issue 2 - sept 2012 - sarawak plantation berhad and group of
Post on 11-Feb-2022
9 Views
Preview:
TRANSCRIPT
SPBnewzJilid 2, Isu 3
Isu pada kali ini
Ladangku Syurgaku Ladang Tiga 2
Sumber Manusia 3
Sepatah Kata 5
Sekitar Aktiviti 6
Tanggungjawab Sosial & Korporat 7
Encik Zahari bin Mohd Nusi, COO (Ketua Pegawai Operasi) Sarawak Plantation Berhad (SPB) sedang dalam misi mengubah persepsi awam terhadap Sarawak Plantation Bhd ke tahap yang lebih membanggakan.
Ia mungkin kelihatan satu tugasan yang mudah, memandangkan banyak pekerja SPB telah terbiasa dengan ‘sistem’ dan bagaimana syarikat beroperasi.
Tetapi beliau percaya bagi mencapai wawasan syarikat, iaitu ‘Untuk menjadi salah sebuah syarikat perladangan terbesar dan terbaik di Sarawak, sikap kakitangan harus diubah terlebih dahulu.
Kita dapat merasakan kekecewaan dan sedikit tidak sabar beliau terhadap pelan tindakannya bergerak. “Pengerusi Lembaga Pengarah telah memberi kepercayaan kepada saya untuk melakukannya dengan tarikh sasaran yakni dalam lingkungan tiga tahun,” katanya pada satu temu bual baru-baru ini di Ibu Pejabat SPB di Miri.
Tahap kesabaran yang tinggi diperlukan olehnya bagi menggerakkan pencapaian terhadap apa beliau visikan demi kebaikan syarikat dan
ianya bukan mudah.
Pada kadar hasil 16 tan setahun bagi setiap hektar, dia tahu keperluan SPB untuk maju ke hadapan lagi, bagi menyaingi syarikat-syarikat
minyak sawit yang lain di Sarawak yang mana telah menghasilkan kira-kira 20 -21 tan setahun bagi setiap hektar. Sementara itu, di Malaysia
Barat, beberapa syarikat kelapa sawit sedang ke tahap 30 tan setahun bagi setiap hektar.
“Terlalu banyak yang perlu dilakukan, dari setiap sudut pentadbiran hinggakan kepada ladang-ladang malah semua kakitangan harus mempunyai peranan dan sikap untuk menganjakkan kedudukan syarikat itu ketahap yang lebih baik. Ianya tidak mustahil, walaupun ia mungkin boleh menjadi satu cabaran bagi sesetengah orang,” katanya dengan penuh keyakinan.
Beliau tahu, kerana beliau bercakap berdasarkan dari pengalaman. Beliau datang dari latar belakang yang berurusan secara eksklusif dengan
industri kelapa sawit dan mempunyai 32 tahun pengalaman pengurusan dalam industri perladangan.
Sebelum Zahari dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi SPB pada 1 Oktober 2011, beliau, seperti kebanyakan orang yang dalam industri kelapa sawit, terpaksa melangkah setapak demi setapak sehingga ketahap beliau berada hari ini.
Latar belakang akademik beliau termasuklah mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pentadbiran Perniagaan (RMIT), Diploma Tanaman Industri dan Pengurusan (UiTM) dan Diploma Syarikat Bersekutu dengan Persatuan Perbadanan Pekebun.
Kerjaya perladangan beliau bermula dengan Harrisons & Crossfields, kemudian sebagai Penasihat Perladangan dengan Golden Hope Plantations. Sebelum pelantikan ini, beliau adalah Naib Presiden 1 di Sime Darby Berhad dan telah dipinjamkan kepada syarikat Perladangan Minamas di Indonesia pada tahun 2005.
Zahari percaya adalah wajar SPB harus dan boleh berada ditahap yang lebih baik. Lagipun, ia adalah salah satu perintis dalam industri kelapa sawit di Sarawak. Ia juga mempunyai simpanan tanah berjumlah 51.998 hektar yang 12.914 hektar di bawah skim Hak Adat Bumiputera (NCR).
