isu dan masalah dalam penilain projek

Post on 17-Jan-2016

41 Views

Category:

Documents

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

for a project

TRANSCRIPT

Isu Dan Masalah Dalam Penilaian Projek

• Diantara beberapa masalah dan isu dalam penggunaan analisis kos faedah ialah

– Isu berkaitan keadaan Risiko dan Ketidakpastian (risk and uncertainty)

– Kesan luaran dan barang awam(externalities and public good)

– Kesan keatas alam sekitar

• Risiko dan Ketidakpastian dalam Penilaian Projek– Apakah yang dimaksudkan dengan

• Risiko (risk) merujuk kepada keadaan dimana probabiliti (probability) berlakunya satu-satu kesudahan (outcome) dari satu-satu peristiwa (event) dapat ditentukan

• Ketidakpastian (uncertainty) merujuk kepada keadaan dimana probabiliti berlakunya satu-satu kesudahan dari satu-satu peristiwa tidak dapat ditentukan.

– Mengapakah kita perlu mengambilkira isu Risiko dan Ketidakpastian dalam Penilaian projek

• Apabila kita menilai Faedah dan kos dalam Analisis Kos Faedah kita telah mengandaikan bahawa aliran faedah dan kos di masa hadapan dapat kita tentukan dengan tepat, tetapi dalam keadaan sebenar andaian ini tidak dapat diterima sepenuhnya.

– Ini ialah kerana

1. Data atau maklumat untuk menganggarkan faedah dan kos dimasa hadapan dengan tepat mungkin tidak dapat diperolehi

2. Terdapat projek tertentu yang mana faedah dan kos projek tersebut mengalami perubahan besar dari satu tahun ketahun yang lain.

Contohnya : Faedah dan Kos dari projek kawalan banjir ( flood control project) yang mana faedahnya akan bergantung kepada samaada berlaku atau tidak banjir atau jika berlaku samaada kecil atau besar banjir yang berlaku pada satu-satu tahun

3. Kita mungkin hendak membandingkan

antara satu projek yang mana

kesudahannya (outcome) pasti dengan

satu projek lain yang mempunyai

ketidakpastian yang tinggi mengenai

kesudahannya

• Punca berlakunya Risiko dan Ketidakpastian

– Antara lain terdapat 3 sebab utama

1. Perubahan dalam citarasa dan keutamaan (changes in tastes and preferences)

2. Perubahan dalam teknologi

3. Reaksi individu-individu yang menerima kesan dari pemilihan dan perlaksanaan projek.

• Bagaimana cara untuk mengambilkira risiko dan ketidakpastian dalam penilaian projek

– Terdapat beberapa cara antara lain ialah

1. Menggunakan usia atau hayat projek yang lebih pendek bagi projek yang berisiko tinggi

Contoh, katakan usia projek adalah 30 tahun. Bagi projek yang mempunyai risiko yang lebih tinggi (high risk project) kita kira NPV,IRR dan B/C ratio menggunakan usia projek cuma katakan untuk 20 tahun sahaja

2. Menambahkan premium risiko (risk premium) keatas kadar diskaun sosial (social discount rate)

dt = E 1 (1+i+j)n

dimana dt ialah faktor diskaun i ialah kadar diskaun sosial j ialah premium risiko

3. Analisis kepekaan (sensitivity analysis)

Asas analisis ini melibatkan perubahan keatas varibel penting dalam penilaian projek dan mengkaji apakah kesan perubahan tersebut keatas NPV, IRR, dan B/C ratio

I = ^ NPV atau IRR atau B/C ratio

% ^ X

dimana I adalah indek kepekaan (sensitivity index) X adalah varibel penting seperti harga output dan input,kuantiti output dan input dan kadar diskaun. Indek kepekaan (I) mengukur perubahan

kepada NPV, IRR, B/C ratio disebabkan oleh perubahan kepada varibel penting tersebut.

• Analisis kepekaan– Paling popular digunakan untuk

mengambilkira risiko dan ketidakpastian dalam penilaian projek

– Pada asasnya ia melihat samaada projek berkenaan lebih sensitif atau kurang sensitif yang diukur dari perubahan pada nilai NPV ,IRR, B/C ratio disebabkan apabila berlaku perubahan kepada harga dan kuantiti output dan input dan juga kadar diskaun.

