jenayah dan perbandaran: satu kajian di daerah timur laut pulau pinang
Post on 06-Apr-2018
233 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
8/3/2019 JENAYAH DAN PERBANDARAN: SATU KAJIAN DI DAERAH TIMUR LAUT PULAU PINANG
1/6
LGP 3023
METODOLOGI PENYELIDIKAN DALAM
GEOGRAFI
Tajuk Jurnal Individu :
JENAYAH DAN PERBANDARAN: SATU KAJIAN DI
DAERAH TIMUR LAUT PULAU PINANG
Disediakan oleh :
No Matrik : D20091035632
-
8/3/2019 JENAYAH DAN PERBANDARAN: SATU KAJIAN DI DAERAH TIMUR LAUT PULAU PINANG
2/6
-
8/3/2019 JENAYAH DAN PERBANDARAN: SATU KAJIAN DI DAERAH TIMUR LAUT PULAU PINANG
3/6
Kajian mengenai perlakuan jenayah ini telah dilakukan di Daerah Timur Laut Pulau
Pinang dan telah mengambil 236 orang sebagai responden dalam kajian kes ini. Selain daripada
itu, jurnal ini turut menyentuh mengenai senario jenayah dan perbandaran di seluruh Malaysia.
Menurut laporan jurnal menyatakan bahawa negara kita mempunyai kes jenayah sebanyak 85632
kes sepanjang tempoh 24 tahun iaitu bermula daripada tahun 1980 (70823 kes) sehingga tahun
2004 (156455 kes). Di samping itu juga, artikel ini turut mengaitkan mengenai peningkatan
dalam indeks kadar jenayah negara terhadap peningkatan kadar kejadian jenayah di pulau
pinang. Hal ini adalah kerana Pulau Pinang merupakan negeri ketiga yang mengalami kepesatan
perbandaran di Malaysia. Maka tidak hairanlah jika Pulau Pinang menduduki tangga keempat
dalam indeks kadar kejadian jenayah negara. Kaedah dan metodologi kajian jurnal ini adalah
menggunakan carian data, tinjauan dan kajian soal selidik penduduk setempat.
3.0 Keburukan Jurnal.Di antara keburukan atau permasalah jurnal yang telah saya kenal pasti ialah isi jurnal
yang berulang-ulang dan tidak mempunyai makna yang jelas. Contohnya dalam penerangan
mengenai perlakuan jenayah dan perbandaran, Nor Ina Kanyo dan Norizan Md Nor telah
menyatakan isi yang berulang-ulang dalam mengaitkan masalah jenayah dengan proses
perbandaran yang telah berlaku. Selain daripada itu, mereka juga telah menyatakan tokoh yang
terlalu ramai bagi mengaitkan permasalahan ini tanpa terdapatnya variasi dalam setiap pendapat
tokoh berkenaan dan hanya menyuarakan pendapat yang sama. Ekoran daripda itu, maka
wujudnya masalah isi yang berulang-ulang. Masalah penjelasan isi yang kurang jelas pula
timbul apabila mereka hanya menyatakan bahawa kajian hanya memberi penumpuan kepada
perubahan sosial dan ekonomi semata-mata tanpa memberi bukti dan contoh yang sesuai bagi
mengaitkan perubahan sosial dan ekonomi terhadap peningkatan kadar jenayah yang berlaku.
Disamping itu juga, jurnal ini dikatakan tidak dapat menarik perhatian pembaca kerana
pemaparan maklumat yang tidak menarik dan tidak sistematik. Jurnal ini juga tidak memaparkan
peta bagi menyatakan dengan terperinci mengenai lokasi kajian kes yang telah dilakukan. Hal
ini akan menyebabkan pembaca tertanya-tanya dimanakah lokasi sebenar kajian kes ini
dijalankan. Isi jurnal ini menjadi kurang menarik juga kerana data yang dinyatakan itu ditulis
dalam bentuk karangan. Contohnya ialah data trend jenayah Daerah Timur Laut Pulau Pinang
-
8/3/2019 JENAYAH DAN PERBANDARAN: SATU KAJIAN DI DAERAH TIMUR LAUT PULAU PINANG
4/6
hanya ditulis dalam bentuk karangan tanpa sebarang jadual atau gambarajah. Hal ini telah
menyebabkan sebarang perbandingan dan peningkatan dalam kejadian jenayah setiap tahun tidak
dapat disampaikan dengan jelas dan pembaca akan cepat bosan untuk membaca setiap data
tersebut dalam bentuk karangan.
Jurnal ini juga mempunyai kesalahan penggunaan bahasa yang berulang-ulang.
Contonya dalam ayat berikut. Situasi ini akan meningkatkan pelakuan jenayah di kalangan
generasi muda dan hubungan keluarga dan kejiranan yang renggang di kalangan penduduk
bandar, status pendidikan yang rendah, kemiskinan dan pendapatan yang rendah, penghijrahan
penduduk ke bandar dan jurang perbezaan kekayaan (m/s 11,12). Kesalahan penggunaan
bahasa kedua-dua ayat tersebut disebabkan oleh kesalahan penggunaan kata sendi nama di.
