isu integriti pdrm.docx
Post on 04-Jun-2018
253 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
8/14/2019 Isu integriti PDRM.docx
1/11
Isu integriti PDRM
Pada tahun 2011 ini, maka genaplah 204 tahun usia pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Sejak diwujudkan, PDRM mula memperlihatkan pelbagai perubahan serta pengalaman suka
dan duka yang sering mencabar integritinya. Dengan kepesatan perkembangan teknologi pada
alaf ke-21, kredibiliti dan integriti PDRM sering teruji. PDRM bukan sahaja berhadapan
dengan jenayah di dalam negara bahkan menerima ancaman hebat dari seluruh dunia. Seperti
agensi kerajaan lain, PDRM terpaksa berhadapan dengan masalah disiplin yang melibatkan
anggotanya seperti salah gunakuasa, rasuah dan jenayah. Kesan daripada masalah ini
keyakinan rakyat terhadap integriti polis pada tahap yang rendah.
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) kerap menerima aduan berhubung
dakwaan salah laku anggota PDRM. Antara aduan yang diterima termasuklah siasatan polis
yang lewat, salah guna kuasa, keganasan polis, penahanan tanpa penjelasan, kematian dalam
tahanan, dan tidak membenarkan perhimpunan awam.
Memang telah diakui, PDRM telah memberi sumbangan yang besar dalam menjaga
keselamatan, kestabilan dan keharmonian negara Malaysia kita ini. PDRM juga telah
diperhebatkan dengan kelengkapan dan unit-unit yang lebih canggih dan mantap seiring
dengan kejayaan-kejayaan yang ditempah pasukan ini.
Akan tertapi, Masalah-masalah seperti rasuah dan salahlaku dikalangan anggota polis ini telah
menjejaskan kreabiliti pasukan ini. Walaupun kes salah laku ini melibatkan hanya sebilangan
kecil anggota polis, tetapi ia boleh memberi persepsi yang negatif daripada masyarakat
kepada pasukan polis ini. Kes seumpama ini perlulah dibendung awal kerana ia umpama
barah, jika tidak diatasi lebih awal, gejala ini dikhuatiri akan merebak dan menyebabkan lebih
ramai anggota telibat dengan masalah rasuah dan salahlaku ini.
-
8/14/2019 Isu integriti PDRM.docx
2/11
Latarbelakang PDRM
Polis Diraja Malaysia (PDRM) ialah sebuah pasukan polisMalaysia yang terdiri daripada
89,197 orang pegawai dan anggota, dan beribupejabat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman,Kuala
Lumpur.Pertubuhan ini adalah unik disebabkan berbanding dengan negara lain, pertubuhan
ini adalah terpusat, iaitu segala bentuk kepolisan dari polis tugas am (General Duties) ke
perisikan adalah di bawah bidang kuasanya. KiniKetua Polis Negara (jawatan tertinggi di
PDRM) disandang oleh Tan SriIsmail Omar dan Timbalan Ketua Polis Negara pula
disandang oleh Dato' Seri Hussin Ismail.
Dalam menjaga keamanan awam, PDRM dibantu oleh kumpulan sokongan yang terdiri dari
Polis Tambahan, Sukarelawan Polis, Polis Bantuan, Kadet Polis dan kakitangan awam. Antara
persatuan bekas polis dan tentera yang ada ialah Persatuan Bekas Polis dan Tentera Malaysia.
Rakan Cop merupakan program komuniti polis yang telah dilancarkan pada2006. PDRM
turut mengadakan kerjasama dengan pasukan polis diseluruh negara termasuk empat jiran
terdekatnya iaitu Polis Nasional Republik Indonesia (POLRI), Polis Diraja Thailand (Royal
Thai Police Department), Polis Diraja Brunei dan Polis Republik Singapura (Singapore Police
Force).
