini.
3
ANIDAH BINTI ABD RAHMAN670712015298001
1.4 Objektif Kajian
Sebagaimana yang telah diterangkan serba sedikit di dalam pengenalan
dan latar belakang kajian, tujuan utama pengkaji membuat kajian ini adalah ingin
mengetahui punca sebenar ramai pelajar yang tidak dapat menguasai topik
pecahan. Ramai di antara mereka yang boleh memahami tetapi tidak menguasai
sepenuhnya. Jika ada yang menguasai sepenuhnya pun bilangannya tidak ramai
jika dibandingkan yang masih samar-samar dengan konsep pecahan.
Secara umumnya kajian ini dijalankan bagi mengetahui punca pelajar
tidak dapat menguasai topik pecahan, namun objektif khusus bagi kajian ini
boleh di rumuskan sebagai :
Tahap penguasaan pelajar terhadap topik pecahan mengikut pecahan-
pecahan topik iaitu :
Pengenalan kepada asas pecahan
Penambahan dan penolakan dengan penyebut sama
Penolakan dan penambahan dengan penyebut berlainan
Pendaraban pecahan
Pembahagian pecahan
Penyelesaian masalah melibatkan pecahan
Pada tahap manakah pelajar mula tidak dapat menyelesaikan operasi
pecahan.
Punca mengapa pelajar gagal menguasai topik pecahan.
4
ANIDAH BINTI ABD RAHMAN670712015298001
1.5 Persoalan Kajian
Kajian yang akan dijalankan adalah berkisar tentang beberapa persoalan.
Persoalan-persoalan tersebut adalah :
Setakah manakah tahap penguasaan pelajar terhadap topik pecahan?
Adakah setakat
Pada tahap manakah pelajar mula tidak dapat menyelesaikan operasi
pecahan?
Pelajar tidak menguasai pecahan ? Mengapa ?
1.6 Kepentingan Kajian
Untuk mendapat keputusan yang baik dalam matapelajaran matematik,
seseorang pelajar bukan sahaja harus mahir dalam semua operasi asas seperti
penambahan, penolakan, pendaraban serta pembahagian tetapi mereka mesti
menguasai kesemua topik yang terdapat dalam sukatan matapelajaran matematik.
Dengan erti kata lain mereka boleh menyelesaikan operasi-operasi yang terlibat di
dalam semua topik.
Selain dari operasi asas, pecahan merupakan antara topik yang agak
penting di kuasai. Ini adalah kerana banyak topik-topik lain seperti peratus dan
nombor perpuluhan berkaitan dengan pecahan. Bedasarkan pengalaman pengkaji
sebagai guru yang pernah bertugas di sekolah menengah dan juga sekolah rendah,
pengkaji mendapati ramai pelajar kurang menguasai topik-topik ini kerana tidak
menguasai konsep pecahan.
Maka suatu kajian dijalankan bagi mengetahui puncanya agar
permasalahan ini dapat diatasi. Kajian ini diharap dapat membantu guru-guru lain
membantu pelajar mereka menguasai topik ini. Dengan ini di harap agar tahap
penguasaan pelajar terhadap matapelajaran matematik adalah tinggi dan kadar
tidak lulus matematik akan menurun. Kajian ini juga diharap dapat menimbulkan
5
ANIDAH BINTI ABD RAHMAN670712015298001
minat pelajar terhadap topik pecahan khusus dan matematik amnya dan guru
dapat mewujudkan suatu situasi pembelajaran yang kondusif dan menyeronokan.
1.6 Batasan Kajian
Kajian ini akan dijalankan ke atas pelajar tingkatan satu. Tahap
penguasaan mereka terhadap topik akan diuji. Memandangkan pelajar tingkatan
satu sudah mula di dedahkan dengan penggunaan Bahasa Inggeris di dalam
pembelajaran mereka maka penguasaan terhadap Bahasa Inggeris juga perlu di
ambil kira. Ini penting memandangkan penguasaan Bahasa inggeris akan
membantu mereka memahami konsep yang sedang dipelajari. Namun begitu
batasan kajian terhad kepada penguasaan konsep pecahan tanpa mengambilkira
penguasaan terhadap Bahasa Inggeris.