Sebagai Ketua Pegawai Operasi, beliau menyelia 14 ladang minyak sawit yang kawasan bertanam 26.894 hektar, 2 lagi kilang minyak sawit yang terletak di Niah dan Mukah, tempat semaian benih dan membekalkan keperluan dalam dan luar SPB, selain makmal dan perkhidmatan teknikal bagi industri kelapa sawit.
Jadi banyak tempat yang perlu beliau awasi, mengubah dan memperbaiki, bukan sahaja dalam bidang pertanian malah pentadbiran dan sumber manusia bagi syarikat yang beribu pejabat di Miri. Beliau mengakui bahawa orang kanan yang terpenting adalah seorang Pegawai Operasi.
Jadi beliau meminta semua kakitangan SPB memberi dedikasi yang lebih dan mengubah sikap yang sedia ada.
“Perlu ada budaya kerja di mana setiap orang melaksanakan hingga peringkat yang paling baik, dari sudut komitmen dan juga kecekapan. Selaras dengan itu, pencapaian yang dihasilkan daripada ladang-ladang kita haruslah pada tahap tertinggi dan kita perlu memperbaiki sistem kita supaya setiap pengurus perladangan memastikan dia dan pasukannya boleh menjadi yang terbaik.
“Kami akan memberi tumpuan kepada estet yang berprestasi agak lemah dan memulihkan mereka. Kami mempunyai pasukan di Ibu Pejabat yang
akan menganalisis dan membantu untuk meningkatkan hasil mereka yang rendah. Ia mungkin disebabkan oleh pengurusan yang kurang baik, amalan buruk dan sikap para pekerja di ladang. Pasukan berimpak tinggi kami akan menyediakan penyelesaian dan jika pengurus masih tidak melaksanakannya dengan baik, maka pilihan terakhir adalah dengan memindahkan mereka,” ujarnya memberi amaran.
Beliau melakukan beberapa penstrukturan dan penyusunan semula bagi menjimatkan perbelanjaan kerana terdapat terlalu banyak ruang-ruang kelemahan yang akan mengeluarkan kos tambahan. Antaranya ialah keputusan untuk memusatkan semua perolehan kerana ia akan menjadi lebih mudah untuk menguruskan dari ibu pejabat.
“Ia mungkin sukar kerana sesetengah lebih suka untuk melakukan sesuatu dengan cara lama, tetapi mereka harus faham kita perlu membuat sesuatu demi syarikat yang disenaraikan lebih menguntungkan, untuk meningkatkan keyakinan pelabur dan pemegang saham kami,” tegas beliau, sambil menambah bahawa setiap pasukan itu akan dilihat menerusi pencapaian dan prestasi perlu diukur.
“Kita perlu mengukur prestasi kita dan perlu untuk menambah nilai kepada apa yang kita telah lakukan. Kita perlu memperkemaskan operasi kita dan beroperasi dengan lebih cekap yang mungkin, maka semua kakitangan harus berusaha ke arah ini,” katanya.
“Pada masa lalu, kita mempunyai tanaman berkualiti buruk yang dibekalkan ke kilang,” katanya sambil menambah bahawa ini menjejaskan kualiti produk. “Kecekapan semua operasi perlu dipantau jika kita mahu meningkatkan tanaman pulangan kita ketahap terbaik.” tegas beliau. Selain itu, SPB juga akan membina dan mengurus sebuah sekolah latihan di mana lepasan Tingkatan 5 sekolah yang berminat di dalam bidang ini boleh dilatih di peringkat penyeliaan.
“Kami juga akan melatih kakitangan yang sedia ada supaya mereka akan mencapai tahap kompetensi yang diharapkan daripada mereka,” katanya.
Beliau juga ingin merombak Unit Pengeluaran Benih, kerana ia menghasilkan benih yang berlebihan yang perlu dipasarkan dengan betul kepada pekebun kecil dan syarikat-syarikat lain. “Pada masa ini, terdapat pembaziran kira-kira 3 juta benih setahun kerana kami memerlukan kira-kira 800,000 untuk penanaman semula kami dan memulakan ladang baru. Oleh itu, kita akan menggunakan ejen untuk menjual lebihan kami, “katanya.