– Perubahan pada kadar diskaun adalah seperti kaedah premium risiko

– Perubahan harga umumnya dilihat dari segi peningkatan harga input dan / atau penurunan harga output.

– Perubahan kuantiti umumnya dilihat dari segi peningkatan kuantiti input yang digunakan dan / atau penurunan kuantiti output

– Cara yang mudah ialah dengan mengubah peratus perubahan keatas faedah dan / atau kos

contoh : ^NPV ? Apabila Faedah turun 10%

^NPV ? Apabila Kos naik 10%

^NPV ? Apabila Faedah turun 10%

dan Kos naik 10%

Analisis yang sama boleh dilihat keatas IRR dan B/C ratio

• Kesan luaran dan barang awam– Fokus analisis kos faedah sosial untuk kursus

ini berbeza dengan penilaian kewangan bagi satu-satu projek dari segi ianya mencuba untuk mengambilkira keseluruhan kos dan faedah yang terakru kepada projek dan masyarakat

– Oleh itu adalah penting kita melihat kepada kesan luaran dan barang awam dalam analisis kos faedah sosial

– Kesan luaran (externalities)• Ianya berlaku apabila terdapat keadaan berikut

1. Aktiviti ekonomi samaada pengeluaran (production) atau penggunaan (consumption) yang memberi kesan atau menjejaskan pengeluaran atau tingkat utiliti pengeluar lain atau pengguna

2. Kesan ini tidak diberi nilai / harga atau tidak diberi pampasan

– Kesan luaran teknologi (technological externalities) berlaku apabila fungsi pengeluaran pengeluar yang menerima kesan atau utiliti pengguna yang terlibat berubah

Contoh : Dalam proses pengeluaran atau perlaksanaan satu-satu projek, pencemaran (pollution) atau kerosakan keatas alam sekitar berlaku yang memberi kesan kepada pehak ketiga samaada pengeluar lain atau pengguna/masyarakat

– Barang awam• Kebanyakkan projek-projek berkaitan alam

sekitar seperti projek-projek rekreasi mewujudkan output dalam bentuk barang atau perkhidmatan yang mempamirkan ciri-ciri barang awam

• Dua ciri penting barang awam

1. Tanpa pengasingan (non-excludability)

2. Tanpa saingan dalam penggunaan (non-rivalry in consumption)

Tanpa pengasingan bermaksud apabila barang atau perkhidmatan tersebut ditawarkan kepada seseorang ianya juga ditawarkan kepada individu individu lain oleh kerana orang lain tidak boleh diasingkan dari menikmati faedah tersebut

Tanpa saingan dalam penggunaan bermaksud jika barang atau perkhidmatan tersebut digunakan oleh seseorang pengguna ianya tidak menghalang atau mencegah pengguna lain dari menikmati sama barang atau perkhidmatan tersebut.

Terdapatnya output projek tertentu yang mana ianya mempamirkan ciri-ciri barang awam menimbulkan masalah besar dalam penilaian projek.

Output atau keluaran kebanyakkan projek awam seperti projek-projek rekreasi dan lain-lain adalah boleh dikategorikan sebagai barang awam

Contoh : Projek taman tasek atau projek rekreasi yang dibina oleh Majlis Tempatan

Masalah besar menilai projek ini ialah dari segi mendapat keutamaan sebenar (true preferences) bagi individu individu yang akan menerima kesan samaada baik / faedah atau buruk / kos dari perlaksanaanprojek projek tersebut

• Penilaian kesan alam sekitar (Environmental Impact Assessment,EIA) dalam analisis projek– Beberapa keputusan terkini berkaitan projek dan

pemuliharaan alam sekitar• Laporan penilaian kesan kesan alam sekitar (EIA) diwajibkan

bagi pembangunan kawasan melebihi 20 hektar berbanding sebelum ini iaitu seluas 50 hektar. Jika terdapat pecahan kawasan kurang dari 20 hektar secara berturutan yang hendak dimajukan maka laporan EIA diwajibkan bagi keseluruhan kawasan tersebut

