info terkini unggi serta pengurus besar kanan (pembangunan aset) ir. abdul nasser abdul wahid,...

Post on 02-Apr-2018

265 Views

Category:

Documents

4 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

INFO Terkini Bil. 02/TK2015 –2016 EDARAN DALAMAN SAHAJA 10 September 2015

TENOM - Sesi taklimat dan lawatan tapak di Main Switching Station (MSS) Tenom berlangsung dengan

jayanya pada 2 September baru-baru ini. Sesi taklimat dihadiri Ahli Parlimen P.181 Tenom YB Datuk

Raimie Unggi serta Pengurus Besar Kanan (Pembangunan Aset) Ir. Abdul Nasser Abdul Wahid, Pengurus

Besar Projek Utama Ir. John Gomez, pegawai-pegawai kanan SESB dan pemimpin-pemimpin masyarakat

tempatan.

Rangkaian sistem grid elektrik bagi kawasan pendalaman Sabah terutamanya di sekitar Tenom dan

Nabawan akan diperkukuhkan lagi apabila projek talian penghantaran berkeupayaan 132kV Tenom -

Nabawan siap sepenuhnya pada awal tahun 2016. Projek yang menelan belanja sebanyak RM134 juta itu

melibatkan pembinaan satu Stesen Pensuisan Utama (Main Switching Station) di Tenom, satu Pencawang

Masuk Utama (Main Intake Sub-station) di Nabawan dan talian penghantaran 132kV sejauh 71km.

Pelaksanaan projek yang telah mencapai tahap lebih daripada 80% ini adalah melalui peruntukan

Rancangan Malaysia Ke-10 di bawah pengelolaan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

(KKLW).

Dengan pengukuhan serta kestabilan bekalan elektrik di kawasan pendalaman terutama sekali di kawasan

Tenom dan Nabawan, maka projek ini juga akan sekaligus menyokong Pelan Pembangunan Koridor Sabah

yang telah dirancang oleh pihak kerajaan untuk menjadikan kawasan pendalaman tersebut sebagai Zon

Industri Agropolitan. Pihak SESB sedang melaksanakan 2 lagi projek serupa iaitu projek Talian

Penghantaran 132kV Segaliud ke Sapi Nangoh dan projek Talian Penghantaran 132kV Kota Belud ke

Ranau bagi memastikan bekalan elektrik di kawasan luar bandar sentiasa mencukupi dan stabil

SESB memainkan peranan penting di dalam pengurusan keseluruhan projek ini termasuk kerja-kerja

rekabentuk kejuruteraan dan perolehan tanah. Disamping itu Kontraktor utama yang dilantik bagi projek ini

adalah juga merupakan kontraktor tempatan dari Sabah.

® Diterbitkan oleh Unit Penerbitan, Jabatan Komunikasi & Media, Bahagian Perkhidmatan Korporat

TAKLIMAT DAN LAWATAN PROJEK MAIN SWITCHING STATION (MSS) TENOM

En. Ismail Lait

YB Datuk Raimie Unggi bersama pegawai-pegawai kanan dan warga kerja SESB

INFO Terkini Bil. 02/TK2015-2016 EDARAN DALAMAN SAHAJA 10 September 2015

® Diterbitkan oleh Unit Penerbitan, Jabatan Komunikasi & Media, Bahagian Perkhidmatan Korporat

YB Datuk Raimie Unggi hadir bagi sesi taklimat dan lawatan Pemimpin masyarakat tempatan Tuan Madiyem Layapan turut

hadir menyertai sesi taklimat syarikat

YB Datuk Raimie Unggi menyampaikan ucapan ketika majlis Syarikat sentiasa menghargai keperihatinan wakil rakyat

Lawatan dan taklimat berkenaan status pelaksanaan projek Sidang akhbar dilakukan bersama YB Datuk Raimie Unggi

top related