Benih-benih yang dihasilkan adalah berbentuk Surea walaupun ia ditanam dengan jenis-jenis lain, seperti Calyx, di ladang-ladang mereka.
Satu lagi yang dapat menguntungkan syarikat adalah makmal Perladangan Sarawak di Semariang. Ia perlu dipromosikan secara lebih agresif kepada syarikat-syarikat minyak sawit yang lain supaya mereka akan menggunakan perkhidmatannya bagi tanah dan analisis kimia, katanya.
Beliau berpendapat Minyak sawit mempunyai masa depan yang cerah kerana lebih ramai orang beralih kepada minyak masak. Kempen-kempen anti-minyak sawit di Eropah dan Amerika tidak lagi berjaya. Negara-negara ini menyedari bahawa minyak sawit adalah sihat, selain dari alternatif yang sihat seperti jagung atau minyak kacang soya. Selain itu, Zahari percaya bahawa kemewahan yang semakin meningkat di China dan India akan mewujudkan pasaran semasa yang besar bagi komoditi yang terkemuka di Malaysia.
Selain dari itu memperbaiki etika kerja kakitangan tempatan dijadikan keutamaan, beliau juga melihat nilai dalam menyediakan kebajikan yang lebih baik, penginapan dan saraan yang lebih baik kepada sejumlah 4,000 pekerja buruh yang sebahagian besarnya rakyat Indonesia.
“Pada hari ini, pekerja-pekerja sukar untuk diperolehi dan Indonesia menawarkan pakej gaji yang sama seperti Malaysia. Syarikat-syarikat di sana menawarkan mereka 13 bulan dalam bentuk bonus. Idea saya adalah untuk memberi kemudahan perumahan dan skim saraan yang lebih baik dan lebih kondusif. Untuk memastikan kehadiran mereka pada jangka panjang, SPB sedang mencari peluang bagi membuka sebuah sekolah Indonesia yang utama di Mukah dan di Niah. Terlalu kerap, ibu bapa, yang bekerja, akan pulang ke Indonesia setiap kali anak-anak mereka akan mula bersekolah,” katanya.
Melihatkan pada kesungguhan beliau, dapat disimpulkan sejak mengambilalih pucuk pimpinan, beliau menjangka “semua orang, tanpa mengira kedudukan mereka dalam syarikat itu, untuk menambah nilai kepada prestasi mereka supaya mereka boleh bekerja bersama-sama menjadikan syarikat terus berjaya” dan dia akan bekerja sama dengan kakitangan untuk memastikan matlamat, seiring dengan visi syarikat dapat dicapai.
Sesungguhnya, beliau adalah seorang lelaki bermisi untuk mencapai apa yang boleh dilakukan untuk semua.
Yang Menarik...
dijalankan
kesihatan pekerjaan
melalui tanggungjawab sosial dan korporat
diketahui
Misi Seorang Lelaki
SARAWAKPLANTATION
Jilid 1, Isu 230 September 2012
Encik ZSarawapersepsimemban
Ia mungpekerja beropera
Tetapi besalah sekakitang
Kita dappelan tinkepercaydalam linIbu Pejab
Tahapen
ia
PSP
minkira
Barat,bagi s
“Terlalkepaddan sbaik. Ibagi s
Beliau
SPBnewzJi
lid 1
, Isu
2
2
Bilakah anda menyertai SPS?Saya telah menyertai organisasi ini pada 7 September 2009 dari SIME DARBY dan ditempatkan di estet Ladang Tiga sehingga sekarang.
Apakah skop tanggungjawab kerja anda?
Pada masa ini saya bertanggungjawab menjaga serta mengurus tadbir estet Ladang Tiga.