Istilah-istilah penting dalam bahasa Inggeris tetap akan digunakan tetapi
penerangan konsep akan digunakan secara dwi bahasa. Ini bagi memastikan
pelajar lemah Bahasa Inggeris tetap akan memahami konsep yang di ajar kerana
objektif utama kajian adalah mengkaji kelemahan pelajar menguasai topik
pecahan.
Atas kekangan inilah maka kebanyakan soal-selidik akan dibuat dalam
Bahasa Melayu namun istilailah-istilah penting dalam bahasa inggeris tetap akan
digunakan sepanjang masa kajian. Contohnya istilah “ denominator” iaitu
penyebut. Pada mulanya murid di perkenakan dengan denominator dalam bahasa
Melayunya ialah penyebut. Sepanjang kajian dijalankan denominator akan
digunakan tetapi dari masa ke semasa pelajar akan ditanya tentang apa itu
denominator bagi memastikan pelajar tahu apa sebenarnya istilah yang sedang
mereka pelajari.
6
ANIDAH BINTI ABD RAHMAN670712015298001
1.7 Definisi Istilah
Istilah-istilah ( tulisan condong) yang digunakan di dalam kajian ini lebih
kepada istilah yang berkaitan dengan pendidikan dan topik dalam matematik.
Namun untuk memudahkan pemahaman berikut diberi definisi bagi istilah-istilah
yang digunakan
Istilah Makna
i Ukuran PanjangSalah satu topik matematik KBSR yang melibatkan penggunaan unit
milimeter (mm), centimeter (cm) dan sebagainya.
ii Timbangan BeratSalah satu topik matematik KBSR yang melibatkan penggunaan unit
kilogram (kg) dan gram (g) .
iii Isipadu CecairSalah satu topik matematik KBSR yang melibatkan penggunaan unit
mililiter (ml) dan liter (l) .
iv Masa dan WaktuSalah satu topik matematik KBSR yang melibatkan penggunaan unit
jam, minit, hari, minggu dan sebagainya.
v Pecahan Wajar
Satu istilah yang terdapat dalan m atematik KBSM dalam topik
pecahan iaitu pecahan yang mempunyai nilai penyebut lebih besar
berbanding nilai pengangka.
vi Pecahan Tak Wajar
Satu istilah yang terdapat dalan m atematik KBSM dalam topik
pecahan iaitu pecahan yang mempunyai nilai penyebut lebih kecil
berbanding nilai pengangka.
vii Nombor Bercampur
Satu istilah yang terdapat dalan m atematik KBSM dalam topik
pecahan iaitu suatu nombor yang mempunyai nombor bulad dan juga
pecahan.
vii Streaming
Satu istilah yang terdapat di gunakan di sekolah yang menunjukkan
kelas dipecah-pecahkan kepada pelajar yang telah diasing mengikut
tahap penguasaan mereka dalam pelajaran. Pelajar pandai dalam kelas
yang pertama, kedua dan seterusnya pelajar yang lemah dalam kelas
yang terakhir.
7
ANIDAH BINTI ABD RAHMAN670712015298001
Istilah Makna
ix Kelas Hujung
Satu istilah yang digunakan di kebanyakan sekolah bagi
menggambarkan kelas yang kebanyakannya pelajarnya merupakan
pelajar yang lemah atau rendah tahap penguasaan dalam
pembelajarannya.
xi Pecahan TermudahSalah satu istilah yang digunakan dalam topik pecahan yang pecahan
yang tidak boleh dikecilkan lagi nilainya.
ii PeratusSalah satu topik matematik KBSR yang melibatkan penggunaan
diskaun, komisen .
1.8 Rumusan
Bab ini membincangkan serba sedikit tentang kajian yang akan
dijalankan. Ianya dapat memberi gambaran berkenaan kajian yang akan
dijalankan. Latar belakang kajian, apa yang dikaji serta serba sedikit mengapa
kajian ini dijalankan dan juga kepentingannya dalam dunia pendidikan juga
dinyatakan.
Bab seterusnya akan membincangkan serba sedikit tentang kajian –kajian
lalu yang telah dijalankan yang berkaitan dengan topik pecahan. Ianya memberi
gambaran secara ringkas berkenaan kajian yang akan dijalankan. Penerangan
tentang kajian-kajian lalu yang pernah dijalankan akan dijadikan sebagai
sokongan kepada kajian yang bakal dijalankan. . Kajian-kajian lalu ini juga
dapat dijadikan asas kepada kajian yang akan dijalankan.
