jabata mejimat kos utiliti (jimat)s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/137-jimat.pdf · •melakukan...

Post on 20-Oct-2020

12 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

  • JABATA� ME�JIMAT KOS UTILITI (JIMAT)JABATA� KETUA ME�TERI MELAKA

    LATAR BELAKANG JABATAN

    Jabatan Menjimat Kos Utiliti (JIMAT), Jabatan Ketua Menteri Melaka telah

    ditubuhkan pada 16 November 2009 di bawah Jabatan Ketua Menteri Melaka

    hasil daripada idea YAB Datuk Seri Hj. Mohd Ali Bin Rustam, Ketua Menteri

    Negeri Melaka. Pejabat JIMAT telah bertempat di Aras 3, Blok Laksamana,

    Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka dan telah diketuai oleh

    En. Mohd Farouk Bin Mohd Sultan selaku Pengarah dalam carta struktur

    organisasi JIMAT.

  • MISI : Mewujudkan satu sistem kerja yang efisien dan perbelanjaan

    berhemah.

    VISI : Menjadi organisasi yang unggul bagi mencapai matlamat

    kerajaan negeri untuk mengurangkan kos utiliti di setiap jabatan/

    agensi kerajaan negeri Melaka.

    FUNGSI :-Mengurangkan kos utiliti setiap Jabatan/ Agensi Kerajaan negeri.

    -Memantau aktiviti pengurangan kos.

    -Melaporkan pencapaian melalui mesyuarat bulanan

    Jawatankuasa JIMAT.

    OBJEKTIF :-Memantau aktiviti pengurangan kos agar mengikut jadual yang

    ditetapkan.

    -Memberikan idea dan cadangan untuk aktiviti pengurangan kos.

    -Menganjurkan latihan dalaman untuk meningkatkan kesedaran

    kakitangan terhadap aktiviti penjimatan.

    -Bekerjasama dengan Jabatan dan semua Agensi Kerajaan

    negeri dalam proses penjimatan.

  • TEMA

    "Ke Arah Penjimatan Melalui Pengguna Berhemah"

    LATAR BELAKANG PROJEK INOVASI

    Penjimatan merupakan salah satu kaedah atau kelakuan di mana ia

    mendorong kepada penggunaan sesuatu benda secara efisyen dan

    berhemah tanpa menyebabkan berlakunya pembaziran semasa penggunaan

    sesuatu benda (utiliti, wang, dll.).

    Utiliti merupakan salah satu unsur yang sangat penting dalam

    kehidupan seharian manusia tidak kira di mana kita berada. Tiga elemen

    penting dalam penggunaan utiliti harian kita adalah seperti elektrik, air dan

    telefon.

    Jabatan Ketua Menteri Melaka bertempat di Kompleks Seri Negeri

    Melaka adalah merupakan tunjang utama kepada tompok pemerintahan

    kerajaan negeri Melaka yang mempunyai hampir 30 Unit/ Bahagian di

    bawahnya.

    TUJUAN PROJEK INOVASI

    Projek inovasi ini keseluruhanya adalah bertujuan untuk mengurangkan

    kos perbelanjaan utiliti kerajaan negeri Melaka dalam aspek penjimatan

    berteraskan penggunaan utiliti secara efisyen dan berhemah di kalangan

    penjawat awam negeri Melaka.

    Projek ini juga bertujuan untuk menjayakan hasrat kerajaan negeri

    Melaka bagi menjadikan negeri Melaka sebagai negeri bandar teknologi hijau

    dan secara tidak lansung menjaga kesinambungan alam sekitar supaya

    sentiasa terpelihara dengan baik.

  • PROSES PERLAKSANAAN INOVASI

  • Antara inisiatif inovasi yang telah dilaksanakan di Jabatan Menjimat Kos Utiliti

    (JIMAT) adalah seperti berikut :

    Penjimatan penggunaan air di kompleks seri negeri menerusi projek

    kumpulan inovatif dan kreatif (KIK).

    Projek inovasi ini bertujuan untuk menjimat kos perbelanjaan utiltii air di

    Kompleks Seri Negeri dan bagi mewujudkan budaya penggunaan air secara

    berhemah serta menigkatkan kesedaran di kalangan warga kerja Kompleks

    Seri Negeri. Selain itu ia juga untuk memastikan sumber air bersih digunakan

    secara efisyen dan tiada berlaku pembaziran.

    Beberapa langkah telah dirancang dan telah dilaksanakan iaitu :

    •Melakukan pemeriksaan secara berkala di seluruh tandas Kompleks Seri

    Negeri

    •Menampal notis pemberitahuan kerosakkan di setiap tandas di Kompleks

    Seri Negeri.

    •Menyediakan jadual pemantauan, senarai semak.

    •Membuat penyelarasan terhadap sistem perpaipan.

    Selepas semua langkah dilaksanakan, JIMAT mendapati bahawa

    pengurangan kuantiti air di Kompleks Seri Negeri adalah 2,984.80 liter sehari

    iaitu 35 peratus penjimatan diperolehi.

  • Permohonan tarif industri khas daripada E2 ke E2S bagi loji/ rumah pam

    Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB).