Bolehkah anda terangkan rutin harian di ladang secara ringkas? Seawal pagi menghadiri perhimpunan pagi (morning muster) serta
berkongsi matlamat dan sasaran serta maklumat bersama staf dan pekerja. Perbincangan ringkas bersama para eksekutif dan staf tentang permasalahan dan mencari jalan penyelesaian yang berkesan.
Melawat tapak operasi bersama eksekutif dan staf kawasan untuk pemantauan dan memastikan segala operasi ladang berjalan dengan lancar serta mengikut piawaian yang telah ditetapkan. Bertemu dengan para pekerja bagi mendalami permasalahan berkenaan pekerjaan atau lain-lain sekiranya ada.
Di sebelah petang pula, kerja-kerja pentadbiran pejabat dilakukan.
Berapakah staf dan pekerja yang berada di estet Ladang 3? Mempunyai 23 kakitangan yang terdiri daripada 4 eksekutif, 8 penyelia
ladang, 5 perkeranian, 2 mekanik dan 4 sekuriti. Sejumlah 252 orang pekerja ladang iaitu 204 adalah TKI dan 48 tempatan.
Apakah cara-cara yang paling berkesan untuk memberi arahan kepada pekerja di bawah seliaan anda?
Setiap arahan yang berkesan hendaklah jelas dan difahami oleh kumpulan sasaran di bawah seliaan kita. Kadangkala ia bergantung kepada penerima arahan itu sendiri di mana arahan yang tegas perlu diberikan bagi memastikan kelancaran satu-satu urusan.
Pengalaman pahit manis di Ladang Tiga? Yang pahit itu saya telan dan yang manis adalah kerjasama dan
sokongan yang tidak berbelah bagi daripada semua lapisan eksekutif, kakitangan dan pekerja dalam mencapai sasaran syarikat.
Hobi di masa lapang? Bermain bola tampar dan melayari internet.
Makanan kegemaran? Masak Asam Pedas Melaka.
Berapa bilangan anak? 5 orang (3 lelaki & 2 perempuan).
LATAR BELAKANG LADANG TIGALadang Tiga terletak di KM 75, Jalan Miri-Bintulu dengan keluasan sebesar 2,287 hektar. Keluasan kawasan yg ditanam adalah 2,092 hektar terdiri daripada pokok-pokok yang ditanam sejak tahun 2000, 2004, 2005, 2006 dan 2007. Yang mana seluas 1,877 hektar iaitu 90% kawasan ditanam pokok dari tahun 2004 hingga 2007.
TENAGA KERJAMempunyai 23 kakitangan yang terdiri daripada 4 eksekutif, 8 penyelia ladang, 5 perkeranian, 2 mekanik dan 4 sekuriti. Sejumlah 252 orang pekerja ladang iaitu 204 adalah TKI dan 48 tempatan. Dari jumlah tersebut 83 orang adalah penuai buah yang terdiri daripada TKI 100%.
KEMUDAHAN YANG TERDAPAT DI LADANG TIGAKemudahan-kemudahan yang terdapat di kawasan ladang dan berdekatan adalah seperti :
bekalan elektrik dan air.
TAHUN 2007 2008 2009 2010 2011 2012 (semasa Julai) Sasaran 2012
Hektar Matang 2635 2661 2066 2066 2066 2092 2092
Tanaman (mt) 11766 14433 16667 20747 27839 27839 32000
Hasil (mt/ha) 4.47 5.42 8.07 10.04 13.31 7.46 15.29
SASARAN BAGI 2012Ladang Tiga menyasarkan peningkatan hasil dan penjagaan tanaman bersesuaian dengan teknologi terkini di samping menepati piawaian yang ditetapkan. Bagi tujuan ini, Ladang Tiga sentiasa berusaha untuk mengekalkan bilangan pekerja dengan memberikan keselesaan pekerjaan dan prasarana kemudahan yang memuaskan. Di samping memperlengkapkan para pekerja dengan pengetahuan serta kemahiran dalam pengendalian operasi ladang, pihak pengurusan juga menitik beratkan tentang kesedaran keselamatan dalam pekerjaan.
