isu moral tempatan

Post on 04-Jul-2015

1.996 Views

Category:

Documents

6 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis

bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada

kesihatan seseorang dari segi jasmani (fizikal), rohani

(mental dan emosi) serta tingkah laku pengguna

apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini

seseorang yang menggunakan dadah akan terus

bergantung hidup kepada dadah tersebut dan

menyebabkan ketagihan.

Menurut buku-buku dan sumber yang diperolehi serta

pandangan para ilmiah, dadah boleh dijelaskan dalam

beberapa maksud. Antaranya adalah seperti yang

berikut:

Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk

kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan

kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan

emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan.

Selain itu, dadah juga bermaksud bahan yang digunakan

untuk merawat penyakit, mengurangkan simptom atau

mengubasuai proses kimia di dalam badan untuk tujuan-

tujuan tertentu.

Secara umumnya, dadah bermaksud sebarang bahan kimia

yang psikoaktif, samada berbentuk asli atau tiruan, apabila

dimasukkan kedalam tubuh badan secara

disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah

fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal

atau mental.

Narkotik / Opait (Heroin, Morfin, Candu, Kodien &

Metadon).

Perangsang / Stimulants

(Amfetamin, Methamfetamin, Ecstasy & Kokain).

Penekanan / Depressants

(Barbiturat, Trankuilizer, Alkohol).

Hallucinogen (LSD, PCP, Meskalin, Psilosibin).

Cannabis (Ganja, Hashish & Marijuana).

Morfin

Dikenali juga sebagai “M”, “White Stuff”, “White Powder”,

“Monkey”, “Dreamer”, “Morpho”, “Tab”, “Morb”, “Cubes”,

“Emsel” dan “Melter”. Morfin ialah sejenis alkaloid yang

diperolehi dari candu mentah. Dalam pasaran gelap, ia

selalunya diperolehi sebagai morfin mentah, bes morfin

(morphine base) atau morfin sulfat atau morfin

hidroklorid. Ia terdapat dalam bentuk blok, serbuk atau

pil. Cara menggunakan morfin adalah dengan menyuntik

larutan morfin atau menelan pil-pil morfin.

Ganja

Ianya dikenali sebagai “Kanabis

Herba”, “Marijuana/Grass”, “Pot/Weed”, “Bhang”, “Kif”, “Takrouri” dan

“Dagga”. Kanabis herba atau ganja merujuk kepada bahagian daun dan

pucuk berbunga pokok kanabis yang dikeringkan dan kadang-kadang

dijadikan dalam bentuk blok atau ‘sate’. Ia menyerupai tembakau

walaupun lebih kehijau-hijauan. Kandungan THC adalah antara 0.25%-

8%.

Kokain

Kokain berasal dari daun koka atau Erythroxylon coca dan lain-lain

jenis pokok Erythroxylon yang terdapat di Peru, Bolivia, dan Colombia

di pergunungan Andes, Amerika Selatan. Bahan ini kebanyakannya

disalah gunakan di Amerika Syarikat.

Penyalahgunaan dadah bukan perkara baru di dunia ini.

Masalah ini telah berlaku sejak ratusan tahun lalu.

Sebenarnya, dadah yang menjadi ubat penahan sakit

sebenarnya tidak berbahaya jika tidak disalahgunakan.

Masalah timbul apabila manusia menyalahgunakannya

untuk kepuasan dan keseronokan diri mereka. Antara

dadah yang sering disalahgunakan ialah

heroin,marijuana, morfin, ganja dan syabu.

Banyak negara menjadikan dadah sebagai musuh utama Negara.

Hal ini disebabkan penyalahgunaan dadah mengakibatkan

pelbagai masalah kepada masyarakat dan Negara. Seorang

penagih dadah yang hidup dalam ketagihan boleh

mengakibatkan masalah jenayah seperti mencuri atau

merompak semata-mata untuk mendapatkan wang untuk

membeli dadah. Mereka yang tidak dapat diselamatkan daripada

ketagihan juga akan menjadi sampah masyarakat. Malah, ada

penagih yang terus menjadi tidak siuman.

Terdapat banyak sebab atau faktor yang menyebabkan seseorang

itu terlibat dengan penagihan dadah. Antara sebabnya adalah

seperti yang berikut:

Tidak mempunyai agama atau kurang didikan agama.

Tidak mendengar atau mengikuti nasihat ibu bapa atau guru.

Mudah terpengaruh dengan desakan atau pujukan rakan

sebaya(pengaruh rakan sebaya).

Terperangkap dengan perasaan ingin tahu dan ingin mencuba.

Tidak tahu menggunakan masa lapang dengan cara

yang berfaedah.

Menghadapi tekanan dan tidak sanggup menghadapi

tekanan itu sehingga memilih jalan mudah dengan

mengambil dadah untuk melupakan segala masalah.

Dadah memang banyak mendatangkan kesan negatif

kepada penagih. Antaranya ialah :

Tubuh badan yang sihat menjadi lemah, kurus dan tidak

bermaya kerana kurang nafsu makan yang

menyebabkan kurang zat-zat makanan yang diperlukan.

Mudah tersinggung dan naik radang dengan perasaan

yang bukan-bukan kerana mensyaki dan khuatir

masyarakat sentiasa menghina mereka.

Mata selalu merah dan berair kerana fungsi mata

tidak dapat dikawal sehingga mereka terpaksa

memakai kaca mata gelap untuk melindunginya.

Terdapat parut dan kesan-kesan luka celar-

celar, terutama di bahagian lengan (bagi mereka

yang menggunakan jarum suntikan).