8
ANIDAH BINTI ABD RAHMAN670712015298001
BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Banyak kajian telah dijalan kan berkenaan topik pecahan. Kajian-kajian
yang telah dijalankan ada yang tidak terus kepada pecahan namun topik yang
dikaji masih menjurus kepada tahap penguasaan topik pecahan dan ad ajug yang
terus membincangkan kepada topik pecahan.
2.2 Konsep Pecahan
Menuru Tan Sing Meng dari Pusat Perkembangan Kurikulum dalam
tulisan nya bertajuk Nota Sejarah Matematik (Berita Matematik, JUN 1993)
menyatakan pecahan dipercayai mula dikenali oleh orang Babylon pada zaman
kuno. Huraian berkenaan pecahan hanya didapati dalam Naskah Lontar Ahmes
(Ahmes papyrus) (c. 1550 S.M.). Di dalam buku Ahmes tersebut sudah terdapat
satu contoh penyelesaian masalah melibatkan pecahan .
Orang Cina juga pernah menjalankan kajian tentang pecahan. Di Negeri
Cina pada masa itu menggunakan pecahan kebanyakannya dalam masalah
melibatkan pembahagian tanah.
2.3 Kajian-kajian Lepas
Satu kajian telah dijalankan keatas topik peratus oleh Nik Suryani bte Nik Abd
Rahman di dalam kajian nya yang bertajuk “Skim Peratus bagi Pelajar tingkatan Satu”.
Di dalam kajian ini beliau membuat kajian berkenaan tahap penguasan pelajar terhadap
tajuk peratus yang merupakan sub topik kepada Pecahan (KPM 1981) dan beliau ada
mengaitkan sekali dengan penguasaan pecahan dan ianya memainkan peranan yang agak
penting di dalam penguasaan pelajar terhadap topik peratus.
9
ANIDAH BINTI ABD RAHMAN670712015298001
Tahap penguasaan pelajar dalam topik peratus dan pecahan agak
membimbangkan . Ini ditegaskan oleh Allinger dan Payne dalam bukunya Estimation and
Mental Arithmetic With Present. Beliau mengatakan bukan sahaja kanak-kanak atau
pelajar menghadapi masalah memahami konsep pecahan malah orang dewasa juga.
(Allinger & Payne, 1986)
Nik Aziz Nik Pa(1987) juga ada membuat kajian tentang pecahan di dalam
kajiannya yang bertajuk Children Fractional Schemes. Dalam kajiannya ini beliau ada
menerangkan secara terperinci tentang konsep pecahan, fahaman kanak-kanak tentang
konsep pecahan, kesilapan yang sering pelajar lakukan ketika menyelesaikan operasi
pecahan dan sebagainya.
Beberapa kajian tentang peratus dan pecahan juga pernah dijalankan oleh Parker
dan Leinhardt. Di dalam kajian ini mereka mennganalisis dan mengenal pasti corak
kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar. (Parker & Leinhardt, 1995)
2.5 Rumusan
Bab ini menerangkan serba sedikit tentang sejarah pecahan serta tentang
kajian-kajian lepas yang telah dijalankan penyelidik-penyelidik sebelum ini. Dari kajian
yang telah dijalankan menunjukkan kepentingan masalah atau punca pelajar tidak
menguasai topik pecahan perlu di cari segera supaya ianya dapat diatasi.
Bab seterusnya akan menerangkan secara terperinci tentang kajian yang
akan dijalankan . Kerangka kajian, Metodologi kajian, sampel kajian dan sebagai akan
kan dinyatakan di dalam bab ini.
10
ANIDAH BINTI ABD RAHMAN670712015298001
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Bab ini akan menerangkan tentang rekabentuk, kajian. Populasi sampel.
Instrumen yang digunakan sepanjang kajian, Analisis kajian dan sebagainya. Bab
inilah yang menerangkan secara terperinci bagai mana kajian ini akan dijalankan
dan keatas siapa.
3.2 Populasi / Sampel
Kajian akan dijalankan keatas pelajar Tingkatan 1. Pelajar seramai 30
hingga 35 orang akan diambil sebagai sampel kepada kajian ini. Satu Ujian
diagnostik akan dijalankan dan pelajar tidak menguasai topik pecahan dan yang
berkaitan dengan nya akan diasingkan dan kumpulan ini lah yang akan menjadi
kumpulan sasaran.