AKTIVITI DAN PROGRAM ANJURAN LADANG TIGALadang Tiga sering dilantik menjadi tuan rumah dalam kebanyakan aktiviti dan program yang dianjurkan pihak syarikat. Antara nya seperti :
Ladang Tiga.
untuk para kakitangan dan pekerja.
HARAPAN KAMIMenjadi Ladang contoh antara yang terbaik dalam prestasi penghasilan dan penjagaan serta menjadi salah satu ladang yang berdaya saing setara dengan ladang-ladang membangun yang lain. Bagi mencapai matlamat tersebut, usaha yang gigih di samping komitmen yang tinggi diperlukan dari semua lapisan pihak yang terlibat di dalam Ladang Tiga.
LADANGKU SYURGAKU – Ladang Tiga
HASIL/PRESTASI/TANAMAN/PENCAPAIAN
JEJAKA MACHO BULAN INI.
padaa BY dan ehinggaa
Encik Noorshah Abdol Aziz.
Estate Manager - Ladang Tiga.
SPBnewz Jilid 1, Isu 2
3Jumlah 580
No Nama Jawatan Perpindahan (Lokasi)
Tarikh EfektifDari Ke
No Nama Jawatan Lama Jawatan Baru Lokasi Tarikh Efektif
No Bulan Hari Terakhir Berkhidmat Nama Lokasi Jawatan
No Nama Jawatan Lokasi Tarikh Mula Kerja
Iswandi Bin Sawal
Kamariah Binti Keram
Nur Hanisa Binti Salam
Mohd Shafeeq Abdullah
Awgku Syahrul Nizam Bin
Awgku Ahmad
Mohamad Fadzil Bin Hitam
Radzi Bin Saad
Rudi Bin Sahdi Zaihan Bin Hipli
Zainal Abidin Bin Hipli
Ahmad Saili Fitri Bin Kassim
Sanggat Anak Lupak
PERPINDAHAN
JUMLAH KAKITANGAN SETAKAT SEPTEMBER 2012
KENAIKAN GRED/PANGKAT
KEMASUKKAN BARU
PUSING GANTI STAF/KAKITANGAN
Se
lam
at
Dat
ang!
!
SPBnewzJi
lid 1
, Isu
2
4
Maklumat disumbangkan oleh En. Zachery SaipengHuman Resource & Administration
Baru-baru ini Sarawak Plantation Bhd telah memperkenalkan satu program wang simpanan kepada semua pekerja Indonesia dalam semua ladang dengan kerjasama dari Bank Muamalat Indonesia (BMI). Program ini dianjurkan bersama Jabatan Sumber Manusia Dan Pentadbiran & PT Bank Muamalat Indonesia, Cawangan Kuala Lumpur.
Objektif utama program ini adalah untuk menggalakkan semua pekerja untuk membuat simpanan dari gaji mereka yang diperolehi setiap bulan. Pada masa yang sama, BMI juga menawarkan perkhidmatan pengiriman wang untuk pekerja di mana mereka akan dapat menghantar pulang wang ke negara mereka.
Program yang bermula dengan sesi taklimat oleh
diadakan di wilayah tengah dan wilayah utara pada 4 dan 5 Ogos. Sesi taklimat adalah untuk memperkenalkan produk bank itu kepada pekerja-pekerja. Semasa sesi itu, 152 pekerja telah membuka akaun mereka dengan Bank Muamalat. Ini adalah merupakan program berterusan, lebih ramai pekerja dijangkakan akan membuka akaun mereka pada masa akan datang untuk kebaikan mereka sendiri.
Kursus Bermula Berakhir
AKTIVITI TKI
Kempen Menderma Darah (1/20) Bertempat di Lobi, Ibu Pejabat SPB, Miri pada hari Rabu, 9 Mei 2012 jam 9.00 pagi - 12.00 tengahari.
“MANAGER’s NITE” Untuk Kakitangan Staf Eksekutif di Mega Hotel, Level 4, Miri pada 11 Mei 2012, hari Jumaat jam 7.30 malam- 11.00 malam.