Warga Sang Saka Biru kini telah mengharumkan nama Malaysia di seluruh dunia apabila
telah diiktiraf sebagai pasukan polis yang terbaik di dunia apabila PDRM memberi
pencapaian dalam menyelesaikan 73, 281 daripada 198, 622 (bersamaan 36.89 %) yang
http://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kuala_Lumpurhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kuala_Lumpurhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Ketua_Polis_Negara_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Ismail_Omarhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Rakan_Cophttp://ms.wikipedia.org/wiki/2006http://ms.wikipedia.org/wiki/2006http://ms.wikipedia.org/wiki/Rakan_Cophttp://ms.wikipedia.org/wiki/Ismail_Omarhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Ketua_Polis_Negara_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kuala_Lumpurhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kuala_Lumpurhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysia -
8/14/2019 Isu integriti PDRM.docx
3/11
-
8/14/2019 Isu integriti PDRM.docx
4/11
Many types of bribes exist: tip, gift, perk, skim, favor, discount, waived fee/ticket, free food,
free ad, free trip, free tickets, sweetheart deal, kickback/payback, funding, happy meal,
inflated sale of an object or property, lucrative contract, grease money, donation, campaign
contribution, fund raiser, sponsorship/backing, higher paying job, stock options, secret
commission, or promotion (rise of position/rank).
One must be careful of differing social and cultural norms when examining bribery.
Expectations of when a monetary transaction is appropriate can differ from place to place.
Political campaign contributions in the form of cash, for example, are considered criminal acts
of bribery in some countries, while in the United States they are legal. Tipping, for example,
is considered bribery in some societies, while in others the two concepts may not be
interchangeable.
Bukan sahaja indeks rasuah Malaysia di peringkat antarabangsa bertambah teruk kini separuh
rakyat negara ini pula mengesahkan bahawa gejala keji ini semakin berkembang dan
berleluasa. Dalam kajian yang dijalankan oleh Transparency International (TI) berkaitan
Barometer Antarabangsa Rasuah 2010, 46 peratus atau hampir separuh rakyat Malaysia yang
disoalselidik dalam kajian mengenai rasuah antarabangsa mengakui gejala rasuah semakin
buruk. TI berkata peratusan yang tinggi ini pada tahun ini adalah lebih tinggi daripada statistik
tahun 2009. Kajian itu juga menunjukkan hanya 19 peratus rakyat Malaysia berpendapat
amalan rasuah telah menurun manakala 35 peratus lagi berkata keadaan masih tidak berubah.
Badan itu juga berkata daripada 1,000 orang yang dibanci oleh agensi pasaran TNS Malaysia
dalam soal selidik secara bersemuka dalam tempoh 28 Jun hingga 26 Julai 2010, jumlah yang
mengaku terlibat dalam amalan rasuah hanya 9 peratus atau 90 sepanjang tahun lalu.
-
8/14/2019 Isu integriti PDRM.docx
5/11
Amalan rasuah yang terpaksa dilakukan termasuk kepada anggota polis atau kakitangan di
kaunter pemprosesan permit, tanah, perubatan, jabatan pendidikan negari, perundangan dan
kastam. Menurut majorit mereka yang ditemuramah besar pasukan polis merupakan
golongan paling terjejas dengan amalan rasuah dengan mencatatkan mata 4.1 daripada
maksima sebanyak 5 mata.
Ini diikuti dengan parti politik, badan perundangan dan parlimen dengan masing-masing
mencatat 4.0 dan 3.4 masing. Walaupun jumlahnya nampak kecil tetapi jika dibandingkan
dengan 22 negara Asia Pasifik, Malaysia jatuh di tangga ketujuh dalam kumpulan negara
yang didahului oleh Korea Selatan di mana hanya dua peratus rakyatnya terbabit dalam
aktiviti rasuah dalam tempoh yang sama.
Selain daripada itu, Kematian adik Aminulrasyid Amzah yang baru sahaja berumur 14 tahun
akibat ditembak oleh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menggemparkan negara
baru-baru ini. Namun kesedihan orang awam sudah pasti tidak akan dapat menandingi
kesedihan yang dialami oleh ibu dan keluarga kepada arwah Aminulrasyid Amzah yang
sehingga kini masih lagi tersentak dengan kejadian yang ngeri dan menyayat hati itu.