Perkataan kata sendi nama di hanya boleh digunakan untuk merujuk tempat. Oleh sebab itu,
penggunaan kata sendi nama di sepatutnya ditukarkan kepada kata sendi nama dalam.
Selain daripada itu juga, fakta, data dan huraian dalam jurnal ini hanya berfokuskan
kepada jenayah harta benda sahaja sedangkan tajuk utama kajian adalah mengenai masalah
jenayah yang merangkumi masalah jenayah kekerasan dan jenayah harta benda. Hal ini telah
menampakkan kecacatan ulasan jurnal kerana isi dan tajuk tidak menampakkan keselarian fakta,
data dan huraian dan hanya berfokus kepada satu permasalahan jenayah saja iaitu jenayah harta
benda.
4.0 Kebaikan JurnalDi antara kebaikan dan manfaat yang diperolehi daripada jurnal ini ialah Nor Ina Kanyo
dan Norizan Md Nor banyak mengambil pandangan dari pelbagai tokoh yang berlainan dengan
fakta yang dikemukakan juga berlainan bagi menyokong lagi hujah-hujah mereka. Antara
pandangan tokoh yang mereka membuat perbandingan dan persamaan ialah Ambe (2003), Alain
(1999), Davis (1969), Pacione (2001), Clark (1982), Knox (1994), Maimunah (1992), Azmi
(1998), Mohd Reduan (1990), Mays (1968) dan banyak lagi. Semakin banyak huraian hujah
disokong oleh setiap pandangan tokoh maka semakin tinggi tahap kebolehpercayaan pembaca
terhadap artikel berkenaan.
Di samping itu juga, jurnal ini turut menyatakan mengenai faktor-faktor jenayah yang
kurang dominan seperti peningkatan golongan penagih dadah, penghayatan terhadap ajaran
-
8/3/2019 JENAYAH DAN PERBANDARAN: SATU KAJIAN DI DAERAH TIMUR LAUT PULAU PINANG
5/6
agama yang kurang dalam diri seseorang individu, ketidakberkesanan penguatkuasaan hukuman,
pengaruh media massa, inginkan kesenangan hidup dengan mudah, kurang kesedaran dalam
kalangan penduduk (tidak memasang alat pencegahan keselamatan jenayah di kediaman (pintu
jeriji besi), sikap cuai, lalai, tidak berhati-hati, tidak waspada, mempercayai orang yang baru
dikenali, kurang kesedaran terhadap aspek pengaduan kejadian jenayah yang berlaku, sikap
penduduk perumahan yang terlalu individualistik, tidak mementingkan hidup bermasyarakat atau
kurangnya hubungan kejiranan di kalangan penduduk kawasan perumahan, faktor persekitaran
seperti pencahayaan yang kurang, lorong yang sempit dan sesak di kediaman serta pertumbuhan
pembangunan yang terlalu pesat berbanding pertambahan anggota polis menyebabkan kurangnya
pengawasan, kawalan keselamatan dan rondaan dilakukan pada waktu malam hari di kawasan
perumahan flat oleh pihak polis (m/s 12,13). Hal ini dapat menambahkan pengetahuan mengenai
faktor berlakunya kejadian janayah.
Kesalahan ejaan dan penggunaan ayat dalam jurnal ini sangat minima. Tambahan pula
jurnal ini tidak terlalu pendek dan tidak terlalu panjang untuk dibaca. Hal ini akan menjadi
tarikan kepada pembaca untuk membaca jurnal ini. Jurnal ini juga memaparkan mengenai fakta,
data dan huraian mengenai berlakunya kejadian jenayah dalam negara. Oleh sebab itu, ulasan
jurnal tidak hanya berfokus kepada kawasan kajian sahaja tetapi turut diberi pendedahan
mengenai kejadian jenayah yang berlaku dalam negara.
5.0 KesimpulanSebagai kesimpulannya, penulisan jurnal ini banyak memberikan manfaat kepada semua
pembaca dalam menambahkan ilmu pengetahuan mengenai jenayah dalam negara dan juga di
kawasan kajian kes. Melalui penulisan jurnal ini juga saya telah memperolehi idea bagi
menyiapkan kajian kes saya. Setelah membaca jurnal ini saya akan memfokuskan kepada hanya
satu skop jenayah saja bagi memudahkan saya dalam menyiapkan tugasan kajian saya nati.
Selain daripada itu juga, jurnal ini selari dengan tajuk tugasan yang akan saya buat kajian iaitu
berkaitan dengan perbandaran dan peningkatan kadar jenayah yang berlaku. Oleh sebab itu,
penulisan jurnal sebegini amat dialukan bagi berkongsi setiap ilmu dan penemuan yang baru
bersama dengan semua masyarakat dalam dan luar negara.
-
8/3/2019 JENAYAH DAN PERBANDARAN: SATU KAJIAN DI DAERAH TIMUR LAUT PULAU PINANG
6/6
Lampiran
top related