Sukanria Hari Pekerja Sarawak Plantation 2012 untuk Kakitangan & Pekerja-Pekerja Sarawak Plantation di Padang Ladang 3 OPE., Miri, pada 12 Mei 2012, hari Sabtu jam 7.00 pagi - 1.00 petang.
Menyertai Pertandingan 10-Pin Boling Jemputan oleh Kelab Rekreasi Dan Sosial (KEREDAS) di Megalanes East, Bowling Centre, Bintang Plaza, Miri pada 19 Mei 2012, hari Sabtu.
Kempen Sumbangan Kilat untuk Mangsa Kebakaran di Kuarters Niah Palm Oil Mill pada hari Isnin, 28 Mei 2012.
Lawatan oleh Menteri Kemajuan Tanah ke Niah Palm Oil Mill dan Mukah Palm Oil Mill pada 28 Jun 2012.
“HEALTH AWARENESS PROGRAM” untuk Kakitangan-Kakitangan dari Ibu Pejabat, Sarawak Plantation pada 16 Julai 2012, hari Jumaat di Kafetaria, Level 1, Ibu Pejabat, Miri.
PROGRAM LATIHAN MEI - OGOS 2012
Sekitar Aktiviti Mei, Jun & Julai 2012
Pekerja mendengar maklumat dari-pada wakil Bank Muamalat Indonesia
Pekerja Indonesia mengisi borang
Program Wang Simpanan Pekerja Indonesia
SPBnewz Jilid 1, Isu 2
5
Kata Singkatan Maksud Singkatan Maksud Kata Penerangan
PK Palm Kernel Isirong kelapa sawit
Isirong kelapa sawit adalah bahagian tengah biji sawit yang diselaputi tempurung dan berwarna keputihan di mana minyak isirong dihasilkan melalui proses pemecahan dan perahan. Hampas yang dipanggil ‘palm kernal cake’ (PKC), boleh dijadikan bahan makanan utuk ternakan seperti lembu, ayam dan sebagainya. Minyak sawit digunakan untuk bahan makanan seperti marjerin, lemak majmuk dan sebagainya.
KER Kernel Extraction Rate
Kadar Penghasilan
Isirong
Nilai peratusan penghasilan isirong kelapa sawit.
Kadar peratusan penghas-ilan isirong dikira dengan membahagikan jumlah isirong kelapa sawit yang terhasil dengan kuantiti tandan kelapa sawit segar yang diproses.
GLOSSARI/TERMA PERKATAAN YANG BIASA DIGUNAKAN DI KILANG
JADUAL PROGRAM LATIHAN UNTUK BULAN SEPT-NOV 2012
Maklumat disumbangkan oleh: Facilities & Mill Services Dept.
Bermula Berakhir Kursus
Assalamualaikum dan salam sejahteraSaya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya dapat saya merakamkan sepatah dua kata dalam ruangan ini. Sebelum memulakan bicara, saya ingin mengucapkan terima kasih dan sekalung tahniah ke atas pernerbitan “SPB newsletter” untuk Isu 2 kali ini.
SPB...adalah satu nama yang gah dan telah sebati dengan kehidupan warga SPB. Semangat daya saing yang di terapkan juga turut menghasilkan produktiviti yang berkualiti dan berkuantiti tinggi.
Disamping itu, kita juga tidak ketinggalan dalam arus perkembangan dunia Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) . Perkembangan pesat teknologi ini juga telah banyak memberi pelbagai kemudahan kepada warga SPB. Dalam hubungan ini Laman Web (www.spbgroup.com.my) telah diwujudkan bagi menyampaikan maklumat mengenai syarikat ini untuk pengetahuan dan kegunaan umum. Di sini juga kita dapat berinteraksi melalui alamat mel elektronik yang juga berperanan sebagai media penghubung bagi mengumumkan aktiviti dan perkhidmatan yang disediakan.