3.3 Instrumen Kajian
Kajian ini akan menggunakan Ujian Diagnostik dalam bentuk ujian
bertulis sebagai salah satu instrumen untuk kajian ini. Soalan ujian diagnostik ini
secara keseluruhan diambil dari soalan-soalan Tahun 6 – KBSR. Tujuan soalan
jenis ini diambil bagi menguji tahap penguasaan mereka dalam matematik sekolah
rendah ( Lampiran A).
Selepas itu kaedah temu bual pula akan digunakan bagi mengenali diri
pelajar dengan lebih rapat lagi dan masalah mereka dalam bidang pelajaran akan
dikaji serta idea mereka tentang pecahan juga diambilkira. (Lampiran B) Kaedah
ini juga digunakan semasa menguji tahap penguasaan sifir pelajar-pelajar tersebut.
Pelajar akan dibekalkan dengan soalan-soalan yang perlu di siapkan dalam masa
yang singkat. ( Lampiran C)
11
ANIDAH BINTI ABD RAHMAN670712015298001
Setelah di temu bual mereka akan didedahkan dengan konsep pecahan
secara berperingkat. Ujian-ujian bertulis akan dijalankan secara berperingkat bagi
mengetahui tahap pemahaman mereka dan setakat mana mereka mula lupa konsep
pecahan. Ujian-ujian ini penting kerana ianya menentukan setakat mana pelajar
mula gagal menguasai pecahan. Pada masa inilah mereka di dedahkan tentang
pecahan menggunakan istilah Bahasa Inggeris bagi memembantu pembelajaran
formal mereka kelak. ( Lampiran )
3.4 Analisis kajian
Analisis berkenaan hasil kajian akan dinyatakan dan diterangkan secara
terperinci setelah kajian dijalankan kelak.
3.5 Prosidur Kajian
Kajian yang akan dijalankan perlu dilakukan secara berperingkat mengikut
tahap. Langkah demi langkah perlu dlakukan secara teratur bagi memastikan
pelajar tidak semakin keliru. Ini boleh merumitkan lagi keadaan. Prosidur kajian
yang akan dijalankan dapat di ringkaskan seperit berikut:
Langkah pertama : Jalankan Ujian Diagnostik.
- untuk mengenal pasti tahap penguasaan pelajar
Langkah Kedua : Menebual pelajar
- untuk mengetahui latar belakang dan minat pelajar terhadap
matematik dan fahaman mereka tentang pecahan
Langkah ketiga : Menebual pelajar
- untuk mengetahui tahap penguasaan sifir
Langkah keempat : pendedahan dan penerangan konsep pecahan
- mengembalikan ingatan pelajar tentang konsep pecahan
Langkah kelima dan seterusnya : Ujian bertulis secara berperingkat
- untuk mengetahui takat penguasaan pelajar dan setakat mana mereka
mula gagal menguasai topik pecahan
12
ANIDAH BINTI ABD RAHMAN670712015298001
3.6 Reka Bentuk Kajian
Secara ringkasnya reka bentuk kajian dapat dilihat melalui carta aliran
seperti yang ditunjukkan di bawah :
3.7 Rumusan
13
Ujian Diagnostik
Temubual tentang konsep pecahan
Ujian tahap hafalan sifir
Ujian Bertulis secara berperingkat bagi mengetahui tahap penguasan
Pelajar terhadap topik pecahan
Menguasai Tidak menguasai
Ada idea tentang pecahan
Langsug tiada idea tentang pecahan
Boleh membaca sifir 2 hingga 12
dengan lancar
Tidak boleh membaca sifir dengan lancar
ANIDAH BINTI ABD RAHMAN670712015298001
Apa yang sangat diharap adalah kajian ini dapat dijalankan dengan
sempurna dan hasil-hasil daripada kajian dapat membantu pengkaji membuat
rumusan dan dapat membantu pelajar dalam menguasai topik pecahan seterusnya
menguasai topik matematik. Kajian ini juga diharap dapat membantu para guru
yang menghadapi masalah yang sama menyelesaikan masalah yang mereka
hadapi. Semoga ianya dapat menarik lagi minat anak-anak bangsa terhadap
matapelajaran matematik dan tidak lagi menganggap matematik sesuatu yang
sukar untuk di fahami dan kuasai. InsyAllah.
14
top related