Jika ahli keluarga kita yang menjadi mangsa kejadian seperti ini, sudah pasti kita akan turut
merasakan kesedihan yang sama. Persoalannya ialah, apakah kita mahu menunggu sehingga
anggota keluarga kita menjadi mangsa untuk mula melakukan sesuatu?.
Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan menjadi sangat defensif bila dikemukan
persoalan mengenai kes ini sehinggakan beliau mengeluarkan kenyataan yang kebudak-
budakan seperti, Biarlah apa yang nak dikatakan oleh ahli politik, tapi saya ingin tahu sama
ada anda mahu kami menguatkuasakan undang-undang atau tidak.
-
8/14/2019 Isu integriti PDRM.docx
6/11
Kalau tak nak, saya akan beritahu orang saya supaya tidak lagi menahan kereta yang dipandu
dengan cara mencurigakan atau mengambil tindakan terhadap pelumba haram yang
bermaharajalela di jalan raya.
Ramai pihak yang terkejut bagaimana kenyataan sebegini boleh keluar dari mulut seorang
KPN. Sebagai seorang ketua kepada PDRM, beliau seharusnya lebih berjiwa besar dan
memahami kemarahan orang awam terhadap kes seumpama ini.
Polis pimpinan Tan Sri Ismail Omar juga didesak melakukan reformasi kepolisan. Tindakan
itu perlu berikutan pelbagai kes melibatkan jenayah anggota polis khususnya, kematian dalam
lokap.
Sepanjang tempoh 10 tahun mutakhir, statistik tahanan mati dalam lokap dan dalam jagaan
polis mencatat angka 147 kematian termasuk 23 orang sebagai bunuh diri dan 12 orang
mengalami pendarahan otak. Ia merupakan sesuatu yang mengejutkan kerana ia sesuatu yang
cukup tinggi dan melibatkan nyawa manusia. Isu ini bukan isu politik tetapi ia isu yang
melibatkan keselamatan rakyat. Walaupun statistik kematian sepanjang tempoh itu mencapai
147 kematian, sehingga kini tiada seorang pun anggota polis disabitkan kesalahan.
kes kematian A Kugan, Aminulrasyid Ahmad, Teoh Beng Hock antara faktor yang perlu
diambil kira dalam melaksanakan reformasi kepolisan. Oleh itu, beberapa langkah yang
sewajarnya telah diambil oleh kerajaan untuk mengambalikan dan memantapkan lagi integriti
polis bagi menjamin kestabilan dan keharmonian negara kita ini.
-
8/14/2019 Isu integriti PDRM.docx
7/11
STEP THAT HAVE BEEN TAKEN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) yakin projek usahasama dengan Institut Integriti Malaysia
(IIM) mampu membantu menangani isu integriti yang bukan sahaja timbul dalam pasukan itu
malah menjadi isu sejagat yang melanda semua organisasi dan institusi kenegaraan. Ketua
Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata hasil analisis daripada pelan strategik PDRM
menunjukkan pasukan itu mempunyai isu integriti yang harus ditangani iaitu sebanyak 93.4
peratus bagi tahun 2000-2005 dan selebihnya membabitkan isu kompetensi.
Menyedari kritikalnya isu ini dalam PDRM, maka dari segi pengisiannya, usahasama harus
dilakukan dengan badan yang berkaitan iaitu IIM walaupun peratusannya semakin menurun
kebelakangan ini. Musa berkata isu terbabit juga menjadi teras tumpuan utama PDRM kerana
jumlah anggota dan pegawainya yang ditangkap Badan Pencegah Rasuah (BPR)
menunjukkan peningkatan kepada 126 kes pada 2006 berbanding 82 kes pada 2002.
Jika isu ini tidak ditangani dalam organisasi seperti PDRM, ia akan memberi impak yang
besar kepada keselamatan negara, kemerosotan sistem penyampaian dan akhirnya menjadikan
institusi ini tidak relevan dengan matlamat kewujudannya. Usahasama ini juga menunjukkan
kesungguhan serta komitmen PDRM dalam menangani isu-isu berkaitan integriti bagi
memastikan organisasi ini mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua lapisan
masyarakat.