Akhir kata, sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih dan sentiasa berdoa agar warga SPB dapat melaksanakan apa yang dirancangkan dan sentiasa memberikan sumbangan dan khidmat kepada SPB. Saya juga berharap kita sentiasa bekerjasama untuk memajukan syarikat ini. Tidak lupa juga kita hendaklah sentiasa saling hormat-menghormati dan menjaga hubungan erat antara kita tanpa mengira kedudukan serta elakkan sikap nepotisme agar tidak wujud sebarang persengketaan sesama kita. Tiada yang mustahil sekiranya dilakukan dengan telus dan tulus kerana kita akan mendapat ganjaran yang setimpal dengan apa yang kita lakukan..Amin.
Sepatah Kata
Sazali bin Haji Abdul RahmanInformation Technology Manager
SPBnewzJi
lid 1
, Isu
2
6
RADYATUL RAUDHAH BINTI ABDUL KARIM, lahir pada 2 Mei 2012, bayi perempuan kepada Encik Abdul Karim Bin Tair, Senior Clerk dari Admin. Dept. HQ, Miri
ADRIANA BATRISYA BINTI RUDI, lahir pada 10 Mei 2012, bayi perempuan kepada Encik Rudi Bin Meramit, Internal Auditor (Executive) dari Internal Audit Dept., HQ, Miri.
AVREN ENCANA ANAK AMBROSE LUTA, lahir pada 28 Mei 2012, bayi lelaki kepada Puan Reimy Anak Emprang , Clerk dari Matadeng 3, Mukah.
NUR IMAN DAMIA KHALIESAH BINTI ISMAIL, lahir pada 24 Jun 2012, bayi perempuan kepada Encik Ismail Bin Upia, Account Executive, Corporate Office, Kuching.
KELAHIRAN BARU ANAK LELAKI/PEREMPUAN DARI KAKITANGAN SARAWAK PLANTATION
HAYDEN EDRIC JOQUES lahir pada 14 Mei 2012, bayi lelaki kepada
Agribusiness Dept., HQ, Miri.
DANIYAL HAQEEM BIN MOHD REDZUL ADZWANZY lahir pada 22 Jun 2012, bayi lelaki kepada Puan Anisah Binti Ahmad, Account Supervisor
Tahniah!
Tahniah kepada Saudari Noorizan Binti Amit (Clerk, HR Dept., HQ, Miri) & Saudara Jorji Bin Mamin yang telah melangsungkan pernikahan mereka pada hari Jumaat, 1 Jun 2012.
Tahniah kepada Saudara Mohammad
Musa (Technical Assistant, MPOM, Mukah) & Saudari Mawarni Binti Abu Bakar yang telah melangsungkan pernikahan mereka pada hari Sabtu, 16 Julai 2012.
Tahniah kepada Saudara Mohd. Helmi Afrizul Bin Abdul Samat (Asst. HSE Supervisor, HS & TQM Dept., HQ, Miri) & Saudari Sharifah Nadzirah Binti Hj. Wan Zaini yang telah melangsungkan pernikahan mereka pada hari Ahad, 1 Julai 2012.
Ra
ma
h T
am
ah
Mir
iR
am
ah
Tam
ah
Mu
ka
h
Ramah Tamah Kuching
Mei Sehingga September 2012
Sekitar Aktiviti
Majlis Ramah Tamah Aidilfitri SPB untuk Pejabat Korporat, SP
Majlis Ramah Mesra
11-13 Julai 2012 - SPB menyertai pameran PALMEX Sarawak 2012 di Bintulu
15 Jun 2012 - Mesyuarat Agong Tahunan SPB yang ke-15 diadakan di Damai Beach Resort Kuching
19 Julai 2012 - Lawatan dari CIMB Equities Research ke Ladang Surea dan Unit Penghasilan Benih Sawit
16-17Jun2012 - Hari Keluarga SPB yang disertai oleh kakitangan dan keluarga dari Pejabat Korporat, SP Lab dan Estate Melugu di Damai Beach Resot Kuching.
