interaction design (the internet)

Post on 05-Jan-2016

37 Views

Category:

Documents

4 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

NADIATUL SARAH BINTI AZAHARI C09B074 SCK 4V. INTERACTION DESIGN (THE INTERNET). Sejarah Internet. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

INTERACTION DESIGN

(THE INTERNET)

NADIATUL SARAH BINTI AZAHARI

C09B074

SCK 4V

Sejarah Internet

Internet atau ‘Internasional Network of Networks’ merupakan sebuah rangkaian gergaji komputer di peringkat antarabangsa (TMB, 1998) dan merupakan cara komputer berkomunikasi antara satu sama lain (Crumlish, 1996).

Internet ini telah dimulakan di Amerika Syarikat dalam tahun 1969 melalui satu rangkaian yang dikenali sebagai ARPANET (Advance Research Projects Agency Network).

APAKAH INTERNET?

Perkataan Internet berasal daripada gabungan perkataan internet dan network, iaitu inter-net atau antara rangkaian. Jika internet merujuk kepada rangkaian yang dibina dengan menyambungkan rangkaian komputer di antara satu sama lain, maka Internet adalah nama khas yang merujuk kepada rangkaian computer yang dibina dengan menggunakan protokol rangkaian yang dikenali sebagai TCP/IP. Ini merupakan takrifan Internet dari sudut teknikal.

Internet boleh ditakrifkan sebagai apa juga yang melibatkan Internet itu sendiri baik dari segi pengguna, kegunaan, aplikasi, budaya, teknologi dan lain-lain lagi.

Terdapat dua takrifan yang boleh digunakan untuk memudahkan ia dipelajari, iaitu Internet dari aspek bagaimana ia berfungsi dan Internet dari aspek aplikasinya. Lazimnya kebanyakan pengguna Internet lebih cenderung untuk mengetahui tentang aplikasi Internet daripada bagaimana ia berfungsi. 

Bagaimanapun, jika pengetahuan tentang Internet mengikut dua definisi ini dapat dikuasai dengan baik, maka penggunaan Internet akan menjadi lebih mudah, lancar dan berkesan.

CIRI-CIRI UTAMA INTERNET

1.    Rangkaian Global

Internet adalah sebuah rangkaian yang mempunyai capaian global yang tidak mengenali sempadan Negara. Ia mempunyai saiz, bilangan komputer dan pengguna yang sangat besar. Kini hampir seluruh Negara di dunia mempunyai sambungan Internet.

2.    Rangkaian Digital

Internet merupakan sebuah rangkaian digital yang mempunyai banyak kelebihan. Maklumat yang hendak disampaikan boleh dibina, diubah dan ditambah dalam masa yang singkat dengan kos yang minima. 

Maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks, audio dan video boleh digabungkan bagi menghasilkan aplikasi multimedia yang menarik.

3.    Rangkaian yang Beroperasi Serta Merta

Kesemua aplikasi Internet berfungsi secara serta merta dalam masa nyata. Ini membolehkan Internet digunakan untuk menjalankan aktiviti yang berbentuk interaktif atau yang memerlukan penghantaran data dengan serta merta. 

Internet juga boleh digunakan bagi menyokong aplikasi yang berbentuk on-line yang semakin banyak diperlukan masa kini.

4.    Rangkaian yang Beroperasi Setiap Masa

Internet merupakan sebuah rangkaian yang beroperasi selama 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu. Ini membolehkan ia digunakan setiap masa mengikut kesesuaian pengguna, tidak kita dimana dia berada. 

Sebuah organisasi yang beroperasi di beberapa lokasi berasingan seperti di Eropah, Asia dan Amerika boleh beroperasi 24 jam sehari dengan bantuan Internet yang tidak pernah ‘tidur’. Melalui Intenet, sesuatu tugasan boleh dipindahkan dari satu lokasi ke lokasi yang lain tanpa henti.

E-Portfolio Perkembangan teknologi maklumat (ICT) terkini terutamanya internet telah

memangkinkan penggunaan e-portfolio dalam pelbagai situasi sama ada di dalam bidang pendidikan, perniagaan, pengiklanan, dan lain-lain lagi.

Keistimewaan yang ada pada injin perisian komputer boleh mempelbagaikan persembahan menjadikan e-portfolio lebih mapan serta canggih berbanding portfolio bercetak. Seperti portfolio bercetak, e-portfolio juga adalah merupakan himpunan maklumat yang boleh dicapai dengan mudah.

Himpunan maklumat ini bukan sahaja yang berbentuk grafik kekal tetapi juga boleh dalam bentuk grafik bergerak seperti animasi. Selain itu, e-portfolio juga dengan menggunakan injin perisian tertentu boleh diselitkan dengan unsur multimedia atau persembahan grafik secara digital. Inilah yang menjadikan e-portfolio lebih menarik perhatian jika dibandingkan dengan portfolio bercetak.

Pautan dari satu halaman ke satu halaman dan dari satu nota ke satu nota ataupun paparan grafik dan animasi amat mudah dan selesa digunakan.

Proses Menghasilkan E-Portfolio

1. Perancangan/Analisis

Tujuan e-portfolio Sasaran pengguna Kandungan

2. Reka Bentuk Kandungan

Struktur fail Kaedah pengurusan fail dan penamaan Ciri-ciri piawaian skrin Perisian dan perkakasan Membina laman asas sebagai template Membina laman lain sebagai pautan

3. Pengujian

Imej seperti yang diperlukan Laman dan pautan ‘Usability’

4. Pelaksanaan dan Penyenggaraan

Refleksi dan kemaskini laman Penambahan bahan Penyuntingan

Contoh link portfolio

Contoh link website

E- Learning

E- Learning atau pembelajaran melalui online adalah pembelajaran yang pelaksanaanya didukung oleh jasa teknologi seperti telefon, audio, videotape, transmisi satelit atau komputer.

Pembelajaran secara interaktif secara talian membolehkan pelajar meneroka maklumat baru menerusi perpustakaan digital atau laman web.

Contoh E-Learning

E-Commerce (E-Dagang)

Internet merupakan alat komunikasi yang amat berkuasa di dalam perdagangan. Perdagangan yang dijalankan melalui Internet (e-Dagang) adalah lebih pantas dan cekap kerana pedagang dapat mengurangkan kos operasi, menjimatkan masa urusniaga dan penghantaran serta meluaskan jalinan strategik di antara pedagang.

Electronic Commerce (E-Commerce) atau perdagangan elektronik dimaksudkan sebagai proses pembelian dan penjualan produk, perkhidmatan dan informasi yang dilakukan secara elektronik dengan memanfaatkan jaringan komputer. Salah satu jaringan yang digunakan adalah internet.

Kelebihan E-commerce (E-Dagang)

Dapat beroperasi  24 jam sehari. Dapat melakukan perdagangan bebas di seluruh dunia. Penjimatan kos dan masa bagi pembeli dan penjual. Tidak memerlukan pekerja tetap kerana boleh berurusan secara

automatik. Kos pelaburan yang rendah.

Contoh link Rujukan untuk membangunkan Portfolio

http://keusahawanankreatif.wordpress.com/portfolio/ http://keusahawanankreatif.wordpress.com/kursus-feb-2013/

cvt4172/rujukan-portfolio-interaktif/ Untuk E-Portfolio

http://drazlialip.blogspot.com/2012/08/contoh-proposal.html Untuk E-Learning (E-Pembelajaran)

http://www.dagangnet.com/ Untuk E-Commerce (E-Dagang)

top related