    Projek inovasi ini bertujuan untuk membantu pihak Syarikat Air Melaka

    Berhad (SAMB) untuk mendapatkan "special tariff" iaitu tarif industri khas

    bagi tujuh loji/ rumah pam SAMB.

    Hasil daripada perbincangan pihak JIMAT dan TNB, pihak TNB Ibu

    Pejabat telah meluluskan permohonan SAMB bagi mendapatkan tarif industri

    khas yang mana 11 peratus lebih rendah daripada tarif sebelumnya.

    Hasilnya, JIMAT telah menjimatkan kos elektrik bagi tujuh akaun bil elektrik

    SAMB sebanyak RM 963,750.00 bagi tempoh Ogos ke Disember.

  • Penyediaan buku panduan kaedah penjimatan penggunaan utiliti dan

    perbelanjaan lain.

    Projek inovasi ini bertujuan untuk menyampaikan segala input berkaitan

    aktiviti penjimatan kepada semua Jabatan/ Agensi kerajaan negeri Melaka

    dalam bersama-sama mewujudkan perbelanjaan dan penggunaan berhemah

    di kalangan pegawai dan kakitangan kerajaan.

    Hasilnya, JIMAT telah berjaya menyediakan buku panduan tersebut dan

    telah diedarkan kepada semua Ketua-ketua Jabatan semasa perhimpunan

    bulanan Bil 5/2011.

    YAB Ketua Menteri menyerahkan buku panduan kepada Ketua-ketua Jabatan.

  • Melakukan lawatan Audit Tenaga dan Audit Keselamatan

    Lawatan audit ini bertujuan untuk mengenalpasti sistem atau amalan

    sedia ada yang berpotensi untuk tujuan penambahbaikan ke arah penjimatan

    dan keselamatan di sesuatu premis kerajaan.

  • Mengadakan seminar/ taklimat kesedaran di kalangan warga kerja

    jabatan/ agensi kerajaan negeri Melaka.

    Bertujuan untuk memberi kesedaran dan idea kaedah aktiviti

    penjimatan yang boleh dijalankan/ digunapakai di peringkat Jabatan/ Agensi

    Kerajaan Negeri Melaka.

    Hasil daripada taklimat tersebut, JIMAT telah sedikit sebanyak dapat

    meningkatkan tahap kesedaran pegawai dan kakitangan kerajaan negeri

    dalam keperluan perbelanjaan yang berhemah.

  • Penyediaan Sistem E-JIMAT

    Bertujuan untuk keselamatan dalam aspek merekod data dan

    kemudahan pemantauan oleh Jabatan/ Agensi kerajaan negeri Melaka

    terhadap perbelanjaan kos utiliti.

    Sistem E-JIMAT telah berjaya dibangunkan dengan kerjasama

    Bahagian Perhidmatan Teknologi Maklumat (BPTM).

    Dengan wujudnya sistem ini, capaian maklumat lebih mudah dan

    secara langsung meningkatkan keberkesanan fungsi operasi jabatan.

  • IMPAK PERKHIDMATAN

    INOVATIF

    •Mewujudkan penjimatan kos perbelanjaan utiliti tanpa melibatkan kos yang

    tinggi.

    •Proses perlaksanaan tidak melibatkan kerja-kerja yang rumit.

    •Kesan faedah tidak melibatkan tempoh masa yang lama bagi sesuatu

    pelaksanaan idea penjimatan.

    •Penambahbaikan kepada sesuatu masalah dapat diaplikasikan secara terus.

    RELEVAN

    •Memenuhi visi, misi dan objektif Jabatan Menjimat Kos Utilti (JIMAT).

    •Bertanggungjawab menyampaikan amanat kerajaan kepada semua

    kakitangan kerajaaan negeri Melaka.

    SIGNIFIKAN

    •Mewujudkan budaya dan etika pengggunaan utiliti secara berhemah dan

    efisyen dikalangan warga kerja kerajaan negeri Melaka.

    •Penjimatan kos perbelanjaan utiliti jabatan/ agensi kerajaan negeri Melaka.

    •Kemudahan dalam menguruskan pentadbiran jabatan disamping

    meningkatkan pretasi operasi jabatan.

    •Menghasilkan kakitangan kerajaan yang berkebolehan dalam membantu

    melaksanakan idea penjimatan.

  • KEBERKESANAN

    Jumlah penjimatan adalah sebanyak RM 1,310,707 bagi separuh penggal

    (Jan~Jun) tahun 2011.

    Jumlah penjimatan adalah sebanyak RM 47,947 bagi separuh penggal

    (Jan~Jun) tahun 2011.

  • Jumlah penjimatan adalah sebanyak RM 29,462 bagi separuh penggal

    (Jan~Jun) tahun 2011.

  • PENGIKTIRAFAN DITERIMA

  • PENUTUP

    Kesimpulanya, Jabatan Menjimat Kos Utiliti (JIMAT) sedang dan akan

    mengenalpasti idea-idea baru dalam bidang penjimatan, melakukan

    penambahbaikan dalam urusan pentadbiran, meningkatkan mutu kerja dan

    terus membantu kerajaan negeri Melaka dalam mengurangkan kos

    perbelanjaan utiliti dan sebagainya.

    ...

top related