Musa berkata rangka kerja usahasama tersebut meliputi perkara seperti kurikulum latihan dan
pendidikan integriti bersama tenaga pakar, kempen kesedaran integriti dan gerak saraf
program mesra rakyat, kursus modul asas etika integriti melalui pendekatan Islam Hadhari
dan rangkaian kerjasama sektor swasta dan masyarakat umum. Usahasama ini juga diharap
-
8/14/2019 Isu integriti PDRM.docx
8/11
akan menjadi titik permulaan kepada anggota dan pegawai PDRM untuk memulakan tekad
dan iltizam agar era kegemilangan PDRM yang dihormati dan disegani suatu ketika dulu
dapat dikembalikan semula.
Salah satu kaedah praktikal yang lain untuk meningkatkan kredibiliti PDRM iaitu dengan
meningkatkan kualiti modal insan melalui pendedahan pelbagai ilmu serta latihan yang
berterusan dalam kalangan anggota PDRM. Selain itu, penambahan jumlah anggota PDRM
sebanyak 60,000 orang daripada 97,000 orang sekarang juga berupaya meningkatkan integriti
PDRM.
Dengan peningkatan bilangan anggota polis ini diharapkan siasatan boleh dibuat secara cepat.
Kerajaan pula wajar merestui dan membiayai hasrat PDRM untuk menubuhkan universiti
polis. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) kerap menerima aduan
berhubung dakwaan salah laku anggota PDRM. Antara aduan yang diterima termasuklah
siasatan polis yang lewat, salah guna kuasa, keganasan polis, penahanan tanpa penjelasan,
kematian dalam tahanan, dan tidak membenarkan perhimpunan awam.
Atas kepekaan kerajaan terhadap aduan-aduan ini maka satu Suruhanjaya Diraja
Penambahbaikan dan Perjalanan Pengurusan PDRM telah ditubuhkan. PDRM juga harus
mempunyai hubungan yang mesra dengan masyarakat agar memperoleh tanggapan positif
daripada mereka.
Orang awam perlu dibenarkan membuat aduan di tempat urusan yang mudah. Hal ini
demikian kerana sebelum ini sering berlaku pengadu diarahkan ke tempat lain. Tindakan
harus dikenakan kepada anggota yang menyuruh berbuat demikian. Dalam usaha menjaga
kebajikan anggota PDRM, Tan Sri Musa Hassan mengusulkan kenaikan gaji anggota PDRM
sebanyak 20%. Diharapkan kenaikan gaji polis pada kadar yang setimpal dapat
mengurangkan kegiatan rasuah dalam kalangan anggota polis.
-
8/14/2019 Isu integriti PDRM.docx
9/11
Beliau juga mencadangkan kaedah proses kenaikan pangkat yang baharu. Melalui kaedah
baharu ini diharap dapat melahirkan pegawai yang lebih berkualiti kerana mereka perlu
melalui proses kenaikan pangkat yang tulus dan bersih.
PDRM juga perlu meningkatkan program Rakan Polis (Rakan Cop) untuk merapatkan
hubungan polis dengan rakyat. Kewujudan Rakan Cop memudahkan orang awam
menyampaikan maklumat melalui SMS ataupun menelefon terus pihak polis. Gandingan
pihak polis dengan orang awam perlu lebih erat terjalin seperti aur dengan tebing.
Selain itu, langkah kerjaan untuk menjalankan dasar intergriti negara juga dianggap sebagai
satu langkah yang sangat sesuai. Pelaksanakan Pelan Integriti Nasional (PIN) yang
berperanan sebagai pelan induk bertujuan memberikan bimbingan kepada keseluruhan sektor
tersebut. Semangat dan prinsip Perlembangaan Persekutuan, falsafah dan prinsip Rukun
Negara serta aspirasi dan cabaran Wawasan 2020 menjadi pedoman bagi penggubalan dan
pelaksanaan PIN. Bahkan, objektif umum PIN ialah memenuhi cabaran keempat Wawasan
2020 iaitu "membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya,
dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan
diitunjangi oleh budi pekerti yang luhur."