• Semua kawasan pembangunan dengan keluasan 40 hingga80 hektar yang telah dibersihkan tetapi tidak dimajukan hendaklah diserah semula kepada kerajaan dan kerajaan akan membayar balik kos yang ditanggung oleh pemilik tanah. Kawasan berkenaan akan dibangunkan sebagai taman rekreasi untuk penduduk setempat

• Pokok-pokok bersaiz dengan diameter 15 hingga 20.32 cm (6 hingga 8 inci) tidak boleh ditebang. Jabatan perhutanan dan agensi-agensi berkaitan akan menandakan pokok-pokok yang tidak boleh ditebang sekiranya kawasan itu hendak dibangunkan.

• Semua undang-undang dan peraturan berkaitan alam sekitar dikuatkuasakan sepenuhnya dengan serta-merta. Penguatkuasaan diketatkan dan pehak berkuasa perlu mengambil tindakan yang tegas. Ada kemungkinan pesalah-pesalah alam sekitar akan dipenjarakan mandotari dan bukan semata-mata mengenakan denda seperti yang terdapat kini, tetapi ini akan diaktakan dan maseh dalam proses.

• Dasar Alam Sekitar Negara (National Environmental Policy)

– Dasar alam sekitar Malaysia pada keseluruhannya mengambilkira faktor-faktor berikut

1. Kesan pertambahan penduduk dan aktiviti-aktiviti manusia dalam pembangunan sumber,perindustrian dan penbandaran keatas alam sekitar

2. Kepentingan kritikal untuk menjaga kualitialam sekitar berbanding dengan keperluan penduduk terutama dari segi kapasiti pengeluaran bagi sumber tanah negara dalam pertanian, perhutanan, perikanan dan air

3. Keperluan untuk menjaga alam sekitar yang sehat untuk penghidupan manusia

4. Keperluan untuk memulihara warisan asli negara yang unik dan beraneka jenis yang mana kesemuanya menyumbang kepada kualiti hidup

5. Saling berkait antara faktor-faktor sosial, budaya, ekonomi, biologi dan fizikal dalam menentukan ekologi manusia.

– Apakah definisi EIA • Penilain kesan alam sekitar EIA bagi projek ialah

sebagai satu proses untuk mengenalpasti dan meramal kesan keatas kesihatan dan keselesaan manusia dari projek-projek pembangunan dan mentafsir serta menyebarkan maklumat mengenai kesan tersebut.

EIA of projects is defined as a process designed to identify and predict the impact on man’s health and well-being of development projects and to interpret and communicate the information about the impacts.

• Polisi Negara mengenai EIA– Dalam penilaian kesemua projek projek

berkenaan satu taksiran mengenai kesan keseluruhan projek-projek tersebut keatas alam sekitar perlu dibuat. Kementerian dan Jabatan serta Sektor Swasta adalah diwajibkan sebelum memulakan perlaksanaan projek-projek berkenaan, untuk mengenalpasti kesemua kemungkinan kesen alam sekitar danjuga cara-cara mengatasinya

Taksiran ini akan diambilkira dalam rekabentuk akhir dan perlaksanaan projek-projek tersebut, tetapi akan memikirkan bahawa penggunaan kaedah kaedah penjagaan alam sekitar ini selaras dengan kos pembangunan.

– Prosedur Penilaian Kesan Alam Sekitar EIA• Prosedur EIA perlu melalui peringkat-peringkat

tertentu sebelum ianya dilulukan untuk perlaksanaan

1. Penaksiran awal (preliminary assessment)

2. Penaksiran terperinci (detailednassessment)

3. Menilai semula (review)

(tunjukkan secara rajah)