Dari masa ke semasa menggeletar seperti

kesejukkan amat sangat.

Suka menjauhkan diri dari khalayak ramai ke

tempat-tempat yang sunyi atau gelap.

Rumah tangga menjadi porak peranda dan berlaku

perpisahan dalam kalangan ahli keluarga.

Kehilangan harta benda(penagih biasanya menggadaikan

harta benda untuk mendapatkan wang)

Menjatuhkan maruah dan mencemarkan nama baik

keluarga.

Menghancurkan harapan ibu bapa.

Keluarga dipulaukan.

Keluarga menjadi bertambah miskin kerana wang terpaksa

dibelanjakan untuk pemulihan.

Menimbulkan perselisihan dan persengketaan antara satu

keluarga dengan keluarga yang lain.

Melemahkan perpaduan, pembangunan dan kemajuan

masyarakat.

Menimbulkan kecurigaan kepada para ibu bapa terhadap anak-

anak mereka yang sedang meningkat remaja atau dewasa.

Masyarakat terpaksa mengalami kerugian kerana penagihan

menyebabkan produktiviti yang rendah. Produktiviti yang

rendah menyebabkan pendapatan yang rendah .

Negara terpaksa membelanjakan wang beribu-ribu

ringgit untuk membina pusat-pusat pemulihan serta

menguruskannya. Tanpa masalah penyalahgunaan

dadah, wang ini boleh digunakan untuk membina lebih

banyak sekolah,jalan raya, empangan dan klinik.

Negara juga terpaksa menanggung kos bagi membiayai

program-program

penguatkuasaan, pencegahan, rawatan dan pemulihan.

Menyebabkan kedudukan kewangan musuh-musuh Negara

bertambah kukuh akibat penjualan dadah.

Melemahkan kekuatan pasukan keselamatan.

Menyebabkan rasuah yang seterusnya boleh menjejaskan

keselamatan.

Menyebabkan tenaga rakyat menjadi lemah dan oleh

itu, musuh Negara berpeluang berusaha untuk mencapai

tujuan-tujuan mereka.

Menyebabkan timbulnya perasaan bimbang dan cemas di

kalangan penduduk kita.

Mengadakan ceramah mengenai bahaya penyalahgunaan

dadah.

Melibatkan pelajar dalam hobi yang berfaedah seperti

mengumpul setem, lencana, poskad, pemegang

kunci, membaca dan sebagainya.

Menggalakkan pelajar mengambil bahagian dalam

permainan atau sukan.

Mengadakan pertandingan mengarang dan melukis poster

yang bertemakan antidadah.

Melatih pembimbing rakan sebaya di kalangan pelajar

kerana pelajar-pelajar berasa lebih mudah meluahkan

masalah kepada rakan sedarjah.

2. Langkah kedua untuk mengatasi masalah ini ialah

dengan mewujudkan pendidikan mengenai bahayanya

dadah di sekolah atau di setiap institusi pendidikan.

3. Mengadakan kempen kesedaran untuk golongan

remaja.

Akta Dadah Berbahaya 1952

Akta Racun 1952

Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan) 1983.

Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah

Pencegahan Khas) 1985.

Akta Dadah Berbahaya (Perlucut Hakkan Harta) 1988.

Bidang Tugas

Menggubal dan menentukan pelaksanaan dasardadah negara berhubung denganpencegahan, penguatkuasaan, pemulihan dankerjasama antarabangsa.

Memantau (monitoring) semua aktiviti danrancangan yang berkaitan dengan pengawalan danpencegahan dadah.

Objektif

Menghapuskan masalah dadah demi melahirkanmasyarakat yang bebas dari dadah.

Bidang Tugas Melaksanakan program pencegahan

Melaksanakan program rawatan dan pemulihan.

Meningkatkan system pengumpulan maklumatmengenai dadah serta membuat penilaian akankeberkesanan program anti dadah negara.

Meningkatkan kerjasama serantau dan antarabangsadengan lebih aktif lagi dalam usaha memerangimasalah dadah.

Memberi khidmat urusetia kepada Majlis DadahKebangsaan.

Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) telah ditubuhkan

pada 26hb Mac, 1976. Gagasan penubuhan PEMADAM kebangsaan

sebagai Badan Bukan Kerajaaan utama untuk memerangi ancaman

dadah dicetuskan oleh Perdana Menteri Malaysia yang kedua ketika

itu, Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Hussein. Perasmian

Pelancaran Penubuhan PEMADAM Kebangsaan telah dilancarkan oleh

Allahyarham Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia yang ketiga

di Dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan Ampang, Kuala Lumpur dan

pada tarikh dan masa yang sama mesyuarat Agung telah diadakan.

Penaung bagi persatuan kebangsaaan ialah Yang Amat Berhormat

Bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato Seri Dr Mahathir

Mohammad.

Ee Ah Meng, PENDIDIKAN MORAL(Elektif), PenerbitFajar Bakti Sdn. Bhd. 1994.

http://www.angelfire.com/on3/sladhl/jeniskesan.html

Seluruh warganegara diseru agar saling bekerjasama

dan sama-sama menitikberatkan masalah ini. Rakyat

harus bekerjasama dengan kerajaan.

Contohnya, rakyat boleh memberikan maklumat

kepada pihak berkuasa sekiranya ada berlaku jenayah

yang melibatkan dadah di sekeliling mereka. Setidak-

tidaknya dapat juga membantu mengurangkan sedikit

kes-kes penyalahgunaan dadah ini.

top related