Pelan ini membolehkan Kerajaan merancang pelbagai program secara teratur dalam usaha
membudayakan etika dan integriti masyarakat. Sebelum ini telah terdapat pelbagai usaha yang
dilakukan, tetapi didapati usaha-usaha ini tidak tekal dan tidak menyeluruh dan hasilnya
sebilangan besar usaha-usaha ini menemui kegagalan terutamanya dalam usaha mewujudkan
sinergi semua sektor. Ini mungkin disebabkan terdapat halangan-halangan seperti sikap
individu, kepimpinan sesebuah organisasi, sistem penyampaian atau karenah birokrasi, serta
disiplin dan budaya masyarakat itu sendiri dalam melaksanakan satu-satu program.
-
8/14/2019 Isu integriti PDRM.docx
10/11
PIN ialah sebuah pelan integriti yang lahir daripada aspirasi masyarakat dan negara Malaysia,
dibentuk mengikut acuan Malaysia dan dimiliki bersama oleh rakyat Malaysia yang berbilang
kaum dan agama. PIN digubal dengan mengambil kira keseluruhan pandangan dan cadangan
yang disampaikan melalui satu siri seminar kebangsaan yang berlangsung selama kira-kira
dua bulan, yang melibatkan para peserta daripada hampir kesemua sektor masyarakat dan
negara Malaysia. Justeru itu, PIN mencerminkan hasrat bersama para pemimpin dan rakyat
negara kita.
Bagi memastikan gerakan pemantapan integriti berjalan lancar dan mencapai matlamatnya,
PIN menyusun keutamaan dan menetapkan sasarannya. PIN menetapkan lima sasaran
keutamaan yang hendak dicapai. Sasaran yang dikenali sebagai TEKAD 2008 ini ialah:
Mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa secara berkesan; Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam dan
mengatasi karenah birokrasi;
Meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan; Memantapkan institusi keluarga; dan Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.
-
8/14/2019 Isu integriti PDRM.docx
11/11
RECOMENDATION
Mewujudkan Kod Etika Polis dan Perintah-perintah Am Polis
Sebagai langkah pengukuhan terhadap pengemasan organisasi polis, sebuah Kod Etika Polis
perlu diwujudkan oleh kerajaan bagi memastikan polis bukan sahaja melaksanakan undang-
undang ke atas orang awam, tetapi turut bertindak secara positif dalam melaksanakan undang-
undang. Sikap tidak beretika polis seperti terlibat dengan jenayah, berpihak, prejudis politik,
melakukan kekerasan kepada OKT dan sebagainya menjadi asas yang penting kepada
kemerosotan imej polis. Oleh itu, satu pengawalan melalui penguatkuasaan etika harus dibuat
kepada polis melalui kod etika.
Selain mewujudkan kod etika yang meningkatkan akhlak dan moral anggota dan pegawai
polis, sebuah Perintah-perintah Am (General Order) juga harus dibentuk khusus untuk polis.
Perintah-perintah Am yang digunakan pakai kepada kakitangan awam pada hari ini seolah-
seolah tidak begitu relevan kepada anggota polis kerana perbezaan suasana kerja mereka.
Oleh itu sebuah Perintah-perintah Am Polis boleh berperanan untuk mengawal pergerakan
polis supaya tidak menjejaskan nama baik polis.
Di samping itu juga, satu kajian terhadap kualiti latihan yang diterima oleh anggota polis
semasa menjalani latihan juga perlu dibuat. Kerajaan sepatutnya menyediakan latihan dan
kursus yang lebih berkesan terutama dalam membina minda anggota dan pegawai polis
supaya lebih bertanggungjawab, mempunyai kecenderungan untuk taat kepada Tuhan dan
memahami undang-undang yang terkini. Tiga masalah ini telah menjadi anasir yang
meruntuhkan jati diri anggota polis. Pemulihan terhadap jati diri ini mesti digerakkan serentak
dengan perlaksanaan Kod Etika dan penguatkuasaan Perintah-perintah Am.
top related