SPBnewz Jilid 1, Isu 2
7
Tanggungjawab Sosial
Sumbangan van jenazah daripada SPB kepada Lembaga Masjid Al-Taqwa Lundu
Majlis Berbuka Puasa SPB bersama anak-anak yatim daripada Persatuan Anak-Anak Yatim di Kuching
Kuater Staf Kelas 2 yang telah siap sepenuhnya di Ladang Surea Pusat Latihan Sarawak Plantation
*Maklumat dan gambar disumbangkan oleh Facilities & Mill Services Department
SPB menyumbangkan 20 unit kerusi untuk bilik menunggu kecemasan
Hospital Besar Sarawak di Kuching
Sekiranya anda berminat untuk memberikan dan menyumbang sebarang idea, artikel atau maklumat yang ingin dikongsi, sila hantarkan maklumat tersebut kepada:
Pejabat Korporat : Encik Lionel Jampong
Ibu Pejabat : Puan Rusleenda Ridhuwan
Puan Hanisah Mohamad
Kuater Staf Kelas 2 yang telah siap sepenuhnya di Ladang Surea Pusat Latihan Sarawak Plantation
Kuater Staf
PROJEK & PEMBANGUNAN YANG TELAH DIJALANKAN
Pusat Latihan
JANGAN BIARKAN KAPAL ANDA “BERKEMUDIKAN” ORANG YANG SALAH, NANTI HANYUTNYA TIDAK SINGGAH KE PELABUHAN.
Mutiara Kata - disumbangkan oleh Jabatan Audit Dalaman
Jentera pertanian memainkan peranan teramat penting dalam industri perladangan, tanpanya, operasi perladangan boleh lumpuh. Sebaliknya juga, ianya adalah penyumbang utama kepada insiden-insiden kemalangan di dalam industri perladangan kelapa sawit.
Sebahagian daripada langkah-langkah keselamatan yang perlu kita ambil perhatian di dalam penggunaan jentera pertanian adalah seperti berikut :-
1. Pastikan pengendali jentera adalah terlatih untuk tugasan mereka;
2. Pastikan jentera pertanian telah diselenggara dengan baik dan dalam keadaan selamat untuk digunakan (periksa sebelum guna);
3. Sentiasa pastikan laluan-laluan yang hendak digunakan adalah selamat untuk dilalui (contohnya: keadaan terlampau licin boleh mengancam keselamatan);
4. Elakkan menggunakan jentera apabila anda dalam keadaan tidak sihat atau di bawah pengaruh alkohol, dadah atau ubat-ubatan yang berbahaya;
5. Sentiasa hidupkan jentera pertanian dari tempat duduk yang disediakan;
6. Elakkan membawa penumpang;
7. Gunakan jentera pertanian untuk kerja-kerja yang dibenarkan sahaja; dan
8. Elakkan memasuki jalan-jalan awam seperti lebuhraya atau jalan-jalan yang kenderaan bergerak dengan kelajuan yang tinggi.
Sama-samalah kita meningkatkan produktiviti syarikat tanpa mengorbankan nyawa dan mencacatkan anggota atau memusnahkan kehidupan orang lain.
Anda waspada, anda selamat. Wallahualam
Keselamatan Ketika Menggunakan Jentera Pertanian
Syabas dan Tahniah kepada Kontinjen SPB yang telah berjaya menjadi Johan dalam istiadat perbarisan dan rapat raksasa Hari Jadi Ke-91 TYT Negeri Sarawak Tahun 2012 Peringkat Negeri Sarawak di Bandaraya Miri pada 8 September 2012.
B ang telah berja a menjadi Johk d K ti j SPBB
Sukanria Hari Pekerja Sarawak
Plantation 2012 pada 12 Mei 2012, bertempat di Padang Ladang Tiga
121. Orang-orang yang telah kami berikan Al Kitab kepadanya, mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya, mereka itu beriman kepadanya. Dan barangsiapa yang ingkar kepadanya, Maka mereka Itulah orang-orang yang rugi.
(Al Baqarah : Ayat 121)
Maklumat disumbangkan oleh : Encik Jefry Mohd Sidek
top related