Penaksiran awal mengandungi perkara perkara berikut

1. Mengikuti garis panduan umum yang dikeluarkan oleh panel penilai semula (review panel)

2. Dimulakan diperingkat awal perancangan projek

3. Sumber diperlukan sama seperti sumber yang digunakan dalam kajian prakemungkinan (prefeasibility study)

4. Menggunakan matrik sebagai kaedah penaksiran

5. Data alam sekitar mungkin diperlukan

6. Satu laporan diperlukan

Penaksiran terperinci mengandungi perkara perkara berikut

1. Garis panduan umum berserta syarat syarat khusus bagi tiap tiap projek dikeluarkan

2. Sumber yang diperlukan sama seperti yang diginakanuntuk kajian kemungkinan (feasibility study)

3. Kaedah penaksiran dipilih berdasarkan jenis dan bentuk projek

4. Pengutipan data alam sekitar adalah dimestikan

5. Satu laporan adalah diperlukan

Menilai semula (review) mengandungi perkara perkara berikut

!. Menilai semula dijalankan oleh panel bebas yang dilantik dan bertanggungjawab secara langsung kepada Menteri, Kementerian Alam Sekitar

2. Pendapat dan pandangan akan dijemput dari agensi agensi berkaitan alam sekitar dan dari orang awam

3. Cadangan akan dihantar kepada pehak berkuasa yang meluluskan cadangan projek

4. Jangka masa maksima yang dibenarkan diperingkat ini ialah dua bulan

– Proses penting bagi EIA

terdapat 6 proses penting

1. Kenyataan mengenai perlunya satu satu projek i) penerangan mengapa projek berkenaan

dicadangkan, memberi fokus kepada objektif atau tujuan projek

ii) satu ‘kenyataan keperluan’ yang memfokuskan kepada aspek sosial, budaya, ekonomi dan faedah faedah lain yang timbul dari projek

2. Kenyataan mengenai alternatif projek

i) Mengambilkira kesan keatas alam sekitar dari tiap tiap alternatif

ii) Penaksir perlu mengenalpasti lokasi projek, rekabentuk dan menaksir tiap tiap alternatif dari sudut teknikal,ekonomi dan alam sekitar serta menerangkan sebab sebab dalam memilih satu satu alternatif

3. Pengumpulan maklumat alam sekitar i) Ini adalah penting bagi EIA untuk

menentukan sejauh mana kesan alam sekitar ditanggung oleh masyarakat

ii) Penaksir perlu mendapat maklumat yang diperlukan dari badan atau organisasi yang berkaitan dengan alam sekitar, universiti dan institusi penyelidikkan

iii) Pengumpulan maklumat alam sekitar mestilah bersesuaian dengan saiz projek.

4. Penglibatan orang awam / masyarakat - Sebagai bantuan kepada perancangan

projek - Membantu perancang projek dalam i) Memantau keperluan masyarakat

serta memastikan arah aliran projek untuk memenuhi keperluan tersebut

ii) Mengenalpasti kesan kebendaan dan psikologi dari projek keatas masyarakat

iii) Mengukur dan mempromosikan penerimaan masyarakat keatas projek untuk mengelakkan kegagalan projek

iv) Memantau perubahan nilai dalam masyarakat mengenai alam sekitar

5. Penilaian dalam EIA

i) Penilaian EIA merupakan sesuatu yang perlu dijalankan oleh perancang projek sebagai asas kepada pembuat keputusan yang baik dan kepada pehak berkuasa yang meluluskan projek

ii) Penilaian adalah penting di tiga peringkat perancangan projek

a) Pemilihan alternatif projek dari sudut lokasi dan rekabentuk yang dicadangkan

b) Pemilihan kaedah pengurangan dan pencegahan kesan alam sekitar

c) Perbandingan antara ( trade-off) pemuliharaan alam sekitar dan pembangunan

Dua kaedah yang boleh digunakan ialah analisis kos faedah (BCA) dan analisis keberkesanan kos (AKK)

6. Pengawasan kesan alam sekitar (monitoring environmental impacts)

i) Sebagai kawalan keatas pengurusan alam sekitar bagi projek dan untuk memastikan projek berkenaan mematuhi syarat syarat yang dikenakan semasa kelulusan diberi keatas projek

ii) Memberi maklumbalas (feedback) untuk memperbaikki data mengenai kesan alam sekitar sebagai asas terhadap perancangan projek dimasa akan datang.

top related